Anda di halaman 1dari 25

PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN PRASEKOLAH

LATAR BELAKANG (Akta)


Kementerian Pendidikan telah menyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 dan diperjelaskan lagi
dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Prasekolah)1997, yang ditulis dalam perenggan :
5. (1)
Tiap-tiap tadika hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan muridmuridnya dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.
22 (2) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan yang ditetapkan di bawah Subseksyen (1) hendaklah
menyatakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dijangka akan diperoleh oleh murid-murid pada
akhir tempoh pendidikan prasekolah masing-masing.
Akta Pendidikan 1996 Seksyen 24, Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan) 2002, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut :
Seksyen 24 Kuasa untuk membuat peraturan berhubungan dengan
prasekolah
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk melaksanakan peruntukan Bab ini.

pendidikan

8. Rekod Kemajuan Murid


Guru hendaklah membuat penilaian berterusan tentang perkembangan murid dan merekodkan
perkembangan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Ketua Pendaftar dari masa ke semasa.

PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
Definisi : Merupakan satu proses yang sistematik untuk memperoleh maklumat perkembangan murid
bagi membantu guru membuat penilaian.

TUJUAN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid.


Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
Meningkatkan pembelajaran murid.
BUKAN untuk melabel dan membandingkan murid dengan murid lain.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN PRASEKOLAH

Mementingkan proses untuk menghasilkan produk.


Dijalankan dalam suasana semulajadi (naturalistik).
Dijalankan dalam suasana tidak formal.
Dijalankan secara berterusan, bukan hanya pada akhir pembelajaran.
Bersifat diagnostik: mengenalpasti kekuatan, kekurangan dan keperluan.

KEPENTINGAN PENTAKSIRAN

GURU ;
Mendapatkan gambaran tentang perkembangan murid.
Menilai keberkesanan pengajaran yang dijalankan secara berterusan.
Membantu memperbaiki p&p dan merancang tindakan susulan.

MURID ;
Melalui maklumbalas pentaksiran, murid akan dapat :

Memahami tujuan mereka belajar dan perkembangan mereka.


Motivasi dan keyakinan diri untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka.

PERKARA YANG DITAKSIR

Perkara yang ditaksir merupakan konstruk yang terkandung di dalam KSPK yang terdapat dalam :
Tunjang Komunikasi
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Ketrampilan Diri
Tunjang Fizikal dan Estetika
Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Kemanusiaan

KONSTRUK
Merupakan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak dibangunkan dalam diri murid yang
dikenalpasti daripada Fokus, Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Contoh : Tunjang Komunikasi terdapat 5 Konstruk iaitu Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur,
Kemahiran Membaca Perkataan, Kemahiran Membaca Ayat dan Kemahiran Menulis
Tahap penguasaan murid terhadap pengetahuan, kemahiran dan nilai diukur melalui Standard
Prestasi.

STANDARD PRESTASI
Merupakan satu set kriteria umum yang menunjukkan tahap-tahap prestasi yang perlu murid
pamerkan sebagai tanda bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai murid. Standard Prestasi
digunakan semasa kita mentaksir.

Kriteria Pentaksiran dalam Standard Prestasi

Contoh Borang Standard Prestasi


PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
Pentaksiran prasekolah melibatkan :
i) Merancang
ii) Membina Instrumen
iii) Melaksanakan Pentaksiran
iv) Merekod
v) Menyimpan, Menganalisis Maklumat dan Melapor.

Carta Alir Proses Perlaksanaan Pentaksiran


KAEDAH PENTAKSIRAN

Dalam pendidikan prasekolah pentaksiran dibuat melalui PEMERHATIAN.


Pentaksiran boleh dijalankan dengan melibatkan orang lain seperti rakan sebaya, Pembantu Guru,
ahli keluarga dan komuniti di mana bersesuaian.
Apa yang diperhatikan ?
i).
Lisan
ii).
Projek
iii).
Hasil Kerja

iv).
v).

Tingkahlaku
Lain-lain

SUMBER

EVIDENS

Sumber Evidens yang boleh dilakukan


1) LISAN (L)

Lisan adalah pertuturan dan percakapan.


Merangkumi dua kemahiran iaitu mendengar dan bertutur.
Melatih murid mendengar dengan teliti.
Murid dapat bertutur dengan bertatasusila.
Dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan yakin.
2) PROJEK (P)

Dibuat dalam bentuk individu atau kumpulan dalam jangkamasa tertentu.


Proses kerja daripada mula hingga akhir.
Mementingkan proses dan produk.
3) HASIL KERJA (HK)

Produk yang dihasilkan oleh murid selepas sesuatu aktiviti dijalankan.


Hasil kerja tidak semestinya dalam bentuk lembaran kerja.
Contoh hasil kerja :
Gambar atau lukisan.
Sampel tulisan.
Binaan / model.
Cerita yang ditulis.
Buku skrap.
4) TINGKAHLAKU (TL)

Tingkahlaku adalah merujuk kepada tindakan atau tindakbalas dalam sesuatu situasi. Tingkahlaku
murid boleh diperhatikan dan dinilai contohnya ketika murid:
Mengurus diri.
Bermain bersama rakan.
Membuat kolaj dalam kumpulan.
Menyelesaikan masalah bersama rakan.

Menyusun blok bersendirian atau bersama rakan.

SUMBER EVIDENS LAIN (LL)


Maklumat yang diperoleh daripada pihak ibu bapa, ahli keluarga, rakan sebaya, Pembantu Guru,
komuniti dan catatan daripada instrumen-instrumen lain.
1) SENARAI SEMAK
Definisi: Senarai semak ialah senarai item yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari
segi pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang disediakan adalah untuk
menentukan sama ada :
sesuatu tingkahlaku/ciri dapat diperhatikan
sesuatu pelakuan telah dilakukan
kekerapan sesuatu tingkah laku diperhatikan
Perkara yang perlu diberi perhatian :

Disediakan lebih awal sebelum pemerhatian dibuat.


Tingkahlaku yang diperhatikan dinyatakan dengan ringkas dan jelas
Digunakan untuk melihat/menilai tingkah laku mudah dalam konteks semula jadi.
Hanya kemahiran penting dinyatakan dalam senarai semak.
Item disusun mengikut pemeringkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkahlaku yang
ingin diperhatikan.
Tidak menunjukkan darjah kemajuan hasil pembelajaran atau tingkah laku murid
Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali untuk mendapat maklumat/amalan yang lebih tepat /
tekal.

Contoh Rekod Senarai Semak


2) SKALA KADAR
Darjah kemajuan yang menggambarkan pencapaian murid. Skala - secara angka atau gred.
Semasa merancang guru perlu menentukan :

Tajuk

Kemahiran , tingkahlaku dan aktiviti dinyatakan dengan jelas.


Penerangan skala dinyatakan.
Skala
kadar
boleh
digunakan
secara
individu,

kelas

atau

kumpulan.

Contoh Rekod Secara Berkumpulan

Contoh Rekod Secara Kelas


2) REKOD ANEKDOT

Definisi : Satu catatan mengenai peristiwa atau tingkah laku murid yang dianggap penting, dan
signifikan untuk direkodkan. Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan apa yang berlaku, bila
dan dimana berlaku.
Prosedur ;
Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku
Mengenal pasti peristiwa yang penting/ signifikan kepada aspek perkembangan murid
Menulis maklumat selepas peristiwa berlaku

Panduan Menulis Rekod Anekdot ;


Buat catatan dalam buku nota bagi memastikan insiden yang akan direkodkan tidak tercicir
Rekod hasil pemerhatian sebaik sahaja selesai pemerhatian dibuat
Menulis apa yang dilihat secara objektif
Masukkan respon orang lain sekiranya ada kaitan dengan tingkah laku murid yang diperhatikan
Pastikan peristiwa dicatat mengikut urutan
Maklumat yang direkod hendaklah berpandukan peristiwa yang menggambarkan perkembangan
murid

Contoh Rekod Anekdot


3) REKOD BERTERUSAN

Definisi : Rekod Berterusan merupakan catatan dalam bentuk cerita ( narative) yang dibuat ke atas
individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu peristiwa. Pelakuan atau pertuturan murid
dicatat sepanjang tempoh pemerhatian. Tempoh pemerhatian 3 5 minit.
Prosedur ;
Fokus kepada murid yang ingin diperhatikan.
Pastikan item yang akan difokuskan semasa pemerhatian.
Rekodkan apa yang dilakukan oleh murid secara terperinci, tepat dan padat.
Catatkan dengan jelas setiap perlakuan mengikut urutan.

Panduan Menulis Rekod Berterusan ;


Rekod perkara yang benar-benar berlaku.
Guna bahasa yang mudah difahami.
Guna singkatan semasa mencatat.
Tulis secara terperinci tingkahlaku yang diperhatikan.
Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan judgemental.
Pastikan buku nota atau kertas catatan atau pensel diletak di tempat yang strategik dan sulit.

Contoh Rekod Berterusan


PERBEZAAN ANTARA REKOD ANEKDOT DAN REKOD BERTERUSAN
REKOD ANEKDOT
Dirancang/tidak dirancang
Cerita semula

REKOD BERTERUSAN
Dirancang

Catat
setiap
perlakuan/pertuturan
diperhatikan (rakaman semula)

TATACARA PENYIMPANAN REKOD

Instrumen (digunakan untuk menilai murid secara kumpulan) disimpan di dalam fail induk.
Instrumen (digunakan untuk menilai murid secara individu) disimpan dalam portfolio.
Di simpan di tempat berstatus sulit.
Perlu dikemaskini dari masa ke semasa

TINDAKAN SUSULAN
Mempunyai 2 jenis tindakan susulan :
1. Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran

Murid yang sudah menguasai

Perlu latihan lebih mencabar

2. Bimbingan dan pemulihan

Murid belum menguasai dan masih dalam proses menguasai standard

Perlu galakan dan aktiviti bimbingan

ETIKA PENTAKSIRAN

Hasil pemerhatian hanya boleh dibincangkan dengan pihak tertentu sahaja.


Rekod tidak boleh dipamerkan.
Mengambil gambar atau rakaman video perlu atas kebenaran ibu bapa/penjaga.
Rekod perlu diberi kepada ibu bapa/penjaga di akhir tahun.

yang

LAPORAN PERKEMBANGAN DAN KEMAJUAN MURID

Pelaporan adalah hasil rumusan dan analisis tentang perkembangan murid.


Ulasan perlu memenuhi kriteria kebolehan dan pencapaian sebenar murid.
Rumusan perkembangan murid dibuat berdasarkan tunjang dan aspek lain yang ditentukan

PELAPORAN

PENTAKSIRAN

Pelaporan Pentaksiran

Contoh Rekod Perkembangan Dan Kemajuan Murid Prasekolah


http://praorkidtersang1.blogspot.my/p/pentaksiran-dan-penilaian-prasekolah.html

Home | KANAK-KANAK RIANG KANAK-KANAK CEMERLANG | SYARAT KEMASUKAN


PRASEKOLAH KEBANGSAAN | KURIKULUM PRASEKOLAH BESTARI IPKS
STATION | KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN | AKTIVITI SEPANJANG TAHUN
AWAL KANAK-KANAK | Hubungi kami ! | PEKELILING PRAS

PRASEKOLAH BESTARI INSTITUT PERGURUAN KENINGAU SABAH

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

Bahagian ini akan menyediakan beberapa maklumat yang berguna untuk tatapan awam dan ibu bapa yang
mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak .

1. PENGESANAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


1. Pengesanan Perkembangan Kanak-kanak Keperluan khas

Semua kanak-kanak adalah istimewa dan unik


Cara pengajaran dalam bilik darjah juga perlulah disusun dan dirancang untuk
memenuhi keperluan murid murid yang berbeza.
Guru perlu melihat murid secara individu yang berbeza
Cara terbaik seorang guru mengenalpasti perkembangan murid dalam bilik dar
adalah dengan melihat perkembangan murid secara menyeluruh akademik
( kognitif), fizikal ( motor halus & kasar ), sosial, rohani dan psikologi.
Kanak-kanak berkeperluan khas perlu diberi bantuan dalam bilik darjah.
Guru yang tidak mahir perlu mendapat bantuan untuk membimbing kanak-kan
keperluan khas.

1.1 Keperluan Khas


Limitation on a persons functioning restricts the individual activities.
Sensory and physical disabilities
- visual ( vision problem )
- hearing impairment ( menggunakan pendekatan oral membaca bibir) atau
pendekatan manual isyarat tangan )

Physical disorders
- cerebral palsy ( spastic)
- epilepsy
Mental retardation
- masalah mental ( intelektual) / IQ rendah
Speech and language disorders
- masalah menyebut perkataan
- masalah suara ( terlalu kuat, garau, nyaring, terlalu rendah )
- bahasa berulang-ulang ( Fluency disorders)
- masalah memahami arahan secara oral
- masalah memberi respon dalam komunikasi
- masalah mencari tata bahasa yang sesuai dalam komunikasi
Emotional and behavioral disorders
- masalah pergaulan
- autisme
- agresif
- kemurungan ( mood disorder)
- ketakutan ( fear)
- cemas ( anxiety)
Kanak-kanak pintar cerdas
- mempunyai keupayaan IQ lebih tinggi daripada kanak-kanak lain
( 120 > lebih )
- menguasai sesuatu kemahiran lebih cepat daripada kanak-kanak lain
- lebih berdikari dalam aktiviti p & p
- mempunyai keupayaan memberi fokus kepada aktiviti p & p
- mempunyai kepimpinan
- dll
1.2 Punca keadaan di atas disebabkan oleh
Faktor genetic
Persekitaran
Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran biasanya:
a. di bawah keupayaan normal atau lebih normal dari kanak-kanak lain
b. mempunyai masalah sekurang-kurangnya satu atau
lebih mata pelajaran
akademik
c. masalah kesihatan yang tidak dapat dikenalpasti puncanya
1.3 Pengesanan (Screening)
Cara saintifik dan sistematik mengesan sama ada kanak- kanak memerlukan bantuan
sesi p & p di bilik darjah .

1.4 Proses Pengesanan


Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas
Mengumpul maklumat
- kesihatan kanak-kanak
- kesihatan ibu bapa
- penglihatan, pendengaran, tingkah laku dll
Memproses maklumat / data
Menganalisis maklumat / data
Mengambil tindakan susulan
Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat (periodical)
1.5 Alat Pengesanan
Ujian khas menggunakan instrument
- Debver Developmental Screening Test (DDST) lahir-6 tahun
- Batelle Developmental Inventory (BDI) lahir 8 tahun
- Wechler Preschool & Primary Scale of Intelligence ( WPPSI-R)
- DIAl-R
- BRIGANCE K and 1 prasekolah tahun 1
Pemerhatian
- senarai semak
- rekod anekdot
- rekod berterusan
- time sampling
- soal selidik ibu bapa / penjaga
Portfolio murid- Guru akan menyimpan contoh hasil kerja murid,
sama ada tulisan, lipatan, bahan projek dll untuk
melihat perkembangan tertentu murid ( cth. emosi,
motor halus, sosial dan kognitif)
- hasil kerja murid disimpan dalam fail khas yang dipanggil portfolio.
Kesihatan ibubapa murid

SOALAN
1. Apakah kepentingan pengesanan kepada guru prasekolah ?
2. Apakah cara yang paling sesuai bagi guru menjalankan pengesanan perkembangan
prasekolah. Berikan cadangan dan langkah-langkah mengikut situasi keperluan khas
3. Apakah data / maklumat yang anda perolehi berasaskan pengesanan hasil kerja

( portfolio) kanak-kanak ?

2. Pemerhatian Sebagai Satu Cara Pengesanan


pemerhatian perlu dijalankan berasas matlamat tertentu
soalan-soalan yang perlu difikirkan ..
- kenapa pemerhatian itu dijalankan
- apakah objektif yang hendak dicapai
- apakah situasi yang sesuai untuk mengumpul maklumat (setting)
- apakah focus perkembangan yang hendak diperhatikan
( perkembanagn fizikal - motor halus, kasar,
bahasa, tingkahlaku bermasalah, kesihatan )
- bagaimana merekod maklumat
- siapa diperhatikan ( individu, kumpulan, beberapa kanak-kanak ..)
- bagaimana maklumat hendak direkod ( senarai semak, rekod anekdot ..)
- apa yang perlu dilakukan semasa membuat pemerhatian
- terdapat perubahan tingkahlaku semasa diperhatikan?
- Berapa lama masa diperlukan untuk membuat pemerhatian
-event sampling perlukan masa yang lama
- time sampling masa yang pendek sahaja
2.1

Matlamat pemerhatian
- Antara matlamat membuat pemerhatian :
- sebagai satu latihan professional
- pengalaman
- mengenalpasti tingkah laku kank-kanak
- membuat keputusan contoh kesesuaian perabut dalam kelas, alat perma
ruang dll
- keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
Objektif pemerhatian perlulah bersesuaian dengan persekitaran dan
2.2 Pendekatan pemerhatian
Terdapat pelbagai cara melakukan pemerhatian :
- participant observation terlibat dengan sample
- without being seen behind mirror
- in distance present in the situation
- jarak dekat cth . mengesan pertuturan murid
pemerhati perlu mencatat dan bersemuka dengan kanak-kanak untuk
mengumpul maklumat dengan tepat dan jelas.
2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian
sensitive dengan situasi dan keadaan emosi kanak-kanak
personaliti pemerhati
pengaruh setting bahan , persekitaran , ruang dll

2.4 Apa yang hendak dilakukan semasa membuat pemerhatian


memilih kedudukan yang sesuai
membuat catatan
2.5 Ralat dalam pemerhatian

silap merekod peristiwa yang melibatkan tingkah laku


tidak cekap mencatat maklumat ( tidak dilakukan serta merta)
menambah maklumat yang tidak wujud
keletihan dalam pemerhatian
gangguan cth . bunyi dari persekitaran
ketidak selesaaan
personaliti pemerhati ( cth. perihatin & sabar?)
sikap bias ( biases) dalam pemerhatian
kesesuaian tempat / situasi

2.6 Pemerhatian individu dan kumpulan


Kumpulan
- sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai matlamat
yang sama dan homogeneous ( umur dan tahap
perkembangan )
- sulit mencatat perbualan
- sesuai menggunakan rakaman video
- untuk 2 kanak-kanak perhatian mestilah silih berganti
sepanjang masa.
- sesuai untuk memerhatikan tingkah laku dalam
kumpulan dan bukan individu .
Komponen kumpulan
karakter ahli kumpulan ( member characteristic) umur
bangsa , etnik , budaya dan agama .
- ianya mempengaruhi output aktiviti dalam
kumpulan .
tingkah laku ahli ( member behavior)
tingkah laku kontekstual ahli hubungan antara ahli
kumpulan sebagai satu sistem ( norma)
2.7 Langkah-langkah pemerhatian
tentukan perkara yang hendak diperhati

merekod maklumat dengan lengkap


merekod serta merta semasa pemerhatian
hadkan satu rekod untuk 1 peristiwa sahaja
rekod fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi
rekod peristiwa positif dan negative

2.8 Kaedah pemerhatian ( methods)


kaedah bermaksud how to do it ' dan seluruh proses yang terlibat dengan
pemerhatian, prosedur pemerhatian
- tingkah laku behavior
- setting dan situation
normal dan tidak formal
- normal dilakukan secara teratur, terancang dan sistematik
- tidak formal - melalui aktiviti dan situsai semasa
Teknik / kaedah merekod dan membuat pemerhatian tingkah laku
penulisan narrative ( narrative description)
- menggunakan huraian yang panjang dan terperinci
- on the spot
- khusus kepada tingkah laku
- tanpa gangguan, interpretasi atau penilaian
- boleh dilaksanakan melalui video, audio atau pemerhatian terus
- cth:

masa: 9.20 pagi : Ali tiba lebihkurang 35 minit setelah rakan-rakan lain tiba di sekolah
meletakkan begnya di rak beg dan terus berdiri di sebelah rak beg dan melihat rakan-rakannya . I
rakan dan keadaan persekitaran bilik darjah. Ia tidak bergerak selama 1 minit . Ia hanya mengerak
matanya selama ia berdiri dan melihat terus ke arah rakan-rakannya melakukan aktiviti dalam bili
darjah .
tamat : 9.22 pagi

kebaikan penulisan narrative


- gambaran penuh tentang peristiwa sebenar
- menjadi data mentah yang boleh diguna semula
- mencatat perbualan yang berguna untuk penilaian
kelemahan
- memerlukan masa dan tenaga yang lama
- data perlu diproses untuk mendapat maklumat
- teknik skala tidak digunakan untuk mencatat ulangan tingkah laku
- memerlukan kecekapan mencatat dan memerhati

time sampling
- pemerhati mencari satu masa tertentu dan tingkah laku yang sesuai untu
dijadikan sample
- pemerhatian yang bertujuan untuk mencatat kekerapan sesuatu tingkahla
berulang / berlaku .
Contoh tingkah laku yang diperhatikan ialah seprti bergaduh
panas baran ( aggresif) Tingkahlaku yang diperhatikan pada masa itu
merupakan 'samples'
- Memberi maklumat yang terperinci berkaitan tingkahlaku yang diperhat
- cth. Dalam kelompok 15 murid, pemerhati akan memperuntukkan selam
minit untuk setiap kanak-kanak sehingga semua kanak-kanak di buat
pemerhatian.
- biasanya menggunakan senarai semak / koding dan mudah digunakan se
membuat pemerhatian .
kebaikan
- mudah digunakan khusus untuk pelbagai tingkahlaku
- tidak memerlukan belanja tinggi
- jimat masa
- data mempunyai kebolehpercayaan tinggi
event sampling
- pemerhati memillih event/ tingkah laku sebagai sample untuk diperhati
semasa membuat pemerhatian Cth : tingkah laku sosial
- Cara ini digunakan sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak selalu dipam
oleh murid semasa time sampling dilakukan.
- Pemerhati biasanya akan menunggu berlakunya 'tingkah laku ' yang hend
diperhatikan berlaku dan mencatat peristiwa tersebut untuk dianalisis.
- maklumat boleh ditulis secara naratif atau menggunakan koding
( senarai semak )
- catatkan sama ada event / tingkah laku wujud dalam masa pemerhatian
- tingkah laku yang tidak menjadi focus tidak diambil kira ( senarai sema
namu jika menggunakan penulisan naratif semua perkara perlu dicatat

rekod anekdot

maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan boleh


disambung oleh guru lain.
melalui pemerhatian terus
mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah
catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran.
pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah laku murid yang
pasa masa pemerhatian.
mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid
membantu guru memahami perkembanagn murid dari semasa ke semas

rekod frekuensi
- merekod tingkah laku murid menggunakan frekuensi. ( mencatat / sebag
kekerapan )
- mudah digunakan dan ditafsir
- menyediakan maklumat/ data yang mudah difahami
- carta bar. cth : 20 % ali terlibat dengan aktiviti koperatif, 30% solidarity
50% secara unoccupied
rekod harian
- mencatat perkembangan murid bagi satu jangka masa yang panjang.
- tertumpu kepada tingkah laku yang baru berbanding yang sedia ada
( perkembangan)
- step by step progress over a period of time
- satu cara yg informal

senarai semak ( check list)


- specific behavior
- given content- sebahagaian daripada tingkah laku itu wujud dalam peme
skala ( rating scale)
- menggunakan skala cth: cemerlang, sangat baik, baik,
sederhana, lemah

http://misskhan0.tripod.com/prasekolahmpks/id7.html

PENILAIAN MELALUI PEMERHATIAN

Pengenalan
Jenis Pemerhatian
Strategi Pelaksanaan
Fungsi

Contoh Senarai Semak

Pengenalan
Penilaian melalui pemerhatian dilakukan secara berterusan
mengikutjangka waktu yang ditentukan, bagi membantu guru
mendapat maklum balas tentang keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran.Aspek yang diperhatikan menyeluruh,
meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor yang
melibatkan juga faktor-faktor bahan dan persekitaran.
Proses penilaian ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan instrumen seperti
senarai semak, skala kadar, rekod anekdot, rekod profil dan lain-lain.
Dapatan dari proses ini boleh membantu guru dan pelajar membuat refleksi
terhadap prestasi masing-masing.

Jenis Pemerhatian

Dikategorikan mengikut tujuan dan aspek yang hendak dinilai/diperhati , iaitu:

Memerhati sesuatu tanpa membuat tafsiran (interpretation) dan


tanggapan(judgement)

Memerhati apa yang telah dirancang secara open ended

Memerhati untuk jangka pendek dan jangka panjang

Strategi Pelaksanaan
Pemerhatian boleh dilaksanakan dengan menggunakan strategi dan cara serta kriteria tertentu.
Antaranya ialah

dilaksanakan secara berterusan mengikut keperluan yang dirancang

menggunakan instrumen seperti senarai semak, rekod anekdot, rubrik


yang merangkumi aspek kognitif, afektif, psikomotor, bahan dan
persekitaran

dilaksanakan secara global atau analitik mengikut objektif pemerhatian

tindakan susulan terhadap hasil pemerhatian dijalankan

jangka masa pemerhatian hendaklah disesuaikan dengan keadaan dan


keperluan

Fungsi

1. Penilaian melalui pemerhatian :

digunakan oleh guru untuk mengikuti perkembangan individu/kumpulan


dalam sesuatu proses pembelajaran

dibuat oleh pelajar (individu /kumpulan) untuk melihat tahap pencapaian


sendiri atau rakan sebaya dalam sesuatu pembelajaran

dilaksanakan oleh pelajar untuk menjalankan sesuatu tugasan seperti


projek

2. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru/pelajar merancang


tindak susul yang sesuai dengan proses pembelajaran seterusnya seperti

menjalankan aktiviti pemulihan/pengukuhan

meningkatkan motivasi pelajar

mengatur aktiviti pengayaan dan penyuburan diri yang sesuai dengan


minat dan keupayaan serta prestasi pelajar

3. Penilaian melalui pemerhatian membolehkan guru membuat refleksi


terhadap keberkesanan peranannya sebagai penyampai maklumat,
pemudahcara, pendidik dan mentor.

4. Pemerhatian yang terancang membantu guru :

Mengetahui sejauh manakah minat pelajar terhadap pelajaran dan


apakah yang mendorong/menolak minat tersebut

Mengesan sama ada strategi pengajaran guru memberi kesan yang


positif

Mengesan kemampuan atau tahap pemikiran pelajar

Mengesan tahap penguasaan bahasa pelajar

Menyimpan rekod yang sistematik untuk rujukan dan perancangan

Mendapatkan petunjuk untuk mengesan sikap pelajar terhadap


pelajaran , rakan sebaya dan terhadap diri sendiri

Contoh Senarai semak Untuk Menilai Kerjasama


KumpulanYang Dibuat Melalui Pemerhatian

Arahan: Catatkan "Ya" sekiranya tingkah laku ditunjukkan oleh individu yang
dinilai

Bil

Kriteria Tingkah Laku Kerjasma

1.

Selalu menetapi masa dalam apa jua aktiviti


kumpulan yang dijadualkan

2.

Bersikap proaktif (memulakan kerja tanpa diarah)

3.

Suka berkongsi maklumat dengan rakan


sekumpulan

4.

Menyumbang idea yang bernas kepada kumpulan

5.

Bersedia mendengar pendapat ahli lain dalam


kumpulan

6.

Mematuhi/akur dengan segala peraturan yang


ditetapkan oleh kumpulan

7.

Menunggu giliran untuk menyampaikan idea atau


pendapat

8.

Berbudi bahasa dan menunjukkan tingkah laku


yang sopan kepada ahli kumpulan

9.

Membantu menyelesaikan masalah kumpulan

10.

Mengambil kira pendapat orang lain dalam


kumpulan

11.

Melaksanakan tugasan/aktiviti yang telah


ditetapkan oleh kumpulan

12.

Menyempurnakan tugasan yang diberi oleh


kumpulan tepat pada waktunya

http://mahirkmm.tripod.com/taksir2.htm

Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan


1. 1. REKOD-REKOD PERKEMBANGAN MERUPAKAN KAEDAH YANG MUDAH
DAN BERKESAN UNTUK MENGESAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK..
BAGAIMANA INI DAPAT DILAKUKAN ? NOORAMIEYRA BINTI MOHD
YUSOFF(3101019401) HASLINA BINTI PITTA (3122005671 FATIN
NURZAFRINA BINTI WAHID NAWAWI (3122008391) (PENSYARAH: EN.HJ
YEM)
2. 2. PENGENALAN Dalam pendidikan prasekolah, penilaian dan merekod
perkembangan kanak-kanak untuk mengesan dan mengenal pasti kanakkanak yang mempunyai masalah dalam perkembangan mereka. Merekod
ialah aktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan
perkembangan, kebolehan,kemajuan dan pencapaian murid.Maklumat
dalam rekod perlu dikemaskini untuk memudahkan guru membuat rujukan
tentang pembelajaran murid. kaedah merekod perkembangan murid salah
satunya adalah menggunakan rekod berterusan iaitu menyimpan rekod
tersebut sebagai maklumat untuk sesi perbincangan antara guru dan ibu
bapa untuk melihat kemajuan yang dicapai oleh murid.
3. 3. DEFINISI MEREKOD MAKLUMAT Merekod didefinisikan satu aktiviti
mencatat maklumat secara bersistem berkaitan perkembangan kebolehan,
kemajuan dan pencapaian seseorang. Contoh rekod yang digunakan untuk
menilai perkembangan kanakkanak adalah seperti berikut : i.Senarai
Semak. ii.Skala Kadar. iii.Rekod Anekdot iv.Rekod Berterusan
4. 4. TEKNIK ASAS MEREKOD Merekod melibatkan tiga asas teknik merekod
iaitu : Yang menghuraikan iaitu running rekod dan rekod anekdot. Yang
mengira masa dan menghitung jumlah iaitu event sampling dan senarai
semak. Kesimpulan dan pertimbangan untuk menggambarkan sesuatu
iaitu skala kadar.
5. 5. PERBANDINGAN ANTARA KAJIAN PENTAKSIRAN Setiap tingkah laku dan
perkembangan kanak-kanak direkodkan secara sistematik dan berturutan.
Pelbagai reaksi semasa aktiviti individu atau secara berkumpulan
didokumentasikan melalui pelbagai jenis alat taksiran atau rekod penilaian.
Rekod-rekod ini penting supaya tindakan seterusnya dapat dilakukan bagi
menjamin kebajikan dan pencapaian positif kanak-kanak. Terdapat
perbezaan antara alat-alat yang digunakan untuk melakukan pemerhatian
walaupun fungsinya hampir sama. seterusnya dapat dilakukan bagi
menjamin kebajikan dan pencapaian positif kanak- kanak. Terdapat
perbezaan antara alat-alat yang digunakan untuk melakukan pemerhatian
walaupun fungsinya hampir sama.
6. 6. REKOD SENARAI SEMAK Senarai semak adalah senarai item yang
disediakan untuk mengenal pasti perkembangan murid dari segi
pengetahuan, kemahiran, sikap dan kebolehan. Senarai item yang
disediakan adalah untuk menentukan sama ada: Sesuatu tingkah laku
dapat diperhatikan. Sesuatu perlakuan telah dilakukan. Kekerapan
sesuatu tingkah laku

7. 7. PROSEDUR DALAM PENGGUNAAN SENARAI SEMAK Disediakan lebih


awal sebelum permerhatian dibuat. Tingkah laku yang diperhatikan
dinyatakan dengan ringkas dan jelas dan semula jadi. Hanya kemahiran
penting dinyatakan dalam senarai semak. Item disusun mengikut
peningkatan supaya dapat memperlihatkan perkembangan tingkah laku
yang akan diperlihatkan. Pemerhatian hendaklah dilakukan beberapa kali
untuk mendapatkan maklumat atau amalan yang lebih tepat atau kekal.
8. 8. KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MENGGUNAKAN SENARAI SEMAK KEBAIKAN
Banyak maklumat boleh direkod Tidakperlu dilengkapkan dalam
sehari Boleh digunakan oleh sesiapa KEBURUKAN Item senarai semak
terhad, perlu ditafsir berhatihati. Kurang maklumat tentang kekerapan,
jangka masa dan keterangantentang tingkah laku.
9. 9. CONTOH SENARAI SEMAK
10.10. REKOD SKALA KADAR Menunjukkan darjah kemajuan dan pencapaian
sesuatu tingkah laku murid.Guru menilai kemahiran atau amalan murid
berdasarkan skala. Skala yang gunakan boleh dinyatakan secara angka
atau gred. Secara umumnya digunakan untuk merekod tingkahlaku
murid-murid yang diperhatikan serta tahap pencapaian mereka. Penilaian
terhadap kemahiran atau amalan dibuat berdasarkan skala yang
digunakan boleh dinyatakan secara angka atau gred.
11.11. PETUNJUK ITEM UNTUK SKALA KADAR
12.12. CONTOH REKOD SKALA KADAR SECARA INDIVIDU
13.13. CONTOH REKOD SKALA KADAR SECARA KELAS.
14.14. CONTOH REKOD SKALA KADAR SECARA KUMPULAN.
15.15. REKOD ANEKDOT Satu catatan ringkas mengenai sesuatu peristiwa
atau tingkah laku murid yang dianggap penting, unik dan sig nifi kan un tu
k di rekod . Rekod Anekdot ditulis secara objektif untuk menerangkan
apa yang berlaku, bila dan dimana berlaku.
16.16. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN UNTUK MEMBUAT
REKOD ANEKDOT Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang
berlaku. Mengenal pasti peristiwa itu penting terhadap aspek
perkembangan murid, merangkumi kelebihan dan kekurangan. Menulis
maklumat selepas peristiwa berlaku. Menulis apa yang dilihat secara
objektif. Maklumat yang biasa direkod adalah berpandukan peristiwa
yang menggambarkan tentang perkembangan bahasa dan literasi, pola
interaksi sosial dan kemahiran menyelesaikan masalah murid.
17.17. CONTOH REKOD ANEKDOT
18.18. REKOD BERTERUSAN satu catatan terperinci tentang kejadian
mengikut turutan masa. catatan dalam bentuk cerita naratif yang dibuat
ke atas individu atau kumpulan murid semasa berlakunya sesuatu

peristiwa. Setiap perlakuan dan apa yang ditutur oleh murid akan dicatat
sepanjang pemerhatian. Pemerhatian yang terperinci ini biasanya
dijalankan dalam tempoh lima hingga sepuluh minit.
19.19. Catatan rekod jenis ini diulang beberapa kali sehari dan dicatat secara
berterusan mengikut jangka waktu yang ditentukan bagi membantu guru
tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Aspek diperhatikan
menyeluruh, meliputi kognitif, afektif dan psikomotor yang melibatkan juga
faktor-faktor bahan dan persekitaran.
20.20. TUJUAN MENGGUNAKAN REKOD BERTERUSAN Guru boleh
menggunakan rekod berterusan sebagai salah satu penilaian diagnostik
untuk menilai keberkesanan penggunaan ataupun bacaan teks misalnya
penguasaan suku kata, perbendaharaan kata dan kosa kata. Hasil
merekod ini juga dapat mengkategorikan murid dalam kumpulan. Dapat
mengesan pelbagai aspek perkembangan pencapaian kanak-kanak dan
mengesan permasalahan yang dihadapi yang dihadapi setiap kanak-kanak.
21.21. PANDUAN MENYEDIAKAN REKOD BERTERUSAN Pastikan item yang
akan difokuskan semasa pemerhatian. Adakah tingkah laku kanak- kanak,
ruang atau sudut pembelajaran yang akan diperhatikan sesuai? Rekodkan
apa yang dilakukan oleh murid satu per satu dan terperinci. Rekod
dengan tepat dan padat. Jelaskan bagaimana setiap aksi itu berlaku.
Rekod hanya perkara sebenar yang berlaku dan gunakan satu ayat bagi
menerangkan setiap aksi. Guna bahasa yang mudah difahami. Pastikan
rekod dicatat mengikut urutan peristiwa. Tentukan masa. Perlu tulus
dan ikhlas.
22.22. PANDUAN MENULIS REKOD BERTERUSAN Buat pemerhatian selama 10
minit ataupun kurang. Tulis secara terperinci berkenaan tingkah laku
yang diperhatikan. Tulis secara objektif, tidak terlalu deskriptif dan
judgemental. Hanya merekodkan data. Memerhati dan tidak membuat
interpretasi. Merekodkan hanya apa yang dilihat dan didengar. Fokus
terhad pada murid yang ingin diperhatikan. Tulis atau rekod dengan
terperinci mengikut urutan peristiwa yang berlaku. Pastikan buku nota,
kertas catatan ataupun pensel diletak di tempat yangstrategik dan sulit.
23.23. KEBAIKAN MENGGUNALAN REKOD BERTERUSAN memberi gambaran
sebenar dan terperinci berkenaan situasi sebenar dalam tempoh yang
ditetapkan. memperlihatkan pelbagai aspek perkembangan dalam satu
rekod.cthnya dengan hanya satu rekod, guru dapat mengesan pelbagai
aspek perkembanganiaitu perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek
dan sosial. tidak memerlukan seseorang guru itu mahir dalam
kemahiran pemerhatian yang khusus. memudahkan guru
merekodkandengan hanya menggunakan pensel dan kertas.
24.24. KELEMAHAN MENGGUNAKAN REKOD BERTERUSAN memerlukan
pengkaji atau guru untuk memerhatikan setiap tingkah laku kanak-kanak
yang dikaji dan ini memerlukan masa yang banyak bagi mengenal pasti
masalah yang dihadapi dengan lebih tepat. memenatkan guru kerana
memberi lebih tumpuan pada proses merekodkan. lebih sesuai

digunakan bagi pemerhatian secara individu kerana sukar bagi guru


untuk merekod pemerhatian jika secara kumpulan. pemerhati juga perlu
menjauhkan diri mereka daripada kanak-kanak yang diperhatikan.
25.25. CONTOH REKOD BERTERUSAN
26.26. CONTOH REKOD BERTERUSAN UNTUK KEBERKESANAN BACAAN
27.27. CONTOH REKOD BERTERUSAN UNTUK KEBERKESANAN MEMBACA TEKS
BACAAN.
28.28. CONTOH BORANG REKOD BERTERUSAN
29.29. RUMUSAN Rekod berterusan merupakan cara yang dapat membantu
guru mencatat tingkah laku yang diperhatikan kepada kanak-kanak
semasa peristiwa berlaku. Guru juga dapat menilai keberkesanan tempat,
sudut ataupun stesen pembelajaran. Rekod berterusan membantu
pemerhati merekodkan perlakuan kanak- kanak dalam jangka masa yang
ditetapkan dalam suasana sebenar. Memperlihatkan pelbagai aspek
perkembangan kanak-kanak pada satu- satu masa. Rekod berterusan
dapat memberikan maklumat berguna dalam meningkatkan lagi potensi
kanak-kanak.
http://www.slideshare.net/zafriena/done-group-asgment