Anda di halaman 1dari 3

KURSUS INDUSTRI BURUNG WALIT

Written by Admin
Friday, 03 February 2012 01:26 -

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

PARA usahawan yang berminat untuk menceburi industri sarang burung walit,
berpeluang menimba pengalaman melalui satu kursus yang anjuran Faiz Grop Sdn Bhd,
dengan kerjasama Rimaforce Sdn Bhd dan Koperasi Rezeki Walit Sabah Berhad dari 11
hingga 12 Feb ini.

Urursetia Penganjurnya, Ahmad Barawi Haji Mokhtar berkata kursus yang berjalanan
selama dua hari itu akan di adakan di Tang Dynasty Wawasan Plaza dan dibimbing oleh
pengasas prodak burung walit yang berpengalaman luas dalam industri burung walit Dr. Faiz
Hashim

Menurut Ahmad Barawi, antara lain objektif kursus tersebut memberikan pendedahan kepada
para usahwan atau individu yang berminat untuk menceburi industri sarang burung walit di
Sabah yang kini semakin mendapat perhatian untuk menjana sumber ekonomi
1/3

KURSUS INDUSTRI BURUNG WALIT


Written by Admin
Friday, 03 February 2012 01:26 -

Melalui kursus ini para peserta akan diberikan info yang lengkap dan pratikal untuk
mendirikan rumah burung walit pada kos yang minimum berbanding dengan pelbagai
maklumat yang kurang tepat mengenai industri sarang burung walit sebelum ini yang
memerlukan kos yang tinggi bagi mereka yang ingin menceburinya katanya ketika ditemui di
Kota Kinabalu, kelmarin

Tambah Ahmad Barawi, selain memberikan pendedahan para peserta juga turut memperolehi
sijil dari penganjur kursus yang boleh digunapakai bagi menyokong permohonan pinjaman
apabila
mereka ingin membuat pinjaman dari institusi kewangan atau agensi kerajaan untuk
memulakan perusahaan mereka.

Selepas kursus ini, para peserta juga akan terus menerima bimbingan serta khidmat nasihat
dari pengendali kursus bagi membantu peserta mampu melaksanakan sepenuhnya industri
sarang burung walit sehingga berjaya, tambah Ahmad Barawi.

Peserta yang berminat menyertai kursus ini mereka akan dikenakan yuran penyertaan
sebanyak RM750 seorang bagi menampung kos makan, minum dan penginapan peserta;
sementara bagi peserta yang tidak menginap di hotel yang disediakan mereka dikenakan
yuran penyertaan sebanyak RM600 seorang.

2/3

KURSUS INDUSTRI BURUNG WALIT


Written by Admin
Friday, 03 February 2012 01:26 -

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai kursus ini, pendaftaran dan yuran penyertaan
boleh di buat di Ahba Niaga Likas Plaza Kota Kinabalu dengan menghubungi Ahmad Barawi di
talian 088-388320 HP 01980332611 atau email ke rezekiwalit@gmail.com.

Bagi peserta dari daerah Beaufort mereka juga boleh mendaftar di Kedai Ahba Sports&
Souvenirs Cawangan Beaufort di mana penyertaan kursus ini terhad kepada para peserta yang
mendaftar lebih awal.

Pada majlis perasmian kursus ini juga akan dilancarkn Koperasi Rezeki Walit Sabah Berhad
yang berperanan sebagai palatfrom bago para peserta kursus untuk bernaung apabila mereka
menceburi industry sarang burung Walit selepas mengiktui kursus ini jelas Ahmad Barawi

3/3