Anda di halaman 1dari 4

KEMAHIRAN MENULIS

Don Bryne (1979) menyatakan bahawa symbol grafik semasa menulis ialah penggunaan
huruf-huruf atau gabungan huruf-huruf yang berkaitan dengan lambang bunyi yang kita
buat semasa kita bercakap. Hal ini meliputi beberapa aspek, iaitu;
(f) menggunakan pelbagai jenis ayat
(b) mencatat dan menyusun maklumat
(c) menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
(d) membuat ulasan tentang bahan yang didengar, ditonton dan dibaca.
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Penekanan dalam kemahiran menulis
ialah terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, di
samping tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Konsep Menulis
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea
sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid-murid juga perlu
menguasai struktur karangan seperti tahu menulis panduan, pemerengganan dan menulis
kesimpulan.
Tujuan Menulis
Tujuan mengarang bagi peringkat sekolah rendah secara amnya adalah untuk melahirkan
murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan situasi atau tajuk
tentang sesuatu ke dalam sesuatu bentuk karangan tertentu.
Melatih murid-murid melahirkan idea
Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea
Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan
yang betul
Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul
berdasarkan sesuatu jenis
karangan tertentu.
Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul
Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari
Menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan.
Menyuburkan minat
Meluaskan kosa kata
Memberikan kepuasan jiwa.
Peringkat Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merupakan
keupayaan murid menulis perkataan
dan
ayat
danmengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat
yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan
kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan
penulisan imaginatif. Peringkatperingkat kemahiran menulis terdiri daripada :
Peringkat Pramenulis
Peringkat Mekanis
Peringkat Pelahiran
Murid disediakan dengan aktiviti menulis sebelum mereka dapat menulis huruf dengan
kemas dan betul. Latihan otot tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata diberikan
kepada murid. Berikut ialah contoh aktiviti pramenulis:
Menulis dari kiri ke kanan
Latihan mewarnakan dari kiri ke kanan.
Latihan membentuk bulatan di udara, di atas meja, pasir, lantai tanpa menggunakan
alat tulis.
Menyambung titik
Latihan membentuk corak campuran bulatan dan garisan lurus yang dilakukan
secara bebas.
Latihan membentuk garisan lurus
Latihan melukis gambar yang mengandungi garis lurus dan bulat.
Membuat pelbagai jenis garisan atau bentuk
Melukis gambar

Peringkat Mekanis
Selepas murid-murid melalui peringkat pramenulis, mereka akan melangkah ke
peringkat mekanis. Pada peringkat ini, murid-murid diajar menguasai kemahiran
membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam
abjad. Seterusnya menguasai kemahiran menulis huruf, suku kata,perkataan dan
ayat.Untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran ini, anda boleh
menjalankan aktiviti-aktiviti yang berikut:
Latihan menulis bentuk-bentuk yang mirip kepada huruf mengikut teknik menulis.
Latihan menulis huruf berdasarkan gambar-gambar yang mirip kepada bentukbentuk huruf tertentu.
Latihan menekap huruf mengikut acuan huruf yang diperbuat daripada kad yang
berlubang.
Latihan menekap huruf atau perkataan yang ditulis dalam bentuk garis putus-putus.
Latihan menulis huruf dalam suku kata.
Latihan melengkapkan huruf pada perkataan bergambar.
Latihan menamakan gambar-gambar.
Latihan menyalin frasa atau ayat.
Latihan menyalin ayat daripada buku.
Peringkat Pelahiran
Pada peringkat ini murid-murid sudah menguasai pelbagai kemahiran seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan mengeja. Mereka sudah boleh menulis
pelbagai jenis karangan.Anda boleh memulakan pengajaran menulis pada peringkat
ini dengan jenis-jenis penulisan terkawal, berpandu, separa terkawal, dan separa
berpandu. Kemudian mereka boleh didedahkan dengan penulisan bebas dan kreatif.
Pada peringkat ini, murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang
pengetahuan serta pengalaman yang telah dilalui. Dalam masa yang sama mereka
akan menggunakan kemahiran tatabahasa dan ejaan yang telah mereka
kuasai.Mereka juga akan merancang penulisan mereka dengan
menggunakan bentuk-bentuk grafik yang sudah dipelajar
JENIS-JENIS PENULISAN
Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitu karangan, penulisan ringkas,
penulisan untuk majlis
rasmi, surat dan penulisan untuk papan kenyataan.TerkawalKarangan yang disediakan
oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal
ditentukan oleh guru,bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam penulisan.
Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa diganggu oleh
kesilapan penggunaan bahasa.
Contoh :
(vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang
disediakan.
(ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah
karangan lengkap.Separa Terkawal
Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang
disediakan oleh guru, tetapi murid diberi peluang untuk
menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat
pemilihan perkataan sesuai dengan tajuk yang disediakan.
Contoh :
(viii)Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan
perkataanperkataan lain yang telah
disediakan.Berpandu
Karangan berpandu ialah satu penulisan karangan
berdasarkan panduan guru.
Contoh:
(ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.
(iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk.
(iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada
karangan penceritaan atau
sebaliknya.Separa Berpandu Karangan ini merupakan satu penulisan karangan
yang mendapat sedikit maklumat atau panduan guru.

Contoh :
(vii)Menulis semula cerita yang diperdengarkan.
(ii) Menyudahkan cerita.
(iii) Menulis karangan berdasarkan gambar bersiri atau tunggal.
(iv) Menulis karangan daripada perenggan atau isi-isi yang disediakan.
(v) Menulis karangan berdasarkan ayat atau frasa yang diberikan.Bebas Jenis
karangan ini memberi kebebasan kepada murid untuk melahirkan idea tentang
sesuatu tajuk yang disediakan dengan menggunakan perkataan sendiri. Bentuk
karangan bebas seperti berikut :
Naratif: cerita, berita, laporan, rencana, ulasan.
Argumentatif: bahas, perbincangan, kritikan.
Deskriptif: gambaran, peristiwa, benda, perwatakan.
Kreatif: puisi, cerpen, drama
Imaginatif: pengalaman
.PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENULIS
Persepsi seseorang dibentuk dan dipengaruhi pengalaman lampau dan bahasa yang
dipelajari.
Setiap hari manusia dewasa atau kanak-kanak memperoleh
pengalaman melalui deria, pembacaan, menonton
televisyen dan sebagainya.
Hubungan antara pengalaman, pemikiran dan bahasa
merupakan hubungan yang anjal.
Berdasarkan pendapat dan penemuan ahli-ahli linguistik,
psikologi, tentang hubungan antara pengalaman, pemikiran
dan bahasa telah melahirkan beberaapa prinsip dalam
pengajaran penulisan karangan berasaskan pengalaman.Perancangan Aktiviti Menulis
Pengajaran mengarang memerlukan perancangan
berdasarkan objektif yang ditentukanoleh guru.
Selain itu, pengajaran mengarang juga mengambil kira aspek
aktiviti peringkat pra mengarang, semasa mengarang dan
pasca mengarang.
Murid perlu diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum
mereka benar-benar terlibat dalam aktiviti mengarang yang
serius.Objektif Mengarang
Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat di dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Objektif ini disesuaikan
dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai oleh murid-murid pada
sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, objektif mengarang pada umumnya
adalah untuk:
Melatih murid-murid melahirkan idea
Melatih murid-murid menghujah dan mengembangkan idea
Melatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan
yang betul
Melatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betul
berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu.
Melatih murid-murid menggunakan format karangan yang betul
Menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar
seharihariPeringkat Pengajaran
Peringkat pengajaran mengarang melibatkan aktivit-aktiviti pra
mengarang, semasa mengarang dan pasca mengarang.
Pra mengarang
(i) Berbincang untuk menentukan format
(ii) Berbincang untuk menentukan isi
(iii) Mendapat bahan daripada sumber bahan bercetak, internet dan bahan elektronik
yang lain
(iv) Membuat peta minda atau carta alaira cerita
(v) Menentukan watak
(vi) Menyaring bahan
(vii) Menulis dra
JENIS-JENIS PENULISAN

Penulisan boleh dibahagi kepada lima kategori, iaitukarangan, penulisan ringkas,


penulisan untuk majlis
rasmi, surat dan penulisan untuk papan kenyataan.TerkawalKarangan yang disediakan
oleh guru. Penggunaan bahasa dan isi yang terdapat dalam Karangan Terkawal
ditentukan oleh guru,bertujuan untuk mengurangkan kesilapan dalam
penulisan.Karangan ini dapat membantu murid mengeluarkan idea tanpa
diganggu oleh kesilapan penggunaan bahasa.
Contoh :
(vii)Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai dalam karangan yang
disediakan.
(ii) Menyusun ayat-ayat yang disediakan mengikut urutan supaya menjadi sebuah
karangan lengkap.Separa
Terkawal
Karangan Separa Terkawal ialah karangan yang disediakan oleh guru, tetapi murid
diberi peluang untuk
menggunakan daya pemikiran mereka bagi membuat pemilihan perkataan sesuai
dengan tajuk yang disediakan.
Contoh :
(viii)Menggantikan beberapa perkataan yang telah dipadamkan dengan
perkataanperkataan lain yang telah disediakan.Berpandu Karangan berpandu ialah satu
penulisan karangan berdasarkan panduan guru.
Contoh:
(ii) Menulis semula cerita/petikan yang dibaca.
(iii) Menulis karanagn berdasarkan soalan-soalan berurutan mengenai sesuatu tajuk.
(iv) Menulis karangan dengan memindahkan bentuk daripada dialog kepada
karangan penceritaanatau

Anda mungkin juga menyukai