Anda di halaman 1dari 26

Topik X Persepsi Motor

2
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menyatakan ciri-ciri kemahiran persepsi motor;

2.

Menamakan kemahiran yang terdapat dalam persepsi motor; dan

3.

Merancang aktiviti pendidikan jasmani dalam kemahiran persepsi


motor.

X PENGENALAN
Pendidikan Pergerakan Asas merupakan salah satu wacana yang menyumbang
ke arah perkembangan keseluruhan pelajar dalam membentuk sikap sahsiah
pelajar tentang keperluan sosial, emosi dan estetik. Memandangkan kepentingan
ini, tujuan Pendidikan Pergerakan di peringkat prasekolah ialah untuk
membantu kanak-kanak membina kemahiran asas pergerakan. Pergerakan
kemahiran persepsi motor akan membantu mereka berjalan, berlari, melompat,
mengetahui cara duduk dan berdiri dengan betul. Manipulasi alatan pula
membantu pelajar menggunakan alat dengan cara betul dan membentuk
kemahiran dalam sukan bila pelajar meningkat dewasa.
Dengan kata lain, pergerakan ini perlu didedahkan kepada pelajar dari peringkat
prasekolah lagi. Pendidikan Pergerakan ini adalah bagi membina insan yang
segak dan bergaya serta mengamalkan cara hidup yang sihat.

34 X

2.1

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

KEMAHIRAN PERSEPSI MOTOR

Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak terutama


pelajar prasekolah membuat gerakan berkoordinasi. Persepsi motor
membolehkan kanak-kanak:
(a)

Merasa kehadiran dirinya di dalam ruang;

(b)

Mengenal pasti arah kiri atau kanan dan depan atau belakang; dan

(c)

Memahami perkaitan bentuk atau corak dalam gerakan.

Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca, mengenal


dan mentafsir huruf isyarat. Oleh itu, kemahiran persepsi perlulah diajarkan
kepada kanak-kanak semenjak prasekolah atau tadika lagi. Kemahiran persepsi
motor berikut boleh diajar kepada pelajar prasekolah:
(a)

Mengimbang;

(b)

Kesedaran badan;

(c)

Kesedaran ruang;

(d)

Kesedaran arah; dan

(e)

Koordinasi tangan-mata atau kaki-mata.

2.1.1

Mengimbang

Imbangan bermaksud kebolehan untuk seseorang mengawal dan mengekalkan


posisi badan semasa melakukan aktiviti. Apabila jumlah tindakan daya pada
pusat graviti adalah sifar, keseimbangan akan tercapai. Objek yang mempunyai
kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak yang lebar adalah lebih
seimbang. Keseimbangan maksimum akan tercapai sekiranya garis graviti, pusat
graviti dan titik tengah sokongan berada dalam satu garis. Koklea yang terdapat
di dalam badan merupakan bahagian di dalam organ pendengaran yang
memelihara keseimbangan tubuh.

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

35

Terdapat dua jenis imbangan iaitu:


(a)

Imbangan Dinamik
Mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti tali, berjalan di atas
titi atau berlari.

(b)

Imbangan Statik
Kestabilan semasa pusat graviti berada setempat seperti dalam aktiviti
dirian.
Imbangan penting dalam kehidupan seharian kerana dalam kedudukan
imbangan yang stabil, kita dapat menggunakan kuasa yang sedikit
dalam melakukan aktiviti seperti berjalan, berlari, duduk dan lain-lain.
Menjalankan aktiviti dengan imbangan yang betul juga akan
mengurangkan risiko kecederaan atau kepenatan. Dalam permainan dan
sukan, imbangan penting dalam memantapkan perlakuan dan membentuk
gerakan.

Aktiviti Mengimbang dalam Pendidikan Jasmani


(a)

Imbangan Dinamik
Guru boleh merancang aktiviti mengimbang dinamik dengan meminta
pelajar berjalan di atas bangku atau meniti di atas tali, berjalan
menggunakan kaki tempurung, ketinting dan lain-lain.

Rajah 2.1: Meniti di atas bangku

36 X

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Rajah 2.2: Meniti di atas tali

Mcmk"vgorwtwpi"

Rajah 2.3: Imbangan menggunakan kaki tempurung

Rajah 2.4: Lompat ketinting (imbangan dinamik)

TOPIK 2

(b)

PERSEPSI MOTOR

37

Imbangan Statik
Guru boleh merancang aktiviti mengimbang statik dengan meminta pelajar
menggunakan tangan dan kaki, lutut, punggung dan sebelah kaki untuk
mengimbang.

Rajah 2.5: Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti tangan, kaki, lutut,
punggung dan lain-lain

Imbangan statik menggunakan anggota tubuh seperti tangan, kaki, lutut,


punggung dan lain-lain.

Rajah 2.6: Imbangan badan menggunakan buai dalam keadaan pegun (imbangan
statik)

38 X

(c)

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Aktiviti Kumpulan
Bagi menjadikan aktiviti imbangan lebih menarik, guru boleh merancang
pelajar menjalankan aktiviti dalam bentuk kumpulan. Antara aktiviti
imbangan dalam bentuk kumpulan yang selalu dilakukan oleh guru
Pendidikan Jasmani ialah seperti yang ditunjukkan di dalam beberapa
rajah berikut.

Rajah 2.7: Tolak patung

Rajah 2.8: Ketintingan bertiga

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Rajah 2.9: Meniti di atas tali bersama rakan

Rajah 2.10: Ayun kaki serentak

Rajah 2.11: Berdiri di atas papan imbang

39

40 X

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Penggabungan aktiviti mengimbang dengan permainan imaginasi boleh


menarik minat pelajar. Misalnya, kanak-kanak boleh membayangkan
dirinya sebagai ahli sarkas yang beraksi mengimbang badan dalam aktiviti
persembahannya.

Rajah 2.12: Penggabungan aktiviti mengimbang dengan permainan imaginasi

(d)

Laluan Imbangan
Bagi menjadikan aktiviti lebih menarik, guru boleh membina laluan
imbangan dan pelajar diminta melalui laluan tersebut.

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Ncmwmcp"cmvkxkvk"kpk
fgpicp"dgtjcvk/jcvk"

Rajah 2.13: Contoh laluan imbangan

41

42 X

2.1.2

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Kesedaran Tubuh Badan

Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri sendiri.


Perkara yang penting tentang kesedaran ini ialah:
(a)

Bentuk dan saiz tubuh badan;

(b)

Bahagian-bahagian tubuh badan;

(c)

Keupayaan melakukan gerakan membongkok, melurus, memusing,


mengilas dan menggerak badan; dan

(d)

Perasaan yang timbul dalam situasi yang berbeza.

Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak bergantung pada


kesedaran tubuh badan. Terdapat pelbagai cara untuk mewujudkan kesedaran
dalam kalangan kanak-kanak, contohnya dengan arahan aktiviti atau soalan
yang berkaitan pergerakan tubuh badan seperti kepala, tangan, kaki dan lain-lain
bahagian badan.

Rajah 2.14: Berjalan

Rajah 2.15: Golek balak

TOPIK 2

Rajah 2.16: Lompat bintang

Rajah 2.17: Dirian bangau

Rajah 2.18: Menghayun

PERSEPSI MOTOR

43

44 X

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Rajah 2.19: Membongkok

2.1.3

Kesedaran Ruang

Ruang adalah kawasan di mana kita hidup dan ia terdapat di sekeliling kita.
Ruang membolehkan manusia dan objek lain bergerak ke sana sini. Ruang diri
ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan yang boleh
dicapai oleh bahagian tubuh badan. Ruang am pula ialah kawasan yang
digunakan secara keseluruhan semasa melakukan pergerakan.
Pelajar perlu sedar dengan pergerakan tubuh badan dan ruang sekitar. Perkara
seperti ini merupakan konsep asas yang perlu diterokai oleh kanak-kanak.
Pelajar perlu diajar memenuhi ruang persekitaran dengan pelbagai cara,
contohnya pelajar diminta berbaring dalam keadaan pelbagai arah. Aktiviti ini
membolehkan pelajar kita mengetahui atau menyedari ruang diri masingmasing.

Rajah 2.20: Terbang rama-rama membolehkan pelajar mengetahui ruang diri

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

45

Rajah 2.21: Bergerak bagai burung terbang (ruang am)

2.1.4

Kesedaran Arah

Kesedaran arah membolehkan pelajar menyedari dan seterusnya memanipulasi


arah di dalam ruang persekitarannya. Kesedaran luaran ini terbina daripada
kesedaran dalaman yang dikenali sebagai kesedaran hala datar. Kesedaran hala
datar ialah kesedaran wujudnya arah ke kiri dan kanan, atas bawah, hadapan
belakang dan kiri kanan di sisi tubuh badan seseorang. Dengan kesedaran ini,
pelajar akan dapat mengawal pergerakan dari kedua-dua belah arah secara
serentak atau berasingan.
Aktiviti kesedaran arah memerlukan koordinasi pelbagai arah pada bahagian
tubuh atau anggota lain seperti tangan dan kaki digunakan dalam menolong
mengembangkan kesedaran hala datar kanak-kanak. Permainan seperti angel in
the snow di mana dalam permainan ini kanak-kanak disuruh berbaring dalam
keadaan terlentang dan menggerakkan kaki serta tanggan membentuk gerakan
membulat bergantung kepada arahan oleh guru.
Pelbagai jenis penerokaan pergerakan akan dapat membentuk perkembangan
kesedaran arah. Umpamanya bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan
serta ke atas ke bawah boleh membina kesedaran arah bagi seseorang.

Rajah 2.22: Buaya merangkak pelbagai arah (kesedaran ruang)

46 X

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Rajah 2.23: Melompat kanggaru pelbagai arah (kesedaran ruang)

2.1.5

Koordinasi

Koordinasi merupakan keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam


pergerakan badan. Koordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan
serta kebolehan anggota tubuh badan menggunakan pancaindera serta
hubungannya dengan minda. Kesemua faktor ini akan menghasilkan kecekapan
yang tinggi dalam gerakan. Dengan kata lain, tujuan melakukan sesuatu
pergerakan akan tercapai jika koordinasi antara pergerakan bahagian-bahagian
badan disempurnakan dengan baik.
Koordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras
pergerakan dengan kemas dan lancar. Koordinasi boleh dicapai dengan
menyediakan latihan yang sistematik. Jika seorang pelajar mempunyai
koordinasi, dia akan dapat menjalankan aktiviti seperti menangkap bola,
menahan bola, menyangga bola, melakukan rejaman serta apa sahaja aktiviti
sukan dengan baik dan tepat.

Rajah 2.24: Koordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengelecek bola dalam hoki

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

47

Rajah 2.25: Koordinasi digunakan dalam aktiviti seperti mengawal bola dengan baik
dalam permainan bola sepak

Rajah 2.26: Koordinasi digunakan dalam aktiviti seperti memukul bola pada sasaran
yang tepat dalam permainan skuasy

Rajah 2.27: Koordinasi digunakan dalam aktiviti seperti menghantar bola dengan tepat
ke arah sasaran

48 X

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Terdapat pelbagai aktiviti dalam Pendidikan Jasmani yang membantu pelajar


membentuk koordinasi yang baik di kalangan pelajar semenjak di tadika lagi.
Contohnya:

Rajah 2.28: Menyusun langkah

Rajah 2.29: Melambung bola

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Rajah 2.30: Panjat dan turun

Rajah 2.31: Pijak dan sambut pundi kacang

49

50 X

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Rajah 2.32: Menahan bola dengan paha, dada dan kaki dan menyambut bola dengan
tangan

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Rajah 2.33: Permainan bayang-bayang

Rajah 2.34: Membawa bola ping pong dengan sudu

51

52 X

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Rajah 2.34: Bermain piring terbang

Rajah 2.35: Memasukkan gelung rotan ke dalam kawasan

Rajah 2.36: Memindahkan gelang getah dengan menggunakan straw

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Rajah 2.37: Tating lawi

Rajah 2.38: Tating lawi dan tenis mini

53

54 X

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Rajah 2.39: Menggolek bola ke sasaran

Rajah 2.40: Memasukkan gelung getah ke tiang

TOPIK 2

Rajah 2.41: Dart

Rajah 2.42: Memanah

PERSEPSI MOTOR

55

56 X

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

SEMAK KENDIRI 2.1


1.

Persepsi motor penting dalam mengajar kanak-kanak terutama


di peringkat prasekolah. Bincangkan kepentingan persepsi
motor.

2.

Huraikan kemahiran yang terdapat dalam kemahiran persepsi


motor.

3.

Apakah bahagian yang terdapat di dalam tubuh badan kita yang


mengawal imbangan?

4.

Terdapat dua jenis imbangan. Huraikan dan beri contoh dua


jenis imbangan tersebut.

5.

Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak


tentang diri sendiri. Nyatakan aspek yang penting tentang
kesedaran ini.

6.

Terdapat dua jenis ruang. Nyatakan dan huraikan kedua-dua


jenis ruang tersebut.

7.

Nyatakan dan definisikan koordinasi badan.

Aktiviti persepsi motor adalah penting dalam mengajar kanak-kanak,


terutama pelajar prasekolah, membuat gerakan berkoordinasi.

Persepsi motor juga penting dalam membantu kanak-kanak membaca.


Kemahiran persepsi membolehkan kanak-kanak mahir mengenal dan
mentafsir huruf isyarat.

Imbangan bermaksud kebolehan seseorang mengawal dan mengekalkan


posisi badan semasa melakukan aktiviti.

Apabila jumlah tindakan daya pada pusat graviti adalah sifar, keseimbangan
akan tercapai.

Objek yang mempunyai kedudukan pusat graviti yang rendah dan tapak
yang lebar adalah lebih seimbang.

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

57

Koklea merupakan bahagian di dalam organ pendengaran yang memelihara


keseimbangan tubuh.

Dalam permainan dan sukan, imbangan penting untuk memantapkan


perlakuan dan membentuk gerakan.

Imbangan statik ialah kestabilan semasa pusat graviti berada setempat


seperti dalam aktiviti dirian.

Imbangan dinamik mengekalkan kestabilan diubah seperti berjalan meniti


tali, berjalan di atas titi atau berlari.

Kesedaran tubuh badan merupakan persepsi kanak-kanak tentang diri


sendiri.

Pemahaman tentang potensi pergerakan kanak-kanak bergantung pada


kesedaran tubuh badan.

Ruang adalah kawasan di mana kita hidup, ruang terdapat di sekeliling kita.

Ruang diri ialah ruang yang mengelilingi individu iaitu lingkungan kawasan
yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan.

Ruang am pula ialah kawasan yang digunakan secara keseluruhan semasa


melakukan pergerakan.

Kesedaran arah membolehkan pelajar menyedari


memanipulasi arah dalam ruang persekitarannya.

Kesedaran luaran ini terbina daripada kesedaran dalaman yang dikenali


sebagai kesedaran hala datar.

Aktiviti kesedaran arah memerlukan koordinasi pelbagai arah pada bahagian


tubuh atau anggota lain seperti tangan dan kaki digunakan dalam menolong
mengembangkan kesedaran hala datar kanak-kanak.

Pelbagai jenis penerokaan


perkembangan kesedaran arah.

Bergerak ke hadapan ke belakang, ke kiri ke kanan, ke atas dan ke bawah


boleh membina kesedaran arah.

pergerakan

akan

dan

dapat

seterusnya

membentuk

58 X

TOPIK 2

PERSEPSI MOTOR

Koordinasi melibatkan penggunaan kesemua anggota badan serta kebolehan


anggota tubuh badan menggunakan pancaindera serta hubungannya dengan
minda.

Koordinasi ialah keupayaan otot dan otak melakukan dan menyelaras


pergerakan dengan kemas dan lancar.

Imbangan dinamik

Kesedaran ruang

Imbangan statik

Koordinasi tangan-mata atau kaki-mata

Kesedaran arah

Mengimbang

Kesedaran badan

Ruang am

Kesedaran hala datar

Ruang diri

Abdul Hafidz, Haron, & Husain. (2002). Pendidikan jasmani dan pendidikan
kesihatan Buku teks tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Hafidz, Husain, & Zalawati. (2003). Pendidikan jasmani dan pendidikan
kesihatan Buku teks tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Hafidz, Husain, & Zalawati. (2003). Pendidikan jasmani dan pendidikan
kesihatan Buku teks tahun 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ramakrishnan, P. Y. (1998). Pendidikan pergerakan mudah. Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Shah Alam.
Ten, H. (2006). Pengajaran pendidikan jasmani awal. Kuala Lumpur: Penerbit
Fajar Bakti Sdn Bhd.
Wee, E. H. (2002). Pendidikan jasmani dan pendidikan kesihatan. Shah Alam:
Karisma Publication Sdn. Bhd.