Anda di halaman 1dari 19

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER: SEPTEMBER 2015


___________________________________________________________________________
HBPS2203
PENILAIAN DAN KEMAJUAN KANAK-KANAK
SEMESTER SEPTEMBER 2015
___________________________________________________________________________

NAMA

EMILIAZUANA HALMAN

NO. MATRIKULASI

790604135336001

NO. KAD PENGENALAN :

790604135336

NO. TELEFON

014-8933665

E-MEL

miez5679@yahoo.com

NAMA TUTOR

MDM. ZAIDAH BT. MUHAINI

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM SIBU

SEMESTER SEPTEMBER 2015

ISI KANDUNGAN

BIL

ISI KANDUNGAN

1.

PENGENALAN

2.

PENILAIAN FORMATIF

3.

PENILAIAN SUMATIF

4.

PEMILIHAN PENILAIAN UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH

5.

APAKAH SENARAI SEMAK

6.

REKOD ANEKDOT

7.

REKOD BERTERUSAN

8.

PEMILIHAN PENILAIAN KAEDAH FORMATIF DAN PENCAPAIANNYA

9.

KESIMPULAN

10.

RUJUKAN

PENGENALAN
Pendidikan Prasekolah di Malaysia bagi kanak-kanak dalam lingkungan umur lima
hingga enam tahun telah mula ditekankan di sekolah. Kanakkanak merupakan individu yang
menjadi tunggak generasi yang akan mendatang. Oleh itu, mereka perlu diberi didikan sejak
dari peringkat awal lagi. Seorang kanak-kanak perkembangan mereka yang berbeza-beza.
Menurut, Santrock, 2008 dalam Haliza Hamzah dan N.Samuel mentafsirkan perkembangan
merupakan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif, sosiemosi individu yang bermula
di peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat. Manakala, menurut Dr.Ragbir Kaur,
perkembangan iaitu sebagai perubahan-perubahan yang sistematik yang berterusan dalam diri
seseorang daripada ia lahir hingga akhir kehidupan atau kematian. Perubahan merupakan
perubahan kualatif yang berlaku secara progresif dalam diri insan yang bergelar manusia.
Mengikut, Mok Soon Sang (2009) perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari
peringkat lahir hingga peringkat yang lebih matang.
Selain itu, pencapaian setiap kanak-kanak telah bermula dalam lingkungan umur
empat hingga enam tahun apabila mereka telah berada dalam alam persekolahan. Untuk
menentukan perkembangan seseorang kanak-kanak itu, maka penilaian merupakan aspek
terpenting yang harus diberi penekanan oleh guru prasekolah. Maka, pencapaian setiap
seorang kanak-kanak boleh dinilai atau diukur melalui pemerhatian seorang guru di dalam
kelas. Untuk itu penilaian amat penting dalam mengukur setiap kebolehan mereka. Justeru,
penilaian adalah bermakna bagi kita mengumpul maklumat. Menurut, Stufflebean (1977)
penilaian itu merupakan proses mengenalpasti, memperolehi dan menyediakan maklumat
yang berkaitan.
Penilaian juga membawa maksud proses di mana seseorang atau guru mengumpul
maklumat untuk mengesan kemajuan seseorang kanak-kanak. Dengan ini, apabila seseorang
kanak-kanak telah berada di dalam persekitaran persekolahan tentulah guru memainkan
penting untuk membentuk kanak-kanak itu menjadi seseorang yang seimbang dari segi
perkembangan bahasa, kognitiif, sosioemosi, fizikal dan estetika serta pendidikan agama.
Manakala, Pendidikan Prasekolah menekan bahawa penilaian adalah sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran serta ia dijalankan secara berterusan. Maka, ianya adalah
proses maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai

kaedah dan strategi yang digunakan. Penilaian merupakan cara menentukan serta mengenal
pasti kecerdasan dan potensi untuk diberi pengukuhan dan akan dipertingkatkan.
Maka, penilaian juga merupakan satu proses yang berterusan secara sistematik untuk
mengumpul dan menganalis data bagi menentukan sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu
tercapai. Guru akhirnya dapat membuat analisis, andaian, pertimbangan serta keputusan bagi
mengesan setiap kelemahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Justeru, apabila seseorang guru menjalankan penilaian, ini membolehkan guru dapat
mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru memperbaiki
kelemahan yang ada pada diri kanak-kanak. Terdapat dua jenis penilaian utama yang selalu
digunakan untuk menilai iaitu penilai formatif dan penilaian sumatif. Kedua-dua penilaian ini
sama pentingnya dalam mengukur setiap penilaian kanak-kanak.

PENILAIAN FORMATIF
Penilaian formatif merupakan salah satu ujian yang dijalankan secara berterusan. Ujian
yang dijalankan iaitu sebagai cara untuk mendapatkan maklumat serta data. Maka, penilaian
memerlukan perhatian utama dari guru penilai utama. Guru memainkan peranan terpenting
dalam menilai Tahap I iaitu kebolehan murid. Penilaian formatif menggunakan kaedahkaedah seperti senarai semak, rekod anekdot, rekod berterusan dan lain-lain rekod lagi.
Seorang guru prasekolah merupakan individu yang paling rapat dan banyak memahami diri
kanak-kanak apabila kanak-kanak berada di sekolah. Maka, pelbagai cara diambil untuk
menilai kanak-kanak di kelas prasekolah dan ianya dari cara kanak-kanak berkomunikasi,
melalui hasil kerja, tingkahlaku, perbualan antara guru dan kanak-kanak tersebut. Penilaian
formatif merupakan sejenis penilaian yang memerlukan pemerhatian utama daripada guru, di
mana setiap topik yang diajar memerlukan penguasaan daripada kanak-kanak iaitu setiap
topik hendaklah diberi perhatian dan tumpuan utama sebelum berpindah.
Dengan ini, penilaian guru menetapkan kanak-kanak akan diperhati dari pelbagai
perkembangannya untuk memudahkan guru menentukan pencapaian mereka daripada
pelbagai aspek penting dan kelebihan mahupun kelemahan yang sedia ada. Pada asasnya,
penilaian formatif bertujuan untuk memperbaiki pengajaran kanak-kanak, ia membantu
kanak-kanak menguasai sesuatu topik untuk memperbaiki cara guru itu mengajar berdasarkan
keperluan untuk kanak-kanak serta mencari cara atau pendekatan yang lebih mudah difahami

oleh kanak-kanak tersebut. Oleh itu, penilaian formatif merupakan penilaian yang amat
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang membolehkan guru memberi
tindakan susulan dan guru dapat memperbaiki kelemahan yang sama ada bagi diri guru itu
sendiri dan mahupun kanak-kanak.

PENILAIAN SUMATIF
Penilaian Sumatif merupakan penilaian yang menekankan ataupun menentukan
pencapaian kanak-kanak pada akhir sesuatu semester persekolahan. Maka, Penilaian Sumatif
lebih menumpukan tahap penguasaan kanak-kanak dalam satu-satu topik pembelajaran.
Penilaian akan ditentukan dengan memastikan setiap objektif dalam sesuatu tajuk pengajaran
dan pembelajaran dapat dikuasai. Pemberian grid atau ganjaran akan diberi berdasarkan
markah yang diperolehi oleh kanak-kanak. Penilaian Sumatif merupakan kaedah yang
dijalankan untuk memudahkan setiap topik telah selesai diajar dan memudahkan guru untuk
membuat penilaian. Dengan ini, penilaian di peringkat prasekolah merupakan cara untuk
menentukan murid telah dapat menguasai setiap perkembangan yang dilakukan.

PEMILIHAN PENILAIAN UNTUK KANAK-KANAK PRASEKOLAH


Kanak-kanak dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun adalah mereka amat
memerlukan perhatian apabila telah memasuki alam persekolahan. Maka, apabila berada di
sesebuah kelas prasekolah tentu guru atau rakan-rakan menjadi role model yang akan diikuti
atau dicontohi oleh kanak-kanak tersebut. Oleh itu, guru memainkan peranan utama dalam
pembentukan sahsiah setiap kanak-kanak di prasekolah. Kanak-kanak adalah individu yang
memerlukan tunjuk ajar yang utama dan pada peringkat ini, mereka amat berminat untuk
mempelajari sesuatu yang baru dalam diri mereka masing-masing. Untuk itu, kanak-kanak di
kelas prasekolah atau kelas tadika memerlukan tumpuan sepenuhnya oleh guru. Dengan itu,
pemilihan penilaian formatif amat sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu kelas
prasekolah.
Oleh itu, apabila membincangkan tentang penilaian yang sesuai dilakukan di sesebuah
kelas prasekolah, melalui pengalaman selama beberapa tahun mengajar di kelas prasekolah,
jelaslah ia menunjukkan bahawa penilaian formatif merupakan penilaian yang sesuai serta

berkesan untuk seseorang guru menilai tahap kebolehan, kelemahan yang ada pada setiap
kanak- kanak prasekolah.
Justeru itu, penilaian formatif membolehkan seorang guru mengesan untuk memerhati
sikap, tabiat, kelebihan, kelemahan yang ada pada setiap kanak-kanak supaya dari penilaian
itu mereka iaitu kanak-kanak dapat dinilai tahap kebolehan dan setiap kelemahan akan cuba
diperbaiki. Penilaian formatif biasanya menggunakan kaedah-kaedah yang sesuai untuk
kanak-kanak contohnya melalui senarai semak, rekod anekdot, rekod berterusan dan lain-lain.
Maka, pemilihan seorang kanak-kanak prasekolah berumur 5 tahun dan melaksanakan
pemerhatian dengan kaedah tersebut di kelas Prasekolah Dahlia, Sekolah Kebangsaan
Kampung Senau, Oya telah dijalankan.

APAKAH SENARAI SEMAK


Senarai semak merupakan sesuatu borang yang disediakan bagi setiap pelajar dan disertakan
dengan item -item yang sesuai untuk menilai perkembangan dari segi pengetahuan,
kemahiran, sikap dan kebolehan. Dengan ini, senarai item akan menentukan tentang apakah
tingkah laku yang berlaku, tingkah laku dapat diperhatikan dan bagaimana kekerapan tingkah
laku itu berlaku .
Contoh Borang Senarai Semak
Komponen: Bahasa dan Komunikasi
Nama Murid:

Kelas.

Arahan: Sila tandakan (/) dalam petak dan ulasan pada ruang yang disediakan apabila murid
sudah menunjukkan kebolehannya. Sila tinggalkan kosong sekiranya murid belum menguasai
kemahiran tersebut.
Bil

Hasil Pembelajaran

A.

Kemahiran Bertutur

1.

a. Berinteraksi dengan mesra

Ulasan/Tarikh

i. Berbual menggunakan bahasa yang mudah dan sebutan yang betul

ii. Tidak ramai kawan


iii. Sudah boleh berbual semasa berkongsi barang
iv. Sudah ramai kawan
2.

b. Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila


i. Apabila disoal, boleh menjawab dengan satu dua patah perkataan
ii. Sudah mula menggunakan ucapan terima kasih dan tolong
iii. Yakin apabila bercakap.
iv. Sebutan yang jelas.

3.

c. Mengikut giliran
i. Boleh menunggu giliran untuk bercakap.

4.

d. Mengikut peringkat umur


i. Bercakap menggunakan lebih daripada satu ayat mudah.

REKOD ANEKDOT
Kaedah penilaian menggunakan Rekod Anekdot adalah merupakan satu peristiwa yang
dicatat oleh guru melalui pemerhatian tentang tingkah laku yang berlainan dari sikap kanakkanak kanak berkenaan dan dianggap istimewa, atau tingkah laku yang dianggap penting,
unik dan untuk direkodkan. Maka, apabila melakukan pemerhatian hendaklah melakukan
penilaian dengan mengambil kira perkara-perkara berikut:
a. Membuat pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku walaupun tidak dirancang.
b. Murid yang hendak diperhatikan tidak perlu ditentukan.
c. Mengenalpasti peristiwa itu penting dan berkaitrapat dengan aspek perkembangan murid.

d. Penulisan adalah menggambarkan tentang perkembangan bahasa, kemahiran


menyelesaikan masalah serta sesuatu peristiwa yang menarik.

Rekod Anekdot
Nama Murid :

Muhamad Taufiqillah Bin Mohizar

Umur

5 tahun

Tarikh

12 Februari 2015

Masa

1000 Pagi

Nama Guru

Puan Emiliazuana Halman

Catatan
a. Selepas mengikuti sesi bercerita bersama guru; Muhamad Taufiqillah, Muhamad
Firdaus, Ahmad, Nur Aqidah dan Nurhidayah sedang membilik semula buku cerita
yang digunakan guru untuk bercerita dan tiba-tiba Muhamad Taufiqillah membaca
sedikit baris ayat Anak ayam itu makan. Muhamad Firdaus, Ahmad, Nur Aqidah dan
Nurhidayah rakan kepada Muhamad Taufiqillah merasa terpegun dan Muhamad
Firdaus memuji Pandai SI Taufiqillah membaca. Guru yang melihat keadaan itu
memuji Muhamad Taufiqillah kerana boleh membaca dengan baik.
Ulasan
a. Muhamad Taufiqillah merupakan anak tunggal di dalam keluarga dan menurut ibunya
dia merupakan seorang kanak-kanak yang rajin, suka mencuba dan selalu meminta ibu
atau bapanya nmembeli buku bacaan yang mudah. Muhamad Taufiqillah kanak-kanak
yang amat berminat dengan bahan bacaan.

REKOD BERTERUSAN

Rekod Berterusan merupakan catatan yang dilakukan oleh guru di prasekolah. Pada
kebiasaannya, penilaian dibuat ke atas individu atau kumpulan kanak-kanak. Pemerhatian
yang dilakukan adalah secara berterusan dan mengambil masa yang singkat iaitu dalam
tempoh lima hingga sepuluh minit. Maka, setiap perlakuan, tingkahlaku juga akan direkod.

Contoh Rekod Berterusan

Nama

Muhamad Taufiqillah Bin Mohizar

Umur

5 Tahun

Tarikh

14 Oktober 2015

Masa

10.00 10.10 pagi

Nama Guru

Puan Emiliazuana Halman

Pemerhatian
Muhamad Taufiqillah, Muhamad Firdaus, Ahmad, Ali dan Muhamad Fuad merupakan
rakan yang amat rapat dan mereka sedang membuat bangunan menggunakan blok-blok kayu.
Kelihatan ramai kanak-kanak lain sedang cuba mengambil blok itu.

Muhamad Taufiqillah

Jangan ambil blok tu, kami ambil dulu tu.

Muhamad Firdaus

Cantiknya bangunan kamu tu Taufiqillah kata Firdaus


pada Taufiqillah

Ahmad

Apa tu Taufiqillah

Muhamad Taufiqillah

Mari kita buat sama-sama

Ali

Tolong saya buat yang ni Taufiqillah, Firdaus.

Ulasan
a. Muhamad Taufiqillah mempunyai ciri ciri yang tegas, dan berdikari.
b. Mempunyai perasaan suka menolong.
c. Melahirkan idea yang kreatif dan boleh mencipta bangunan menggunakan blok.

Dengan ini, Penilaian yang dijalankan menggunakan kaedah-kaedah yang diterangkan


jelas menunjukkan pada kita pemerhatian di dalam kelas oleh guru tentulah dapat mengesan
dengan tepat. Selain itu, penilaian juga menggunakan kaedah Senarai Semak, Rekod Anekdot,
Rekod Berterusan dan cara lain yang boleh digunakan daripada penilaian formatif adalah
dengan menggunakan hasil kerja murid, buku latihan atau sesi soal jawab di dalam kelas.
Untuk melaksanakan penilaian yang dimaksudkan ia juga memerlukan langkah-langkah
penting dalam proses perlaksanaan penilaian di kelas prasekolah.
Maka, untuk mendapat kesan penilaian yang lebih baik seorang guru itu, hendaklah
membuat perancangan yang teliti iaitu:
a. Merancang
i)

Mengenal pasti kanak-kanak yang dipilih pada sesuatu masa.

ii)

Guru memilih pembelajaran yang sesuai dan memberi tumpuan pada topik berkaitan.

iii)

Guru hendaklah memastikan apa yang hendak diperhatikan.

iv)

Cara merkod dan masa untuk membuat pemerhatian.

b. Membina item
Pemilihan item yang dipilih adalah menekankan kepada pelbagai perkara utama tujuan
penilaian, ia boleh diukur dengan tepat, dan menggunakan item-item yang sesuai mengikut
urutan.

c. Melaksanakan Penilaian

Penilaiaan adalah melalui pemerhatian dan seterusnya direkod dengan tepat, dan
seterusnya membuat senarai semak. Manakala, perlaksanaan penilaian adalah dilakukan
melalui tingkah laku kanak-kanak, perbualan dan berdasarkan hasil kerja kanak-kanak
tersebut. Pemerhatian yang dilakukan di dalam atau di luar kelas boleh dilakukan semasa
aktiviti bermain pondok-pondok bersama rakan-rakan, bermain bongkah kayu, bermain di
taman permainan, menyelesaikan masalah bersama rakan-rakan dan membuat kolaj dalam
kumpulan yang telah ditetapkan guru.
Dengan itu, untuk menjalankan pemerhatian melalui perbualan ianya boleh dilakukan
melalui perbualan atau interaksi antara murid dengan guru, perbualan antara murid dan murid,
interaksi murid dengan bahan, main peranan dalam sesi bercerita, nyanyian, hafazan serta
bacaan. Manakala, penilaian melalui hasil kerja murid adalah melalui lukisan, tulisan,
kraftangan, buku skrap dan sebagainya.
Setelah meneliti setiap cara penilaian, cara perlaksanaan dan cara penyimpanan rekod
jelaslah ia menunjukkan bahawa penilaian amat penting dalam aspek perkembangan bahasa,
kognitif, perkembangan sosioemosi, perkembangan fizikal, kreativiti dan estetika.
Perkembangan yang amat penting dalam proses penilaian adalah perkembangan bahasa dan
perkembangan kognitif. Justeru itu, pemilihan yang boleh digunapakai untuk memerhati oleh
guru ialah perkembangan bahasa dan perkembangan kognitif kanak-kanak.
a. Perkembangan Bahasa
Perkembangan kanak-kanak adalah amat utama dan perkembangan bahasa dan
komunikasi merupakan kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula. Dengan
itu, kemampuan ini berkembang dengan beransur-ansur mengikut masa dan berkait antara
satu sama lain. Maka, seorang guru perlu memahami perkembangan bahasa dan komunikasi.
Kefahaman dan pertuturan kanak-kanak adalah cara berkomunikasi yang digunakan oleh guru
dan kanak-kanak di prasekolah. Kemahiran bahasa dan komunikasi adalah nadi utama dalam
pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Maka, kemahiran utama dalam kemahiran
berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
b. Perkembangan Kognitif
Manakala, perkembangan kognitif adalah proses untuk memahami, mengalami dan
mengetahui sesuatu. Komponen perkembangan kognitif merupakan salah satu fokus utama
dalam pendidikan awal kanak-kanak. Ia sebenarnya merupakan penguasaan asas terhadap

Sains dan Matematik. Maka, kemahiran kognitif adalah terdiri dari pengelasan, konsep ruang,
dan konsep nombor. Manakala, konsep bagi proses Sains membolehkan murid berinteraksi
dengan bahan dan fenomena alam semulajadi.

Pemilihan Penilaian Formatif Dan Kesannya Dalam Mengukur Pencapaian Kanakkanak.


Penilaian Formatif yang dijalankan di kelas prasekolah amat bersesuaian kerana
seorang guru dapat mengesan pencapaian kanak-kanak semasa didikannya. Memerhati kanakkanak secara keseluruhannya di dalam sebuah kelas prasekolah membolehkan guru dapat
mengesan corak pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dijalankan berdasarkan tahap
kebolehan kanak-kanak. Apabila seorang kanak-kanak dinilai dengan pelbagai cara seperti
melalui senarai semak contohnya akan memberi peluang kepada guru untuk mengesan
kelemahan-kelemahan yang ada pada seseorang kanak-kanak. Maka, penilaian menggunakan
kaedah rekod anekdot pula dapat memberi peluang pada kanak-kanak menunjukan sesuatu
keistimewaan dalam dirinya. Kanak-kanak akan lebih berkeyakinan serta berketrampilan
dalam menonjolkan diri. Untuk melahirkan kanak-kanak yang aktif dalam nyanyian
contohnya, guru akan melakukan aktiviti nyanyian secara individu dan cara itu membolehkan
pelajar yang berkebolehan dapat dikesan dengan baik. Untuk melahirkan kanak-kanak yang
boleh membaca sajak, hafazan maka cara untuk mengesannya melalui cara yang sama juga.
Di samping, hasil temu bual dengan kanak-kanak, ibubapa kanak-kanak juga
membolehkan pengesanan kebolehan yang ada pada diri kanak-kanak itu. Oleh itu, aspek
perkembangan bahasa dan kognitif harus diberi perhatian yang sewqajarnya. Penilaian untuk
aspek perkembangan bahasa membolehkan guru boleh mengesan kanak-kanak yang
mempunyai masalah sebutan iaitu melalui cara bertutur. Apabila setiap kelemahan dari
pelbagai masalah yang dihadapi oleh sebahagian daripada kanak-kanak, maka guru dapat
memperbaiki cara pengajaran dan pembelajaran yang lebih sistematik. Selain itu, setelah
kanak-kanak dapat dikesan terutama dalam aspek pertuturan guru akan berhubung dengan
ibubapa murid tersebut untuk sama-sama berusaha membaiki dan mempertingkatkan
keupayaan untuk kanak-kanak ini menjadi lebih baik. Di samping itu, melalui hasil
pemerhatian iaitu soal jawab, bacaan juga membolehkan guru mempelbagaikan cara untuk
memudahkan kanak-kanak lebih berminat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
seterusnya.

Bagi aspek perkembangan kognitif pula, penilaian adalah membolehkan pengesanan


awal dari aspek pengelasan, seriasi, padanan, konsep nombor, operasi nombor, pengukuran,
perbandingan ramalan, penyelesaian masalah, konsep masa dan konsep ruang. Di sini jelas
menunjukkan betapa pentingnya aspek perkembangan kognitif diberi perhatian dalam
membuat penilaian. Perkembangan kognitif pada masa ini, kita dikaitkan dengan awal
Matematik dan awal Sains. Keupayaan kanak-kanak dalam mempertingkatkan diri melalui
penilaian dengan menekankan konsep nombor serta operasi nombor. Pemilihan rekod
penilaian formatif yang pelbagai membolehkan guru akan menentukan tahap kebolehan
kanak-kanak. Pemerhatian terhadap kanak-kanak dapat dilihat melalui satu contoh iaitu
Rekod Pentaksiran Prasekolah berbentuk Senarai Semak untuk kedua-dua perkembangan
iaitu perkembangan bahasa dan perkembangan kognitif.

Contoh Rekod Pentaksiran dan Senarai untuk komponen Bahasa dan Komponen
Kognitif.
REKOD PENTAKSIRAN PRASEKOLAH
SK KAMPUNG SENAU,OYA
96300 DALAT.
NAMA

KELAS

UMUR

CITA-CITA

SENARAI SEMAK
KOMPONEN BAHASA
KEMAHIRAN
A.

HASIL PEMBELAJARAN

Mendengar

Menguasai

Ulasan/ Tarikh

Murid boleh:
i. Mengecam pelbagai bunyi.
ii. Membezakan pelbagai bunyi.
iii. Mengulas apa yang didengar.
iv. Melakukan tindakbalas.
B.

Bertutur
Murid boleh:
i. Bertutur dengan betul
a. Sebutan
b. Intonasi
c. jeda dan nada
ii. Bertutur dengan lancar.

C.

Membaca
Murid boleh
i. Membaca dengan betul.
a. sebutan, intonasi, jeda dan nada
ii. Membaca dengan lancar.

D.

Menulis
Murid boleh
i. Menulis secara mekanis.
ii. Menulis dengan kemas.

KOMPONEN KOGNITF
Kemahiran
A.

Hasil pembelajaran
Pengelasan

Menguasai

Ulasan / Tarikh

Murid boleh:
i. Mengelas objek dengan betul.
a. Menyatakan tindakan dengan betul.
B.

Seriasi
Murid boleh:
i. Menyusun objek mengikut seriasi

C.

Padanan
Murid boleh:
i. Memadan objek dengan betul

D.

Konsep Nombor
Murid boleh:
i. Membilang nombor 1 hingga 50
ii. Memadan simbol dengan objek
iii. Membina siri nombor

E.

Operasi nombor
Murid boleh:
i. Mengira menggunakan operasi tambah.
ii. Mengira menggunakan operasi tolak

F.

Pengukuran
Murid boleh:
i. Mengukur objek
ii. Merekod hasil pengukuran
iii. Melapor

G.

Ramalan
Murid boleh:
i. Membuat andaian
ii. Ujikaji

H.

Konsep masa
Murid boleh:
i. Menyatakan sesuatu urutan mengikut masa.
ii. Membuat sesuatu urutan mengikut masa.

I.

Konsep Ruang
Murid boleh:
i. Menyatakan kedudukan objek dalam ruang.
ii. Membina penghubung.
iii. Membuat lingkungan.
iv. Mereka bentuk pola.

J.

Penyelesain Masalah
Murid boleh:
i. Memberi cadangan yang kreatif.
ii. Membuat keputusan.

Berdasarkan kepada senarai semak yang disediakan jelas menunjukkan bagaimana


penekanan yang diberikan bagi aspek perkembangan bahasa dan kognitif adalah amat penting
untuk meningkatkan tahap kebolehan kanak-kanak dalam perkara yang berkaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran mereka. Pemilihan penilaian formatif memudahkan guru
memperbaiki setiap kelemahan yang dihadapinya dalam penyediaan alat-alat mengajar,
lembaran kerja yang sesuai, peralatan seperti kad imbasan, kad bergambar dan sebagainya.
Untuk itu, guru akan memastikan keperluan utama yang boleh menarik minat murid terhadap
aktiviti-aktiviti di dalam sesebuah kelas prasekolah. Selain guru, ibubapa juga akan melihat

setiap kebolehan dan kelemahan yang ada pada diri anak mereka. Maka, penglibatan ibubapa
dalam perkara di kelas prasekolah membolehkan mereka dapat mengesan, membantu guru
dengan menyumbang idea bagi menceriakan lagi prasekolah atau tempat anak mereka belajar.
Peningkatan seseorang kanak-kanak akan menjadi baik jika ada kerjasama dari ibubapa iaitu
sentiasa memantau kebolehan anak mereka. Untuk itu, apabila kerjasama erat telah berlaku
tentulah setiap penilaian dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

KESIMPULAN
Intihanya, perkembangan seseorang kanak-kanak adalah menjadi pendorong untuk mereka
menjadi generasi yang cemerlang pada masa mendatang. Oleh itu, aspek penilaian yang
diadakan pada setiap kelas prasekolah amat penting untuk kemajuan sesebuah kelas
prasekolah. Setiap penilaian yang diadakan di kelas prasekolah amat penting bagi murid serta
guru itu sendiri. Maka, ini disebabkan guru akan sentiasa memberi yang terbaik untu kanakkanak dibawah kawalan mereka. Kanak-kanak adalah individu yang amat unik dan menjadi
tugas penting bagi guru, ibubapa, komuniti masyarakat bersama-sama memberi sumbangan
yang terbaik untuk memajukan sesebuah kelas prasekolah tersebut. Justeru itu, tindakan
susulan amat penting untuk membaiki setiap kelemahan untuk menjadikan kanak-kanak
individu yang berketrampilan dalam semua aspek.
2972 patah perkataan

RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kurikulum


Standard Prasekolah Kebangsaan.
Beaty, J. (1990). Observing development of the young child. Columbus, OH: Charles Merrill.
Noraini Tahir, Dr Mariani Md Nor, Hamidah Sulaiman, HBPS 2203 Penilaian Dan Kemajuan
Kanak kanak, (2012). Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.
Pusat Perkembangan kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Kurikulum
prasekolah kebangsaan.
Putri Zabariah, Bustam Kamri, Raja Hamizah, Tadika Berkualiti, PTS Professional, 2007.
Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2003.
http//aacaanjip,bravehost,com/14 minggu/03aUjian Formatif, Sumatif
http://impreschoolteacha,blogspot.com/2008/12/perkembangan bahasa
http://luthfis.wordpresss.wordpress.com/2008/04/20/perkembangan kognitif
http://penilaiancomputer.blogspm/2010/10/defini-pentaksiran

Anda mungkin juga menyukai