Anda di halaman 1dari 4

ANALISIS SWOT GURU SEBAGAI PROFESION

NAMA PELAJAR : SYAHFIQAH BINTI MOHD DAUD

S- STRENGTHS
1. Membentuk diri seorang guru agar menjadi suri tedalan yang dapat menjalankan
tugas seperti yang dihasratkan kerajaan dalam Falsafah Pendidikan Guru (FPG) iaitu
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif fan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi

negara

perkembangan

serta
individu

menyanjung
dan

warisan

memelihara

kebudayaan

suatu

negara,

masyarakat

yang

menjamin
bersatu

padu,demokratik,progresif dan berdisiplin.


2. Profesion keguruan merupakan satu medium utama untuk mendidik dan melahirkan
anak bangsa yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi,rohani dan
intelek(JERI) agar generasi akan datang bersedia untuk menempuh segala cabaran
hidup dan apa juga masalah yang timbul.
3. Menjadi seorang guru banyak manfaatnya seperti dapat membina hubungan yang
erat dengan masyarakat. Tugas guru mengajar di sekolah amat disegani oleh semua
pihak termasuklah masyarakat setempat. Hubungan yang mesra antara guru dan
masyarakat dapat dibina melalui program-program yang melibatkan ibu bapa mahupun
penduduk berhamprian sekolah.
4. Guru bukan setakat mengajar di dalam bilik darjah, namun profesion perguruan ini
dapat mengembangkan idea guru seperti contoh apabila guru-guru mengalami maslaah
dalam mengajar, maka guru-guru akan berbincang dan membuat bengkel untuk
mewujudkan modul-modul pengajaran yang dapat membantu ke arah memperkasakan
sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hal ini sekaligus memudahkan guru-guru
dalam melaksanakan PdP mengikut subjek yang diajar.
5. Kelebihan menjadi seorang guru adalah guru berkebolehan dalam semua bidang.
Hal ini demikian kerana, seorang guru akan menjadi doktor, jurulatih bola sepak dan
ahli bomba di sekolah. Apabila murid mengadu sakit perut, gurulah yang akan

menguruskan murid dan merawat murid. Pada sebelah petang pula, guru akan menjadi
jurulatih bola sepak untuk pasukan bola sepak sekolah. Oleh itu, seorang guru
berkebolehan dalam apa jua bidang tugas yang diberi.

W- WEAKNESSES
1. Terbeban dengan tugas. Guru pada alaf 21 terbeban dengan bidang tugas yang tiada
hentinya. Pengenalan kepada sistem PBS (pentaksiran Bersepadu Sekolah) dan
Sistem Maklumat Murid Online telah menambahkan lagi beban tugas guru yang sedia
ada. Masa yang terhad menyebabkan guru tidak sempat membuat penilaian dan ada
kalanya terdapat sebahagian tajuk tidak sempat diajar.
2. Pada November 2012, kerajaan telah mengumumkan bahawa sistem waktu bekerja
seorang guru di sekolah adalah 9 jam. Namun , apa yang dilihat kini, adakalanya guru
terpaksa bekerja lebih masa untuk menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan. Seperti
contoh kelas tambahan, membuat kostum murid untuk pertandingan, latihan menari,
mendaftar masuk prestasi murid secara online dan sebagainya. Oleh itu, guru banyak
menghabiskan masa di sekolah berbanding di rumah.
3. Guru juga harus berdepan dengan karenah ibu bapa yang pelbagai. Adakalanya ibu
bapa tidak suka dengan cara guru mengajar anaknya dan mempertikaikan kebolehan
guru.
4. Kemudahan terhad. Terkini, setiap guru perlu mendaftar pencapaian murid secara
online. Oleh itu, penggunaan ICT amatlah diperlukan. Namun malangnya, guru-guru
tidak disediakan dengan kelengkapan ICT yang mencukupi di sekolah mengakibatkan
guru terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan komputer. Bagi guru yang
mempunyai komputer riba, masalah yang sering dihadapi adalah sistem capaian
internet yang lemah di sekolah. Akhirnya, guru terpaksa menyambung kerja di rumah
untuk mendapatkan pautan internet.
5. Guru terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk membuat bahan bantu belajar kerana
tiada peruntukkan ataupun elaun khas untuk bahan bantu belajar murid.

O- OPPORTUNITIES
1. Menjadi seorang guru dapat membuka banyak peluang kepada guru untuk
mempelajari ilmu baharu. Hal ini kerana, guru seharusnya peka dengan setiap perkara
yang terjadi agar ilmu baharu dapat disampaikan kepada murid. Malahan, guru juga
adakalanya akan belajar sesuatu daripada murid. Hal ini sekaligus membuat guru lebih
berpengetahuan dalam pelbagai aspek.
2. Profesion perguruan adalah satu pekerjaan yang akan berjumpa dengan ramai
orang. Hal ini kerana, kita akan berjumpa dengan murid yang berbeza setiap tahun, ibu
bapa yang pelbagai. Oleh itu, guru berpeluang untuk mendapat lebih ramai kenalan.
3. Guru akan menjadi peka terhadap arus pemodenan negara. Hal ini kerana, guru
akan belajar banyak daripada murid-murid yang dikenali sebagai generasi Y. Muridmurid kini lebih maju ke hadapan dan kita sebagai seorang guru haruslah bijak
menggunakan peluang untuk sama-sama seiring dengan murid agar tidak menjadi isu
guru ketinggalan zaman dan murid tidak menjadi bosan di dalam bilik darjah. Malahan,
4. Prestasi dapat ditingkatkan dengan mengikuti kursus-kursus dalam dan diluar
sekolah untuk melahirkan seorang guru yang kompeten. Guru-guru akan dibekalkan
dengan pelbagai aspek kemahiran seperti bidang pengurusan, mata pelajaran dan
kokurikulum. Seperti contoh, Latihan dalam Perkhidmatan (LDK) juga merupakan satu
iniasiatif sekolah untuk membekalkan guru dengan ilmu semasa dan kemahirankemahiran yang perlu dikuasai oleh seorang guru.

T-THREATS
1. Akibat daripada beban kerja yang terlalu banyak, guru terdedah dengan stress. Hal
ini pernah berlaku di sebuah sekolah di Kota Kinabalu,Sabah. Seorang guru secara
tiba-tiba mengamuk dengan mengambil sebilah samurai ketika mengajar di dalam bilik

darjah. Perkara sebegini yang dikhuatiri apabila guru menjadi terlalu terbeban dengan
tugas yang banyak.
2. Sistem pendidikan sering berubah menjadikan guru terpaksa mengikut sahaja apa
yang diarah. Namun begitu, guru sendiri akan mengalami kesukaran untuk mengubah
cara mengajar dan kadang kala terpaksa membuat bahan bantu belajar (BBB) yang
baharu.
3. Di sekolah guru akan berdepan dengan masalah disiplin murid yang pelbagai. Dari
kes yang paling ringan dan juga yang paling berat seperti cubaan membunuh dan
sebagainya. Malahan, guru juga harus bersedia kerana murid-murid yang mengalami
masalah disiplin ini berani bertindak untuk merosakkan kereta guru dan sebagainya.
Oleh itu guru haruslah peka dan berjaga-jaga.
4. Guru juga harus berdepan dengan murid yang bijak dalam menggunakan ICT. Dalam
situasi sekolah, kadang kala guru akan berdepan dengan murid yang pakar dalam
bidang ICT. Oleh itu, guru haruslah bersedia dan memastikan kemahiran ICT sudah
diperkasakan agar tidak menjadi bualan murid sebagai guru yang tidak tahu ICT.
5. Selain daripada itu, guru juga perlu bersedia dengan desakan sekolah yang
kekurangan guru bagi sesetengah mata pelajaran. Apabila berlakunya kekurangan
guru, maka guru yang asalnya tidak mengajar mata pelajaran tersebut diminta untuk
mengajar mata pelajaran tersebut.