Anda di halaman 1dari 14

HSK 111

SPORTS EVENT MANAGEMENT

NAME

: MUHAMMAD SYAHID AIMAN BIN MUHAMMAD BAZLAN

MATRIC.NO

: 2015259244

GROUP

: ED241 2A

LECTURER

: EN. SHAWAL BIN YUSOF

SEJARAH BOLA SEPAK NEGARA


BOLA SEPAK dikatakan sukan pertama yang dibawa dari negara luar ke
Malaya ketika pendudukan British pada sekitar 1825.Beberapa kelab
kemudian ditubuhkan di kawasan yang mempunyai ramai rakyat British
seperti

di

Selangor,

Kuala

Lumpur,

Perak,

Johor

dan

Negeri

Sembilan.Bagaimanapun pada tahun 1926, asas penubuhan Persatuan


Bola Sepak Malaya (FAM) dilakukan sebelum ia menjadi rasmi sebagai
badan

induk

pada

1933.Pada

1956,

FAM

menjadi

ahli

gabungan

Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA, selain menganggotai


Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) sejak tahun 1954.Nama Persatuan
Bola Sepak Malaya kemudian ditukar kepada Persatuan Bola Sepak
Malaysia pada 1960.
Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman
adalah presiden FAM yang pertama bermula dari tahun 1951 sebelum Tun
Abdul Razak Hussein mengambil alih untuk tempoh setahun pada 1975.
FAM

kemudiannya

diterajui

oleh

bekas

Menteri

Perdagangan

dan

Perindustrian, Tan Sri Hamzah Abu Samah pada tahun 1976 hingga 1983
dan bermula tahun 1984, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mengambil
alih kepimpinan badan induk itu dan kekal sehingga kini.

ZAMAN KEEMASAN BOLA SEPAK NEGARA


Perlawanan

pertama

pasukan

bola

sepak

Malaysia

diadakan

di Stadium Merdeka pada 8 Ogos 1963 dengan gabungan pemain dari


Malaya

dan

Singapura. Pada

perlawanan

itu,

Malaysia

tewas

3-4

kepada Jepun. Pasukan ini terus menggunakan gabungan pemain dari


Singapura dan Semenanjung Malaysia sehinggalah Singapura dikeluarkan
dari Malaysia pada 1965. Sejak itu pasukan ini hanya menggunakan
pemain dari Semenanjung Malaysia kerana kekangan pada masa itu untuk
ke Malaysia Timur. Hanya pada tahun 1977 barulah FAM menghantar
pencari bakat ke Malaysia Timur. Pada 1971, James Wong yang berasal
dari Sabah merupakan pemain pertama dari Malaysia Timur terpilih untuk
mewakili Malaysia. Senarai itu diteruskan oleh James Yaakub dari Sarawak
pada 1977.
Kegemilangan pasukan ini berterusan dengan para pemain ternama
seperti Namat Abdullah dan Shaharuddin Abdullah, Wong Fook Chuan, N.
Thanabalan, Zulkifli
melayakkan

diri

Norbit danAbdullah
ke Sukan

menewaskan Jepun, Korea


pusingan

kelayakan.

Dua

Nordin. Malaysia

Olimpik

berjaya

1972 di Munich dengan

Selatan, Taiwan dan Filipina sepanjang


tahun

kemudian,

Malaysia

mengulangi

pencapaian pada 1962 apabila sekali lagi memenangi pingat gangsa

Sukan

Asia

1974

di Tehran selepas

menewaskan

Korea

Utara

2-1.

Kejayaan pasukan Malaysia berterusan apabila layak berturut-turut


ke Piala Asia pada 1976 dan 1980.
Pada zaman ini pasukan bola sepak memperlihatkan peningkatan
satu generasi pemain lagenda, diketuai oleh penyerang kilat Mokhtar
Dahari, pasangan pertahanan Santokh Singh dan Soh Chin Aun (dikenali
sebagai pasangan pertahanan terbaik di Asia pada 70-an) dan R.
Arumugam, digelar sebagai "Spiderman" kerana ketangkasannya menjaga
gawang gol.
Selepas

itu,

Malaysia

sekali

lagi

layak

ke Sukan

Olimpik

1980 di Moscow dimana munculnya gandingan Hassan Sani dan James


Wong tetapi kerajaan Malaysia memboikot Sukan Olimpik 1980 kerana
membantah

pencerobohan Soviet

Union ke

atas Afghanistan.

Ini

menyebabkan pasukan bola sepak Malaysia tidak dapat beraksi pada


kejohanan tersebut. Namun pasukan kebangsaan masih lagi dapat
menghasilkan pemain berkualiti seperti "pemain pertama menjadi pemain
pertahanan

"overlapping"

Singh seperti
Salleh dan Lim

dikenali
Teong

di

dunia, Serbegeth

sekarang), Zainal
Kim yang

Berlin di Jerman pada tahun 1988.

PENCAPAIAN SKUAD NEGARA

JUARA PESTABOLA MERDEKA 1958

telah

Singh (atau Shebby

Abidin
bermain

Hassan, Dollah
untuk Hertha

JUARA PESTABOLA MERDEKA 1959

JUARA PESTABOLA MERDEKA BERSAMA KOREA SELATAN 1960

PINGAT GANGSA SUKAN ASIA 1962 DI JAKARTA,INDONESIA

JUARA PESTABOLA MERDEKA 1968

LAYAK KE SUKAN OLIMPIK 1972 DI MUNICH

JUARA PESTABOLA MERDEKA 1973

JUARA PESTABOLA MERDEKA 1974

PINGAT GANGSA SUKAN ASIA 1974 DI TEHRAN

JUARA PESTABOLA MERDEKA 1976

LAYAK KE PUSINGAN AHKIR PIALA ASIA PADA TAHUN 1976 DAN 1980
SECARA MERIT

JUARA PESTABOLA MERDEKA BERSAMA KOREA SELATAN 1979

LAYAK KE SUKAN OLIMPIK MOSCOW 1980 (MALAYSIA MEMBOIKOT


SUKAN OLIMPIK 1980 KERANA MEMBANTAH PENCEROBOHAN SOVIET
UNION KE ATAS AFGHANISTAN

JUARA PESTABOLA MERDEKA 1986

PINGAT EMAS SUKAN SEA 1989 DI KUALA LUMPUR

JUARA PESTABOLA MERDEKA 1986

NAIB JUARA PIALA TIGER 1996

TEMPAT KE-3 PIALA TIGER 2000

TEMPAT KE-3 PIALA TIGER 2004

JUARA PESTABOLA MERDEKA 2007

PINGAT EMAS SUKAN SEA 2009 DI LAOS

JOHAN PIALA AFF SUZUKI CUP 2011

FAKTOR KEMEROSOTAN KINI


Kegemilangan dan kecemerlangan pasukan ini dilihat terhenti bagai
runtuhnya sebuah bangunan kad pada 1994 kerana berlakunya rasuah
terbesar yang melanda bola sepak Malaysia. Ramai tonggak utama
pasukan Malaysia yang terlibat di dalam skandal rasuah seperti Matlan
Marjan dan Azizol Abu Haniffah yang sekaligus menghancurkan bola sepak
Malaysia.

Ada

juga

pemain

berprofil

tinggi

seperti Azman

Adnan dan Khairul Azman Mohamed memberi kesinambungan kepada


penyokong tetapi pasukan bola sepak kebangsaan telah kena dengan
begitu teruk sekali.

Kemerosotan pasukan kebangsaan Malaysia datang bersama-sama


dengan

kemerosotan

liga

tempatan.

Banyak

peminat

Malaysia

menyalahkan skandal rasuah pada tahun 1994 sebagai satu pemangkin,


tetapi populariti langganan TV juga melarikan kebanyakan peminat bola
sepak Malaysia daripada siaran langsung perlawanan tempatan ke
perlawanan Eropah yang berprofil tinggi. Dengan kekurangan minat dan
dana, bola sepak kebangsaan Malaysia sekarang ini masih berbatu
jauhnya jika dibandingkan dengan zaman kegemilangan bola sepak pada
1970-an dan 1980-an.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
PELAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK NEGARA FASA 1 : 2014-2020
Menyedari kemerosotan sukan bola sepak negara, Jawatankuasa
Kabinet Pembangunan Sukan pada tahun 2004 telah menyenaraikan
sukan bola sepak dalam senarai 19 jenis sukan yang perlu diberi
perhatian khusus dan dibangunkan secara pesat. Walaupun pelbagai
inisiatif telah dilaksanakan bagi menjayakan sukan bola sepak negara,

namun langkah-langkah yang diambil pada ketika itu tidak menyeluruh


dan oleh itu, tidak membawa kesan positif yang mampan. Bagaimanapun,
inisiatif mengenal pasti bakat telah diberi penekanan dan menjadi titik
tolak kepada usaha pembangunan bakat muda sehingga ke hari ini.
Pada tahun 2006, dalam usaha mencungkil bakat baharu, sukan
bola sepak negara telah dipilih sebagai salah satu daripada sukan di
dalam Program Sukan Teras di bawah kendalian Majlis Sukan Negara
Malaysia (MSN), bagi menggantikan program Tunas Cemerlang yang telah
dilaksanakan selama 17 tahun sebelum itu.Program Tunas Cemerlang
yang telah ditubuhkan pada tahun 1989 merupakan sebuah program
pembangunan bakat sukan bola sepak di kalangan pelajar berumur 13
sehingga 15 tahun yang dikelolakan oleh MSN dengan kerjasama Majlis
Sukan Sekolah Malaysia (MSSM). Program ini bertujuan untuk melahirkan
atlet-atlet berpotensi dan mengembangkan kemahiran mereka di sekolah
atau

pusat

latihan,

dengan

kemudahan

asas

seperti

asrama,

padang/gelanggang latihan dan jurulatih yang bertauliah dalam kalangan


guru untuk melatih atlet sepanjang tahun. Program ini merangkumi 42
pusat latihan melibatkan 1,295 murid dan 93 jurulatih.

Program Sukan Teras pula merupakan program pembangunan bagi


melahirkan bakat sukan bola sepak di kalangan pelajar berumur antara 10
sehingga 15 tahun yang dikelolakan oleh MSN, dengan kerjasama FAM
dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Di samping itu, sebanyak 20

pusat untuk pelajar bawah 12 tahun (B-12) yang melibatkan 24 jurulatih


dan 600 murid serta 43 pusat B-15 yang melibatkan 98 jurulatih dan
1,315 murid telah turut ditubuhkan. Bagaimanapun, pendekatan tersebut
telah diubah pada tahun 2009 apabila Program Sukan Teras telah dibawa
ke peringkat sekolah dengan mengambil kira peranan sekolah sebagai
pusat pembangunan bakat sukan yang lebih efektif dan berkesan.
Pelaksanaan Program Pembangunan Bola Sepak peringkat sekolah ini
diserahkan sepenuhnya kepada KPM sejajar dengan peranan besar yang
mula dimainkan oleh kementerian berkenaan dalam pembangunan sukan.
KPM telah melaksanakan program Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS)
yang melibatkan tujuh jenis sukan, termasuk sukan bola sepak.
KEBANGKITAN JOHOR DARUL TAKZIM
Kali terakhir pasukan bolasepak Johor meraih kejayaan di pentas
kejuaraan tempatan ialah pada 1998, apabila berjaya menjulang Piala FA.
Sebelumnya, pada 1991 pasukan itu pernah menjulang Piala Malaysia
buat kali ke-2, selepas meraih piala yang sama pada tahun 1985. Selepas
itu, kelibat aksi sepakan, lantunan dan terjahan ke gawang oleh para
pemain pasukan yang pernah menjadi gergasi bolasepak tanahair itu,
dilihat seolah-olah sekadar aksi-aksi pelengkap jadual liga semata-mata.
Malah, petugas media yang membuat liputan perlawanan pasukan
Johor di Stadium Larkin pada ketika itu tidak perlu terburu-buru untuk ke
sana. Sajian persembahan pasukan negeri pada ketika itu cukup hambar,
sehambar sambutan para penyokongnya juga. Simbahan lampu stadium
sekadar melimpahi barisan kerusi-kerusi yang lompong di mana-mana.

Dan, tidak sukar mencari parkir bagi kenderaan, kerana pengunjung


stadium boleh sahaja meletak kenderaan betul-betul di kawasan hadapan
ataupun di sekeliling stadium.
Maka dek kesuraman suasana bolasepak Johor ketika itu, prestasi
pasukannya juga ikut terkesan. Dari sebuah pasukan yang pernah
menjadichampion, kepada pasukan yang biasa-biasa sahaja. Dari pasukan
yang menggetar jiwa pasukan lawan, kepada susuk-susuk tubuh pemain
yang mudah dibentes, dikekang dan dibolosi pasukan musuh. Itu kisah
dulu. Kisah yang sudah tersemat rapi dalam lipatan sejarah bolasepak
Johor.
Kini, pasukan bolasepak Johor Darul Tazim (JDT) sudah berubah
wajah. Cerminannya sudah berlatarkan imej pasukan-pasukan tersohor
dunia. Larian serta gelecekan bola para pemainnya sudah semakin kerap
menerjah gawang pasukan-pasukan berstatus gergasi di arena bolasepak
tempatan.
Gegak gempita sorakan pasukan Johor kini semakin nyaring,
memecah gegendang telinga kita dan sorakan itu senada walau di mana
jua didengari. Ia tidak terhenti di situ sahaja. Sorakan penyokong Harimau
Selatan itu sudah menggegar bukan hanya home ground Larkin, tetapi
ngauman harimau jadian itu turut menerobos segenap pelusuk tanahair
sehinggalah ke Bukit Jalil, dan kawasan sewaktu dengannya.
Di hari-hari perlawanan membabitkan pasukan, baik bila bertemu
jagoan tanahair mahupun gerombolan perobek gawang dari negara luar,
penyokong-penyokong JST tetap bersemangat mengibar bendera Johor.

Mereka tampil bersenjatakan semangat waja, lengkap dengan contengancontengan di wajah, bukti kesatuan, ikatan serta doa mengiringi bersama
pasukan. Mereka hadir bersama paluan gendang senada, serta kibaran
bendera gergasi dan tifo yang pastinya tidak ketinggalan mencuri
tumpuan.
Kini JDT mampu mendabik dada kerana fenomenanya sudah
menjadi viral yang bukan pandangan lazim yang kita lihat di tanahair kita.
Daripada sebuah kelab kenegerian, kepada pasukan yang mempunyai
segala kelebihan sebagai sebuah kelab asia yang ternama.
Disuntik pula dengan pelaburan sehingga jutaan ringgit, nama-nama
besar seperti Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Safiq Rahim, Mahali
Jasuli, Amri Yahyah, Jamaludin, Nazrin Nawi, Asrarudin Putra terus meniti
di bibir para peminat sukan internasional itu.
Demi mengukuhkan jentera serangan dan benteng pertahanan, JDT
dimantapkan dengan membawa masuk Daniel Guiza, Pablo Aimar,
Baihakki Khaizan, Leonel Nunez, Simone Del Nero, Andrezinho, dan
terbaharu, Marcos Antonio, Jorge Pereyra Diaz serta Luciano Figueroa.
Agenda menzahirkan pasukan yang digeruni itu sudah semakin terserlah.
Natijahnya,

pelaburan

itu

memberikan

pulangan

yang

amat

berbaloi. Setiap kali perlawanan, Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos
dibanjiri para penyokong. Tumbuh bak cendawan selepas hujan pelbagai
kumpulan penyokong dari segenap daerah dan negeri memberi sokongan
padu kepada JDT, tidak kira menang atau kalah. Tiada istilah hari
mendung buat penyokong JDT.

Chant mereka didengar dari luar stadium, dari tiupan wisel


pertama, sehinggalah minit-minit masa kecederaan permainan. Sokongan
padu sebegini tentunya jadi azimat, jadi idaman setiap pemain yang turun
beraksi memakai jersi JDT.
Sokongan yang ditunjukkan oleh penyokong JDT memang tidak
berbelah bahagi. Wujudnya Ultras dan pelbagai kelab penyokong JDT
sesungguhnya menyerikan dan menunjukkan betapa hebatnya perubahan
yang telah berlaku, ujar Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak
Negeri Johor (PBNJ), Mohd Fahmy Yahya.
Jika dahulu, hendak menyebut seorang pun nama pemain yang
mewakili Johor agak sukar, sekarang ini bukan sekadar kesebelasan
utama, pemain-pemain yang bakal beraksi di Johor itu juga meniti di bibir
peminat pasukan Johor.
Sekarang ini kita dapat lihat peminat-peminat jadi fanatik tidak kira
usia, agama dan bangsa, baik kanak-kanak mahupun yang dewasa
seolah-olah menjadi sesuatu yang wajib bagi mereka untuk menyokong
dan membawa aura JDT, tidak kira di dalam stadium, mahu pun di luar
stadium, tambah Fahmy.
Justeru, pelaburan PBNJ tidak terhenti di situ sahaja. Gerak kerjanya
juga kian rancak dilaksanakan. Antaranya, usaha menaiktaraf kemudahan
infrastruktur Stadium Larkin, dan kini telah menempa kejayaan sebagai
stadium pertama di Malaysia mencapai standard Persekutuan Bola Sepak
Antarabangsa (FIFA).

Prasarana latihan pun menerima tempiasnya. Jika dahulu, tiada


orang ingin melihat pemain bolasepak berlatih, tetapi kini Padang Seri
Gelam,

selaku

pusat

latihan

rasmi,

seakan-akan

menyajikan

pemandangan yang lazim di negara barat, apabila ratusan penyokong


turun melihat para pemain JDT berlatih saban waktu, siang atau malam.
Pusat latihan bertaraf antarabangsa ini lengkap serba serbi pusat
gimnasium, bilik persalinan, cafeteria, padang sintetik, pusat terapi dan
pemulihan serta penggunaan lampu limpah bagi sesi latihan waktu
malam.
Persatuan Bolasepak Negeri Johor selaku peneraju pembangunan
pasukan, serius melaksanakan strategi pasukan dengan penuh dedikasi
dan sistematik. Segalanya diatur sedemikian rupa, apatah lagi dengan
kejayaan JDT melayakkan diri untuk pertandingan di peringkat yang lebih
tinggi, di gagasan Asian Football Confederation (AFC).
Agenda kebangkitan ini turut memastikan kelestarian JDT pada
dekad-dekad berikutnya, dengan pengstrukturan demi melahirkan bakatbakat bolasepak di kalangan anak Johor dalam peringkat akar umbi.
Akademi bolasepak, menjadi titik penentuan barisan atlet-atlet bolasepak
muda yang bakal menggantikan senior pada masa akan datang.
Anak-anak seawal usia sepuluh tahun sehingga 17 tahun sudah
dididik menjadi pemain bolasepak profesional. Mereka bakal dilatih
menjadi pemain bolasepak profesional, bukan hanya bermain secara
profesional,

malah

berfikiran

seperti

mengabaikan keperluan bidang akademik.

seorang

profesional,

tanpa

Pada masa yang sama, PBNJ juga terus mengorak langkah maju
setapak

lagi

ke

hadapan

dalam

pembangunan

bolasepak

dengan

pemeteraian jalinan usaha sama dengan kelab-kelab gergasi seperti


Manchester City, Valencia FC, Guangzhou R&F FC dan Borussia Dortmund
(BVB).
Gelombang fenomena JDT sudah meliputi Darul Tazim. Gelombang
ombak yang membias bukan hanya di tanahair sendiri, malah slowly,
steadily

and

surely

menyelinap

ke

segenap pelusuk

benua

Asia.

Momentumnya memberikan suatu kepastian bahawa hanya masa yang


akan menentukan gelombang itu dapat menembusi pentas dunia.
Apa yang pasti, gelombang itu telah mengikat para penyokong
JDT. Membangkitkan rakyat Johor di atas permuafakatan yang benar-benar
jitu. Menyatupadukan Bangsa Johor, tanpa perkiraan klasifikasi ras, agama
serta ideologi.
Konklusinya, pelaburan strategik seperti yang dilakukan oleh Johor Darul
Takzim mungkin boleh menjadi resepi kejayaan bagi pasukan kebangsaan
dari segi pembangunan pemain dan prasarana. Moga Harimau Malaya
kembali mengaum.

Anda mungkin juga menyukai