Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 3 ( Esei Reflektif)

Kepentingan kemahiran komunikasi khalayak kepada seseorang guru

Komunikasi sering dikaitkan dengan perhubungan antara manusia yang melibatkan


penyampaian sesuatu maklumat atau perkara daripada individu kepada individu yang lain
secara bersemuka atau melalui media massa. Khalayak merupakan unsur penting dalam
takrifan komunikasi massa. Khalayak dalam proses komunikasi massa dikatakan bersifat
beraneka ragam atau heterogenous. Ini dapat dimaksudkan dengan khalayak terdiri daripada
orang ramai mempunyai pelbagai ragam, gaya hidup dan budaya (Rahim, 2003). Komunikasi
khalayak ini amat penting dalam profesion seorang guru kerana dalam bidang pendidikan ini,
sememangnya guru itu harus berkomunikasi dalam setiap lapisan masyarakat mula daripada
murid, ibu bapa, warga sekolah, begitu juga dengan keluarga dan masyarakat setempat.
Melalui komunikasi khalayak ini dapat menjalinkan hubungan yang baik antara guru
dengan murid-murid. Komunikasi yang baik antara guru dengan murid dapat membantu guru
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid dalam pelajaran mahupun masalah
peribadi murid tersebut. Hubungan yang baik akan membuatkan murid berasa dekat dengan
guru dan bebas bagi mereka untuk meluahkan apa sahaja yang dipendam atau yang dirasa
oleh pelajar tersebut. Cara ini akan merapatkan lagi hubungan guru dengan murid tersebut.
Hubungan guru dengan murid tidak terhad kepada hal pelajaran sahaja, guru juga boleh
dijadikan kawan atau ibu bapa kepada murid tersebut dalam apa-apa masalah yang lain. Begitu
juga apabila guru tersebut tidak lagi berkhidmat di sekolah tersebut, komunikasi dan hubungan
yang baik antara guru dan murid tidak terhenti setakat itu sahaja, malah apabila di luar sekolah,
guru dan murid juga boleh berkomunikasi dengan baik. Komunikasi yang baik memberi kesan
terhadap hubungan antara guru dan murid sama ada baik atau tidak.
Bukan itu sahaja, hubungan yang erat bersama ibu bapa juga

adalah salah satu

kepentingan komunikasi khalayak yang harus diterapkan oleh seorang guru. Apabila guru
mempunyai hubungan yang erat dengan ibu bapa murid, ini dapat membantu guru dalam
menyelesaikan masalah khususnya, murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran.
Guru boleh memberitahu ibu bapa tentang masalah yang dihadapi oleh murid tersebut supaya
ibu bapa tersebut faham akan masalah pembelajaran yang dihadapi. Sedikit sebanyak ibu bapa
dapat membantu murid melakukan kerja rumah yang diberi oleh guru di rumah. Guru boleh
bekerjasama bersama ibu bapa dalam kemenjadian murid. Jika guru sahaja yang mengambil
9

berat terhadap murid, kemungkinan murid akan ketinggalan dalam pelajaran tanpa bantuan
daripada ibu bapa mereka. Oleh sebab itu, guru haruslah menerapkan komunikasi yang baik
bersama ibu bapa agar matlamat yang sama iaitu melihat murid berjaya dalam pelajaran dan
akhlak dapat dicapai bersama. Guru hanya membantu murid di sekolah, tetapi apabila di
rumah, ibu bapa sebenarnya guru kepada murid.
Selain itu, idea pengajaran atau maklumat yang ingin disampaikan oleh guru tersebut
dapat disampaikan dengan baik. Apabila murid dapat memahami apa yang disampaikan oleh
gurunya, maka komunikasi antara guru dapat murid tersebut berkesan. Tugas seorang guru
bukan sekadar untuk memberi maklumat tentang sesuatu pembelajaran malah, untuk mendidik
anak bangsa yang bakal memimpin negara pada suatu hari nanti. Banyak khabar angin yang
kita sering dengar, guru di sekolah mengajar salah konsep tentang sesuatu pembelajaran
kepada murid-murid. Jika hal ini berterusan, murid-murid tersebut serta generasinya akan
datang akan menerima maklumat yang salah, jika tidak diperbetulkan akan generasi tersebut
akan menyampaikan maklumat yang salah. Oleh sebab itu, pentingnya komunikasi yang baik
dalam menyampaikan maklumat kepada murid-murid.
Guru juga dapat berinteraksi dengan baik dengan murid-murid. Guru mestilah
menggunakan bahasa yang standard agar murid tidak mengalami kecelaruan bahasa ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Jika guru tersebut mengajar menggunakan
loghat negeri masing-masing sebagai contoh, loghat Kedah, Terengganu dan Kelantan, murid
tidak dapat memahami apa yang guru tersebut ingin sampaikan lebih-lebih lagi apabila guru
tersebut di tempatkan di negeri Selangor atau Wilayah Persekutuan yang sememangnya negeri
tersebut tidak mempunyai loghat. Tambahan pula, guru juga mesti mempelajari loghat yang
digunakan oleh masyarakat setempat agar komunikasi yang dilakukan dapat berjalan dengan
lancar. Guru tersebut haruslah menyesuaikan diri dengan loghat baru dan suasana yang baru
jika tempat tersebut adalah asing bagi guru tersebut. Interaksi atau pun bahasa yang digunakan
oleh guru tersebut amat penting dalam merealisasikan komunikasi yang berkesan antara guru
dengan murid.
Di samping itu, komunikasi antara warga sekolah juga haruslah dilakukan dengan
baik kerana setiap guru di sekolah memerlukan antara satu sama lain dalam mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Guru digalakkan bertukar-tukar pendapat
dalam menjadikan suasana kelas yang aktif dan ceria dan juga melibat kan interaksi dua hala
bersama guru dan pelajar. Bukan juga sesama guru, malah dengan pihak pentadbiran di

10

sekolah. Jika guru tidak mempunyai komunikasi yang baik

bersama pihak pentadbiran,

kemungkinan akan menyebabkan kesukaran dalam melakukan sesuatu urusan. Setiap urusan
tidak dapat dijalankan dengan sebaik mungkin seperti yang diharapkan. Mungkin akan
menyusahkan kedua-dua belah pihak.
Kesimpulannya, komunikasi khalayak ini amatlah penting bagi seseorang yang
bergelar guru. Seorang guru yang mantap haruslah mengusai komunikasi khalayak ini. Banyak
kepentingan yang boleh diperoleh jika seseorang guru itu menguasai komunikasi khalayak.
Dalam pendidikan abad ke-21 juga menuntut dalam kemahiran komunikasi yang baik dalam
kalangan guru mahupun murid. Tanpa kita sedar sebenarnya, banyak perkara yang kita lakukan
dalam aktiviti harian memerlukan komunikasi khalayak. Suka atau tidak, komunikasi khalayak
ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri.

11