Anda di halaman 1dari 8

Bahagian B

Pengenalan
Beberapa tahun kebelakangan ini imej guru serta sistem pendidikan negara bagaikan tercalar
teruk dengan pelbagai insiden luar jangkaan menjadikan masyarakat mula menilai dan
memperkatakan tentang tahap profesionalisme dalam kalangan guru. Jika dulu guru hanya
menggunakan pendekatan rotan bagi tujuan mendidik, kini ada kalangan mereka yang berani
menggunakan kekerasan fizikal atas alasan yang sama. Malangnya kekerasan itu berakhir
dengan tragedi yang tidak sanggup kita dengari. Masyarakat boleh menyalahkan guru yang
berkenaan namun perlu adil membuat penelitian secara terperinci sebelum menjatuhkan
hukuman. Terdapat guru yang berdepan dengan tekanan luar biasa yang menyebabkan
tindakan di luar kewarasan berlaku , ditambah dengan beban kerja serta sikap pelajar yang
bermasalah.
Cabaran guru semakin besar pada hari ini iaitu berlegar kepada matlamat untuk memuaskan
hati ibu bapa dan masyarakat. Malangnya bagi memastikan usaha itu berjaya, banyak halangan
yang perlu dihadapi, namun tidak semua memberi sokongan menjadikan tugas guru semakin
sukar. Ditambah pula tekanan untuk memenuhi standardtugasan yang melangkaui pelbagai
aspek termasuk tugas perkeranian, persekitaran, bilik darjah, keluarga dan sebagainya, guru
sudah pasti sukar bernafas.
Tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu
memungkinkan guru bertindak di luar batasan. Ini selaras dengan teras perkhidmatan awam
antaranya bekerja dengan penuh tanggungjawab (Dr Ragbir Kaur, 2012). Status guru hanya
disandang kerana terbabit dengan kerjaya berkenaan, manakala secara khususnya mereka
masih seperti anggota masyarakat lain yang berdepan dengan tekanan dan cabaran tersendiri
dalam kehidupan seharian.
Isu
Menurut keratan laporan Buletin
Awani atas talian bertarikh Februari
14, 2014, didapati bahawa seorang
guru

telah

menumbuk

dan

menendang empat orang pelajar


yang terdiri daripada dua orang
1

lelaki dan dua orang perempuan kerana tidak membawa buku sekolah. Kejadian itu berlaku
kepada pelajar tingkatan satu dan dua. Menurut laporan itu lagi, guru berusia tiga puluh empat
tahun itu pernah melakukan perkara yang sama pada bulan Januari. Ini bermakna kejadian
yang dendaan fizikal ini telah berlaku sebanyak dua kali.
Cabaran
Apabila berita ini menjadi tatapan masyarakat, pelbagai andaian, tomahan dan tuduhan
dilemparkan kepada guru tersebut khasnya dan komuniti guru amnya. Jarang sekali kita
mendengar pandangan yang membela atau mempertahankan guru tersebut. Guru tersebut
umpama digantung tidak bertali oleh lapisan masyarakat yang cetek pemikiran dan nipis
ilmunya tanpa usul periksa dan tanpa mendengar luahan daripada guru tersebut. Adakah guru
tersebut benar-benar gagal mengawal emosinya dan bertindak sedemikian tanpa ada sebarang
nilai rasional dalam dirinya? Ataupun guru tersebut bertindak sedemikian kerana provokasi yang
dilakukan oleh murid tersebut dan rakan-rakannya?
Lantaran itulah terdapat persoalan-persoalan mengenai tekanan kerja di kalangan guru sering
dibincangkan di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Ini adalah kerana profesion sebagai
seorang guru merupakan salah satu profesion yang sungguh mencabar. Tanggungjawab dan
tugas guru yang begitu mencabar telah memberikan tekanan stres secara tidak langsung dan
menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak dapat dinafikan bahawa pada
masa kini terdapat kes-kes yang berkaitan dengan guru sering berlaku dan dilaporkan melalui
media massa. Kebanyakan Kes yang berkaitan dengan guru adalah amat serius sehingga
terdapat segelintir kes telah menyebabkan kecederaan dan kematian.
Stres memberi kesan kepada masalah kesihatan mental dan zikal dan mempengaruhi
keberkesanan hubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pendidikan (Weisberg & Sagie,
1999). Stres juga menyumbang kepada penurunan tahap tenaga guru dan penglibatan tugas
yang semakin berkurangan. (Lewis, 1999). Stres yang keterlaluan dan tidak dapat dikawal akan
menyebabkan burnout di kalangan guru. Kesan Burnout adalah lebih memudaratkan daripada
kesan stres seperti kepuasan kerja yang berkurangan, hubungan guru-murid dan guru yang
renggang, motivasi guru yang berkurangan dan pengurangan keberkesanan guru dalam
memenuhi matlamat pendidikan.
Stres memberi kesan kepada interaksi guru dengan murid dimana ia boleh menyumbang
kepada ketidakselesaan hubungan dengan murid-murid sehingga menyebabkan guru bertindak
2

secara tidak wajar terutama apabila pelajar-pelajar menghasilkan kerja yang tidak baik dan
tidak bertingkahlaku dengan baik (Nelson et al 2001).
Maka isu stress dan burn out merupakan satu cabaran kepada para guru dalam menjalankan
tugasan harian. Dalam kes guru tumbuk dan tendang pelajar ini, menunjukkan bahawa tekanan
emosi yang telah dipendamkan dalam guru tersebut. Akibatnya, tekanan emosi yang serius ini
telah menyebabkan guru berkenaan berfikiran tidak mempunyai kesedaran diri dan melakukan
perbuatan yang tidak terkawal yang boleh mengancam keselamatan orang lain.
Dengan itu, kes yang telah berlaku ini telah membuktikan bahawa pada zaman kini, para guru
sentiasa menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa,
masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan lagi kualiti
pendidikan. Selain itu, pelbagai reformasi dalam bidang pendidikan dan masalah-masalah
seperti masalah murid dan bebanan kerja pasti akan menyebabkan tekanan stres di kalangan
guru. Perkara ini juga memberikan kesan kepada diri saya. Saya turut merasakan tekanan
dalam diri saya untuk melaksanakan reformasi dalam pendidikan.
Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat umum melainkan ada dalam
kalangan keluarga atau rakan mereka terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti kebanyakan
kerjaya lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain terpaksa membawa
kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan
tugas mengajar seperti menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah
atau peringkat negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di samping itu, mereka juga
terpaksa melakukan penyeliaan dan bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan
dan badan beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai program di luar sekolah
yang mungkin mengambil masa beberapa jam mahupun beberapa hari. Perkara ini merupakan
rutin yang perlu saya lalui sepanjang tahun.
Sememangnya peranan guru di sekolah adalah banyak dan tugas guru bukan sahaja mengajar
dan menyampai ilmu pengetahuan kepada muridnya di dalam kelas tetapi dia juga diharapkan
dapat melaksanakan tugas-tugas yang lain. Antaranya adalah sebagai pengurus bilik darjah,
mengawal disiplin murid, perancang program-program, agen perubahan, penyelidikan,
fasilitator, penilai dan banyak lagi. Apabila sesi persekolahan menuju ke penghujungnya pada
setiap tahun, guru sekolah perlu mendapat semakin banyak tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan. Sementara tugas-tugas tersebut semakin bertambah, tugas seperti pemeriksaan
tugasan, ujian dan peperiksaan juga akan dihadapi oleh guru selain melaksanakan tugas rutin
3

iaitu mengajar. Dengan pertambahan tugas, guru akan berasa beban dan seterusnya akan
mengalami tekanan emosi yang serius.
Semua ini dilakukan tanpa kemudahan bayaran lebih masa, tuntutan perbatuan yang dicatu
mahupun lebihan masa yang digunakan untuk tugas rasmi diganti sebagai cuti rehat pada
keesokan harinya. Namun, bagi kebanyakan guru, beban itu tidak pernah dipertikaikan kerana
menyedari mereka sudah memilih kerjaya yang tanggungjawabnya menjangkaui waktu kerja.
Walaupun begitu, penyelesaian yang wajar harus dicari bagi meringankan beban ini kerana jika
stres atau tekanan berpanjangan di dalam hidup seseorang guru dan tidak bijak untuk
menguruskannya, ia akan menyebabkan penyakit-penyakit tertentu yang akan menjejaskan
kesihatan dan kecergasan guru itu sendiri, selanjutnya memberi kesan negatif kepada murid.
Masalah disiplin dan tingkah laku negatif pelajar masa kini juga menjadi penyumbang kepada
punca berlakunya tekanan kepada guru. Bilangan pelajar yang terlalu ramai dalam sebuah bilik
darjah menyukarkan sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan sempurna. Guru
terpaksa melayani pelbagai kerenah pelajar daripada pelbagai latarbelakang, tahap pencapaian
dan kebolehan serta terpaksa memenuhi segala keperluan mereka. Sebagai guru disiplin di
sekolah sudah menjadi lumrah harian utuk menjumpai kes disiplin di kalangan murid.
Penyelesaian
Cara mengatasi stres yang pertama adalah dengan mengaturkan masa dengan teliti. (Tuskan,
2002) dalam buku karangannya Kaedah Mengatasi Gangguan Stres dan Emosi Menurut Islam
mengatakan bahawa masa yang ada dalam kehidupan individu perlu diatur mengikut
kepentingan matlamat yang hendak dicapai dan dilakukan secara berfasa.
Kehidupan seharian sebagai seorang guru dan mungkin suri rumah tangga pastinya menuntut
perhatian yang perlu dibahagikan secara sistematik. Dalam merancang pelaksanaan tugasan,
guru perlulah bijak membahagikan masa 24 jam yang ada mengikut kepentingan masing
masing. Inilah berlaku dalam kehidupan saya. Bagi mengatasi masalah ini, saya
membahagikan masa saya sebaik yang mungkin. Contohnya antara soalan peperiksaan yang
perlu disiapkan dalam tempoh seminggu dengan memasukkan markah murid di dalam sistem
yang hanya tinggal 1 hari sebelum ditutup aplikasinya, saya akan mengutamakan memasukkan
markah murid di dalam sistem.

Saya meletakkan matlamat bagi setiap tugasan dan sentiasa mengukur kepentingannya agar
masa yang diagihkan menjadi lebih sistematik. Untuk itu saya menggunakan senarai semak
bagi memudahkan saya membuat tugasan.
Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah dengan cuba untuk sentiasa bertenang. Tekanan
adalah perkara yang memang akan dilalui oleh setiap individu, namun ketenangan adalah kunci
yang diperlukan untuk membuka ruang bagi diri berfikir dengan lebih rasional, bukannya
emosional. Contohnya pada situasi guru dengan ibu bapa seperti yang dibincangkan di atas,
sekiranya guru mampu bertenang dan mengetepikan perasaan marah dan mengawal
tekanannya, perhubungan antara guru dan ibu bapa mungkin tidak akan terjejas. Namun, hal
yang sebaliknya berlaku apabila guru tidak mampu bertenang, dan membalas kemarahan
dengan kemarahan.
Oleh sebab itu, saya sentiasa mengamalkan sikap terbuka apabila berurusan dengan ibubapa.
Saya juga berbincang dengan ibubapa mengenai perkembangan pelajar dari masa ke semasa.
Ini seterunya akan membantu mewujudkan hubungan yang positif antara ibubapa dan saya.
Natijahnya, hubungan yang tidak mesra terbentuk antara 2 pihak yang sepatutnya memiliki
hubungan yang baik untuk kepentingan murid. Ketenangan boleh didapati dengan mengingati
perkara yang indah dan melupakan seketika tekanan yang dihadapi. Saat diri berasa tertekan,
cuba pejamkan mata seketika dan bayangkan perkara yang menggembirakan hati ketenangan
akan dapat dirasakan dalam hati.
Selain itu, stres mampu diatasi dengan cara mengelakkan diri daripada perkara yang boleh
membawa kepada stres. Marzuki (2007) menyatakan individu perlu berusaha mengubah atau
mengetepikan punca punca tekanan supaya jalan penyelesaiannya dapat dimanfaatkan
secara bersama antara pekerja dan organisasi. Dalam hubungan dengan pentadbir pula,
apabila merasakan bahawa pihak pentadbir memberi lambakan tugasan dan tidak berdasarkan
kemampuannya, pada peringkat awal penyerahan tugas, saya akan berterus terang dengan
pihak pentadbir dengan menyatakan setakat mana kemampuan dirinya.
Saya hanya akan menerima segala bebanan tugasan yang diberikan oleh pihak pentadbir,
berdasarkan kepada kemampuan diri, bagi mengelakkan saya daripada menghadapi tekanan
kerana ketidakmampuannya menyiapkan segala macam tugasan yang diberikan. Ini kerana
saya tidak mahu mutu tugasan kurang baik dan hubungan baik antara guru dan pihak pentadbir
mungkin terjejas. Saya tidak mahu berasa tertekan kerana diberikan tugasan yang banyak,
5

manakala pihak pentadbir berasa tidak puas hati kerana tidak mendapat maklum balas tugasan
yang berkualiti. Justeru, saya akan mengelakkan diri daripada menggalas sesuatu yang diri
sendiri tidak pasti sama ada mampu dicapai atau tidak.
Cara mengatasi stres yang seterusnya ialah tidak mencampuradukkan urusan peribadi dan
rasmi. Sebagai seorang guru yang telah berumah tangga, saya tidak sama sekali
mencampuradukan masalah peribadi dengan masalah kerja. Saya sentiasa bersikap
profesional dan cuba sedaya upaya meninggalkan masalah rumahtangga di rumah dan tidak
menjejaskan prestasi dan hubungan dengan rakan sejawat. Tekanan yang telah sedia ada dan
berpunca

daripada masalah lain tidak seharusnya ditambahkan lagi dengan menjejaskan

hubungan antara rakan sejawat saya yang lain.


Saya menyedari bahawa urusan peribadi dan rasmi adalah 2 kelompok berbeza yang perlu
diasingkan jika timbul apa-apa permasalahan. Ini kerana saya dapati bahawa kegagalan guru
mengasingkan keperluan kedua dua aspek ini hanya akan menambahkan lagi tekanan dalam
diri. Namun, jika ada perkara baik yang berlaku dalam urusan peribadi, maka mood dan
suasana ceria tersebut bolehlah dibawa sehingga ke sekolah dan apa- apa urusan rasmi yang
lain. Hal ini kerana mood yang baik biasanya akan berpindah kepada orang lain dan secara
tidak langsung mewujudkan suasana yang damai dan ceria.
Justeru, perasaan takut dan tidak yakin akan kebolehan diri perlulah dikikis dalam usaha
menjauhkan diri daripada tekanan. Saya juga sentiasa berfikiran positif dengan menganggap
bahawa segala tugasan baharu yang tidak pernah dilakukan sebagai medium untuk saya
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri ke peringkat yang lebih baik. Saya tahu jika
guru sentiasa mengelak untuk melaksanakan tugasan baharu kerana takut diri tertekan, maka
kemungkinan besar kualiti diri tidak dipertingkatkan dan kurangnya pengalaman dalam diri
sendiri.
Saya yakin bahawa, seseorang guru yang berjaya menghayati tanggungjawabnya akan dapat
menangani cabaran dalam dunia pendidikan pada hari ini. Guru-guru yang mempunyai etika
guru yang baik akan sentiasa menjalankan tugasnya dengan baik dan ini merupakan semangat
untuk seseorang guru dalam menangani cabaran profesion. Sebagai contohnya, guru perlu
bersyukur kepada tuhan dan menghindari larangan tuhan serta sentiasa beriltizam semangat
berbakti. Guru yang bertanggungjawab ke atas dirinya akan seharusnya memahami kekuatan
dan kelemahan diri supaya dapat memanfaatkan kekuatan tersebut dan memperbaiki

kelemahan yang ada. Selain itu, guru perlu sentiasa ingat tanggungjawabnya terhadap
profesion guru.
Kesimpulan
Sudah terbukti bahawa tekanan adalah sesuatu yang pasti akan dihadapi oleh setiap individu
normal di muka bumi ini. Sebagai seorang guru, tekanan pastinya dirasakan di dalam dunia
pendidikan yang sedang dan akan terus mengalami perubahan daripada semasa ke semasa.
Tekanan emosi kerana tugas yang membebankan jika tidak diurus dengan baik akan
menyumbang kepada stress dan burnout yang mempunyai kesan yang buruk.
Faktor-faktor yang menyumbang kepada tekanan emosi ini perlu dikenalpasti bagi
memudahkan cara menguruskan tekanan tersebut. Faktor-faktor seperti kepimpinan di sekolah
dan masalah peribadi boleh diselesaikan dengan cara dan medium yang betul tanpa perlu
tindakan yang lebih drastik dilakukan. Cara pengurusan tekanan emosi yang betul turut perlu
diberikan perhatian kerana apabila mempunyai ilmu pengetahuan dalam cara mengatasi
tekanan emosi, tekanan emosi yang dirasai dapat diurus dengan cara yang betul. Persediaan
awal dan kesedaran kendiri berkaitan dengan pengurusan tekanan emosi akan membuatkan
guru lebih bersedia dan tahu cara awal untuk mencegah tekanan emosi dalam jangka masa
panjang.
Keseluruhannya, tekanan emosi bukanlah sesuatu yang tidak boleh diuruskan, sebaliknya ianya
memerlukan cara yang betul untuk menguruskannya. Tekanan emosi yang diurus dengan baik
tidak akan menganggu produktiviti kerja dan prestasi semasa sebaliknya hanya akan
mengganggu prestasi kerja dalam masa yang singkat sahaja kerana apabila sudah dicegah dan
diatasi, prestasi kerja bukan hanya akan meningkat tetapi kepuasan kendiri akan turut
meningkat.

Rujukan
Astro Awani (2014) Guru didakwa tendang Murid gara-gara tidak bawa buku sekolah
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/guru-didakwa-tumbuk-tendang-murid-garagara-tidak-bawa-buku-sekolah-30104?cp
Azizi Yahya & Norliza Othman (2010), Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di
Empat Buah Negeri Di Malaysia. Asia Pacific Journal of Educators and Education. Kuala
Lumpur
Hatta Sidi dan Mohammed Hatta Shaharom (2002)Mengurus Stres,Pendekatan yang praktikal
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Mohd. Razali dan Abang Ali (1999) Strategi Menangani Tekanan diKalangan Guru-guru Sekolah
Menengah Zon A di BahagianKuching/Samarahan, Sarawak. Satu Tinjauan Projek
Sarjana Muda Pendidikan Universiti Malaysia Sarawak
Ramaiah, A.L. (1999), Kepimpinan Pendidikan - Cabaran Masa Kini (edisi baru). IBS Buku Sdn.
Bhd. : Petaling Jaya.
Sapora

Sipon

(2007)

Pendidik

Mesti

Bijak

Kawal

Emosi

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2007&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm#ixzz3UZoVWq
Q8
Zakiah Binti Arshad (2003). Stres Kerja di Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah:Satu Kajian di
Zon Bandar, Kota Tinggi, Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana

Anda mungkin juga menyukai