Anda di halaman 1dari 12

PROSEDUR PENGURUSAN SUKAN

(GGF6213)
TAJUK TUGASAN:
BORNEO TROPICAL RAINFOREST RESORT,
MIRI, SARAWAK.
NAMA PENSYARAH:
DR MOHD. RADZANI BIN ABDUL RAZAK

NAMA PELAJAR:
AZIMIN BIN ABD ARZIS ( GP03293)
MARLIA BT BAHAROM(GP03306)
NISYA AQEELA BT MAZLAN (GP03312)

BORNEO TROPICAL RAINFOREST RESORT


1.0 Pengenalan
Borneo Tropical Rainforest Resort merupakan salah satu resort ynag menyajikan
keindahan agro dan semula jadi Hutan Hujan Tropika Lambir yang bersebelahan dengan
Taman Negara Negara Bukit Lambir. Borneo Tropical Rainforest Resort ini terletak di
sepanjang jalan Miri-Bintulu . Perjalanan menuju ke resort ini mengambil masa kira-kira
30 minit dari Lapangan Terbang Miri dan 50 minit dari bandar Miri dengan anggaran
jarak 39 km. Resort ini dibuka kepada orang awam bermula pada 1 Jun 2006.
Pengasas Borneo Tropical Rainforest Resort ialan Henry Law Ing Hua. Beliau
merupakan salah seorang yang terkaya di Sarawak. Berkeluasan 312 hektar, Borneo
Tropical Rainforest Resort serba lengkap dengan kemudahan serta kawasan perkelahan
dan rekreasi yang menarik untuk para pengunjung.
Borneo Tropical Rainforest Resort kaya dengan keunikan pelbagai spesis pokok
dan serangga yang hanya boleh ditemui di Hutan Hujan Borneo. Para pengunjung akan
dibawa mengikuti Resort Tour untuk mengelilingi Borneo Tropical Rainforest Resort
untuk menikmati keindahan alam semula jadi , mengunjungi kebun-kebun buah-buah,
melihat taman mini haiwan dan menaiki boat disepanjang tasik buatan di resort ini . Para
pengunjung juga dapat menikmati sajian makanan di One Tree Caf dan Palms
Restaurant & Bar sambil menikmati keindahan panorama di Bukit Lambir.
Keindahan alam yang ada di Borneo Tropical Rainforest Resort mampu sesuai untuk para
pengunjung yang ingin menikmati kedamaian dan keluar dari kesibukan di kota.

2.0 YURAN MASUK


Para pengunjung boleh memilih pakej-pakej yang disediakan di Borneo Tropical
Rainforest Resort. Terdapat banyak pakej yang disediakan di sana seperti pakej pelajar,
paker untuk mengadakan konferens/ seminar dan pakej untuk sehari. Di sini disertakan
pakej untuk sehari sahaja:
Untuk pakej sehari sahaja terdapat 3 pilihan para pengunjung:
Jenis pakej
Fun time with
Nature (B,L,S)

Harga
RM 80 (dewasa)

Makanan
Sarapan

Aktivti
Resort tour

RM60 (kanak-kanak)

Makan tengahari

Boat ride

Snek petang

Taman tema air


Satu aktiviti pilihan

Fun time with

RM 65(dewasa)

Makan tengahari

lain
Resort tour

Nature (L,S)

RM50(kanak-kanak)

Snek petang

Boat ride
Taman tema air
Satu aktiviti pilihan

Fun time with

RM 35(dewasa)

Nature (S)

RM25(kanak-kanak)

Snek petang

lain
Resort tour
Boat ride
Taman tema air
Satu aktiviti pilihan
lain

3.0 KEMUDAHAN

3.1 CHALET
Resort ini menyediakan 18 chalet yang diperhalusi dengan keunikan seni ukiran dan
terletak dilokasi yang para pengunjung dapat menikamti keindahan hutan dan tasik.
Berikut merupakan senarai chalet yang disediakan di resort ini:
a)
b)
c)
d)
e)
f)

Meranti Chalet
Nyatoh Chalet
Merbau Chalet
Kapur Chalet
Selangan Chalet
Belian Spa Chalet

3.2 ENGKABANG ROOM


Terdapat 30 buah bilik standard yang terdapat di bangunan utama yang dilengkapi dengan
pelbagai kemudahan seperti restoran, bilik mesyuarat, kedai cenderahati , lobi dan
pelbagai kemudahan lain.

3.3 HOSTEL
Kemudahan hostel juga disediakan tidak jauh dari bangunan utama. Kemudahan asas
disediakan oleh pihak resort bagi menjamin keselesaan para pengunjung. Setiap bilik
hostel boleh memuatkan maksimum seramai 28 orang dengan kemudahan tandas dan
bilik mandi. Kemudahan bilik aktiviti dan dapur asas terletak di aras bawah.

3.4 ONE TREE CAF


Merupakan salah satu caf terbuka di di resort ini. Pellbagai sajian enak disediakan di
caf ini secara buffet.

3.5 PALM RESTAURAT &BAR


Restoran ini menyediakan pelbagai hidangan seperti makanan cina, makanan barat dan
pelbagai lagi.

3.6 BILIK MESYUARAT DAN KONFERENS


Resort turut menyediakan kemudahan bilik mesyuarat untuk mana-mana pihak yang
ingin mengadakan seminar, kursus di samping menikmati keindahan alam semula jadi.
Bilik mesyuarat ini menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan yang moden
untuk memudahkan pihak-pihak yang ingin menlaksanakan seminar di sini.
Bilik mesyuarat ini mampu memuatkan 40 hingga 500 orang peserta. Pihak resort turut
menyediakan khidmat servis untuk membantu merancang dan persiapan sesuatu majlis.
KAPISITI/ KELUASAN
Function Lokasi
Saiz/

Teater

Kelas

Banquet

Koktail

Room
Bakong Tingkat 5

Keluasan
49 m2

40

24

30

55

Room
Miri

Tingkat 2

180 m2

120

84

100

150

Room
Lambir

Multi

1350m2

1000

480

700

1250

Room

Purpose
Hall

Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan termasuklah:


a)
b)
c)
d)
e)

Overhead projektor, LCD projektor, skrin, white board


Mikrofon untuk konferens dan PA Sistem
DVD/ VCD dan televisyen
Telefon, mesin faks, mesin fotostat dan kemudahan binding.
Air mineral dan kudapan.

3.7 KEMUDAHAN KOLAM RENANG DAN TAMAN TEMA AIR


Kemudahan kolam renang dan taman tema air khas untuk para pengunjung turut
disediakan . Taman tema air dan kolam renang terletak di bangunan utama. Aspek
keselamatan turut diutamakan di mana terdapat pengawal di kolam renang ini untuk
menjaga dan memastikan keselamatan para pengunjung .

3.8 KEDAI CENDERMATA/ SERBANEKA


Terdapat sebuah kedai cenderamata yang terletak di bangunan utama resort ini. Terdapat
pelbagai barangan yang dijual di sana termasuklah barangan runcit. Malahan kedai ini
turut menjual hasil tanaman di kebun resort ini seperti menjual air kelapa pandan. Turut
disediakan tempat untuk para pengunjung menikmati air bukit segar dan bebas daripada
sebarang pencemaran.

4.0 KEMUDAHAN AKTIVITI


Terdapat pelbagai kemudahan akiviti rekreasi yang telah disediakan oleh pihak resort.
Antaranya adalah:
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)
k)
l)

Hanging bridge
Kayak
Archery
Big swing
Pony ride
Kemudahan sukan
Nature walk
Night walk
River boat ride
Monkey slide
Flying fox
Kayak

Setiap aktiviti ini boleh dipilih oleh pengunjung mengikut dalam pakej yang disediakan.
Sebarang penambahan aktiviti para pengunjung dikehendaki membayar sebanyak RM 15.
Selain itu, setiap aktiviti ini akan dikendalikan oleh petugas yang berpengalaman dalam
bahagian masing-masing. Para pengunjung boleh menikmati aktiviti rekreasi ini tanpa
sebarang keraguan.

5.0 KESELAMATAN
Keselamatan para pengunjung merupakan salah satu aspek yang paling penting bagi
pihak resort. Sebelum memulakan sebarang aktiviti para pengunjung dikehendaki
menandatangani borang persetujuan untuk menanggung risiko tersebut sendiri tanpa
melibatkan pihak resort.
Kemudahan yang disediakan untuk sebarang aktiviti sentiasa diselenggara bagi
memastikan tahap keselamatan pengunjung terjamin. Selain itu khidmat pekerja yang
terlatih digunakan ketika mejalankan semua aktiviti yang terdapat dalam resort ini.
Kemudahan peralatan kecemasan turut disediakan sekiranya berlaku sebarang
kemalangan di resort ini.
6.0 KESIMPULAN
Borneo Tropical Rainforest Resort merupakan salah satu destinasi yang menarik dan
telah mendapat minat daripada pelancong sama ada dari dalam atau luar negera. Selain
itu, resort ini turut mendapat pengiktirafan daripada Sarawak Tourism Award pada tahun
2009/2010. Secara keseluruhan dari aspek pengurusan resort ini amat baik dan sistematik.

Pihak pengurusan tidak menghadapi masalah dari aspek kewangan kerana memiliki
sumber yang dapat menjana ekonomi resort ini sendiri seperti penjualan hasil-hasil hutan
kepada pihak lain.
Namun terdapat sedikit kelemahan yang didapati seperti hasil tanaman dan kebunkebun buah-buahan tidak begitu terjaga oleh pihak pentadbir. Malahan ladang ternakan
domestik juga kurang memuaskan. Haiwan-haiwan yang dipelihara kelihatan kurang
bermaya dan tidak terurus. Pihak pengurusan lebih menitikberatkan aspek rekreasi
berbanding daripada aspek perladangan dan perternakan.
Kesimpulan yang dapat dibuat lawatan ke Borneo Tropical Rainforest Resort
memuaskan hati dan memberikan banyak input baharu dari aspek pengurusan . Maklumat
lanjut tentang resort ini boleh diperolehi melalui talian 019 8852193 ,emel
info@borneorainforestresort.com atau layari laman webwww.borneorainforestresort.com.
7.0 LAMPIRAN