Anda di halaman 1dari 31

1.

0 DEFINISI PENDIDIKAN KHAS


Pendidikan Khas merupakan satu bidang profesion yang berkaitan dengan
kaedah, teknik dan penyelidikan yang tersendiri. Kesemua ini menumpukan kearah
pengurusan dan pembelajaran yang baik bagi menilai dan mematuhi kehendakkehendak khas. Dari segi praktiknya, Pendidikan Khas merupakan pendidikan
secara individu dengan kaedah-kaedah pengurusan yang bersistematik dari segi
susunan fizikal, alatan-alatan khas dan kaedah pengajaran khas. Kesemua
intervensi-intervensi yang dibuat ini semata-mata untuk menolong kanak-kanak khas
untuk mencapai kepuasan diri dari segi akademik dan vokasional untuk
membolehkan mereka berdikari.
Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi
pelbagai keperluan murid-murid khas. Ini termasuklah penggunaan bahan-bahan
khas, peralatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap
kebolehan dan keupayaan murid. Ia bertujuan untuk mendidik dan membentuk murid
melalui Perkembangan Mental, Kestabilan Emosi dan Integrasi Sosial.
Pendekatan

Baru

Definisi

Kanak-kanak

Dengan

Keperluan-keperluan

Pendidikan Khas juga menekankan kepada kebolehan kefungsian, kemahiran,


perkembangan,

penguasaan

dan

pencapaian

kanak-kanak

tersebut

dalam

kemahiran-kemahiran pengembangan ( Development skill ). Pendekatan baru


menolak pendekatan tradisi yang menekankan kecacatan dan ketidakbolehan
( Medical Defict Model ).
Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan
kepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan
keperluan pendidikan khas adalah seperti kebolehan kognitif, perkembangan
tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran social, penguasaan bahasa lisan /
pertuturan, pengusaan membaca, kemahiran matematik, kemahiran pertumbuhan
asas

manusia,

kemahiran

berdikari,

kemahiran

penglihatan dan juga kebolehan pendengaran.

keusahawanan,

kebolehan

1.1 Definisi kanak-kanak berkeperluan khas


Kanak-kanak berkeperluan khas ( exceptional children ) terdiri daripada
kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak Pintar Cerdas ( gifted
) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga
diklasifikasikan sebagai kanak-kanak yang berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan
pelajar ini memerlukan pengubahsuaikan kepada kurikulum dan kaedah mengajar
supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka ( Heward 2003 ).
Istilah lain juga telah digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini
seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya,
kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanakkanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan. Menurut Kail ( 2001 ), hampir 4%
daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak
berkeperluan khas.Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar
apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan
untuk melihat objek atau cahaya termasuklah muka ibu bapa sendiri.
Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau
mengalami

kerencatan

mental

sejak lahir. Secara

umumnya,

berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi


1. mental ( pencapaian akademik ),
2. keupayaan deria ( melihat dan mendengar ),
3. keupayaan berkomunikasi ( menulis dan bertutur ),
4. tingkah laku ( mengawal diri ),
5. emosi ( bercampur gaul )
6. ciri-ciri fizikal ( bergerak dan menjaga diri sendiri)

kanak-kanak

1.2 Definisi masalah pembelajaran


Kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran merupakan kanakkanak yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar Profesional Klinikal sebagai
mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran.Kecacatan yang
dialami boleh dikategorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam
kebolehan-kebolehan

seperti

Kebolehan

Kognitif,

Tingkahlaku

Sosial

atau

Perkembangan Sosial, Penguasaan Bahasa ( Lisan atau Pertuturan ), Keupayaan


Membaca, Kemahiran Perkembangan ( Development Skills ), dan Kemahiran
Matematik.
Antara kecacatan yang dialami oleh kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran ialah:
1. Lembam, iaitu akibat daripada kecacatan otak,
2. Autistik ( Autism ),
3. Sindrom Down,
4. Terencat Akal Ringan,
5. Terencat Akal Sederhana,
6. Hyperaktif,
7. Hypoaktif,
8. Selebral Palsy,
9. Emosi atau Tingkah Laku,
10. Pertuturan,
11. Epilapsi,
12. Kepelbagaian Kecacatan.
3

2.0 STRATEGI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, tiada satu kaedah dan strategi
yang khusus dan terbaik boleh diaplikasikan di dalam kelas yang mempunyai
kepelbagaian murid terutamanya murid berkeperluan khas. Ia terpulang kepada daya
kreativiti guru dan kesesuaian kehendak murid untuk mencapai objektif pengajaran
dan pembelajaran pada ketika itu. Ini kerana tahap penerimaan murid terhadap
bahan yang diberikan ada berbagai-bagai iaitu ada yang cepat, sederhana dan ada
yang lambat.
Faktor kecerdasan mempengaruhi daya serap murid terhadap bahan
pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh yang demikian, dalam sesi pembelajaran,
guru seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang khusus agar murid dapat belajar
secara lebih efektif dan efisien. Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran
yang digunakan di dalam kelas pendidikan khas boleh diklasifikasikan mengikut
tumpuan kepada tiga unsur utama iaitu:

Strategi pemusatan guru

Strategi pemusatan murid, dan

Strategi pemusatan bahan pelajaran

2.1 Strategi Pemusatan Guru


Strategi pemusatan guru merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang
telah lama diamalkan dalam bilik darjah. Di bawah strategi pengajaran dan
pembelajaran ini, guru memainkan peranan yang utama. Di dalam kelas, gurulah

yang menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberi
penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar.

2.2 CiriCiri Strategi Pemusatan Guru

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru memainkan peranan yang


penting sedangkan murid berperanan sebagai penonton sahaja.

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala. Guru
banyak bercakap dan murid banyak mendengar.

Ciri

kepimpinan

guru

bersifat

autokratik.

Murid

tidak

berpeluang

menyumbangkan pendapat mereka. Guru banyak bertindak mengawal dan


memberi arahan.

Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai


murni atau perkembangan emosi.

Strategi ini mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian


dan peperiksaan.

Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang
dapat dipupuk.

Di bawah strategi ini, murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif.


2.3 Strategi Pemusatan Murid

Di bawah strategi berpusatkan murid ini, murid memainkan peranan yang penting
dalam proses pembelajaran. Mengikut strategi ini, murid digalakkan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Di dalam bilik darjah, guru
merupakan

seorang

pemimpin

yang

memandu

murid

pembelajaran, sama ada secara kumpulan ataupun individu.

2.4 CiriCiri Strategi Pemusatan Murid


5

menjalankan

aktiviti

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam ini, murid


memainkan peranan yang penting sedangkan peranan guru merupakan
pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.

Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.

Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat


mereka.

Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang
positif seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat
dipupuk.

Di bawah strategi pemusatan murid, lazimnya murid menunjukkan sifat kreatif


dan berinisiatif.
2.5 Strategi Pemusatan Bahan
Bahan pelajaran memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Dengan menggunakan strategi ini, guru boleh menyampaikan


pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala murid pula
boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti
pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.
Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran biasanya
boleh dikategorikan kepada dua iaitu:

2.5.1 Bahan pengajaran


Bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, model, graf, peta, gambar, slaid,
radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor.
2.5.2 Bahan pembelajaran
Bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti kad aktiviti,
kad cantuman, lembaran kerja, pembilang, bahan bercetak dan komputer.

2.5.3 CiriCiri Strategi Pemusatan Bahan

Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pengajaran memainkan


peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada
penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan


pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.

Dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di
samping

memupuk

semangat

berdikari

dengan

menjalankan

aktiviti

pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru.

Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang
melibatkan penggunaan bahan pembelajaran.

Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui


pengalaman yang sebenar. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang abstrak
dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit
Ketiga-tiga strategi ini saling berkaitan di antara satu sama lain di samping

perlunya kemahiran dan kreativiti seseorang guru itu untuk memilih, merancang,
menyusun dan menguruskan kaedah serta teknik mengajar dalam objektif pelajaran
pada peringkat optimum. Ketiga-tiga strategi yang dinyatakan sememangnya
mempunyai kelebihannya sendiri. Namun begitu, strategi pemusatan murid adalah
yang paling ideal dalam melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas

3.0 PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran itu


diajarkan untuk mencapai objektifnya. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan
satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran . Ia
bertujuan untuk memudahkan murid menerima dan memahami isi pelajaran yang
7

disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan , guru dapat membuat


tanggapan asas yang akan dijadikan prinsip. Kita mempelajari sesuatu situasi itu
secara keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu
pandangan atau sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya
sebagai satu pendekatan dalam sesuatu pengajaran.
Menurut pendapat Edward M.Anthony (1963), pendekatan ialah satu set
andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta
mempunyai unsur aksiomatik. Melalui pendapat ini dapatlah kita merumuskan
bahawa pendekatan harus berlandaskan kepada model , prinsip atau teori
pembelajaran . Contohnya;

konkrit kepada abstrak

mudah kepada kompleks

keseluruhan kepada bahagian

umum kepada spesifik (deduktif)

spesifik kepada umum (induktif)

dekat kepada jauh

diketahui kepada belum diketahui


Pendekatan merupakan aksiomatik iaitu kenyataan yang dianggap benar

tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan ini bolehlah dirumuskan
sebagai satu teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam
pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan objektifnya. Terdapat beberapa
pendekatan yang boleh digunakan dalam kelas khas.
3.1 Pendekatan Koperatif
Pendekatan koperatif merupakan program yang berstruktur yang menekankan
penguasaan kemahiran, konsep dan maklumat. Pendekatan pembelajaran koperatif
memerlukan murid bekerjasama ke atas setiap satu ahli dalam kumpulannya.
Kaedah ini mensasarkan matlamat dan pencapaian kumpulan yang hanya dapat
dicapai jikalau semua ahli dalam kumpulan itu belajar semua objektif yang diajar.
8

Ada tiga konsep yang berkait dengan pendekatan ini iaitu, ganjaran kumpulan,
kebertanggungjawaban indivdu, dan peluang yang sama untuk berjaya. Melalui ini,
kumpulan

akan

mendapat

pengiktirafan

jika

menunjukkan

prestasi

yang

membanggakan. Oleh itu , ahli dalam kumpulan bertanggungjawab membantu


sesama mereka dalam kumpulan demi untuk mengekalkan prestasi kumpulan
mereka.

Kaedah

ini

menunjukkan

bahawa

ganjaran

kumpulan

dan

kebertanggungjawaban individu merupakan elemen penting untuk menghasilkan


pencapaian kemahiran asas (Slavin, 1983).

3.2 Pendekatan Deduktif


Di sekolah guru mengajar murid menaakul secara deduktif dan induktif. Dari
segi penaakulan deduktif , guru sering mengajukan kepada murid dengan peraturan
am dan membantu mereka mengenal pasti contoh dan mengaplikasikan peraturan
tadi. Dalam hal ini, dalam mata pelajaran kemahiran hidup pun boleh dilaksanakan
penaakulan seperti guru ingin murid menyatakan apakah yang perlu kamu pakai
untuk berkebun. Pelajar akan menyatakannya serta memberi contoh dan berupaya
pula mengaplikasikannya apabila hendak berkebun. Ringkasnya prestasi murid
selepas memberi contoh itu membawa kepada inferens bahawa murid telah
menemui peraturan yang perlu untuk menyelesaikan dan peraturan ini boleh
digeneralisasikan kepada situasi baru yang mempunyai kaitan yang sama.
3.3 Pendekatan Bermain Sambil Belajar
Kaedah bermain adalah kaedah pembelajaran yang mendekatkan diri pelajar
kepada pengalaman sebenar secara langsung, terutama apabila mengajar konsep
atau kemahiran. Apabila digunakan secara berkesan boleh menambah respon murid
dan kepekaan kepada perasaan orang lain, iaitu murid tidak akan dapat memahami
atau mengaplikasikan prinsip yang dipelajari dengan berkesan dan bermakna kecuali
diberi peluang menyaksikan sendiri situasi sebenar dan menilai hasil aplikasi mereka
9

dalam situasi bermasalah. Murid berpeluang dan boleh mempertingkat kebolehan


empati, menambah kepekaan proses interaksi dan memiliki kebolehan menganalisis
situasi secara objektif. Kaedah bermain sambil belajar merupakan situasi yang
dilakukan secara spontan dengan arahan dan bahannya diambil daripada kisah
benar. Untuk kaedah ini digunakan dengan berkesan, beberapa proses asas harus
diikuti iaitu:

3.4 Pendekatan Secara Kumpulan, kelas dan Individu


Pendekatan kumpulan bermaksud murid bekerja dalam kumpulan. Walaupun
berkumpulan

setiap

menyumbang

idea

murid

mengekalkan

kepada

kumpulan.

individualitinya
Setiap

murid

dan

dibantu

dalam

untuk

kumpulan

bertanggungjawab berkongsi idea dan memberi sumbangan yang baik, bukan


mengikut sahaja. Guru memainkan peranan penting lebih-lebih lagi bagi murid
pendidikan khas. Guru haruslah memastikan murid boleh mengalami pembelajaran
bertujuan dan matlamat serta objektif kumpulan secara beransur dan penilaian
diadakan berterusan. Guru mestilah berulang-ulang kali menyatakan objektif kerja
secara kumpulan, kelas dan individu. Ini supaya murid memahami peranan dan akan
meningkatkan kerjasama untuk kejayaan kerja kumpulan. Pendekatan kumpulan
sebagai satu kaedah pengajaran membantu murid menjadi bebas serta yakin dan
pada masa yang sama belajar bahawa seseorang itu bergantung antara satu sama
lain. Ia sesuai sebagai satu cara untuk mempertingkatkan penyesuaian sosial.
Pendekatan pengajaran kelas pula, guru akan berada di hadapan kelas dan
mengajar. Murid akan memberi perhatian, membuat tugasan atau menulis dan lainlain. Selepas itu, pelajaran baru bermula, guru akan bertanyakan pelajaran lepas dan
meneruskan dengan maklumat baru, memberi sedikit kerja kelas, menekankan fakta
penting, menyoal, memberi tugasan untuk hari berikutnya, menjawab soalan murid
dan pelajaran berakhir. Walau bagaimanapun, dalam pendidikan khas, guru banyak
membimbing murid dalam tugasan ini, memberi tugasan yang mampu dilakukan oleh
murid. Apabila mmurid faham akan pelajarannya, maka penguasaan ilmu mereka
akan diuji melalui kerja-kerja latihan.

10

Pendekatan individu pula menekankan rancangan untuk sesuatu pelajaran itu


mengambil kira perbezaan murid. Setiap murid bekerja dengan bebas dan meneima
bantuan apabila mereka memerlukannya. Murid akan melalui pembelajaran mengikut
kadar kebolehannya. Jadual juga dirancang untuk mereka, tugasan akan disusun
supaya pmurid ini akan bekerja berterusan. Ada beberapa kaedah untuk pengajaran
individu seperti:

Menggunakan panduan yang rancangannya ditulis mengarah murid dalam


pembelajarannya. Dalam panduan itu, guru memberi objektif serta aktiviti
yang disusun mengikut urutan supaya pada akhir aktivti itu, objektif
pembelajaran tercapai. Dengan cara ini, murid boleh membuat tugasan
mengikut kadar kebolehannya. Melalui kaedah ini, segala arahan dan tugasan
sentiasa ada dan panduan belajar menyatakan apa yang perlu dilakukan.

Bahan dan program juga merupakan kaedah yang digunakan dalam


pendekatan individu. Setiap langkah mempunyai sedikit matlamat, disusuli
dengan soalan dan meminta respon daripada murid. Apabila murid memberi
respon, dia akan ditunjukkan dengan jawapan yang betul yang memberi
peneguhan kepada tindakan murid tersebut. Maklumat baru, kemahiran,
saranan dan cadangan dimasukkan dalam program itu.

Memberi tugasan individu yang sesuai dengan tahap murid. Tugasan individu
ini berbeza dari segi kuantiti dan kualiti mengikut kebolehan dan keperluan
murid.

Menggunakan tahap kesukaran dalam program pengajaran dan juga


menggunakan tahap jangkaan dalam memperihalkan kemajuan atau kualiti
murid. Apabila murid diberikan tugasan mengikut tahap kesukaran tertentu,
maka setiap tahap itu menjadi tahap jangkaannya. Murid itu diharap akan
mencapai kualiti dan kuantiti kerja yang dibentuk untuk tahap itu dan
kemajuannya dilapor secara berterusan.

3.5 Pendekatan Pengajaran Bertema

11

Pendekatan pengajaran bertema (Jabatan Pendidikan Khas 2005) digunakan


dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas. Pemilihan topik
atau tema mestilah bersesuaian dengan persekitaran murid. Pendekatan pengajaran
bertema melibatkan perkara-perkara berikut:

penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran

pemilihan tajuk berdasarkan kesesuaian tahap murid, situasi tertentu atau


peristiwa semasa

saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan pengalaman baru yang
diperoleh secara tersusun dan sistematik

peluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran

pemeringkatan daripada yang mudah kepada yang sukar dan umum kepada
yang lebih spesifik

Pemilihan tema pula perlu mengambil kira perkara-perkara di bawah:

kesesuaian dengan kehidupan murid

peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid seperti kemahiran asas


mendengar, membaca, menulis, mengira, penggunaan komputer dan lain-lain.

kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid
mendapat kemahiran penyelesaian masalah

sumber yang mudah didapati

mengikut musim atau peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan


serta meningkatkan pengetahuan murid

Perkara-perkara berikut perlu dilaksanakan dalam pendekatan pengajaran dan


pembelajaran bertema:

sumbang saran berdasarkan topik oleh murid

kenal pasti subtopik dan pilih aktiviti yang sesuai untuk membantu murid
mempercayai isi kandungan dan mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari
dalam konteks yang bermakna

mencipta peta minda untuk tema

12

merancang dan menggalakkan kemahiran berfikir

iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai suasana yang kondusif dan
berkaitan dengan tema

3.6 Pendekatan Kolaborasi


Pendekatan kolaborasi dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan khas
boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu latihan kemahiran kerja, bengkel
terlindung, pelbagai kaedah terapi dan aktiviti luar bilik darjah.
3.6.1 Latihan Kemahiran Kerja
Latihan kemahiran kerja perlu didedahkan kepada murid pendidikan khas
bermasalah pembelajaran. Matlamat utama latihan ini adalah untuk memberi
kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi, dan kemahiran asas berkaitan pekerjaan
dalam kehidupan. Latihan kemahiran kerja boleh dibahagikan kepada tiga bentuk
iaitu:
3.6.2 Latihan Dalaman (Berbentuk Projek)
Guru melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik .
Contohnya;

perkebunan dan penjualan hasil tanaman

aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim, biskut, kek, dan lain -lain

memelihara ikan , burung dan lain-lain

3.6.3 Latihan Kerja yang Melibatkan Pihak Luar atau Kerja Luar

13

Guru mendapatkan barangan dari luar (kilang) untuk pembungkusan


(assemble) dalam waktu persekolahan atau membuat barangan yang tertentu,
contohnya hasil kraftangan murid seperti batik, bunga telur dan lain-lain untuk dijual
3.6.4 Latihan Kerja Sebenar
Latihan kerja sebenar ialah usaha mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu
latihan kerja seperti mencuci kereta, mendobi, dan lain-lain yang dibuat di sekolah.
Pelajar-pelajar dihantar bekerja di tempat sebenar dan pemantauan dibuat oleh
pegawai kerja.

3.6.5 Aktiviti Luar Bilik Darjah


Aktiviti ini dijalankan di luar waktu pembelajaran, bertujuan untuk;

memberi peluang untuk murid memperoleh pengalaman sebenar

rekreasi

bersosialisasi dan berkomunikasi

aktiviti yang menggembirakan

penerokaan dan interaksi dengan persekitaran

aktiviti bebas dan terancang

meningkatkan aktiviti kemahiran vokasional

Antara aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah adalah aktiviti rekreasi yang
melibatkan:

lawatan

motivasi

perkhemahan

perkelahan

berkuda
14

berenang

aktiviti jual beli

lawatan sosial

kraftangan

latihan industri

4.0 KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM

4.1 Kaedah bercerita


Kaedah bercerita sangat sesuai dijalankan untuk menyampaikan sesuatu
mesej. Cerita yang baik harus mempunyai permulaan, perkembangan dan penutup.
Seterusnya mengandungi nilai-nilai pengajaran yang baik dan harus dicontohi.
Antara perkara yang harus ditekankan dalam kaedah bercerita adalah cerita haru
sesuai dengan tahap kanak-kanak, menarik, berbantukan gambar dan menarik.
Suara guru juga jendaklah menarik, ada nada, dan menarik agar dapat murid dapat
memberi sepebuh perhatian kepada cerita.
Dalam aktviti pendidikan islam, guru boleh bercerita tentang kejadian alam
dan makhluk Allah. Guru boleh bersoal jawab bersoal jawab tentang pencipta bagi
makhluk haiwan, manusia dan tumbuhan.cerita tauladan juga boleh diceritakan
sebagai contoh, pengembala kambing yang jujur dengan Khalifah Umar Al-Khattab.
Selitkan nilai-nilai murni dalam cerita tersebut agar kanak-kanak dapat mengambil
iktibar daripada kisah tadi.
Dalam pendidikan moral juga boleh menggunakan teknik bercerita. Guru
boleh menceritakan nilai-nilai moral yang terdapat dalam cerita itu seperti cerita
pengembala kambing yang berdusta. Akibat daripada perbuatan dustanya, semua
orang tidak mempercayai bahawa harimau telah menyerang kambing-kambingnya.
4.2 Kaedah lakonan

15

Terdapat beberapa cara lakonan dapat dijalankan dalam P&P. Terdapat 2 cara iaitu
lakonan tanpa skrip dan berskrip.
Lakonan tanpa skrip memerlukan penglibatan murid secara sukarela untuk
membawa sesuatu watak. Murid harus memahami jalan cerita, watak dan nilai-nilai
yang ada dalam cerita itu. Kemudian kaitkan nilai-nilai yang ada dalam kehidupan
seharian.
Manakala lakonan berskrip pula, memerlukan murid membaca dan
memahami skrip serta watak dan ajalan cerita. Murid boleh dipilih berdasarkaan
watak. Perbincangan tentang nilai-nilai moral dalam lakonan tadi harus diadakan dan
ringkasan perlu dihasilkan.
Dalam pendidikan islam, antara lakonan yang dapat dijalankan adalah seperti:
Lakonan cara menghormati al-Quran
Cara melakonkan cara bersuci dari najis ketika berwuduk.
Abad - adab makan
Dalam pendidikan moral pula aktiviti yang dapat dijalankan adalah:
Melakonkan suatu situasi menggunakan bahasa yang sopan dan
bertatasusila dalam interaksi.
Melakonkan cerita Si Tenggang untuk memberi keinsafan kepada
anak derhaka.
Lakonan dapat menarik minat dan meningkatkan penglibatan murid. Murid
juga akan menjadi aktif. Pengajaran dan pembelajaran adalah menarik dan
menyeronokkan dan menggalakkan interaksi di kalangan murid-murid.
4.3 Kaedah bermain
Kaedah bermain dapat meransang interaksi sosial dan emosi. Ia juga
menambah keyakinan dan mengurangkan rasa bosan. Bermain juga bertindak
sebagai satu alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan. Permainan juga dapat
memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan. Selain itu,
permainan juga dapat membentuk perkembangan tumpuan seseorang murid serta
minat untuk menjelajahi dan mencipta idea.

16

Dalam pendidikan islam, aktiviti bermain dapat dijalankan melalui belajar


sambil bermain. Guru boleh membuat permainan yang memerlukan murid menjawab
soalan mudah.
Contohnya:
Memilih bola bernombor dalam baling. Kemudian menjawab soalan mudah mengikut
nombor bola tersebut. Murid yang berjaya menjawab 2 soalan dengan betul diberi
sebatang pensil.
Dalam pendidikan moral, guru boleh melakukan permainan yang lebih kurang sama
seperti contoh di atas. Hanya soalan sahaja yang berlainan. Selain itu main pasir, air
dan

bongkah

secara

berkumpulan

dapat

mendidik

kanak-kanak

bersabar,

bersungguh-sungguh dan bekerjasama dalam kumpulan.

4.4 Kaedah simulasi/main peranan


Aktiviti dimulakan dengan penyampaian dilema dan apakah yang harus
dilakukan oleh muriid tersebut dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Kemudian meminta murid memainkan peranan masing-masing.Guru memberi tugas
memerhati kepada murid lain seperti menilai. Kaedah inimenekankan kepada
ekspresi dan perasaan. Perbincaangan diadakan melibatkan kesan teknik main
peranan diadakan. Kemudian membuat keputusan besaskan generalisasi dan ulangi
aktiviti tersebut dengan melibatkan murid lain.
Kaedah simulasi dapat melibatkan murid sepenuhnya dalam P&P. ini juga
meningkatkan kemahiran komuniksai dan perkembangan diri murid. Ia juga berkesan
dalam cara memberi kefahaman tentang suatu konsep.
Langkah-langkah main peranan dimulakan dengan menyediakan kertas
panduan dan penerangan kepada setiap murid tujuan main peranan. Ianya
melibatkan kaedah dan peraturan mudah yang harus dipatuhi oleh detiap pemain.
Alatan seperti kertas, pen dan bahan lain digunakan dalam permainan ini. Bermula
sahaja permainan simulasi guru melihat dan tidak boleh mengganggu melainkan ada
17

perkara penting sahaja. Selepas tamat permainan, adakan sebuah refleksi. Dalam
pendidikan islam, aktiviti yang sesuai adalah seperti makan mengikut adab yang
betul. Iaitu membaca doa, makan berjemaah dan duduk tertib.
4.5 Kaedah lawatan
Kaedah Lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
boleh memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan
suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan
secara langsung di luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga dapat menimbulkan
kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai moral yang diterapkan
lebih berkesan melalui kaedah ini. Tempat yang sesuai dilawati adalah seperti
kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air terjun, zoo negara, akuaria
KLCC tempat pembuangan sampah, rumah kebajikan, tempat rekreasi dan
sebagainya.
Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai 3 fasa iaitu
sebelum, semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah mempunyai objektif
yang perlu dicapai. Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih tempat yang
sesuai dengan nilai moral yang hendak di tekankan.kemudian guru menyediakan
panduan mengenai perkara yang perlu di beri perhatian. Penerangkan perkaraperkara yang perlu di beri perhatian perlu ditekankan kepada murid. Kemudian guru
mendapatkan kebenaran ibu bapa murid.
Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada murid. Guru hendaklah
sentiasa memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan, guru
bersama murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan nilai-nilai
yang mereka perolehi. Guru menerapkan nilai-nilai tambahan dengan apa yang
dilihat.
Lawatan dapat menyediakan pengalaman secara langsung kepada murid.ia
juga merupakan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran
juga lebih berkesan kerana menggunakan pelbagai deria.
Kaedah lawatan dapat digunakan adalam pendidikan islam dan moral. Bagi
pendidikan islam, guru boleh membawa murid ke kawasan Cameron Highland iaitu
melawat ladang teh dan strawberi. Pasti mereka teruja dengan nikmat pemberian
Tuhan. Murid boleh dibekalkan kertas rekod pemerhatian dan boleh mengambil
gambar untuk dimasukkan ke dalam buku skrap. Selain itu mereka boleh melawat
18

pusat orang kurang upaya untuk menyedarkan diri supaya bersyukur dan berusaha
ke arah kejayaan. Jika orang kurang upaya dapat berjaya, murid-murid juga boleh
berjaya.
Manakala pendidikan moral, murid boleh dibawa melawat pusat pembuangan
sampah. Andaikan mereka hidup dalam keadaan kotor sebegitu, adakah mereka
sanggup. Akibat rasa tidak selesa dan busuk dengan keadaan itu, maka mereka
harus menjaga kebersihan diri dan alam sekitar.
4.6 Kaedah projek
Teknik ini memberi peluang kepada murid mempelajari sesuatu perkara
melalui penglibatan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran sama ada
dilaksanakan dalam bentuk kumpulan mahupun individu. Aktiviti projek adalah aktiviti
yang melibatkan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu secara
hands-on dan minds-on. Aktiviti ini dapat di jalankan secara membuat pemerhatian
dalam atau luar bilik darjah. ini termasuk mencari, mengumpul dan menganalisis
sesuatu maklumat.
Antara langkah-langkah yang harus diikuti dalam kaedah projek ini adalah
guru menerangkan mengenai nilai yang hendak diperkukuhkan. Guru menentukan
jenis projek yang sesuai mengikut kebolehan murid-murid dari segi fizikal dan
mental. Kemudian, guru menerangkan bagaimana sesuatu projek itu di jalankan.
Guru dan murid menentukan kumpulan kerja. Pengawasan murid dilakukan oleh
guru secara terbimbing semasa aktiviti berlangsung. Kemudian hasil murid dikumpul
dan dipamerkan serta dinilai. Rumusan akhir dan refleksi diadakan di akhir aktiviti.
Kaedah projek dapat melibatkan diri murid
menghasilkan

rancangan

mereka

serta

dalam perancangan dan

menerapkan

nilai

kerjasama

dan

bertanggungjawab.
Dalam pendidikan islam, kaedah projek dapat dijalankan seperti aktiviti
membuat buku skrap tentang alam sekitar ciptaan Tuhan. Guru boleh meminta murid
menghimpunkan daun-daun kering dan gambar-gambar bunga, binatang, air terjun
dan benda-benda ciptaan Tuhan. Kemudian tampal dan label dalam buku skrap.
Selain itu, guru boleh meminta murid membersihkan dan menjaga
taman sains. Ini sebagai salah satu usaha menerapkan nilai cintakan alam
pemberian Tuhan kepada manusia.
19

4.7 Kaedah tunjuk cara/demonstrasi


Tunjuk Cara atau Demonstrasi merupakan satu teknik pengajaran yang
melibatkan individu yang berpengetahuan menunjukkan cara sesuatu perkara itu di
lakukan di hadapan murid-murid. Cara ini adalah cara paling sesuai untuk mengajar
perkara yang sukar diterangkan dengan teori, ayat dan gambar. Ini kerana sesuatu
ilmu yang praktikal perlu melalui proses amali. Demonstrasi melibatkan penglihatan,
komunikasi dan pendengaran untuk meniru kelakuan itu. Contohnya seperti tunjuk
cara mengambil wuduk dan memberus gigi.
Langkah-langkah melakukan kaedah demonstrasi adalah yang mula-mula
guru akan menerangkan bahan-bahan yang diperlukan dan diberi perhatian.
Kemudian, guru akan membuat tunjuk cara di depan kelas dan semua murid akan
melihat dengan teliti. Murid akan balik pada kumpulan atau individu dan membuat
apa yang telah di lihat dalam demonstrasi itu dengan bimbingan guru.
Kaedah ini dapat melatih kemahiran melihat dan mendengar muridmurid.selain dapat memberi kefahaman yang lebih, ia dapat menarik perhatian
murid. Murid dapat membentuk konsep dan idea secara positif serta mengawal dan
meningkatkan mutu hasil kerja. Kaedah demonstrasi dalam pendidikan islam dapat
dijalankan apabila mengajar cara-cara mengambil air sembahyang. Kaedah
demonstrasi boleh disertakan dengan video pada awalnya, kemudian guru
melakukan demonstrasi. Kemudian barulah murid meniru kelakuan tersebut.

5.0 TEKNIK PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM


Pemahaman Pemikiran yang diperolehi hasil dari bacaan, kajian dan
hafazan.
Ulangan Pembacaan atau mengingat sesuatu kemahiran secara berulangulang
Lawatan Aktiviti susulan selepas mengajar sesuatu topik atau pun mengajar
kemahiran baru yang memerlukan kepada lawatan.
Latih tubi Pengulangan fakta-fakta atau kemahiran yang hendak dicapai.
20

Dialog Teknik bersoal jawab atau perbualan mengenai sesuatu tajuk.


Talaqqi/musyafahah Kaedah yang digunakan dalam kemahiran tilawah AlQuran di mana murid mengadap guru untuk membetulkan bacaan.
Inkuiri Dikenali sebagai teknik tinjau siasat. Ia merangkumi segala proses
soal selidik untuk mendapatkan jawapan daripada soalan0soalan dan
masalah yang dikemjukakan.
Bacaan Mendapatkan maklumat melalui bacaan teks.
Hafazan Melibatkan proses mengingat secara langsung.
Cerita Menyampaikan isi pelajaran menggunakan kaedah bercerita supaya
lebih menarik.
Halaqah Murid duduk mengelilingi guru dalam bentuk bulatan atau separa
bulatan.
Soaljawab Guru mengemukakan soalan dan murid mengemukakan
jawapan sewajarnya.
Perbincangan Melatih pelajar memberikan pendapat mengenai sesuatu
topik yang ditetapkan. Guru boleh berperanan sebagai fasilitator sahaja.
Sumbangsaran Murid memberi idea atau pandangan dalam sesi
perbincangan.
Penyelesaian masalah Pelajar membuat apliksai menggunakan kemahiran,
prinsip atau teori yang sudah dipelajari.
Main peranan Mengambil peranan tertentu seperti menjadi seorang guru
besar.
Simulasi Suatu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan
sebenar dan memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan
peranan masing-masing bagi menyelesaikan masalah.

21

Tunjukcara Teknik yang digunakan oleh guru sewaktu menjalankan


pengajaran yang memerlukan pelajar menguasai sesuatu kemahiran terlebih
dahulu sebelum aktiviti sebenar dijalankan.
Projek Pelajar mengalami dan membuat sendiri sesuatu kemahiran dengan
tujuan menarik minat murid dan menghasilkan kefahaman yang mendalam.
Kuiz Berbentuk pertandingan menjawab soalan.
Kuliah Guru memberi penerangan dan huraian terhadap sesuatu konsep
yang sukar difahami murid.
Bermain Kaedah ini dapat mengembangkan banyak kemahiran murid
seperti psikomoto, sosial, interaksi dan komunikasi. Sesuai untuk pringkat
rendah.

6.0 Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran

Pendidikan Islam- Amali Solat

Kelas

PPKI 2

Tarikh/ Hari

Khamis/ 13 MAC 2013

Masa

9.45-10.45 pagi ( 60 minit)

Bilangan Murid

6 orang

Bil
1

Nama
Muhammad Izuddin Aidid Sabry

Masalah
Slow Learner
22

2
3
4

Mohammad Skairie Azri Zainuddin


Muhammad Khaidir Mohd Yusof
Nurul Nabila Roslan

Slow Learner
Slow Learner
Slow Learner

Nurul Ruby Afzan Samsuddin

Slow Learner

Muhammad Aminuddin Baharuddin

Slow Learner

Tajuk

: Perlakuan Solat Dan Bacaan Di dalam Solat

(Rukuk)
Kemahiran

: i) Solat
ii) Mengamalkan Solat Dengan Sempurna
ii)Kesempurnaan amalan solat.

Penggabungjalinan Isi Kandungan : Kalimah-kalimah dan ayat al-Quran


Standart Kandungan

: Ibadah

Standart Pembelajaran

: i) melakukan perbuatan rukuk


ii) menyebut bacaan ketika rukuk

Objektif

: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran,


murid dapat:
i)

Melakukan perbuatan rukuk dengan betul

ii)

Membaca bacaan rukuk dengan betul

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid pernah melihat perbuatan rukuk

Perentasan Kurikulum

: Pendidikan Jasmani dan Muzik

Penerapan Nilai

: Mendengar dan mematuhi arahan,


Bekerjasama, yakin diri, berani

Unsur Terapi

: Terapi Pertuturan, Terapi Fisio dan Terapi Cara Kerja

Bahan Bantu Belajar

: Model patung, pembaris dan kad imbasan bacaan


rukuk, Radio dan CD Lagu, telekung, sejadah dan
kopiah, gambar rukuk, bola

Langkah
Masa
Pendahulua

Isi

Aktiviti P&P

Bacaan Doa

Ketua kelas membaca doa


23

Catatan
/Alat

dan diikuti oleh murid-murid

(2 minit)

yang lain



Set Induksi

Senaman

(3 minit)

badan


pergerakan

dengan

cara

Guru membetulkan bacaan


murid
1.Guru mengarahkan murid Teknik
berdiri dalam bulatan.

Tunjuk cara

membongkokkan
.badan

2.

Murid

mengikut Terapi:

pergerakan senaman yang Fisioterapi


ditunjukkan

oleh

guru

dengan iringan muzik.

Nilai:

Yakin

diri,
3.

Guru

senaman

mengaitkan mendengar
dengan

isi arahan,

pelajaran

menjaga
kesihatan

Langkah
Penjanaan

1 Perbuatan Rukuk dan


iktidal.

1.

Guru

gambar

BBM: Radio,
menunjukkan Teknik
:

perbuatan

Idea

iaitu

rukuk

(15 minit)

kepada murid.
2.Guru

dan

solat Tunjuk Cara


iktidal
Terapi:

menunjukkan Fisioterapi

perbuatan rukuk yang betul


di hadapan murid.

Nilai:
diri,

Yakin
berani,

Guru membaca bacaan teliti

ketika

rukuk

dihapan murid.

dan

iktidal
BBM:
Sejadah,

24

4. Guru menyuruh murid pembaris,


membaca

bacaan

rukuk dan

iktidal

ketika carta
secara perlakuan

beramai-ramai.

Langkah

2 Perbuatan Rukuk

solat.

1. Guru mengarahkan murid Teknik

Sintesis

berbaris

dalam

Idea

dalam

(15 minit)

berpakaian solat

satu

keadaan

saf Tunjuk Cara

lengkap
Terapi:
Fisioterapi

2.

Murid

melakukan Nilai:

pergerakan

rukuk diri,

berpandukan guru.
3.

Guru

Yakin
tolong

menolong

membetulkan BBM:

kedudukan

rukuk

murid pembaris,

dengan

menggunakan telekung,

pembaris.

sejadah dan
kopiah.

4.

Murid

pergerakan
berkumpulan.

25

melakukan
secara

Langkah

Pelaksanaa
n

Bacaan

semasa

menunjukkan

kad Teknik

bacaan

rukuk Latih tubi

imbasan

Rukuk

( 15 minit )

1.Guru

beserta gambar rukuk.


Terapi:
2. Murid mendengar contoh pertuturan
bacaan

rukuk

daripada Nilai:

guru.

diri,

Yakin
dengar

arahan
3. Murid mengikut bacaan
guru secara beramai-ramai.

BBM:

kad

imbasan
4.

Latih

tubi

bacaan

membaca bacaan dan

rukuk

kumpulan

secara gambar

dan

individu

dengan bimbingan guru.

Langkah

4 Permainan

Penambahb

beracun

aikan

bola

1.

Murid

bulatan

membuat Teknik

besar

dengan permainan

arahan guru.

(5 minit)

Terapi:,
Bola
beracu
n

2.

Guru

muzik

memasang Fisio, Muzik


dan

murid dan

menyambut bola yang di pertuturan


lontar oleh murid lain.
Nilai: berani,
bekerjasama
3.

Murid yang berjaya ,

mendapat
muzik

bola

dihentikan

apabila arahan
akan yakin

melakukan perbuatan rukuk


26

mematuhi
dan

dan

membaca

bacaan BBM:

rukuk.

Bola

racun,
Radio,
lembaran
kerja.
Teknik : Soal

Penutup
(5 minit)

Rumusan keseluruhan

1. Guru

menayangkan jawab

tayangan video amali Terapi:,


i)Apakah perbuatan

rukuk.

tersebut?

2.

ii)Bagaimanakah

pertuturan

Guru bersoal jawab Nilai: berani,


dengan murid

cara bacaannya?

bekerjasama
,

mematuhi

3. Guru membuat rumusan arahan


pelajaran pada hari itu.

dan

yakin
BBM:
Komputer
riba

7.0 BAHAN BANTU MENGAJAR

27



28

8.0 Refleksi
Secara keseluruhannya, kaedah pengajaran bestari meliputi pelbagai kaedah.
Terdapat isi utama yang merangkuminya. Strategi pengajaran direktif berhasratkan
untuk membantu murid memahami dan memperoleh maklumat sebagai asas bagi
bacaan dan penaakulan secara kritis. Dalam pendekatan ini, murid perlu meniru
tingkah laku atau kemahiran yang ditunjukkan atau disampaikan oleh guru.
Pengajaran mediatif membolehkan murid belajar untuk menilai pelbagai sudut
pandangan tentang isu-isu kontroversi, menghormati pendapat orang lain dan
menggunakan proses penyelesaian masalah. Pendapat utama pengajaran generatif
adalah membantu murid membina ilmu serta membentuk cara baru dan celik akal
untuk mendekati dan menyelesaikan masalah. Dalam pengajaran pemerhatian,
pembelajaran berlaku dengan memerhati orang lain melaksanakan sesuatu
perlakuan. Muris belajar dengan menggunakan kognitif ini bukan hanya belajar cara
membuat sesuatu tetapi juga belajar sebab dan akibat yang mungkin berlaku.
Di sini saya ingain menyatakan bahawa pelaksanaan persembahan tunjuk
ajar, lakonan, muzik dan powerpoint dalam matapelajaran Pendidikan Islam (amali
solat) dapat memberi kesan kepada murid-murid khususnya murid-murid bermasalah
pembelajaran. Penggunaan kaedah bestari dalam pengajaran Pendidikan Islam juga
dapat memberikan persembahan yang konsisten dan efektif.
Walaupun penyediaan persembahan powerpoint dalam pengajaran dan
pembelajaran memerlukan masa yang banyak namun hasil pembelajaran dapat
memberikan

kepuasan

kepada

saya.

Ini

kerana

murid-murid

bermasalah

pembelajaran dapat memahami dan merasa seronok apabila melihat slide yang
mempunyai pelbagai warna, penggunaan sistem audio, gambar yang menarik dan
animasi grafik yang dapat menarik perhatian murid-murid bermasalah pembelajaran.

29

Penggunaan persembahan permainan dan tayangan powerpoint juga bukan


sahaja dapat menarik perhatian murid-murid bermasalah pembelajaran malah saya
juga dapat mengawal tingkah laku murid di dalam kelas. Pengawalan tingkah laku
murid yang berkesan akan mempengaruhi sistem pengajaran dan pembelajaran
saya di dalam kelas. Secara tidak langsung murid-murid bermasalah pembelajaran
akan mendapat ilmu yang ingin disampaikan oleh guru. Maka keseluruhannya,
objektif pembelajaran dan pengajaran akan tercapai.
Oleh itu, bagi mencapai objektif yang efektif, saya amat menekankan
pedagogi bestari, iaitu pembelajaran secara kolaboratif. Pembelajaran masteri
merupakan strategi pedagogi yang paling sesuai untuk pempelajaran secara
individual. Pembelajaran

masteri

menggunakan

pendekatan

individual yang

bergantung rapat kepada pengalaman sedia ada dan gaya pembelajaran yang
berbeza, maka adalah dianggap secara ideanya ialah saya harus menggunakan
strategi pedagogi bestari yang difikir sesuai dengan kebolehan dan gaya
pembelajaran yang digemari khususnya bagi murid-murid bermasalah pembelajaran.

30

9.0 Rujukan
Jamila K.A Mohamed 2008. Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istemewa Kuala
Lumpur PTS Professional Publishing Sdn. Bhd
Syed Abu Bakar Syed Akil 1997. Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan
Pemulihan Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahagian Pembangunan Kurikulum , (2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran). Putrajaya : Kementerian Pelajaran
Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru, (2008). Modul KPLI-jQAF Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran . Putrajaya, Malaysia : Kementerian Pelajaran Malaysia

31

Anda mungkin juga menyukai