Anda di halaman 1dari 9

PROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN

KEPUJIAN
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER 2015

KOD SUBJEK

: HBHE 2203

NAMA SUBJEK : KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA


TUTOR

: BALRAO A/L HARIROA

NAMA : NORZAKIAH HAYATI BINTI MOHD IDRIS


NO MATRIK : 820804085550001
NO K/P : 820804085550
NO.TEL : 0195298124
EMAIL : zafirahhuda@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : SEAMEO, RECSAM GELUGOR
Selamat Pagi dan Salam Sejahtera,

Terima kasih Saudari pengerusi majlis.


Yang berusaha ahli jawatankuasa Program sayangi Diri sekolah. Guru-guru
serta pelajar-pelajar SMA Shamsul Maarif Al-Wataniah yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Terlebih dahulu marilah sama-sama kita mgucapkan kesyukuran kepada
Tuhan kerana pada pagi yang ceria ini, kita dapat bersama-sama dalam salah
satu slot bagi Program Sayangi Diri yang sangat bermanfaat kepada pelajar
semua.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk
menyampaiakan ceramah pada hari ini. Sempena Program Sayangi Diri pada minggu ini, saya
selaku ahli jawatankuasa Program Kesihatan ingin berkongsi ilmu dan maklumat berkaitan
dengan isu kekeluargaan. Oleh yang demikian, ceramah saya pada pagi ini adalah bertajuk
Kepentingan memelihara kehormatan diri dan implikasi pengabaian menjaga kehormatan diri
dalam kalangan remaja.
Tuan-tuan, puan-puan dan pelajar sekalian,
Pertamanya, mari kita lihat dahulu apakah itu kehormatan diri dan mengapa kita perlu
menjaganya? Kehormatan diri boleh dijelaskan sebagai Kemuliaan yang ada pada diri manusia.
Kemuliaan diri ini perlu dijaga supaya tidak melakukan perkara-perkara diluar tabii manusia.
Saya memetik daripada sebuah blog Ramadhan Gemilang menyatakan bahawa Tuhan
menciptakan manusia itu adalah sebagai mahluk yang paling berharga dan mulia di bumi ini.
Namun begitu manusia sendirilah yang merosakkan kehormatan dan harga diri mereka dengan
melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan tidak sesuai dengan norma-norma
agama anutan masing-masing. Oleh kerana itulah, kehormatan atau kemuliaan yang terdapat
dalam diri manusia ini haruslah sentiasa dijaga daripada melakukan perkara-perkara yang boleh
merosakkannya, baik yang berupa sikap dan perbuatan yang dilakukan oleh diri sendiri,
mahupun yang dilakukan oleh orang lain.

Pelajar sekalian,
Sebelum kita pergi lebih jauh lagi, ingin saya perjelaskan bahawa, tidak menjaga kehormatan diri
dalam kalangan remaja ini merupakan antara isu salah laku yang sering dipaparkan di media
massa sama ada media elektronik ataupun media cetak. Malah masalah ini menjadi isu yang
serius kebelakangan ini dan telah meninggalkan kesan buruk dalam pertumbuhan serta
perkembangan fizikal,emosi dan sosial remaja. Ini kerana alam remaja merupakan alam yang
mencabar kerana mereka terdedah kepada pelbagai pengaruh yang positif mahupun yang negatif.
Kebanyakan pengaruh yang ada lebih kepada menjerumus kepada perkara-perkara yang negatif
yang boleh membawa kepada hilangnya kehormatan diri remaja. Antara salah laku yang sering
terpapar di media massa adalah seperti ponteng sekolah, kes buli, menyalahgunakan dadah,
rogol,samun dan seterusnya jenayah besar seperti membunuh. Semuanya ini bermula daripada
sekolah. Di mana, pengaruh negatif sekolah dapat dilihat dengan tingkah laku remaja yang
dimulakan dengan sering ponteng kelas, tidak patuh kepada arahan guru, tidak membuat kerja
sekolah, tidak membawa buku dan sering tidur di dalam kelas semasa pdp berlangsung, tidak
berpakaian kemas dan bercakap kasar dengan guru dan rakan mereka. Perkara-perkara ini bukan
sahaja dilakukan oleh remaja lelaki, malah remaja perempuan juga boleh dikatakan seiring
melakukan perkara-perkara tersebut yang boleh menjatuhkan maruah dan kehormatan diri
mereka.
Pelajar yang dikasihi,
Tingkah laku negatif pelajar di sekolah sekiranya tidak dibendung lebih awal akan mengundang
kepada kes-kes salah laku yang bertentangan dengan peraturan dan undang-undang di Malaysia
selepas tamat persekolahan. Tingkah laku negatif ini akan menjadi jenayah besar kepada
masyarakat seterusnya kudis kepada Negara. Antara tingkah laku yang boleh menyebabkan
keruntuhan akhlak remaja adalah seperti peras ugut, membunuh, mencuri, lumba haram,
menyalahgunakan dadah, rogol, samun, senjata api dan yang terikini adalah kes perdagangan
manusia yang juga melibatkan remaja. Sering dikatakan remaja adalah kumpulan yang bakal
mencorakkan masa depan Negara kerana mereka adalah aset kekayaan semulajadi yang bakal
memegang peranan penting dalam politik, ekonomi dan pembangunan Negara. Namun demikian,
masalah tingkah laku negatif ini menyebabkan kehormatan diri mereka terjejas yang seterusnya
menjadi ancaman kepada sumber tenaga manusia yang mungkin akan merugikan Negara dalam
3

jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah daripada remaja, perlu dibendung dan di atasi
supaya tidak terus mengancam masa depan Negara.
Untuk makluman pelajar semua,
Menularnya kes salah laku yang boleh menjejaskan maruah remaja dan dalam masa yang sama
mereka adalah asset Negara yang berharga, maka dalam usaha membendung perkara-perkara
negatif ini, maka peraturan dan undang-undang berkaitan telah difikirkan supaya dapat
mengawal remaja untuk lebih berdisplin serta tidak melakukan kesalahan yang boleh
menjejaskan maruah mereka dan hak orang lain sewenang-wenangnya. Perbuatan buli atau
gangster contohnya, apabila berlaku di peringkat sekolah, mereka boleh dikenakan tindakan
mengikut Akta Mahkamah Juvana 1947 (Akta 90). Antara undang-undang yang bakal dikenakan
terhadap remaja sekiranya dikategorikan sebagai pesalah juvana termasuklah pemantauan oleh
pegawai khas, denda, dimasukkan ke asrama akhlak Sekolah Henry Gurney dan seterusnya
hukuman penjara jika kesalahan itu serius.
Guru-guru dan pelajar sekalian,
Pentingnya menjaga kehormatan diri, namun disebabkan banyaknya pengaruh dan mudahnya
dipengaruhi maka perlakuan yang tidak sepatutnya dilakukan sering berlaku menyebabkan
maruah diri tercalar. Banyak faktor yang mengundang kepada gagalnya remaja menjaga
kehormatan diri seterusnya terjadilah kes salah laku dalam kalangan remaja. Antara faktor yang
pertama adalah tiadanya kekuatan diri. Maka mudahlah terikut-ikut dengan sikap dan perangai
rakan yang mempengaruhi. Rasa tercabar atau tidak mahu mengaku kalah menyebabkan remaja
memaksa diri untuk mengikut kehendak diri walaupun tahu perbuatan yang bakal dilakukan itu
adalah salah.
Remaja mudah terdedah kepada alam yang luas di luar rumah, maka faktor persekitaran menjadi
rumah ke dua mereka. Mereka terdedah dan terus mempelajari banyak perkara daripada
persekitaran sosial yang berada di depan mata mereka. Dengan itu mereka mula mengubah
tingkah laku, sikap dan nilai diri kepada yang mereka sukai walaupun ia bertentangan dengan
yang sepatutnya. Bagi memenuhi rasa ingin tahu remaja mereka akan merayau-rayau di
kompleks-kompleks membeli belah, pusat snuker, pusat permainan video dan sebagainya. Ini
secara tidak langsung akan mendorong kepada pergaulan yang tidak sihat.
4

Sikap ingin mencuba dan sukakan cabaran merupakan faktor penyumbang kepada berlakunya
tingkah laku yang negatif seperti merokok, dadah seterusnya menjadi seorang penagih dadah. Ini
membawa kesan kepada ahli keluarga apabila remaja akan bertindak untuk mencuri atau
mencederakan ahli keluarga untuk mendapatkan duit bagi membeli dadah.
Pelajar sekalian,
Keluargaku Syurgaku, namun kegagalan ibu bapa menjadikan rumah sebagai syurga kepada
anak-anak merupakan antara faktor penyumbang gagalnya remaja menjaga kehormatan diri
seterusnya melakukan pelbagai kes salah laku. Bukan sahaja daripada latar belakang yang susah
malah sebilangan besar adalah yang mempunyai latar belakang yang baik dan berada. Peranan
ibu bapa adalah sangat penting namun keperluan dan kehendak serta tuntutan kehidupan
sekarang memaksa kedua ibu bapa bekerja. Ini menyebabkan kurangnya perhatian kepada anakanak. Mereka cuba untuk memuaskan hati anak-anak dengan memberikan keselesaan dan
kemewahan benda tanpa kasih sayang dan masa bersama anak-anak. Ibu bapa lupa anak-anak
juga memerlukan pemerhatian daripada ibu bapa. Dari sini anak-anak akan terasa terbiar tanpa
kasih sayang dan jagaan yang sempurna. Kegagalan ini membuatkan anak-anak menjadikan
rakan sebagai tempat untuk menceritakan apa jua masalah yang dialami. Kawan yang baik
menasihati tetapi sekiranya mendapat kawan yang mudah mempengaruhi mungkin remaja akan
terarah kepada perkara-perkara yang negatif.
Pengaruh media juga sentiasa membentuk tingkah laku remaja terutama yang masih mentah.
Kemajuan teknologi komunikasi kini mengakibatkan remaja terdedah kepada nilai-nilai baru
yang lebih banyak membawa kepada perkara yang negatif. Pengaruh-pengaruh ini dapat dilihat
daripada majalah-majalah hiburan, televisyen dan tayangan filem barat. Sumber-sumber hiburan
daripada bahan komunikasi ini lebih mendorong sikap negatif remaja seperti suka mengelamun,
berfoya-foya, boros dan pelbagai perlakuan yang tidak sepatutnya.
Tuan-tuan, puan-puan dan pelajar sekalian,
Pepatah mengatakan Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Menggambarkan sesuatu perkara
yang buruk dilakukan seseorang, akan memberi kesan kepada ramai orang. Ini boleh
digambarkan bahawa tingkah laku negatif yang dilakukan bukan sahaja menjatuhkan maruah
remaja itu sendiri malah memberi impak yang negatif juga kepada individu-individu lain
5

terutamanya ibu-bapa, masyarakat seterusnya negara. Besar implikasi kesan daripada remaja
melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah dan kehormatan diri mereka ini.
Antaranya kehidupan remaja itu sendiri menjadi tidak terurus dan sering dihantui dengan tekanan
hidup. Bagi remaja muslim perbuatan mereka dikira sebagai berdosa dan kehidupan mereka
tidak diberkati.
Di samping itu juga, remaja-remaja yang terlibat dengan kes salah laku dan pernah ditahan oleh
pihak berkuasa akan dipandang negatif oleh masyarakat sekeliling seterusnya berkemungkinan
mereka akan dipulau. Dengan ini, ibu bapa akan menanggung malu dengan apa yang berlaku.
Saya mengahrapkan tiada pelajar di sini seperti itu. Tidak berhenti setakat itu, apabila dipulau
dan tidak dipedulikan oleh masyarakat menjadikan timbul pula kes-kes atau tingkah laku negatif
yang lain pula. Remaja selalunya pantang dicabar. Kesan daripada tidak mendapat perhatian dan
merasakan diri telah dipulau oleh masyarakat, remaja mungkin akan bertindak di luar jangkaan
kita. Ini akan mendorong remaja melakukan kes-kes atau tingkah laku yang lebih berat lagi
seperti merogol dan sumbang mahram. Ini menjadikan masyarakat kucar kacir dan seterusnya
negara menjadi tidak aman. Masyarakat pula akan memandang rendah dan menghina remajaremaja yang tidak bermoral ini.
Para hadirin sekalian,
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara. Bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini
berlaku dan terus berpanjangan, maka, langkah-langkah positif perlu difikirkan bagi
menyelamatkan jiwa remaja supaya tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai dakyah negatif
yang boleh merosakkan maruah dan kehormatan diri mereka. Remaja perlukan perhatian dan
kelembutan untuk berubah. Oleh itu, perhatian perlu diberikan daripada peringkat sekolah lagi.
Pendekatan akademik difikirkan perlu bagi menarik minat remaja untuk hadir dan berada di
sekolah. Antara strategi yang boleh dibuat adalah dengan menambah lagi aktiviti-aktiviti
berteraskan akademik dan separa akademik seperti kegiatan kokurikulum di sekolah. Begitu juga
dengan cara teknik mengajar guru seperti guru perlu lebih menggunakan komputer, video,
bantuan alat pandang dengar yang baru dan teknik pengajaran luar kelas. Ini sedikit sebanyak
dapat mengurangkan beban pembelajaran dan tekanan yang dihadapi oleh remaja ketika berada
di sekolah. Ini juga akan menarik minat remaja menghabiskan lebih banyak masa di sekolah

daripada di luar sekolah yang lebih banyak pengaruh yang tidak memberi manfaat kepada
perkembangan mereka.
Aspek perundangan di sekolah perlu diberi tumpuan kerana ia dapat mengurangkan penglibatan
pelajar dengan kegiatan displin ataupun jenayah di sekolah. Dengan wujudnya aspek
perundangan seperti ini, ia dapat menimbulkan rasa takut di kalangan pelajar di samping dapat
mengurangkan beban dan tanggungjawab pihak sekolah dan ibu bapa dalam mengawasi displin.
Namun begitu ia memerlukan kajian mendalam dan kos yang tinggi dalam menambahkan unit
kawalan tambahan. Hubungan pihak sekolah dan polis juga memainkan peranan penting dalam
membendung masalah keruntuhan moral remaja di luar sekolah. Penguatkuasaan undang-undang
oleh pihak polis boleh diperluaskan dengan menjadi mata dan telinga untuk guru dan ibu bapa
untuk memantau kegiatan remaja di luar rumah atau sekolah. Pihak sekolah boleh melantik
pegawai polis sebagai pegawai perhubungan sekolah atau bapa angkat kepada pelajar di sekolah.
Pusat kegiatan remaja seperti pusat komuniti di kawasan-kawasan perumahan boleh dijadikan
sebagai tempat aktiviti remaja. Ini merupakan sebagai salah satu cara pencegahan berlakunya
tingkah laku negatif remaja. Oleh itu segala aktiviti untuk remaja perlu diirancang dengan teliti
dan teratur. Antara aktiviti yang boleh diadakan adalah lebih menjurus kepada aktiviti kemahiran
supaya remaja dapat menggunakan kemahiran demi kepentingan diri mereka. Di samping itu,
ceramah, kelas bimbingan agama serta aktiviti rekreasi bersukan dan sebaginya untuk
perkembangan sahsiah remaja. Kerjasama antara agensi kerajaan yang wujud seperti Polis dan
Jabatan Pendidikan akan dapat memantau perkembangan aktiviti remaja dari masa ke semasa
dan mengambil langkah-langkah yang perlu sebelum remaja terjebak ke dalam mana-mana
aktiviti yang menyalahi undang-undang. Namun begitu usaha dan penambahbaikan aktiviti
diperlukan dari masa ke semasa supaya perancangan dan program-program yang dirancang
selaras dengan kehendak dan persekitaran remaja.
Peranan media juga perlu diberi perhatian serius dalam usaha membendung keruntuhan akhlak
dan moral remaja. Media cetak dan media elektronik disarankan memaparkan lebih berkaitan
personaliti remaja berjaya. Remaja yang berjaya dalam lapangannya boleh memberi contoh yang
positif kepada remaja lain keseluruhannya. Di samping dapat menjadi daya penarik untuk
membaca, gambar-gambar remaja berjaya juga dapat merangsang pembaca remaja supaya turut
berjaya dalam kegiatan yang mereka ceburi. Oleh itu pihak penerbit, terutamanya yang
7

mempunyai sasaran pembaca perlu lebih sedar dan peka pada tangungjawab sosial dengan
menerbitkan lebih banyak bahan bercorak pengetahuan bagi melahirkan golongan remaja yang
bertanggungjawab dan mempunyai sifat yang baik.
Akhir sekali para pelajar sekalian,
Adalah diri anda sendiri. Diri sendiri perlu kuat untuk mempertahankan segala pengaruh yang
negatif. Anda sebagai remaja perlu sentiasa cuba untuk mengelakkan diri daripada terlibat
dengan kegiatan atau tingkah laku yang boleh mencalarkan kehormatan diri anda semua.
Sentiasa meminta nasihat daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan pihak kaunseling sekiranya
perlu. Elakkan daripada bertindak sendiri, jangan malu untuk berkongsi masalah. Luahkan segala
masalah yang dialami, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah atau beban yang
ditanggung. Remaja juga perlu meningkatkan keyakinan diri di samping dapat merapatkan lagi
hubungan antara satu sama lain. Di samping itu, sentiasa tetapkan target atau bina azam untuk
mencapai kehidupan yang lebih berkualiti. Azam yang dibina dapat menguatkan semangat
remaja untuk terus melakukan perubahan kearah yang lebih baik. Sentiasa yakin diri bahawa
azam yang dibina akan tercapai dengan cemerlang kearah pembentukan diri yang lebih
berdisplin.
Selain daripada itu, anda semua sebagai remaja dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan cara
hidup sihat. Sentiasa cuba memikirkan sesuatu yang berlaku di depan mata secara positif.
Melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan.
Sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat untuk menjamin fizikal dan mental yang berkualiti
seterusnya sentiasa elakkan diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat demi menjaga
dan memelihara kehormatan diri.
Sebelum mengakhiri ceramah saya pada pagi ini, diharapkan semua pelajar
dapat mengambil input yang baik daripada ceramah saya tadi sebagai
bekalan untuk kehidupan yang lebih positif selepas ini. Saya mengharapkan
semua pelajar menjaga akhlak dan maruah diri bagi menjadi insan yang
berguna di kemudian hari. Kejayaan hari esok bermula daripada apa yang
kita lakukan pada hari ini dan Kejayaan Negara pada masa depan

bergantung kepada apa yang remaja hasilkan hari ini kerana remaja adalah
asset Negara yang terpenting sekali.
Di kesempatan yang ada ini, saya mohon kemaafan sekiranya sepanjang
ceramah saya tadi ada tutur bicara yang boleh mengganggu perasaan
hadirin sekalian. Sekiranya ada apa-apa kemusykilan boleh berjumpa saya
sepanjang program Sayangi Diri ini berlangsung pada minggu ini. Selepas
ini sekiranya berlaku apa-apa pada diri kalian seperti merasakan diri dibuli
atau dipergunakan untuk melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya,
diharapkan pelajar tidak mendiamkan diri kerana boleh menjejaskan diri
sendiri seterusnya masa depan anda. Pelajar boleh terus berjumpa guru atau
pihak kaunseling, merujuk kepada ibu bapa atau terus kepada pihak
berkuasa. Semoga semuanya akan beroleh ilmu yang berguna dan
bermanfaat untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai