Anda di halaman 1dari 9

Laporan Kajian Kes

PENDAHULUAN

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang
dan perubahan.
logik

Subjek

ini

menggunakan

kebolehan

untuk

berfikir

secara

bagi menyelesaikan masalah, melihat pola dan membuat ramalan. Teknik

tentang operasi asas pengiraan


menyelesaikan

permasalahan

yang

betul

akan

membantu

murid

untuk

dalam subjek matematik sekolah rendah dengan

betul, cepat dan tepat. Selain itu, guru perlu bersungguh-sungguh ketika
menerangkan sesuatu konsep matematik agar asas mereka dalam sesuatu topik
adalah kukuh dan ini sekaligus akan memudahkan dan menambahkan minat murid
untuk belajar matematik.
Kementerian
Kurikulum

Pelajaran

Bersepadu

Malaysia

Sekolah

(2006)

Rendah

telah

(KBSR)

menggariskan

bertujuan

untuk

matlamat
membina

pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Skop bagi
bidang nombor yang perlu dipelajari oleh murid ialah nombor bulat, pecahan,
perpuluhan, pengukuran, wang dan peratus. Kefahaman yang kukuh dalam skop ini
sangat penting bagi membantu murid mengendalikan urusan harian secara
berkesan serta menjadi asas kepada aspek pembelajaran murid di peringkat yang
lebih tinggi. Justeru, permasalahan yang berlaku dalam kalangan murid di sekolah
rendah perlulah diatasi bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran asas
matematik.

Laporan Kajian Kes


Untuk laporan tugasan ini, saya telah mengkaji satu kes berkenaan
miskonsepsi murid dalam mata pelajaran matematik yang melibatkan pengajaran
geometri, sukatan dan pengendalian data. Untuk kajian ini, saya memfokuskan
pada bab penukaran unit panjang yang mana berlaku banyak miskonsepsi di
dalamnya. Dalam kajian kes ini, pengkaji juga telah menyatakan punca-punca
berlakunya miskonsepsi ini.
MIskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid
dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka
untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang
mereka salah ertikan. Miskonsepsi umum dalam matematik adalah seperti berikut;
-

Pemahaman yang kurang lengkap dalam fakta-fakta nombor. Contohnya


komputasi asas seperti 9 + 3 = 12 atau 2 x 8 = 16. Mengingati kembali
dengan efisien fakta-fakta asas seperti ini adalah penting kerana ia
membolehkan murid membuat pendekatan kepada pemikiran matematik

yang lebih lanjut tanpa diganggu oleh fakta-fakta asas tersebut.


Kelemahan dalam komputasi/pengiraan. Terdapat murid yang memahami
konsep

matematik

tetapi

tidak

konsisten

dalam

pengiraan.

Mereka

melakukan kesilapan disebabkan oleh membuat kesilapan dalam membaca


-

simbol atau teknikpenyelesaian operasi yang salah.


Kesukaran dalam memindah pengetahuan. Yang sering berlaku ialah kurang
kemahiran dalam pemindahan konsep matematik yang abstrak atau aspek
konseptual dengan kenyataan. Kefahaman mengenai perwakilan simbol alam
dunia yang fizikal adalah penting untuk bagaimana dan berapa mudahnya
murid mengingati sesuatu konsep.Contohnya, menyentuh dan memegang
bentuk segi empat tepat memberi erti kepada murid dari hanya diajar
mengenai bentuk secara abstrak.
3

Membuat perkaitan. Terdapat murid yang mengalami kesukaran untuk


membuat perkaitan dalam pengalaman matematik. Contohnya, murid
mungkin menghadapi kesukaran untuk membuat perkaitan antara nombor
dengan kuatiti. Tanpa kemahiran ini akan menyukarkan murid mengingat

kembali danmembuat aplikasi dalam situasi yang baru.


Kefahaman yang kurang lengkap mengenai bahasa

matematik.

Bagi

sebahagian dari murid, kelemahan dalam matematik mungkin disebabkan


oleh kurang mahir membaca, menulis dan bercakap. Dalam matematik,
masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah matematik yang
sebahagiannya mereka yang belum pernah dengar di luar bilik matematik
ataupun mempunyai erti yang berlainan.
Untuk miskonsepsi dari sudut, terdapat beberapa jenis miskonsepsi yang dapat
dikesan

berlaku

semasa

murid

menjawab

soalan

yang

berkaitan

dengan

pembelajaran ukuran.yang pertama ialanh ukuran panjang. Jika murid-murid


diberikan petak berukuran 1 sm2 murid dikehendaki melukis satu garisan, muridmurid tidak mengikut petak yang disediakan dan tidak menggunakan alat pembaris.
Murid-murid

akan

mengukur

garisan

yang

diberikan

dengan

menggunakan

pembaris yang disertakan. Murid-murid akan melakukan kesilapan apabila mereka


hanya melihat penghujung garisan sahaja tanpa melihat permulaan garisan.
Pada awal penulisan kajian kes, pengkaji telah menyatakan abstrak kajian
yang mana merangkumi kajian terhadap masalah kefahaman murid bagi topik
penukaran unit panjang dalam kalangan murid. Pengkaji turut menyatakan tinjauan
awal terhadap murid yang mana sememangnya menunjukkan masalah dalam
penukaran unit ukuran panjang kerana tidak menghafal formula dan memahami
konsep-konsep

berkenaan

menyatakan masalah
sentimeter,

penukaran

ini merangkumi

meter dan kilometer.

unit

dalam

penukaran

ukuran

panjang.

unit dari

Pengkaji

unit millimeter,

Murid telah menghadapi masalah dalam

memahami konsep penukaran unit samaada dari unit kecil ke unit besar dan
sebaliknya atau penukaran unit yang melibatkan perpuluhan. Melihat kepada
kesemua isu-isu dan kes-kes yang dihadapi, pengkaji memberikan kesan yang buruk
terhadap pemahaman murid dalam topik ini.
Untuk fokus kajian pula, pengkaji memfokuskan beberapa perkara penting
bagi memperlihatkan lagi berkenaan miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan
4

murid-murid berkenaan dengan penukaran unit dalam pengukuran panjang. Antara


perkara yang yang difokuskan adalah kebanyakan murid lemah dalam bahagian
melakukan operasi darab dan bahagi. Kelemahan pada kemahiran ini sebenarnya
menyumbang besar kepada berlakunya miskonsepsi ini. Hal ini kerana jika kita
perhatikan dengan lebih jelas, sebenarnya penukaran unit ini banyak melibatkan
operasi pendaraban dan bahagi. Sekiranya murid tidak dapat menguasai kemahiran
ini dengan baik, maka sememangnya penukaran unit dalam pengukuran panjang
akan gagal difahami dan berlakunya miskonsepsi yang banyak. Selain itu, pengkaji
turut memfokuskan kepada penggunaan bentuk lazim dalam menyelesaikan soalan
dan juga peletakan tempat titik sama ada ke hadapan atau kebelakang. Dalam
perkara ini juga, kita dapati ianya juga sebenarnya berpunca daripada bagaimana
murid-murid menguasai kemahiran membahagi dan mendarab. Untuk menentukan
tempat titik yang perlu diletakkan sama ada belakang atau hadapan, murid-murid
perlu memahami terlebih dahulu kemahiran membahagi dan mendarab dan
kemudiannya mengaplikasikannya dalam bentuk lazim.
Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji meletakkan satu objektif khusus
untuk kajian kesnya. Objektif yang digariskan adalah bagaimana membantu
meningkaktkan pencapaian murid dalam menukar unit ukuran panjang yang
melibatkan unit millimeter, sentimeter, meter dan kilometer. Pengkaji melihat
bahawa masalah penukaran unit bagi topik ukuran khususnya ukuran panjang
haruslah dikuasai oleh semua murid. Jika murid gagal menguasai kemahiran ini,
mereka akan menghadapi masalah terutama untuk masalah penambahan dan
penolakan

nilai yang mempunyai unit yang berbeza. Oleh itu, guru tidak

seharusnya

memandang

kajian

diharapkan

ini,

enteng
dapat

kepada

memberi

permasalahan
kepentingan

ini. Dengan adanya


dalam

meningkatkan

penguasaan murid untuk menukar unit dari unit kecil kepada unit besar dan
sebaliknya.
Untuk mengatasi miskonsepsi yang terjadi dalam kalangan murid berkenaan
dengan penukaran unit dalam pengukuran panjang, beberapa aktiviti boleh
dirancang dan dilaksanakan bagi membolehkan murid memahami semula konsep
yang di pelajari. Kesukaran tidak menghafal rumus tentunya akan menghalang
murid-murid daripada melakukan proses kerja matematik dengan baik. Hal ini
berlaku kerana, matematik merupakan mata pelajaran yang melibatkan proses
5

menghafal berbagai-bagai jenis rumus sama ada melibatkan tajuk-tajuk tertentu


dalam bidang asas ukuran mahupun asas nombor. Bagi kesukaran ini murid keliru
dalam menggunakan rumus, dan menggunakan rumus bukan pada soalan yang
dikehendaki.
Contoh :

41.62 kg + 980 g = _________ kg

= 9 8 0 g
= 9 .
Rumus

8 0

k
g

4 1 . 6 2
1kg = 1000 g
+
9 . 8 0

kg

dan bukannya 100

5 1 .

0 0

4 2

kg
g

Bagi soalan ini kesilapan yang ditunjukkan oleh murid ialah menggunakan
nilai 100 bagi menukar g kepada kg, walhal rumus yang sebenar ialah dengan
membahagi nilai dengan 1000. Kesilapan seperti ini akhirnya membawa kepada
miskonsepsi murid kepada konsep timbangan berat. Kesilapan ini juga berlaku
sekiranya murid gagal menguasai rumus bagi tajuk-tajuk ukuran yang lain seperti
isipadu cecair, ukuran panjang dan masa dan waktu. Kaedah yang boleh digunakan
adalah guru menggunakan tetingkap rumus.

Tetingkap

rumus

merupakan

satu

bahan

bantu

belajar

yang

mana

mempunyai senarai formula yang tertera pada setiap perubahan unit. Dalam

tetingkap ini juga ditunjukkan operasi yang terlibat seperti darab dan bahagi. Ini
akan

memudahkan

murid-murid

merujuk

kepada

rumus

semasa

aktiviti

berlangsung. Untuk aktiviti ,guru boleh mengadakan aktiviti suai padan antara
nombor. Untuk aktiviti ini. ,kumpulan murid akan murid akan berjalan dengan murid
akan bertukar-tukar kad yang mereka ada untuk mendapatkan 4 padanan
sebelumboleh dihapuskan. Kumpulan yang berjaya menghabiskan kesemua kad
yang mereka ada akan menang. Dalam aktiviti ini, kita dapat lihat bahawa muridmurid akan mempelajari dengan pantas penukaran ukut dengan melihat perkaitan
antara satu kad dengan kad yang lain. Oleh yang demikian, seandainya mereka
ingin menyemak, mereka boleh menggunakan tetingkap bagi mendapatkan
jawapan akhir.
Kesimpulannya, miskonsepsi miskonsepi yang dibincangkan di atas adalah
perkara yang serius dan perlu diatasi. Pengetahuan murid yang terbatas dalam
mempelajari matematik hendaklah diubah dan diperbaiki. Bahasa matematik
merupakan perkara yang sering membatasi pemahaman murid mengenai konsepkonsep matematik. Murid-murid mempunyai kefahaman konseptual yang sangat
rendah dalam bahasa yang digunakan dalam soalan yang diberi. Kelemahan ini
mungkin berasal daripada kelemahan pelajar itu sendiri dan pendekatan pengajaran
guru yang kurang menekankan pembinaan konsep (Dr. Jamil Ahmad, 2008).
Masalah miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar berkait rapat dengan miskonsepsi
mereka

terhadap

pengajaran

asas

nombor

iaitu,

nombor

bulat,

pecahan,

perpuluhan dan peratus dan tidak dapat dibetulkan dengan cara latih tubi atau drill
tetapi ia perlu diselidiki secara mendalam bagaimana miskonsepsi ini berlaku.
Guru yang berjaya memulihkan pelajar daripada berlakunya miskonsepsi
secara berterusan bukan sahaja membantu pelajar dalam pembelajaran tetapi
mereka juga memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Guru seharusnya berhenti seketika dan reflek tentang apa yang berlaku dalam sesi
pengajaran mereka. Setiap miskonsepsi atau apa kesilapan pelajar akan dapat
diperbetulkan besama guru dan pelajar (Dr. Jamil Ahmad, 2008).

Penggunaan

sesuatu istilah atau perkataan dalam matematik adalah mengikut terminologi


matematik. Ini menyebabkan penggunaan sesuatu perkataan atau istilah dalam
mata pelajaran matematik kadangkala berbeza daripada pengggunaanya dalam
matapelajaran bahasa Melayu. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa dalam
7

matapelajaran

matematik

menjadi

lebih

kompleks

dan

berbeza

daripada

penggunaannya dalam matapelajaran bahasa Melayu. Keadaan ini seringkali


mendatangkan masalah kepada pelajar, terutamanya dalam aspek pemahaman
semasa pembelajaran dan penyelesaian masalah matematik.
Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar
mengikut cara yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid
murid terhadap pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut
memudahkan guru dalam penyampaian konsep kepada pelajar (Noor Azlan A.Z,
Nurdalina D). Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan
dan perkembangan dalam bidang sains dan teknologi. Oleh itu pihak yang terlibat
dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam memastikan pelajar dapat
menguasai matematik dengan baik supaya hasrat negara untuk menjadi sebuah
negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai.

1612 patah perkataan

Rujukan

Ahmad Sunawari Long, (2008), Metodologi Pendidikan, Kuala Lumpur, Universiti


Kebangsaan Malaysia.

Ainon

Mohd

&

Abdullah

UtusanPublications &

Hassan,1996.

Pemikiran

Logikal

dan

Kritikal.

Distributors Sdn. Bhd., K.L.


8

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku manual


kajian

tindakan. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia

Barrett, J. E., Jones, G., Thornton, C., & Dickson, S. (2003). Understanding childrens
developing strategies and concepts for length. In D. H. Clements & G. Bright
(Eds.),Learning and teaching measurement, Reston, NCTM.

Battista, M. T. (2003). Understanding students thinking about area and volume


measurement.

In D. H. Clements & G. Bright (Eds.), Learning and teaching

measurement, (pp. 122- 142).Reston, NCTM.


Berk, L.E, (1997), Child Development,4th Edition, Boston, Allyn and Bacon.
Clements, D. H.

(1999). Teaching length measurement: Research challenges.

School
Science and Mathematic.

Charles, Randall., et al.,2001. Scott Foresman-Addison Wesley MATH. GlenviewIII:Pearson


Education Inc.
Mok Soon Sang, 2004. A Primary Education Course in Mathematics for Post GraduateDiploma.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Omar bin Ahmad @ Mamat,1999. Koleksi 55,66,77,88,99, Rekreasi Matematik, KotaBahru: M.
A. R. Publishing (M).