Anda di halaman 1dari 5

SOALAN 2 : MALAYAN UNION

Kemunculan semangat nasionalisme dan perubahan politik selepas perang dunia


kedua telah membawa kepada munculnya idea penubuhan Malayan Union di Tanah
Melayu. Nasionalisme dikatakan telah muncul sekitar abad ke 12 lagi namun
ideologi ini hanya muncul sebagai ideologi politik yang berpengaruh pada abad ke
19 apabila beberapa Negara jajahan mula menuntut kemerdekaan bagi Negara
mereka. Nasionalisme didefinisikan sebagai satu fahaman atau semangat
kebangsaan untuk menjelaskan sikap dan pendekatan yang berkaitan dengan
perjuangan menentang kolonial serta pembelaan terhadap bangsa atau Negara.
Menurut Elie Kedouri (1966) ( Suatu keazaman kelompok manusia untuk
mempunyai kerajaan sendiri ). Manakala menurut Smith pula satu gerakan
ideologikal, untuk mencapai pemerintahan sendiri dan kemerdekaan bagi sesuatu
golongan atau sebahagian daripada kelompoknya yang menggelarkan diri sebagai
bangsa yang sebenar atau bakal bangsa seperti bangsa-bangsa yang lain.
Nasionalisme di Tanah Melayu mengambil kira terhadap segala bentuk, corak, rupa,
unsur-unsur dan isu-isu tempatan yang bergerak kepada satu kesatuan.
Nasionalisme di Tanah Melayu pada awalnya lebih bersifat setempat misalnya
melalui penentangan-penentangan daripada tokoh-tokoh tempatan misalnya seperti
Dato Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong dan lain-lain. Kemudian,
nasionalisme yang lebih ke arah Negara mula muncul melalui penubuhanpenubuhan parti yang lebih bersifat kiri seperti Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) pada
tahun 1938. Kemudian muncul pula golongan nasionalisme yang bersifat
konservatif seperti pertubuhan-pertubuhan Melayu dan juga UMNO. Kemunculan
semangat nasionalisme ini muncul akibat daripada desakan ekonomi, politik dan
lain-lain kerana hal-hal ini berada di cengkaman pihak penjajah di Tanah Melayu.
Seterusnya, dapat dilihat semasa pendudukan Jepun pada tahun 1941-1945
merupakan titik tolak kebangkitan nasionalisme peringkat kedua di Tanah Melayu.
Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Disember 1941 dengan membawa
agenda untuk menjajah Tanah Melayu dan menewaskan musuhnya yang menduduki
Tanah Melayu pada ketika itu iaitu British. Kesedaran anti penjajah yang tersebar
selepas perang dunia kedua telah menyebabkan nasionalis golongan Melayu
membabitkan diri dalam politik, samaada dalam pendekatan yang radikal atau
tidak. Pada zaman pendudukan Jepun, dapat dilihat peranan yang dimainkan oleh
KMM yang bersikap gergaji dua mata di mana pihak ini menjadi penyokong dan
juga penentang Jepun. Sebelum kita telesuri bagaimana keadaan nasionalisme di
Tanah Melayu pada masa pendudukan Jepun, terlebih dahulu eloklah jika kita
menelusuri terlebih dahulu kemunculan KMM di Tanah Melayu yang memainkan
peranan yang amat penting sewaktu pendudukan Jepun. Kemunculan KMM bertitik
tolak daripada usaha pelajar-pelajar daripada Sultan Idris Training College ( SITC )
yang pada ketika itu banyak menerima pengaruh hasil daripada bahan-bahan
bacaan daripada Indonesia.

KMM memperlihatkan peranan Ibrahim Yaakob, Mustapha Hussain, Hassan Manan


dan lain-lain dan KMM ditubuhkan pada 1938. KMM mempunyai dasar perjuangan
yang tegas iaitu anti-British, antifeudal dan ingin menuntut kemerdekaan bagi
Tanah Melayu. Dasar-dasar perjuangan inilah yang telah membuatkan KMM
menjalinkan kerjasama dengan pihak Jepun semasa Jepun menjajah Tanah Melayu.
KMM melalui Ibrahim Yaakob menjadi ejen kepada Jepun pada awalnya melalui
Warta Malaya yang dibeli oleh Ibrahim Yaakob melalui bantuan kewangan daripada
pihak Jepun. Akhbar tersebut telah menjadi alat untuk menentang kerajaan British
dengan menaikkan semangat bencikan penjajah secara terbuka dan keras di
kalangan pembacanya. Tujuan kerjasama tersebut adalah untuk mendapatkan
kemerdekaan Tanah Melayu yang bergabung membentuk Indonesia Raya.
Kerjasama KMM dengan Jepun dapat dilihat melalui penubuhan Giyu- Gun atau
Pembela Tanah Air ( PETA ) pada tahun 1943 dan juga Giyu- tai yang
memperlihatkan peranan golongan Melayu sebagai pemimpin utama dalam
pasukan tersebut. Jepun yang dilihat memberi peluang kepada orang-orang Melayu
dalam hal-hal politik telah membuatkan semangat nasionalisme dalam kalangan
orang Melayu semakin bertambah. Dalam masa yang sama, KMM juga menjadi
penentang kepada Jepun apabila bekerjasama dengan British melalui Malayan
People Anti Japaness ( MPAJA ) yang kebanyakkannya dianggotai oleh kaum Cina
dalam menentang Jepun di Tanah Melayu. KMM kemudian diharamkan pada tahun
1942 dan diteruskan perjuangan KMM melalui Kesatuan Rakyat Indonesia
Semenanjung ( KRIS ) yang menuntut kemerdekaan bersama-sama dengan
Indonesia sebagai Indonesia Raya. Namun hajat golongan ini untuk merdeka
bersama-sama
dengan
Indonesia
tidak
kesampaian
apabila
Sukarno
mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia lebih awal apabila Jepun menyerah kalah.
Namun, dapat dilihat semangat nasionalisme pada masa pendudukan Jepun ini
diteruskan lagi apabila kedatangan British kembali ke Tanah Melayu.
Selepas pengunduran Jepun dari Tanah Melayu, telah berlaku pula satu keadaan
huru-hara dan kekacauan akibat daripada pemberontakkan yang dilakukan oleh
Parti Komunis Malaya( PKM ) melalui Malayan People Anti Japanese Army ( MPAJA )
yang ingin mengambil alih kuasa pemerintahan di Tanah Melayu. Anggota ini telah
berjaya menguasai Tanah Melayu selama 14 hari sahaja dan mereka telah membuat
banyak kekacauan dan huru-hara sehingga mengugat keamanan Tanah Melayu
dalam tempoh tersebut. Bagi memulihkan keamanan , British telah kembali semula
ke Tanah Melayu pada tahun 1945 dan menubuhkan Pentadbiran Tentera British
(British Military Administration BMA). British menubuhkan BMA adalah kerana
British merasakan perlunya satu pentadbiran yang berbentuk ketenteraan bagi
membendung segala ancaman yang dilakukan oleh MPAJA.
Namun begitu
pentadbiran di bawah BMA ( 1945-1946 ) tidak bertahan lama akibat daripada
kelemahan dan kekurangan pegalaman dalam bidang pentadbiran para pegawai
BMA menyebabkan ia gagal untuk menangani masalah-masalah yang berlaku
selepas tamatnya perang dunia kedua. Akibat daripada kegagalan BMA tersebut,
satu cadangan baharu dibentuk iaitu Malayan Union. Pada 11 Oktober 1945,

Rancangan Malayan Union ini telah di siarkan dalam akhbar-akhbar di Tanah


Melayu.Bagi memastikan Rancangan Malayan Union ini berjalan dengan lancar, Sir
Harold MacMichael telah di hantar ke Tanah Melayu pada 12 Oktober 1945 bagi
mendapatkan tandatangan daripada Raja-raja Melayu walau dengan cara apa sekali
pun. Walaupun mendapat tentangan daripada masyarakat tempatan terutamanya
orang Melayu, Namun akhirnya Malayan Union Diisytiharkan oleh British pada 1
April 1946 di Kings House ( Carcosa Seri Negara), Kuala Lumpur dan Sir Edward
Gent dilantik sebagai Gabenor yang Pertama. Perjanjian Malayan Union tersebut
telah menyebabkan Raja-raja Melayu telah dipaksa menyerahkan kuasa dan
perundangan sepenuhnya kepada kerajaan British. Malayan Union telah diwartakan
dan kerajaan British berharap dapat mewujudkan Bangsa Malayan Bersatu dengan
menukarkan taraf Tanah Melayu daripada bersifat naungan kepada bertaraf koloni.
Dalam penubuhan Malayan Union, konsep asas yang diketengahkan oleh pihak
British adalah untuk membentuk satu asas pentadbiran yang berpusat di mana
segala kuasa legislatif, kehakiman dan eksekutif di bawah kekuasaan British.
Konsep Malayan Union dilaksanakan berdasarkan beberapa ciri, Pelembagaan
Malayan Union telah dibentuk secara rasmi melalui kertas putih 6724 pada 22
januari 1946. Perlembagaan Malayan Union telah menggariskan beberapa isi
penting iaitu yang pertama adalah menyeragamkan pentadbiran negeri-negeri di
Tanah Melayu. Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan Negeri-negeri Selat ( kecuali Singapura kerana berkepentingan
sebagai kawasan pelabuhan bebas) diletakkan di bawah satu pentadbiran, ianya
adalah untuk melicinkan pentadbiran supaya kos pentadbiran dapat dikurangkan.
Manakala pentadbiran di peringkat negeri pula hanya mempunyai kuasa
menguruskan hal ehwal tempatan, namun memerlukan persetujuan pusat dalam
membuat keputusan. Kemudian ciri yang seterusnya adalah melibatkan pemberian
hak kerakyatan melalui prinsip Jus Soli di mana prinsip ini memberi taraf
kerakyatan yang sama rata. Taraf kerakyatan diberikan kepada semua warga asing
yang dilahirkan di Tanah Melayu atau Singapura serta mereka yang berumur 18
tahun ke atas dan telah bermastautin di sana untuk tempoh 10 daripada 15 tahun
sebelum 15 Februari 1942.Rakyat British boleh mendapat kerakyatan Malayan
Union tanpa hilang kerakyatan british dan seseorang yang menjadikan identiti
Malayan Union sebagai identiti kebangsaan perlu mengangkat sumpah taat setia
kepada Malayan Union. Kemudian dilihat pula melalui kuasa-kuasa Raja Melayu,
kuasa penuh raja akan diambil alih oleh Gabenor dan raja-raja melayu hanya akan
menjadi ahli Majlis raja-raja Melayu yang terhad membincangkan tentang adat
istiadat dan agama islam. Seorang Pesuruhjaya Negeri dilantik untuk menjadi ketua
pentadbir di setiap negeri bagi mengawal selia pentadbiran di setiap wilayah.
Sistem Perundangan pula akan diselaraskan mengikut undang-undang British.
Perlembagaan Malayan Union telah mendatangkan reaksi yang amat
memeranjatkan pihak British apabila dapat dilihat orang-orang Melayu mula bangkit
menentang untuk mempertahankan hak ketuanan Melayu. Namun begitu, pada

awalnya terdapat golongan yang dilihat memihak kepada perlembagaan Malayan


Union tersebut misalnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya di bawah pimpinan Dr.
Burhanuddin Al-Helmy. PKMM yang bersifat anti Feudal menyokong dasar Malayan
Union yang menolak kuasa raja dan bangsawan dalam sistem politik tradisional.
PKMM juga menyokong konsep keseragaman yang ditonjolkan oleh pentadbiran
Malayan Union kerana dasar ini boleh melicinkan pentadbiran Tanah Melayu. PKMM
juga menyokong dasar kerakyatan Jus Soli kerana dasar ini dapat melahirkan suatu
kebangsaan dan bersifat Malayan dan ianya selari dengan Rang Undang-undang
PKMM 1946 ( Vii ) yang mengatakan untuk menyatukan bangsa Malaya dan
mewujudkan hubungan baik dengan penduduk Tanah Melayu bagi melahirkan
Malayan United Front. Namun begitu dasar sokongan yang ditunjukkan oleh PKMM
tersebut amat berbeza dengan reaksi orang-orang Melayu dan juga persatuanpersatuan Negeri Melayu yang bersifat kanan yang secara terang-terangan menolak
Malayan Union. Perkara ini akhirnya membawa kepada perubahan penerimaan
daripada pihak PKMM apabila mereka mula menyertai Kongres Melayu 1946 di Kelab
Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur di bawah pimpinan Dato Onn Jaafar. Antara sebabsebab PKMM menolak Malayan Union adalah kerana kehilangan kuasa politik sultan,
pemberian kewarganegaraan yang sama rata dan mudah kepada orang asing, cara
pengenalan Malayan Union yang tidak demokratik dan pemisahan Singapura
daripada Malayan Union. Perubahan dasar tersebut dilihat sebagai satu strategi
politik kerana dasar sebelum ini telah bertentangan dengan kehendak rakyat
tempatan yang menolak Malayan Union.
Namun begitu, PKMM tidak lama bersama-sama dengan UMNO kerana pendirian
dasar antara kedua-dua parti ini amat berbeza. PKMM lebih menekankan
kemerdekaan bagi Tanah Melayu namun bagi pihak UMNO mereka tidak mahu
kemerdekaan secara terburu-buru tanpa persediaan yang cukup rapi dari segi
pentadbiran. Penentangan golongan nasionalisme, raja-raja dan juga rakyat-rakyat
di Tanah Melayu pada ketika itu telah membuka mata pihak British yang akhirnya
menerima UMNO sebagai wakil orang Melayu dalam menentang Malayan Union.
Menurut Malcom MacDonald, UMNO lebih menjadi pilihan British untuk berunding
kerana sikap UMNO adalah lebih sederhana daripada PKMM. Pihak British melihat
PKMM dipengaruhi Parti Komunis Malaya dan berorientasikan ke Indonesia dan
sangat radikal dalam pendekatan politik nya. Hasilnya, sebuah jawatankuasa kerja
bagi mendraf perlembagaan baharu mengantikan Malayan Union dibentuk dan
pembentukkan jawatankuasa tersebut dibantah oleh PKMM. Dalam melemahkan
UMNO, PKMM telah membentuk Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang diketuai oleh
Dr Burhanuddin al-Helmy yang kemudiaannya membentuk kerjasama dengan
dengan pertubuhan bukan Melayu All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) yang
dipimpin oleh Tan Cheng Lok pada 4 hingga 7 Julai 1947, untuk merangka
perlembagaan yang alternative bagi menggantikan perlembagaan Malayan Union.
Antara isi perlembagaan yang diusulkan oleh PUTERA-AMCJA adalah Singapura
harus disatukan dengan Malaya dan sebuah kerajaan pusat dan majlis-majlis negeri
yang dipilih, Raja-raja Melayu mempunyai kuasa yang sebenar kepada rakyat

melalui Majlis Mesyuarat Negeri, Satu perlembagaan baru bagi Malaya untuk
memberi keistimewaan dan kemajuan kepada orang Melayu dari aspek politik dan
ekonomi, Adat istiadat Melayu dan agama Islam dikawal sepenuhnya oleh orang
Melayu melalui majlis khas, Kerakyatan yang serata bagi semua orang yang
menganggap Tanah Melayu sebagai tempat tinggal tetap dan sanggup
mencurahkan kesetiaan yang tak berbelah bagi, kemudian Bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan, pertahanan dan hal ehwal luar negeri menjadi tanggungjawab
bersama kerajaan Malayan dan British, Kerakyatan Malaya haruslah dinamakan
Melayu serta Merah dan Putih sebagai latar belakang bendera kebangsaan. Namun
begitu, usul yang di bawa oleh golongan parti berhaluan kiri ini ditolak oleh kerajaan
British.
British lebih berminat untuk bekerjasama dengan UMNO serta raja-raja Melayu yang
akhirnya membawa kepada terbentuknya perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
pada 1 Februari 1948. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah
menggariskan beberapa perkara antaranya ialah pembentukkan persekutuan yang
mengandungi 11 buah negeri ( 9 buah negeri Melayu dan 2 negeri Selat ) namun
Singapura dikecualikan dan diletakkan sebagai sebuah tanah jajahan Mahkota
(crown colony). Kemudian, Pembentukan sebuah kerajaan pusat yang kuat dengan
kuasa legislatif yang meluas menerusi Majlis Legislatif Persekutuan. Kemudian ianya
juga melibatkan Kewujudan kerajaan-kerajaan negeri dengan kuasa yang terhad
dan terbatas namun sedikit sebanyak kedudukan dan fungsi raja-raja Melayu telah
dipulihkan semula melalui perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini. Dan yang
paling penting adalah hak istimewa orang Melayu dikekalkan dan Pemberian taraf
kerakyatan telah diperketatkan melalui syarat-syarat yang tertentu. Perlembagaan
ini dilihat sedikit sebanyak telah menyelesaikan beberapa perkara yang berlegar di
dalam perlembagaan Malayan Union yang mendapat reaksi penentangan yang
sangat meluas di Tanah Melayu. Terlaksananya Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu 1948 telah menandakan berakhirnya Perlembagaan Malayan Union yang
seterusnya dibubarkan pada 21 Januari 1948.
Kesimpulannya
penjajah )///////

kesedaran

nasionalisme

orang

melayu

dlm

menentang

Anda mungkin juga menyukai