Anda di halaman 1dari 3

sejarah migrasi buruh di dunia

Negara negara Asia dianggap sebagai penyumbang utama imigran asing


terutamanya dalam konsep pekerjaan di negara ini. Kemasukan pekerja asing
di negara ini di kaitkan dengan libralisasi ekonomi, ketidak samarataan
terhadap peluang ekonomi dan penguatkuasaan sempadan yang kurang
berkesan. Pekerja asing dianggap sebagai proses social yang sering dikaitkan
dengan isu-isu seperti situasi ekonoi pasaran, penawaran buruh secara
transnasional, perubahan polisi di negara pengimport dan peruntukan hak
hak pekerja asing.

Goss dan Linquist berpendapat bahawa seseorang akan membuat keputusan


untuk berhijrah jika dia merasakan dapat memaksimumkan pendapatan
mereka. Ini kerana kebiasaannya mereka akan dapat pekerjaan yang lebih
baik dari aspek gaji yang akan diperoleh berbanding dengan negara asal.

Ketidakseimbangan gaji dan perkembangan ekonomi di negara negara


serantau akan meransang meningkatnya penghijrahan pekerja ke negara lain
di rantau tersebut. Menurut Hicks, dalam teorinya Wage Diffential Teory,
migrasi berlaku disebabkan terdapat perbezaan dalam penawaran dan
pemintaan buruh anatara sebuah negara dengan negara yang lain. Ini
menunjukkan negara yang mempunyai penawaran buruh yang tinggi secara
relatifnya mempunyai tahap gaji yang rendah manakala negara yang
mempunyai penawaran buruh yang rendah mempunyai tahap gaji yang
tinggi.

Berlakulah penghijrahan pekerja dari negara yang mempunyai gaji yang


rendah terutama dari negara Dunia Ketiga ke negara maju atau dari kawasan
pendalaman ke Kawasan Bandar di sesebuah negara. Menurut Hicks,
pengaliran buruh asing separa mahir ke negara maju mengekalkan negara itu
sebagai negara berintensifkan buruh murah. Sebaliknya, pembangunan
ekonomi dalam negara pengeksport pekerja akan tercapai melalui pengaliran
wang asing dan pembentukan tenaga kerja asing yang dapat mengurangkan
pendapatan di negara asal.

Harris & Todaro menyatakan secara rasional bahawa seseorang akan


mengambil tindakan untuk bermigrasi kerana perbezaan gaji dan peluang
pekerjaan di sesebuah negara walaupun ia tidak mengetahui sejauh mana
kebenarannya. Kebanyakan negara Asia senantiasa menggalakan rakyatnya

melakukan migrasi ke negara lain supaya boleh meningkatkan ekonomi


negara melalui remittance.

Davanso pula akan factor migrasi adalah kerana percaya akan faedah yang
diperoleh akan melebihi kos yang dikeluarkan untuk tujuan migrasi. Kos
adalah secara lansung atau secara tidak lansung. Migrasi pekerja bukan
hanya terhad kepada pekerja separuh mahir dan mahir tetapi melibatkan
perpindahan teknologi kemahiran daripada sesebuah negara ke negara lain.

Amin menyatakan migrasi dianggap sebagai satu pemindahan nilai positif


yang sedia ada daripada seseorang pekerja terutama pekerja berkemahiran
ke sebuah negara lain. Pekerja mahir yang berhijrah merupakan pekerja asing
yang produktiviti tinggi yang berpendidikan lebih tinggi daripada negara yang
sedang membangun. Sebagai seorang negara pakar dari luar negara, ia
mempengaruhi persekitaran pekerjaan dan memperkukuhkan kedudukan
ekonomi negara pengimport.

Proses migrasi juga dikaitkan dengan isu kiriman wang iaitu pengaliran keluar
wang dari sesebuah negara ke negara yang lain. Pengaliran wang keluar
memberi manfaat kepada negara pengeksport berbanding negara
pengimport tenaga kerja asing. Taylor menyatakan bahawa kesan pengaliran
wang asing adalah meningkatkan dana dan sumber pendapatan serta dapat
menjana pembangunan ekonomi terutamanya bagi negara pengeksport
pekerja asing.

Terdapat beberapa factor migrasi berlaku iaitu ingin meningkatkan


pendapatan dan menghantar wang ke kampung halaman untuk menyara
kehidupan keluarga, untuk membina rumah baru atau membeli tanah, untuk
menggunakan wang untuk tujuan melabur dalam beberapa bidang
perniagaan. Dengan itu, pihak kerajaan perlu mengawal pengaliran wang
keluar supaya tidak menjejaskan ekonomi negara pengimport . Seddon
menyatakan pihak kerajaan perlu terlibat untuk mengawal pengaliran mata
wang asing demi mengukuhkan pertukaran wang asing daripada cukai yang
diperoleh.

Isu pengaliran wang asing sering mendapat perspektif positif dari pihak
kerajaan apabila dianggap dapat meningkatkanpembangunan negara dan

menyediakan keperluan semasa kepada rakyat seperti kesihatan dan


pendidikan. Menurut Taylor, terdapat beberapa cara untuk mengukur kesan
pengaliran wang asing terhadap ekonomi ialah kesan secara lansung
terhadap ekonomi dengan melihat purata pengaliran wang asing dengan
jumlah perdagangan eksport. Khidmat buruh dilihat sebagai salah satu
eliment eksport dan pengaliran wang asing dilihat sebagai bayaran kepada
negara pengeksport untuk perkhidmatan buruh yang diberikan.

Pertukaran wang asing dilihat sebagai penyumbang secara lansung kepada


kesan pengaliran wang asing kepada negara penghantar. Ia dapat memberi
kesan positif terhadap Imbangan Pembayaran Negara. Kesan secara tidak
lansung ialah ransangan terhadap ekonomi tempatan melalui kesan berganda
daripada pengaliran wang asing. Kesan ini dilihat sebagai lebih efektif apabila
wang kiriman pergi ke kawasan pendalaman. Ini kerana kebanyakan
penduduk luar Bandar lebih menggunakan barangan tempatan berbanding
barangan import maka secara tidak lansung ia dapat menahan duit daripada
mengalir ke luar negara.

Anda mungkin juga menyukai