Anda di halaman 1dari 6

HEMAH TINGGI

Hemah Tinggi didefinisikan sebagai budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah
lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam
hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain.Antara ciri-ciri yang diperlihatkan dalam nilai
ini adalah seperti budi pekerti dan tutur kata yang mulia, bersopan-santun dan lemah
-lembut.Budi pekerti pula bermaksud perangai yang baik, berbudi bahasa, pertuturan yang
lemah lembut selaras dengan norma masyarakat dalam sesebuah tamadun.Menurut Ghazali
Darusalam dalam bukunya Kursus Tamadun Islam dan Pendidikan Moral (2001) pula hemah
tinggi amat diperlukan dan patut diamalkan oleh setiap individu dalam hubungannya dengan
anggota-anggota lain dalam masyarakat.Beliau juga telah menyatakan bahawa nilai hemah
tinggi ini boleh diklasifikasikan kepada tiga cabang utama.Cabang yang pertama dan yang
harus diperhatian adalah kesopanan.Kesopanan boleh ditonjolkan melalui bersopan-santun
dalam kelakuan,berbudi pekerti yang tinggi, tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak
sombong dalam pergaulan dengan orang lain.Cabang yang kedua adalah mengakui
kesalahan diri dimana sikap bersedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri sendiri dapat
diperlihatkan.Seseorang akan insaf,terus terang dan mengakui kesalahan apabila dia
mengamalkan nilai hemah tinggi.Cabang yang ketiga pula dikaitan dengan ramah mesra
dimana individu tersebut akan bergaul mesra dan tidak mengasingkan dirinya.Mereka boleh
mudah diajak berunding, berbincang dan berbicara,mesra dan memberi senyuman serta
penyabar dan tidak emosional.
Nilai hemah tinggi ini telahpun diterapkan dalam tamadun Islam dan Asia sejak
kemunculan tamadun-tamadun tersebut.Dalam tamadun Islam,nilai hemah tinggi telahpun
diberi perhatian yang penting. Penghayatan nilai ini boleh dilihat apabila terbentuknya
hubungan dagang dan diplomatik antara negara Islam dengan negara-negara Kristian di

Eropah.Dalam merealisasikan matlamat tamadun,Islam mengajar manusia supaya sentiasa


menjalin dan menjaga hubungan baik dengan Allah SWT,hubungan sesama manusia dan
hubungan dengan seisi alam.Hubungan manusia dengan sesama manusia boleh dicapai
dengan cara berbudi pekerti,tutur kata yang mulia dan bersopan santun.Menurut Islam,semua
manusia adalah ciptaan Allah daripada satu keturunan iaitu Adam dan Hawa.Menurut al-Quran
pula,Allah menciptakan manusia berpuak-puak dan berbangsa-bangsa dengan tujuan mereka
akan saling mengenali dan membantu serta memiliki hubungan yang baik. Sebagai buktinya,
kewajipan sebagai khalifah di muka bumi, khihfih secara tidak langsung menekankan kepada
penyatuan persaudaraan umat Islam berasaskan kepada keimanan kepada yang Esa. Prinsip
ini telah melahirkan persamaan manusia tanpa mengira bangsa,wama kulit atau bahasa.
Prinsip ini telah menanamkan nilai-nilai rabbani dalam diri individu dalam hidup bermasyarakat
dan membina hubungan yang baik seperti bermuafakat dan bekerjasama dan berbudi pekerti
untuk kemajuan dan kehidupan yang sejahtera dan harmoni. Ini jelas dalam
Swab a-Anbiyaa (21):72 yang bermaksud:

Sesungguhnya ugama Islam inilah ugama kamu, ugama yang


satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka sembahlah
kamu akan Daku.

Seterusnya,dalam tamadun Cina pula nilai ini dicerminkan menerusi kesopanan


masyarakat Cina seperti yang terdapat dalam ajaran agama Buddha. Buddha ialah pelindung
tertinggi (sarana) dan ajarannya (dhanna) ke arah pembebasan daripada kehidupkan
semula.Matlamat jalan Buddha mengikut Lapan Jalan Kemuliaan (The Noble Eightfold Path)
serupa dengan jalan saksit iaitu jalan kesopanan dan kebijaksanaan. Fokus matlamat keduadua jalan Buddha dan saksit melangkaui aturan kehidupan manusia,tidak domestik dan mesti

diterapkan dan disemai dalam jiwa setiap individu.Ini menjadikan Buddhisme sebagai satu
jalan untuk menanamkan kebaikan dan kesopanan dalam kehidupan dan satu mekanisme
ketenangan dan kebebasan daripada kehidupan semula.Selain itu,terdapat juga 4 aliran
pemikiran utama berdasarkan ahli falsafah pada masa itu.Konfusianisme juga salah satu
daripadanya dimana pengajaran utamanya menekankan pengamalan nilai dan sifat moral
yang mulia. Terdapat beberapa idea atau konsep utama dalam pemikiran
Konfusianisme.Tunjang kepada falsafah Konfusius ialah Ren. Reiz menerapkan nilai antara
manusia secara langsung dan hubungan sesama manusia. Daripada konsep utama ini, wujud
konsep-konsep yang lain seperti Li, Yi, Xim dan Zi.Beliau telah mengatakan bahawa manusia
berpotensi dan harus mencapai 4 jenis sifat yang baik dimana kesopanan dan kesusilaan iaitu
(Li) dan kewajaran dikenali (Yi).
Konfusius dalam bukunya Book of Ritual (7: 1.2) menekankan bahawa:

Yi are used as the norms to regulate relationship between ruler


and subject, to ensure affection between father and son, harmony between brothers, andconcord between busbandand w;fe;to
set up institutions, organize farms and harnlcts, honor the brave
and the wise, and bring merit to the individul. Hence schemes
andplottings come about and men take up arms.

Peryataan di atas menunjukkan bahawa Yi merupakan satu norma yang digunakan


untuk memastikan hubungan baik di antara pemerintah dan rakyat dan juga keharmonian
hubungan kekeluargaan. Selain itu, Yi juga berperanan dalam menyediakan suatu bentuk
institusi yang menggalakkan orang ramai agar bekerjasama dan menghargai sumbangan
mereka yang berani dan bijak dalam masyarakat.Maka,boleh dikatakan masyarakat dalam

tamadun cina berhemah tinggi melalui bersopan santun dan beramah mesra dalam
menjalinkan hubungan sesama masyarakat.
Di Malaysia pula,masyarakat kita masih lagi mengamalkan nilai hemah tinggi ini dalam
aktiviti harian mereka.Penganut Islam masih lagi bersopan santun dalam kelakuan,pertuturan
dan dari segi cara pemakaian.Kelakuan mereka termasuklah ketika memberi salam kepada
yang tua dan mencondongkan badan serta menghulurkan tangan ke bawah menuju tanah
sebagai petanda untuk meminta izin bagi melintasi orang lain.Dari segi pemakaian
pula,masyarakat melayu masih lagi ayu dengan baju tradisional berserta tudung mereka. Ini
kerana,Islam mempunyai nilai yang tidak berubah dan tidak boleh diubah untuk selamalamanya.Perjalanannya dikawal dan dipandu oleh unsur-unsur rohaniah yang bersumberkan
wahyu Ilahi.
Masyarakat Cina di Malaysia pula masih lagi mengekalkan budaya makan bersama
ketika keraian dan upacara minum teh yang dilangsungkan selepas majlis perkahwinan
mereka..Adat ini melambangkan penerimaan pasangan pengantin di samping bertujuan untuk
mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi
teh yang disediakan kepada saudara mara.Cara pertuturan yang sopan dan berbudi pekerti
mereka juga masih dikekalkan apabila kita dapat melihat masyarakat Cina yang hidup
bercampuran dengan warga lain dan kedudukan mereka dalam bidang perniagaan dan
perdagangan di Malaysia pada hari ini.
Kerajaan juga menyedari kepentingan hemah tinggi dalam kalangan masyarakatnya.
Maka,kerajaan telahpun mengenalkan pelbagai slogan seperti Senyumlah Selalu,Budi
Bahasa Budaya Kita,Berbudi Pekerti ,pengenalan konsep Satu Malaysia dan mengadakan
pelbagai kempen,menggalakan aktiviti gotong royong serta penubuhan kelab-kelab rekreasi
seperti Kelab Rakan Muda,Kelab Belia dan lain-lain lagi.

Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum,nilai hemah tinggi ini harus diterapkan
dalam diri setiap warga Malaysia.Ini akan memastikan hubungan yang baik antara kaum
terpelihara dan kemakmuran serta keamanan negara terjamin.

GAMBAR-GAMBAR YANG MENONJOLKAN PENGAMALAN NILAI HEMAH TINGGI


DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA

I . Penghayatan slogan Budi Bahasa Budaya Kita dan Senyum Selalu.

ii. Kelab Rakan Muda dan Kelab Belia di Malaysia

iii. Pelancaran Konsep Satu Malaysia

iv. Aktiviti gotong- royong


Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu sempena Kempen Kebersihan Gotong-royong
besar- besaran seluruh Terengganu pada 29 Julai mulai jam 8 pagi hingga 12
tengahari, bakal dicatat di dalam Malaysian Books Of Record.

v. Tradisi minum teh oleh masyarakat Cina

Anda mungkin juga menyukai