Anda di halaman 1dari 7

Rancangan Pengajaran Harian

Nama : Nur Ain Afira binti Abu Bakar


No. Matrik : D20131063255
Tingkatan : 2 Musytari
Masa: 40minit
Jumlah murid : 36/38
Matlamat Kurikulum: Keperluan pendidikan
Kemahiran Bahasa : Karangan pendapat
Tema: Kemasyarakatan
Bidang: ____Maklumat_________
HPU : 8.0 Memproses maklumat untuk tujuan
tertentu
HPK : 8.3 Membuat pertimbangan yang teliti
terhadap maklumat yang telah disusun

HHP (Pilih satu HHP sahaja)


Aras 1 (v)
Menjelaskan maklumat untuk membuat
kesimpulan awal.

Objektif: Pada akhir pelajaran murid dapat menjelaskan sekurang-kurangnya 4 langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya.
Kemahiran sedia ada/sokongan : Kemahiran menulis, mencari idea.
HHP : 2.0 Aras 3 (ii) : Menjelaskan idea secara tersusun dan spontan.
KBT/Nilai Murni/KBAT/ABM : Mesti dicatatkan dalam lajur 3.
Model : KOPERATIF

Fasa dan Isi kandungan


Induksi Set
(5 minit)

Tayangan gambar/ perkataan mengenai


kemalangan jalan raya.
Objektif:
Murid dapat mengenalpasti gambaran awal
tentang isi pengajaran pada hari ini.

Fasa 1: Penerangan
(8minit)
Isi-isi penting : Punca-punca kemalangan jalan
raya
1) Individu
- Kecuaian pemandu
- Tidak berdisiplin
- Pengambilan akohol
2) Ibu bapa dan guru/institusi pendidikan
-kurang mendedahkan kesalahan jalan raya
kepada anak-anak/pelajar.
-kurang mengaplikasikan peraturan jalan
raya apabila bersama anak anak di jalan
raya
3) Kerajaan / pihak berkuasa
- kurang menguat kuasakan undang-undang
jalan raya

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran


Guru memaparkan tayangan gambar mengenai
kemalangan jalan raya.
Guru bersoal jawab untuk mendapatkan respons
peribadi pelajar.
Murid mengaitkan tayangan tersebut dengan
pengajaran hari ini.

Alat/KBT/Nilai
ABM:
Komputer riba
LCD
BBM:
Gambar/ Grafik Kemalangan Jalan
Raya
KBT:
Pembelajaran Kontekstual
KBKK- Menyatakan pendapat

Guru menerangkan kepada murid cara-cara


mengklasifikasikan isi-isi penting.

BBM:
Pen marker, papan putih
KBT:
Kemahiran Belajar Cara BelajarMendengar dengan berkesan

- pemantuan kurang dijalankan


-sistem jalan raya tidak diselenggara
4) Media
- kempen-kempen keselamatan jalan raya
kurang dijalankan
-pendedahan bahayanya kemalangan jalan raya
tidak dilakukan.

Objektif:
Murid dapat mengklasifikasikan isi isi
penting dalam karangan.
Fasa 2: Membentuk kumpulan
(7 minit)

Guru menerangkan syarat-syarat pembentukan


kumpulan.

Syarat-syarat pembentukan kumpulan:


Setiap pelajar akan mendapat kertas
warna yang berlainan jenis.
Maksimum bagi satu kumpulan ialah
4orang.
Ketua dilantik berdasarkan kertas yang
dipilih oleh murid,.

Pelajar bergerak mencari ahli kumpulan mengikut


warna kertas yang diperoleh.

Objektif :
-Murid dapat mematuhi arahan yang diberikan
oleh guru dengan baik.
-

Pembentangan akan dilakukan setelah tugasan selesai


dibuat.
Guru membimbing dan memantau pergerakan pelajar
supaya kelas tidak kecoh dan semua pelajar ada
kumpulan
Kad tugasan dan lembaran kertas jawapan diedarkan
kepada setiap kumpulan.
1. Kumpulan 1:
Menghuraikan 3 isi mengenai langkah
mengatasi jalan raya (individu)
2. Kumpulan 2:

BBM:
Kad tugasan.
Lembaran Kertas Jawapan
Strategi:
Perbincangan kumpulan diikuti
persembahan

Menghuraikan 3 isi mengenai langkah


mengatasi kemalangan jalan raya
(masyarakat/ibu bapa/ guru)
3. Kumpulan 3:
Menghuraikan 4 isi mengenai langkah
mengatasi kemalangan jalan raya( kerajaan)
4. Kumpulan 4:
Menghuraikan 3 isi mengenai langkah
mengatasi kemalangan jalan raya (media)

Penilaian akan dibuat pada fasa keempat.


Fasa 3: Bekerja dalam kumpulan.
(10 minit)

Objektif
Murid dapat bekerja dalam kumpulan yang
dibentuk.

Murid menjalankan tugasan seperti yang telah


dirancang.

BBM:
Kertas sebak, marker pen.

Ketua kumpulan berbincang dan menerangkan kepada


ahli kumpulan lain mengenai isi yang mereka peroleh.

Nilai:
Kerjasama

Ahli kumpulan lain mencatat isi yang dibentangkan


dan membuat rumusan dalam kumpulan asal mereka.

Strategi:
Sumbang saran

Guru membimbing pelajar yang kurang mahir.


Guru memastikan semua tugasan disiapkan dalam
masa yang ditetapkan.
Fasa 4: Penilaian
(6 minit)

Ketua bagi setiap kumpulan membentangkan hasil


perbincangan kumpulan.

Pembentangan hasil kerja kumpulan

Murid lain diminta menilai pembentangan ketua


kumpulan dan diberikan markah.

Aktiviti pengayaan:

KBT:
Kecerdasan pelbagai- interpersonal,
berbahasa
Nilai:
Keberanian

Mencari maklumat lanjut yang berkaitan


dengan kemalangan jalan raya.

Keyakinan

Objektif
Murid dapat mengenalpasti isi isi karangan
yang dengan betul berdasarkan pembentangan
kumpulan lain.

Penutup
(3 minit)

Seorang pelajar dipilih secara rawak oleh guru untuk


merumuskan apa yang telah dipelajari pada hari ini.

Objektif
Penutup sosial:
- Murid dapat merumuskan pembelajaran Guru membuat kesimpulan bahawa kemalangan jalan
pada hari ini dengan baik dan betul.
raya boleh meragut nyawa orang tersayang.

KBT:
KBKKMerumus idea
Nilai:
Keyakinan
Kerajinan
Ketekunan

Jurnal Reflektif Pengajaran

Saya telah menjalankan pengajaran makro kali pertama di Sekolah Tinggi Port Dickson, Negeri Sembilan. Memandangkan saya
dan pasangan saya kelewatan mendapat maklum balas dari sekolah, kami tidak sempat untuk melawat sekolah sebelum
memulakan pengajaran. Perkara ini menyebabkan kami terus diberikan kelas dan waktu mengajar pada pertama kali menjejakkan
kaki ke STPD. Saya telah diberikan kepercayaan mengendalikan model koperatif pada pengajaran kali ini. Kelas 2 Musytari telah
diberikan kepada saya untuk mengajar dan kelas ini merupakan kelas kedua daripada 9 buah kelas yang terdapat dalam tingkatan 2
sekolah ini. Berbekalkan pengalaman di UPSI, saya memulakan pengajaran dengan menggunakan bahan maujud. Kertas A4 dan
kertas sebak menjadi bahan bantu mengajar saya. 2 Musytari mempunyai 12 orang pelajar Melayu, 16 orang pelajar Cina dan
selebihnya India. 38 orang keseluruhan jumlah murid di kelas itu, namun hanya 36 orang sahaja yang hadir pada hari itu. Kelas
tersebut mempunyai pelbagai bangsa dan terdiri daripada pelajar yang bijak mencabar saya dalam mengendalikan kelas tersebut.
Respon yang diberikan oleh para pelajar sangat cepat dan pantas. Mereka juga penuh dengan keberanian dan keyakinan ketika
menjawab soalan. Boleh saya katakan hampir satu kelas bersifat aktif. Pada kali ini, saya dapat mengesan kelemahan diri saya
yang sukar mengendalikan mereka. Saya agak lambat menulis idea mereka di papan putih, malah ada respon pelajar yang tidak
dapat saya dengar dan ulas kembali. Ketika bekerja dalam kumpulan pula, mereka sangat aktif dan pembentangan mereka sangat
menghiburkan malah, idea yang dilontarkan juga bernas. Pada ketika ini kreadibiliti saya teruji, apabila murid saya menggunakan
bahasa Inggeris apabila berkomunikasi dengan saya. Saya membalas jawapan dan mengulas kesemua idea mereka dalam bahasa
Melayu. Sepanjang pengajaran saya juga, saya dipantau oleh seorang guru STPD iaitu Puan Zubaidah. Puan Zubaidah
memberikan komen setelah saya mengajar, dia berkata saya sepantutnya melebihkan penggunaan pembelajaran alaf 21. Beberapa
cadangan telah dia kemukakan untuk penambahbaikan saya, di mana saya akan mengaplikasikan idea Puan Zubaidah dalam
pengajaran makro 2 saya nanti. Situasi di sekolah ini, membuat saya tersedar betapa saya perlu meningkatkan lagi kepekaaan dan
pengetahuan saya dalam pengajaran di dalam kelas. Murid sekarang sememangnya bijak dan ke hadapan.

Anda mungkin juga menyukai