Anda di halaman 1dari 6

Cara Mengekalkan Bangunan Bersejarah

Dalam era permodenan yang dihambat dengan pelbagai


kemajuan, Malaysia masih mampu mengekalkan bangunanbangunan bersejarah sebagai warisan budaya yang unggul.
Di kota raya Kuala Lumpur sahaja, tersergam indah bangunan
Sultan Abdul Samad yang menjadi mercu tanda kebanggaan
penduduknya. Kerajaan turut mengorak langkah untuk
mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah ini bagi
memastikan bangunan tersebut terus utuh sebagai bangunan
yang bakal menjadi kebanggaan generasi akan datang. Pada
masa yang sama, bangunan bersejarah yang memiliki seni
bina yang unik ini dapat dijadikan satu tarikan kepada para
pelancong untuk berkunjung ke negara kita. Justeru, pelbagai
usaha telah dilaksanakan bagi memelihara dan memulihara
keunikan bangunan tersebut agar tidak pupus ditelan zaman.
Antara usaha yang telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan
ialah mengorak langkah bagi mewartakan bangunan
bersejarah ini sebagai satu warisan kebangsaan yang perlu
dipelihara. Dengan pewartaan ini, bangunan-bangunan yang
kebanyakannya dibina pada era penjajah dan berusia ratusan

tahun, dapat dijamin kewujudannya dan terhindar daripada


sebarang usaha pemusnahan. Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur umpamanya, telah meletakkan Bangunan Sultan
Abdul Samad sebagai bangunan bersejarah yang perlu
dipertahankan dalam Pelan Induk Pembangunan Kuala
Lumpur. Bagi memastikan bangunan tersebut terus kekal,
usaha mengindahkan semula bangunan ini telah
dilaksanakan sejak tahun 2002 lagi. Kesannya, bangunan
kebanggaan negara tersebut kini tersergam indah menanti
kunjungan pelancong sama ada dari dalam atau dari luar
negara.
Bagi memenuhi impian seluruh masyarakat yang ingin melihat
bangunan bersejarah di negara kita terus kekal, kerajaan juga
telah mengambil inisiatif bagi menjalankan usaha
pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah di
seluruh negara. Kerajaan memperuntukkan sejumlah wang
yang bukan kecil jumlahnya demi menjalankan usaha
membaik pulih bangunan-bangunan lama tetapi mempunyai
nilai sejarah yang tinggi. Sebagai contohnya, usaha membaik
pulih Bangunan Sultan Abdul Samad pada sekitar tahun 2007
yang diselia oleh Jabatan Kerja Raya telah menelan belanja
sebanyak RM20 juta. Hal ini meliputi kerja-kerja menambah

kemudahan asas di bangunan tersebut serta menambah baik


struktur bangunan yang telah rosak. Perlu diingat bahawa
segala kerja baik pulih tersebut hanya melibatkan bahagian
dalam bangunan sahaja, manakala struktur dan bentuk
bahagian luar bangunan tersebut masih dikekalkan dengan
ciri-ciri lamanya. Maka, dengan usaha yang bersungguhsungguh ini, hasrat masyarakat untuk melihat bangunan
bersejarah di negara kita terus kekal akan dapat dicapai.
Pada masa yang sama, malaksanakan usaha bagi
mengindahkan kawasan persekitaran bangunan bersejarah
yang terdapat di negara kita dengan lanskap yang menarik.
Antaranya adalah dengan mengindahkan taman-taman bunga
daripada pelbagai jenis flora yang terdapat di negara kita. Hal
ini bertujuan untuk memastikan bangunan tersebut sentiasa
mendapat kunjungan daripada orang ramai. Kemudahankemudahan awam yang terdapat di bahagian dalam mahupun
di bahagian persekitaran turut diperbaiki atau ditambah nilai.
Sebagai contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad turut
dilengkapi dengan kemudahan lift, alat keselamatan serta
tempat meletak kenderaan kepada para pengunjung. Dengan
usaha yang bersungguh-sungguh ini, bangunan-bangunan
bersejarah tersebut mampu menggamit kehadiran

pengunjung sekali gus memperkenalkan budaya kita kepada


masyarakat luar negara.
Selain itu, salah satu elemen penting yang mendasari usaha
pemuliharaan bangunan bersejarah di negara kita adalah
keterlibatan semua agensi yang berkaitan dengan kerja-kerja
penyelidikan dan pembangunan. Jabatan Arkitek Malaysia
dan Jabatan Kerja Raya sebagai contohnya sentiasa
memantau perkembangan usaha-usaha pengekalan
bangunan-bangunan bersejarah di seluruh negara. Hal ini
adalah bagi tujuan memastikan agar semua bangunan yang
telah diwartakan sebagai warisan kebangsaan sentiasa
terpelihara dan selamat dikunjungi. Tida cukup dengan usaha
tersebut, beberapa buah universiti di tanah air kita sering kali
menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti struktur dan
reka bentuk bangunan ini menepati ciri-ciri yang diharapkan
oleh masyarakat Malaysia. Usaha ini turut ditanamkan dalam
jiwa kalangan pelajar yang mengambil mata pelajaran sejarah
di mana mereka turut menjalankan kajian tentang bangunanbangunan bersejarah di negara kita. Penyelidikan yang
berterusan ini mampu menanamkan sikap cinta akan warisan
budaya kita sesuai dengan matlamat kerajaan
membangunkan nilai patriotism dalam jiwa remaja kita hari ini.

Bagi menyempurnakan cita-cita luhur untuk mengekalkan


bangunan-bangunan bersejarah di negara kita, kerajaan turut
bertindak memperkenalkan bangunan warisan tersebut
kepada pelancong dari seluruh dunia. Usaha ini didepani oleh
Kementerian Pelancongan dan juga Lembaga Penggalak
Pelancongan Malaysia yang sentiasa merintis jalan bagi
memperkenalkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Melalui
usaha ini, bangunan-bangunan bersejarah dijadikan sebagai
tempat lawatan wajib bagi pelancong yang mengikuti pakej
anjuran Kementerian Pelancongan. Langkah
memperkenalkan bangunan bersejarah seperti Bangunan
Sultan Abdul Samad, Kota A famosa, Istana Jugra dan
sebagainya mampu merealisasikan hasrat kita bagi
mengekalkan bangunan bersejarah tersebut agar terus kekal
di persada dunia. Pada masa yang sama, pemeliharaan
bangunan bersejarah ini dapat mengekalkan fakta-fakta yang
lebih jelas tentang budaya masyarakat kita yang hidup dan
berkembang dalam lingkungannya yang begitu unik.
Intiharnya, kewujudan bangunan bersejarah di negara kita
yang wujud sejak abad ke dua puluh lagi, mengambarkan
kepelbagaian corak hidup masyarakat dahulu kala. Justeru,

usaha untuk mengekalkan bangunan tersebut bagi tatapan


generasi akan datang adalah amat perlu dilaksanakan demi
kesinambungan budaya masyarakat kita. Budaya silam
adalah cerminan masyarakat kita hari ini kerana budaya
menunjukkan bangsa. Lantas, tanggungjawab kita adalah
perlunya memberi kerjasama kepada pihak yang terbabit agar
usaha memelihara dan memulihara bangunan bersejarah
tersebut akan terus kekal padu dan berpanjangan.