Anda di halaman 1dari 11

Disleksia merupakan salah satu kategori masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.

Orang
yang mempunyai masalah pembelajaran disleksia tidak dapat dilihat dengan penglihatan mata kasar
tetapi perlu dikaji dan penelitian terhadap proses pembelajarannya.
Orang disleksia tidak dapat membezakan perbezaan atau persamaan bunyi, perkara yang dilihat dan
tidak dapat mengingat dengan baik visual yang dilihat. Antara ciri-ciri disleksia yang lain ialah pertuturan
yang tidak berstuktur seperti lambat bercakap, gagap dan pelat seperti kanak-kanak berumur 2 ke 3
tahun. Kadang-kadang ada pertuturan yang baik. Tidak boleh membaca dan menulis dengan baik dengan
kata lain tidak dapat menguasai 3M. Jika diberi arahan, tidak dapat mengingat arahan yang diberikan dan
tidak dapat bertindak mengikut arahan. Dia seorang yang tidak teratur atau tidak terurus dan sukar
memahami konsep masa. Konsep kendiri orang disleksia pula sangat rendah. Kemahiran pergerakan
juga lemah seperti tidak boleh menyambut barang yang diberikan dan sukar membaling barang. Kadangkadang pengetahuan am mereka sangat baik dan suka berangan-angan. Pencapaian mata pelajaran
bahasa mereka gagal.
Jika kita lihat di sini, ciri-ciri orang disleksia tidak dapat dilihat dengan mata kasar sahaja seperti sindrom
down. Mereka nampak normal tetapi dalaman yang bermasalah dan mengganggu proses perkembangan
mereka seperti orang normal yang lain. Bermasalah pembelajaran disleksia jika tidak dikesan
dari awal dan tidak dipedulikan boleh membawa banyak kesan kepada pelajar itu sendiri
dan juga orang di sekelilingnya. Contohnya, jika mereka dibiarkan sudah tentu mereka akan
gagal dalam peperiksaan dan kesannya kepada diri pelajar itu bahawa mereka tidak
mendapat apa-apa sepanjang proses pembelajaran mereka dan tidak membantu untuk
kehidupan mereka di masa depan. Konsep kendiri yang rendah jika ditambah dengan
persekitaran orang yang tidak memahami masalah yang dihadapi kerana dikatakan lembap,
bodoh dan sebagainya boleh mendatangkan kesan stress, kemurungan dan bunuh diri.
Kesan kepada guru pula, akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kerana
guru di sekolah mengajar sukatan mata pelajaran untuk dikuasai dan stress berhadapan
dengan pelajar begitu. Begitu juga halnya dengan sekolah kerana prestasi sekolah akan
menurun sekiranya mereka dibiarkan begitu sahaja.
Orang yang mengalami disleksia boleh berjaya dan ramai tokoh-tokoh disleksia yang berjaya sekiranya
mendapat pendidikan yang sebaiknya berdasarkan cara pendidikan sepatutnya seperti ajaran dari guru
pendidikan khas. Jika kita ada pengetahuan tentang ini akan dapat membantu sekiranya anak kita, anak
murid dan sesiapa sahaja di sekeliling kita yang berkemungkinan mempunyai masalah disleksia.

Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia
mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguhsungguh
Mempunyai keupayaan intelek yang normal. Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang
mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual
dengan bunyi

kesukaran
membaca, menulis,memahami ,mengeja dan mengira.
Mereka mungkin mengalami

Dianggarkan 4 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia. Kanak-kanak lelaki lebih ramai
bermasalah Disleksia berbanding perempuan.
Apakah ciri-ciri Disleksia?
Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :

Lambat bertutur

Mengalami kesukaran sebutan atau rima

Sukar menulis nama sendiri

Sukar mengenal bentuk atau warna

Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira

Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :

membezakan 15 dengan 51

was menjadi saw

b dengan d

Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

Keliru dengan konsep masa seperti semalam, hari ini , esok

Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan

Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?


Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew),
pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.
Masalah yang mungkin dialaminya

Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab

Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri

Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan

Gangguan emosi (seperti kemurungan)

Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)

Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia


Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :

Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak

Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :

Terapi pertuturan

Latihan pendengaran dengan bantuan komputer

Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)

Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)

Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)

Merasa pergerakan bibir

Menulis huruf atau perkataan

Langkah-langkah pemulihan :

Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur

Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)

Gunakan video atau kaset untuk belajar

Program pemulihan khusus :

Ciri-ciri penghidap Disleksia:Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan
Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan
mempunyai tulisan yang kurang kemas
Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang
membaca
Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b"
dianggap "d".
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga
habis

Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri
tanpa memikirkan orang lain.
Sering berlaku di kalangan lelaki.
Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup
bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak
yang pernah mengalami kecederaan pada kepala

Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta
konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk
diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian
perkataan adalah secara terbalik
Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata
perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan
perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan.
Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia
auditori
Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk
memproses tulisan secara visual dan audio

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996,
antara punca-punca disleksia ialah;
Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah
yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah
keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia
desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turuntemurun

Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor
ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian
daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah
belajar dan kerosalan ini minimum
Kematangan
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam
sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanakkanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu
kemungkinan punca disleksia CIRI-CIRI DISLEKSIA
Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak
soalanKanak-kanak
Sekolah Rendah :
6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan
perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik
9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten

- Kesukaran menulis karangan


- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial
MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam
proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada; Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan
yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan
dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya
masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya
kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m w y g j u n m n
cepqhnbd
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
thfv
Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat
daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanakkank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan
perkataan seperti:
Batu tuba
Gula lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti
berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam jem

cat cat
Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas
kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat
menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis
perkataan yang pelik-pelik
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga
kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan
kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau
menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan
dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka
menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
358
96
Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal
dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,,
atas, bawah serta pengamatan yang lemah
LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal
pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam
banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan
semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan
kegagalan yang berterusan.

- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan
suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai

Disleksia berasal daripada perkataan Yunani iaitu DYN bermaksud susah dan LEXIA bermaksud
tulisan. Disleksia merupakan satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf,
membaca, menulis, mendengar dan bercakap. Masalah ini biasanya dialami oleh kanak-kanak dan
boleh berlanjutan sehinggalah kanak-kanak itu dewasa. Istilah buta huruf juga boleh digunakan
untuk kategori ini. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit atau kecacatan dan ia tidak
memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah
ini dapat dikurangkan. Masalah disleksia adalah berbeza dengan afasia yang merupakan sejenis
penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak yang akan melumpuhkan kebolehan seseorang
untuk berkomunikasi.

Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses, di mana cara penghidap disleksia
dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ini berkemungkinan disebabkan oleh kecatatan
otak semasa kandungan ataupun ianya disebabkan oleh kemalangan. Selain itu, kemungkinan besar
penghidap disleksia berpunca daripada faktor keturunan. Menurut kajian perubatan yang dijalankan
di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang
mempunyai gangguan yang sama. Berkemungkinan besar puncanya boleh diwarisi tetapi yang
membezakannya adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan
disleksia disebabkan oleh kromosom 1, 15 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun.
Pada kebiasaannya kanak-kanak lelaki lambat matang berbanding kanak-kanak perempuan.
Kelewatan kematangan pada kanak-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia.
Disleksia juga melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau
bangsa. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh dan
daripada kajian-kajian yang dijalankan mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual
yang normal serta tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

1. Disleksia visual (penglihatan)


Kesukaran utama yang dihadapi adalah untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfugirasi
perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan
untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik.
2. Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan
menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan
yang dituturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah dalam membezakan bunyi vokal
dengan konsonan juga turut dihadapi oleh disleksia auditori.
3. Disleksia visual-auditori

Kesukaran membaca yang amat teruk disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara
visual dan audio.

Penghidap disleksia juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas dan
mengalami kesukaran untuk memegang pensel serta tidak dapat menulis mengikut garisan yang
disediakan. Kanak-kanak ini juga, cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik. Terdapat juga di

kalangan mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur di mana mereka kelihatan seperti tidak
mendengar atau mempedulikan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklumat
yang diperolehi. Mereka juga tidak menjalankan atau menyusun sesuatu mengikut abjad. Kanakkanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik
mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol serta suka menterbalikkan nombor yang
sama. Mereka juga berpakaian tidak kemas tetapi tidak kotor, pandai membutangkan baju, kidal dan
pandai mengikat tali kasut sendiri. Mereka turut kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dianggap
pemalas dan kelihatan bodoh. Skop penglihatan mereka yang terhad di mana kekeliruan berlaku di
antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah.
Di antara beberapa ciri-ciri penghidap disleksia adalah seperti berikut :

1. Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
2. Kebiasaannya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai
tulisan tangan yang buruk.
3. Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri pada sesuatu perkataan.
4. Sering mengalami kekeliruan dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu seperti p
dianggap q dan huruf b dianggap d.
5. Kerap berlaku di kalangan kaum lelaki berbanding perempuan.
6. Kekerapan penghidap disleksia selalu terjadi di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang
dilahirkan tidak cukup bulan, kanak-kanak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur dan kanakkanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
7. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak meningkat dewasa.
8. Perhatian dan tumpuan senang terganggu dan gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja sehingga
selesai.
9. Cenderung menjadi seseorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa
memikirkan orang lain.
Disleksia hanya boleh dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit dengan pengendalian
ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Penghidap
disleksia biasanya akan diberi rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir
dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai