Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
GEOGETOWN - Dibina pada 1801, Masjid Kapitan Keling yang pernah menjadi Masjid Negeri Pulau Pinang
bakal mencecah usia 215 tahun pada 2016 nanti.
Masjid yang tersergam indah di Tapak Warisan Dunia Unesco ini diwakafkan oleh Cauder Mohuddeen atau juga
dikenali sebagai Kapitan Keling.
Cauder mendapat namanya sebagai Kapitan Keling ketika zaman pemerintahan British di Pulau Pinang.
Kapitan berdasarkan perkataan captain kerana Cauder juga dilantik menjadi pemimpin di beberapa kawasan pada
masa itu terutamanya bagi komuniti India Muslim.
Sementara perkataan Keling pula berdasarkan tempat asal Cauder dari Selatan India yang dinamakan Kling.
Mohamed Rizwan berkata, berusia lebih dari 200 tahun, kubah berkenaan sudah dibaik pulih beberapa kali
termasuk pada 2000, 2005 dan 2010.