Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN KECERIAAN DAN KEBERSIHAN KELAS


.
RASIONAL
Persekitaran kelas yang ceria dan bersih akan memberi keselesaan
serta mengambarkan kecintaan dan kerjasama yang tinggi dalam
kalangan warga sekolah umumnya dan murid-murid di kelas berkenaan
khasnya. Keceriaan dan kebersihan kelas
adalah penting bagi
mewujudkan suasana kelas yang kondusif, mempunyai iklim sekolah yang
ceria, tenang, selesa dan menarik minat murid belajar di kelas. Kelas
yang bersih dan ceria juga dikatakan oleh pakar psikologi boleh
memberikan suntikan motivasi kepada murid. Mereka akan belajar dalam
keadaan yang selesa, tenang dan tenteram. Murid akan fokus kepada
pelajaran yang diajarkan kerana mereka diberikan ilmu dalam keadaan
bersih dan tenang. Oleh itu, pertandingan ini memang perlu dilaksanakan
bagi memenuhi hasrat tersebut.
Matlamat
Mewujudkan sekolah yang mempunyai persekitaran dan kelas yang
bersih, ceria, cantik, dan mempunyai minat untuk hadir ke sekolah.
Objektif
1. Mewujudkan suasana kelas yang lebih ceria dan harmonis.
2. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang pentingnya
menjaga keceriaan dan kebersihan kelas.
3. Memupuk dan menyuburkan sikap bertanggung jawab terhadap kelas
mereka.
4. Mewujudkan kerja sama di antara murid, guru dan pekerja swasta.
5. Mewujudkan suasana kelas yang selesa dan mendorongkan
pembelajaran murid.
TARIKH DAN MASA PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan bermula pada bulan 1 Julai sehingga November
2016

SASARAN
Pertandingan ini melibatkan semua kelas di aliran perdana sebanyak 6
kelas.Kategori tahap 1 dan tahap 2.

A. Aspek Kebersihan
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Lantai, tingkap dan sawang bersih


Kipas tidak berhabuk
Tong sampah dikosongkan
Papan hitam bersih, tiada habuk
Langsir bersih dan kemas
Susunan meja dan kerusi kemas
Penyapu disangkut dengan kemas

B. Aspek Keceriaan
1.
2.
3.
4.

Meja guru beralas


Meja pelajar beralas
Ada hiasan bunga di atas meja guru
Ada visi & misi kelas

C. Aspek Bermaklumat
1. Jadual Tugas disediakan
2. Jadual waktu kelas disediakan
3. Carta Organisasi kelas disediakan
4. Pelan kedudukan pelajar disediakan
5. Sudut mata pelajaran dikemas kini
6. Pelan kebakaran dipamerkan
7. Senarai inventori dipamerkan
8. Kalendar digantung/dipamerkan
9. Ada poster yang sesuai
10. Ada headcount kelas ( HC3 & HC 4)
D. Aspek Kreativiti
1. Ada Sudut Nilam / bacaan
2. Ada kata-kata hikmat/ motivasi
5. Setiap kelas yang memenangi Johan sebanyak tiga kali berturutturut atau tidak akan diberikan hadiah iringan berupa hamper.
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil

Perkara

Kuantiti

Jumlah (RM)

1.

Plak

2.

Hamper

10

JUMLAH

50 x 2 =
100
10x 30 =
300
RM 400

KESIMPULAN
Program
pertandingan keceriaan dan kebersihan kelas ini
diharapkan dapat mewujudkan kelas yang bersih, ceria dan cantik.
Dengan kelas yang ceria dan cantik ini sekali lagi diharapkan mampu
menjadi motivasi kepada murid untuk seronok hadir ke sekolah dan
sekaligus dapat mengatasi masalah ponteng sekolah.

Disediakan oleh;

Disemak oleh;

---------------------(RAHIMAH MAMAT )
Setiausaha Unit Keceriaan
Sekolah Rendah Islam II

----------------------------------(EN.ABDUL AZIZ B ABDULLAH )


Penolong Kanan HEM
Sekolah Rendah Islam II

Disahkan oleh;

----------------------------------( EN.MUHAMMAD ZAIM B ZANOL)


Guru Besar
Sekolah Rendah Islam II

Sekolah Rendah Islam II


Felda Mata Air, 02100 Padang Besar (u) Perlis

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN KECERIAAN DAN
KEBERSIHAN KELAS
.

Anda mungkin juga menyukai