Anda di halaman 1dari 5

Langkah Memelihara Bangunan/ Binaan

Sejarah
Bangunan bersejarah perlu dikekalkan dan dipelihara. Bangunan
bersejarah dapat dijadikan iktibar atau panduan kepada generasi
muda dan juga dapat dijadikan bahan penyelidikan dan kajian
tentang evolusi manusia yang berlaku. Persoalannya, apakah cara
yang dapat dilakukan untuk mengekalkan bangunan bersejarah
ini?

Tarikan Pelancong
Bangunan bersejarah boleh dijadikan daya tarikan pelancong,
contohnya Kota Cornwallis, Istana Kellis, Kota A Famosa, tapak
kaki Hang Tuah, Bangunan Stadhuys, Bangunan Sultan Abdul
Samad, Makam Mahsuri, Langkawi, Candi di Lembah Bujang dan
Penjara Pudu. Bangunan bersejarah perlu dipulihara untuk tatapan
pelancong asing. Bangunan tersebut mempunyai daya tarikan
kerana berkaitan dengan sejarah yang telah berlaku di negara kita.

Umumnya diketahui para pelancong sama ada dari luar atau dalam
negara ingin melawat ke bangunan bersejarah. Selain itu, bangunan
bersejarah juga boleh diubah suai menjadi bangunan muzium yang
memaparkan sejarah tertentu. Contohnya, Istana Lama Kedah
dijadikan Muzium Diraja Kedah yang merakamkan sejarah susur
galur raja-raja yang memerintah Kedah. Pada masa yang sama,
seni bina Bangunan Istana Lama Kedah dapat dijadikan bahan
tontonan generasi masyarakat sekarang.

Bangunan Pentadbiran
Tambahan pula, bangunan bersejarah juga dapat ditukar menjadi
bangunan pentadbiran. Contohnya, Bangunan Sultan Abdul Samad
pernah dijadikan mahkamah. Dengan ini, pihak berkenaan dapat
mengurangkan kos pembinaan baharu dan menjadi kebanggaan
orang ramai yang pernah berurusan di situ. Di samping itu,
Bangunan Sultan Abdul Samad juga menjadi mercu tanda Kuala
Lumpur. Justeru, bangunan bersejarah juga boleh dijadikan rumah

kebajikan atau pusat jagaan. Badan kebajikan tidak perlu menyewa


atau membina bangunan baharu. Mereka boleh mengubah suai
bangunan bersejarah mengikut keperluan tanpa melupuskan
bangunan tersebut. Dengan ini, golongan yang kurang bernasib
baik mendapat pembelaan.

Pusat Perniagaan
Di samping itu, bangunan bersejarah dapat dijadikan sebagai pusat
perniagaan jika bangunan tersebut masih selamat digunakan.
Bangunan bersejarah akan menjadikan daya tarikan kepada
pelanggan. Peniaga juga dapat berniaga dalam suasana yang
berbeza.

Industri Perfileman
Bangunan bersejarah juga penting dalam industri perfileman. Hal ini
kerana, sesebuah filem banyak bergantung pada latar belakang
tempatnya. Jika membuat filem yang bertemakan peristiwa
bersejarah, bangunan bersejarah perlu digunakan. Contohnya, filem

Police Story III lakonan Jacky Chan di Kuala Lumpur yang berlatar
belakangkan bangunan Mahkamah Persekutuan dan Stesen Kereta
Api. Jelaslah bahawa terdapat syarikat perfileman negara asing
yang menjalankan pengambaran di Malaysia. Hal ini menjadikan
Malaysia terkenal dan berdiri gah di persada dunia.
Disamping itu, bangunan bersejarah mempunyai nilai-nilai seni dan
nilai estetika yang penting. Jika dilihat dengan teliti bangunan
bersejarah juga mempunyai seni bina yang halus yang bercorakkan
budaya bangsa. Kita dapat menghayati kehalusan dan kreativiti seni
bina bangsa kita pada zaman silam. Kita dapat menghayati
keindahan dan keistimewaan budaya kita. Biar kita ambil contoh,
ukiran pada dinding kayu rumah Melayu tradisional. Sebahagian
besarnya dipengaruhi oleh penjajah yang menjajah di sesuatu
negeri tersebut. Istana Seri Menanti dipengaruhi oleh pengaruh
minangkabau. Tegasnya, bangunan ini haruslah di jaga dengan rapi
agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
Setelah itu, bangunan bersejarah juga dijadikan bahan
penyelidikan. Perkara ini amat penting bagi mereka yang meminati
sejarah terutamanya para pengkaji sejarah. Hal ini kerana,
kewujudan bahan sejarah membuktikan sejarah yang berlaku di
Tanah Melayu sebelum kemerdekaan lagi. Sebagai contoh,
kedatangan Portugis merupakan cerita yang benar bukannya
dogeng mahupun terselit unsur mitos dan lagenda. Hal ini dapat

dibuktikan apabila bangunan A Famosa yang didirikan semasa


Peperangan Tiga Segi yang melibatkan tiga buah negeri iaitu
Acheh, Melaka dan Johor. Jelaslah bahawa bangunan A Famosa
masih berdiri dengan gahnya sehingga ke hari ini.
Kesimpulannya, bangunan bersejarah masih memberikan manfaat.
Bangunan bersejarah merupakan sebahagian warisan bangsa
Malaysia. Tinggalan-tinggalan ini tidak dapat ditukar ganti dengan
wang ringgit. Di dalamnya tersingkap banyak kisah yang tidak dapat
terperikan dalam buku- buku sejarah. Oleh itu, semua pihak
perlulah bekerjasama mengekalkan dan memulihara bangunan
bersejarah.