Anda di halaman 1dari 1

Penghargaan

Saya bersyukur dan mendapat berkat bahawa akhirnya saya dapat


menyempurnakan projek kerja kursus pendek yang diberikan kepada kami.
Sebagai tanda penghargaan, saya bertulus hati ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada pensyarah Bahasa Melayu Kontekstual yang saya amat
kasihi Pn. Masni Binti Ismail. Ini kerana beliau telah memberi bimbingan dan
tunjuk ajar kepada kumpulan saya dengan sabar semasa saya menghadapi
masalah mencari maklumat ataupun permasalahan lain yang kami hadapi
sepanjang tempoh menyempurnakan tugasan ini.
Selain itu, saya ingin menghargai kepada semua pihak seperti pihak
perpustakaan yang telah memberikan kemudahan kepada kami untuk mendapatkan
bahan maklumat yang kami perlukan.
Ucapan penghargaan juga perlu ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak
membantu dalam memberikan maklumat yang berguna, sokongan moral dan tunjuk
ajar menyiapkan tugasan ini. Keikhlasan dan kesanggupan mereka meminjamkan buku
rujukan kepada kami merupakan salah satu kunci utama menjayakan tugasan ini.
Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan ahli
keluarga yang sentiasa memberi dorongan, nasihat dan membatu kewangan penulis.
Tanpa pengorban mereka, tugasan ini tidak mungkin disempurnakan sepenuhnya.