Anda di halaman 1dari 5

KERTAS CADANGAN

PELAN PECUTAN AKHIR


PELAJAR TAHUN 6
TAHUN 2016

Disediakan oleh:

IQ CLASS MANAGEMENT
No 3 Jalan 2 Taman Malawati, 45000 Kuala Selangor
Selangor Darul Ehsan
No. Tel / Fax: 03-3289 1080
No. Tel Bimbit: 019-277 0412
Email: iqclassmanagement@yahoo.com

PENGENALAN
Apabila peperiksaan sudah hampir tiba, tekanannya akan mula dirasai oleh calon-calon peperiksaan
lebih-lebih lagi apabila sasaran pencapaian dalam ujian-ujian percubaan tidak memenuhi sasaran
yang ditetapkan oleh guru dan pihak sekolah. Tekanan sebegini ada kebaikannya apabila ia
menatijahkan lebih banyak usaha dan galakan untuk mempertingkatkan pencapaian walaupun
disaat-saat akhir.
Persoalannya, bagaimanakah persiapan disaat-saat akhir ini dapat membantu pelajar-pelajar?
Adakah ia membantu, atau ia sebenarnya lebih memberi tekanan yang akhirnya pelajar menjadi
bosan dan berputus asa?
Siapakah sebenarnya yang berada dalam tekanan? Pelajar, ibu bapa atau guru-guru?
Apakah matlamat sebenar pendidikan dan pembelajaran pelajar di sekolah?
Pelan Pecutan Akhir Pelajar Tahun 6 ini tidaklah menjawab semua persoalan di atas. Tetapi, ia akan
dapat membantu pelajar untuk;
1.
2.
3.
4.

Membina matlamat mengapa penting untuk mereka bina kejayaan UPSR 2016;
Mengembalikan fokus kepada pembelajaran dan peperiksaan,
Mempelajari beberapa teknik belajar di saat-saat akhir serta,
Mengatasi tekanan peperiksaan yang bakal mereka hadapi kelak.

Oleh yang demikian, pihak IQ Class Management mencadangkan agar pelan ini di isi dengan aktiviti
ceramah interaktif bersama Perunding Utama kami, Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini. Berikut
adalah cadangan ceramah-ceramah yang perlu dijalankan;
1. Ceramah Motivasi Cinta muhasabah
Selepas mendengar ceramah ini, peserta akan dapat;
1.1. Mengetahui punca hilang fokus dan minat terhadap pembelajaran,
1.2. Membina matlamat mengapa perlu Berjaya dalam peperiksaan UPSR serta,
1.3. Muhasabah diri terhadap usaha yang telah dilakukan untuk memenuhi keperluan
matlamat.
2. Ceramah Pecutan Akhir teknik belajar di saat akhir
Selepas mendengar ceramah ini, peserta akan dapat;
2.1. Mengambalikan matlamat menjelang peperiksaan yang semakin hampir,
2.2. Mempelajari teknik belajar yang terbaik di saat akhir sebelum peperiksaan serta,
2.3. Mengetahui bagaimana persiapan yang perlu dilakukan menjelang minggu peperiksaan.
3. Ceramah Pengurusan Tekanan Peperiksaan.
Selepas mendengar ceramah ini, peserta akan dapat;
3.1. Memahami apakah yang dikatakan sebagai tekanan peperiksaan,
3.2. Mengetahui kepentingan tekanan dalam peperiksaan serta,
3.3. Mempelajari teknik mengatasi tekanan berlebihan sebelum peperiksaan.
Berikut kami lampirkan bersama biodata penceramah kami.

BIODATA PERUNDING UTAMA LATIHAN & MOTIVASI IQ CLASS


MANAGEMENT
Encik Kamarul Azami bin Mohd Zaini
Lahir pada 4 Disember 1981 kelahiran Bagan Datoh Perak. Beliau merupakan Perunding Utama
Latihan Dan Motivasi IQ Class Management. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah
Kebangsaan Jalan Air Panas dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Kuala
Lumpur (SMAKL). Beliau merupakan ketua pelajar di sekolah tersebut pada tahun 1997. Graduan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Pentadbiran Perniagaan. Beliau juga memiliki
Sijil Asas Kaunseling Tahap 1 dari KUISCell.
Anak kedua dari empat adik-beradik dan dibesarkan
dalam keluarga yang penuh dedikasi terhadap
pendidikan dan disiplin diri. Ibunya seorang guru agama
manakala ayahnya seorang pesara tentera. Telah
berkecimpung dalam dunia fasilitator dan latihan
semenjak tahun 1999 bermula dari Pusat Matrikulasi
UIAM Petaling Jaya. Sehingga kini beliau aktif
memberikan latihan dan bimbingan kepada pelajarpelajar di sekolah rendah dan menengah dalam perkara
berkaitan kemahiran kendiri, motivasi dan kepimpinan.
Beliau juga aktif melatih dan membimbing pelajarpelajar IPT dari segi kepimpinan dan kemahiran
fasilitator seperti di UIAM, UNISEL, Kolej Hafiz Klang
dan UNIKL. Beliau juga arif dalam hal berkenaan
pembinaan karakter, keibubapaan, motivasi pekerja,
motivasi guru serta kepimpinan Islam.
Pernah aktif bersama NGO seperti Persatuan Pelajar
Islam Selangor (PEPIAS) dan Persatuan Kebangsaan
Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) pada zaman belajar
beliau. Kini, beliau semakin bergiat aktif bersama NGO yang sesuai dengan umurnya seperti Yayasan
Kebajikan Anak-anak Yatim Malaysia (YATIM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan
sehingga kini beliau banyak memegang jawatan serta diberikan amanah menjadi pimpinan, rujukan
serta perunding dalam hal-hal berkaitan pengorganisasian motivasi dan kekeluargaan.
Beliau juga menjadi tamu dalam siri kejurulatihan dan fasilitator kelab PPMU dan GPTD di UNISEL,
FaciTEAM UIAM Kuantan, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan
Pelajar Islam Selangor (PEPIAS). Pernah terlibat dan mengikuti latihan kejurulatihan Program Jati diri
Kesukarelaan Nasional di bawah kelolaan Kementerian Belia Dan Sukan dan juga merupakan
jurulatih untuk 2 modul di bawah kelolaan LPPKN iaitu Parenting@Work bersama MAPIM, serta
Modul SEKATA (pencegahan jenayah dan kekeluargaan) bersama ABIM. Beliau telah berkahwin
namun masih belum memiliki cahaya mata. Pengalaman rapatnya bersama ibu dan ayahnya serta
pendedahan luas dalam aktiviti kemasyarakatan dan isu gejala sosial, menjadikan beliau
berpengetahuan luas mengenainya.
Beliau juga telah mengetuai pembinaan modul latihan jangka masa pendek untuk Markas
Pendidikan dan Latihan Udara (MPLU) untuk memberi latihan kepada pegawai dan lain-lain pangkat
di dalam TUDM. Antara modul yang dibangunkan adalah Kursus Kepimpinan Islam, Kursus
3

Pembinaan Keluarga Sakinah serta Kursus Nilai, Moral dan Etika. Encik Kamarul Azami
berperwatakan sederhana, pendiam namun kadangkala suka berjenaka. Beliau juga seorang yang
suka meneliti dan merencana. Keutamaan tugas beliau di dalam IQ Class Management adalah
sebagai penasihat Facilitating and Development Team, sebuah unit latihan dan pembangunan
tenaga fasilitator di bawah IQ Class Management yang lebih dikenali sebagai FaDlaT dan juga
pemilik syarikat IQ Class Management. Beliau memberikan fokus dalam latihan kepimpinan,
pembinaan karakter, pembinaan dan pemurnian kekeluargaan, kemahiran insaniah, pembangunan
diri, motivasi diri, motivasi dan pembinaan organisasi serta dakwah Islam.