Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh dan salam

Satu Malaysia. Terima kasih pengerusi majlis yang petah berkatakata, yang saya hormati barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, yang saya kagumi para peserta yang handal, guru-guru
dan rakan-rakan sekalian. Pada hari ini, saya akan menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk arnab dengan kura-kura. Yang
terlena sedar-sedarkan, yang tersedar dengar-dengarkan dan
yang mendengar fikir-fikirkan.
Pada suatu masa dahulu, ada seekor kura-kura yang riang
berjalan-jalan melalui hutan sambil menikmati cuaca dan udara
segar.
Tidak lama kemudian, seekor arnab melompat keluar dari
semak-semak kearahnya. Sambil mentertawakan kura-kura, arnab
itu berkata Aku pasti tiada sesiapa pun di dunia ini yang
bergerak perlahan seperti kamu! Kura-kura tidak menyukai
perangai arnab yang suka menyindir itu. Kura-kura berkata, mari
kita berlumba untuk melihat siapa yang lebih pantas. Jangan
berguraulah! ketawa arnab sambil menggulingkan badannya.
Apabila dia berdiri semula, dia berkata, baiklah, mari kita
lihat siapa dulu yang akan sampai ke puncak bukit itu. Sambil
sekali lagi ketawa, aranb pantas berlalu pergi meninggalkan kurakura sendirian. Kura-kura itu ditinggalkan jauh di belakang dengan
diselubungi debu.
Tidak berapa lama kemudian, arnab berhenti untuk berehat.
Dia menunggu kura-kura sehingga berasa mengantuk. saya
perlu tidur sebentar, katanya. kura-kura itu tidak akan dapat
mengejarku! sambungnya angkuh.
Arnab berbaring di bawah pokok yang rending dan redup lalu
memejamkan matanya manakala Kura-kura terus merangkak
tanpa rasa putus asa. Dia hanya mahu melakukan yang terbaik
untuk perlumbaan itu.

Dia menyedari bahawa arnab sedang tidur nyenyak. Dia pun


perlahan-lahan mendaki bukit tersebut. Apabila arnab terjaga, dia
Nampak kura-kura sudah berada berhampiran garisan penamat.
Arnab terus berlari sepantas yang boleh tetapi dia gagal mengejar
kura-kura
yang
akhirnya
memenangi
perlumbaan
itu.
Kesimpulannya, sifat perlahan tetapi tekun boleh membawa
kearah kejayaan. Harap para penonton dapat mengambil ikhtibar
daripada cerita saya ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai