Anda di halaman 1dari 8

SISTEM PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL DI NEGARA

MALAYSIA RUSSIA, DAN FILIPINA

1.0 Pengenalan
Pendidikan teknik dan vokasional ini merupakan satu sistem
pendidikan yang menyediakan latihan khusus untuk kemahiran teknikal dan
beberapa kemahiran yang lain. Tujuan utama pendidikan teknik dan
vokasional ini adalah untuk melahirkan modal insan yang berkemahiran
tinggi, berpengetahuan, berinovatif dan mampu menghadapi saingan pada
peringkat serantau dan juga global serta mengikut dengan keperluan
semasa. Selain itu, secara umumnya adalah untuk melatih para pelajar
untuk pekerjaan dan mendedahkan mereka kepada suasana kerja dari awal
lagi.
Sistem pendidikan teknik dan vokasional berbeza dengan sistem
pendidikan umum kerana sistem pendidikan teknik dan vokasional ini lebih
menekankan aspek kemahiran teknikal dan juga pengetahuan teknikal.
Pendidikan teknik dan vokasional ini dianggap semakin penting kerana
ianya bersangkut paut dengan corak pembangunan ekonomi sesebuah
negara. Perkembangan pertumbuhan ekonomi dunia telah memberi kesan
tolakan besar ke atas permintaan tenaga manusia khususnya terhadap
tenaga kerja professional, mahir dan separa mahir. Ini merupakan cabaran
yang besar kepada sistem pendidikan sesebuah negara terutamanya
pendidikan teknik dan vokasional dalam membekalkan tenaga kerja yang
berkebolehan serta mahir.
Tumpuan pembangunan sesebuah negara pada masa kini adalah lebih
ke arah perindustrian dan pembuatan, maka pendidikan teknik dan
vokasional perlu menyediakan suatu bentuk sistem pendidikan dan latihan
yang seiring dengan keperluan industri serta pasaran semasa. Tenaga
manusia yang diperlukan dalam masyarakat industri pada hari ini tentulah
tenaga manusia yang cekap dan professional, berfikiran terbuka untuk
menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu serta dapat membuat
penyesuaian dengan cepat.

2.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia

Sistem pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia bermula dari


peringkat sekolah menengah di mana kurikulum teknikal dan vokasional di
gabungkan dengan kurikulum akademik. Pendedahan awal asas kemahiran
diberikan kepada pelajar tingkatan 1 selama tiga tahun sebelum mereka
membuat pilihan kursus mengikut minat dan kebolehan masing-masing.

Rajah 1 Struktur Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Malaysia


Rajah 1 menunjukkan, secara umum struktur sistem pendidikan teknikal dan
vokasional di Malaysia.
Peringkat Menengah Rendah
Pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia bermula seawal tingkatan
1 (menengah rendah) dalam lingkungan umur 13 hingga 15 tahun, di mana
pelajar didedahkan dengan Pendidikan Asas Vokasional (PAV). PAV ialah
pendidikan dan latihan vokasional dalam sistem persekolahan peringkat
menengah rendah. Komponen utama dalam kurikulum PAV menjurus kepada
pembinaan
jati
diri,
pengembangan
kompetensi
keusahawanan
keusahawanan, dan pembangunan kompetensi kemahiran vokasional pada
aras SKM1 dan SKM2. Penstrukturan kurikulum bagi pelajar yang menjalani
PAV adalah seperti berikut:
a) Kemahiran 70 peratus dan akademik 30 peratus.

b) Penumpuan pengajaran dan pembelajaran mengikut komponen:


Jati diri sebanyak 33 peratus.
Teknologi vokasional sebanyak 7 peratus.
Kemahiran vokasional sebanyak 60 peratus.
c) Tiga tahap kemahiran vokasional:
Pravokasional (Tingkatan satu).
SKM1 (Tingkatan dua).
SKM2 (Tingkatan tiga).
d) Kompetensi keusahawanan merentas kurikulum
Peringkat Menengah Tinggi.
Para pelajar yang terlibat adalah dalam lingkungan 16 dan 17 tahun.
Pendidikan teknik dan vokasional menawarkan tiga aliran yang berlainan
kepada para pelajar. Antara aliran yang ditawarkan ialah aliran teknik di
Sekolah Menengah Teknik (SMT), aliran vokasional di Kolej Vokasional (KV)
dan latihan kemahiran.
Kursus-kursus yang dipelajari di sekolah menengah teknik lebih kepada
teori-teori dan kurang kepada kerja-kerja kemahiran. Jurusan-jurusan yang
ditawarkan ialah kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal, sains pertanian
dan perdagangan.
Manakala kolej vokasional lebih tertumpu kepada bidang-bidang
kemahiran yang melahirkan pekerja mahir dan separuh mahir di dalam alam
pekerjaan kelak. Orientasi pembelajaran pelajar KV ialah pembelajaran
berasaskan kerja dan latihan dalam kerja atau On-job training (OJT). Lulusan
KV ialah pekerja mahir dalam sesuatu bidang vokasional dengan kelayakan
Sijil Kolej Vokasional, Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan kelayakan
professional antarabangsa.
Bagi lulusan PAV, mereka juga boleh meneruskan pengajian ke
peringkat kemahiran vokasional yang lebih tinggi iaitu pengajian peringkat
SKM3 hingga DKM di Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA), Institusi
Latihan Kemahiran Swasta (ILKS) dan pengajian peringkat Sijil Kolej
Vokasional di KV.
Peringkat Tertiari
Peringkat ini terdiri daripada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM). Kursus- kursus pendidikan
teknik dan vokasional ini juga telah ditawarkan ke peringkat tertiari.

Antaranya politeknik, institusi pengajian tinggi awam dan swasta dan


institusi latihan kemahiran.
Politeknik dan Institusi Latihan Kemahiran ditawarkan kepada lepasan
SPM untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Para pelajar yang mengikuti
kursus - kursus ini akan diajar menggunakan mesin - mesin yang lebih besar
dan akan melahirkan pekerja kolar biru selepas tamat pengajian. Antara
kursus yang ditawarkan dalam peringkat sijil dan diploma ini ialah
kejuruteraan awam, elektrik, mekanikal, elektronik, teknologi pemprosesan
makanan, perdagangan dan sebagainya.
Bagi pelajar yang berkelulusan STPM dan matrikulasi pula akan
diserapkan ke institusi pengajian awam dan swasta untuk melahirkan
jurutera awam, elektrik dan mekanikal. Kursus- kursus yang ditawarkan juga
sama seperti politeknik tetapi pengajaran lebih mendalam bagi
membolehkan penghasilan pekerja kolar putih.
Pekerjaan kolar putih adalah kerja yang dilakukan oleh golongan
pengurusan contohnya seperti professional, perkeranian, dan sebagainya,
atau dengan kata lain, bukan kerja kasar yg memerlukan kekuatan tenaga.
Manakala, Pekerjaan kolar biru pula adalah pekerjaan yang berkaitan dengan
pelaksanaan tugas-tugas yang lebih memerlukan kekuatan dan tenaga fizikal
seperti kerja-kerja kilang dan sebagainya.

3.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Rusia


Sistem pemerintahan Rusia yang dahulunya totalitarian berubah
kepada demokrasi telah memberi perubahan yang besar kepada ekonomi
dan sosial di Rusia. Permintaan terhadap keperluan manusia semakin tinggi
dan menyebabkan keperluan terhadap sistem pendidikan vokasional juga
semakin mendapat permintaan. Oleh kerana permintaan terhadap tenaga
kerja yang mahir dan separa mahir semakin bertambah maka model
pendidikan vokasional baru telah dibentuk sebagai sistem interaksi antara
negara, pekerja dan perniagaan.
Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) di Rusia terkenal dengan
pengkhususan yang meluas dan relevan dengan pekerjaan. Berlakunya
perubahan yang besar terhadap pembangunan sistem TVET ini kerana

menganggap semua orang perlu dilengkapi dengan kemahiran kerja khusus


sebelum menceburi dunia pekerjaan.
Sistem TVET yang baru digubal telah dibahagikan kepada beberapa
bahagian iaitu pendidikan vokasional rendah, pendidikan vokasional
menengah, pendidikan vokasional tinggi, pendidikan vokasional lepasan
ijazah dan pendidikan vokasional tambahan atau khas. Sistem pendidikan ini
dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Antaranya, dalam bentuk institusi
pendidikan, pendidikan keluarga, pendidikan individu, pendidikan lanjutan
atau gabungan salah satu atau semua bentuk ini.
Pendidikan vokasional peringkat rendah diwujudkan bertujuan untuk
melatih kemahiran bagi melahirkan pekerja untuk semua cabang ekonomi
dan sosial. Manakala pendidikan vokasional peringkat menengah diwujudkan
bagi menyediakan latihan yang melahirkan tenaga kerja separa mahir.
kebanyakan pelajar lepasan peringkat menengah ini akan menceburi bidang
industri, pembinaan, pertanian dan perhubungan dan telekomunikasi.
Terdapat juga pelajar yang menceburi bidang kesihatan, keselamatan,
pendidikan dan lain-lain akan tetapi jumlahnya tidak terlalu banyak. Bagi
pendidikan vokasional peringkat tinggi diwujudkan bagi melatih dan
memberi kursus lanjutan kepada jurutera dan kepakaran-kepakaran lain
untuk mencapai peringkat atau kecekapan yang lebih tinggi (pekerja mahir).
Pendidikan vokasional lepasan ijazah pula diwujudkan bagi memberi
peluang kepada graduan untuk melanjutkan pelajaran mereka dan
memperbaiki kelayakan saintifik serta pedagogi berdasarkan asas kepada
pendidikan vokasional peringkat tinggi. Terdapat dua ijazah akademik yang
boleh diambil iaitu sains dan kedoktoran. Senarai kursus yang diambil sama
dengan senarai kursus yang terdapat dalam pendidikan vokasional peringkat
tinggi dan juga mempunyai pusat penyelidikan.
Bagi pendidikan vokasional khas atau tambahan terdiri daripada
pelbagai program yang tidak formal. Antaranya Institusi Pendidikan Dan
Vokasional memberikan sijil kursus khas kepada pelajar, sekolah muzik dan
seni, pusat pembangunan kanak-kanak, program pedagogi secara individu
dan lain-lain. Institut pendidikan ini melahirkan graduan yang setaraf dengan
pendidikan vokasional peringkat menengah dan memberi peluang untuk
menyambung pelajaran peringkat yang lebih tinggi.

Kerajaan Rusia telah menetapkan standard asas bagi model baru


sistem pendidikan teknik dan vokasional. Standard ini adalah untuk
menambahkan kemahiran kepada rakyat Rusia supaya mereka mendapat
tempat dalam pasaran kerja dan mampu setanding peringkat dunia.
Standard ini mempunyai tiga komponen iaitu asas kurikulum, maksimum
beban belajar untuk pelajar dan keperluan latihan untuk graduan.
Pendidikan vokasional yang spesifik tidak dimasukkan standard
universal kerana kandungan pendidikan untuk setiap profesion adalah
tindak balas daripada objektif pendidikan vokasional iaitu melahirkan pekerja
untuk ekonomi. Oleh sebab itu, standard vokasional beroperasi dalam satu
rangka kerja dimana setiap profesion berdasarkan kaedah yang asas.
Standard ini mengandungi penerangan tentang profesion dan komponen
dalam pendidikan vokasional

4.0 Sistem Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Filipina


Sistem pendidikan di Filipina terdiri daripada pendidikan secara formal
dan pendidikan secara tidak formal. Sistem pendidikannya, hampir sama
dengan sistem pendidikan di Amerika tetapi berbeza dari segi tahun
persekolahan. Bagi pendidikan formal, tahun pembelajaran pendidikan
rendah selama 6 tahun dan pendidikan menengah selama 4 tahun. Manakala
pendidikan tidak formal diajarkan bergantung kepada spesifikasi dan objektif
yang dikehendaki oleh pelajar yang terdiri daripada remaja yang
meninggalkan persekolahan dan juga untuk dewasa yang buta huruf.
Terdapat tiga buah badan pentadbiran dalam sektor pendidikan di
Filipina. Antaranya, Commission of Higher Education (CHED) untuk pengajian
tinggi, Department of Education (DepED) untuk pendidikan asas dan
Technical Education and Skills Development Authority (TESDA) untuk TVET
dann pengajian peringkat pertengahan.

Sistem pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) di Filipina


menyediakan pendidikan dan peluang latihan yang menjuruskan kepada
pekerjaan sebenar bagi membantu pelajar mereka untuk mendapat tempat
di dalam industri. Ini juga bagi menangani keperluan latihan kemahiran dari
industri dan untuk menaik taraf atau membangunkan kecekapan bagi
meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan produktiviti.
Antara pelajar atau pelanggan yang berpotensi untuk memasuki TVET
adalah mereka yang merupakan lepasan sekolah tinggi, lepasan sekolah
menengah, pelajar kolej dan graduan yang ingin memperolehi kecekapan
dalam bidang-bidang pekerjaan yang berbeza. Selain itu, penganggur yang
aktif mencari pekerjaan juga merupakan pelanggan berpotensi TVET. Ini
termasuk pekerja yang diberhentikan akibat penutupan syarikat,
pemberhentian atas sebab yang berkaitan ekonomi dan lain-lain.
Terdapat empat mod asas penyampaian latihan:
a) Berasaskan sekolah atau penghantaran formal melalui program TVET
yang berbeza. Jangka masa sekurang-kurangnya satu tahun tetapi
tidak melebihi tiga tahun

b) Berasaskan pusat contoh, latihan tidak formal untuk jangka masa


pendek yang dijalankan dalam pusat latihan serantau dan wilayah
c) Berasaskan komuniti contoh, program latihan yang direka khusus
untuk memenuhi keperluan latihan kemahiran dalam masyarakat
untuk memudahkan bekerja sendiri
d) Program berasaskan perusahaan seperti perantisan, latihan dual yang
dijalankan dalam syarikat atau di industri.

Penilaian dan pensijilan bagi kecekapan pekerja mahir peringkat


pertengahan dilakukan untuk
menentukan sama ada graduan atau pekerja boleh melakukan pekerjaan
yang mencapai standard di tempat kerja berdasarkan piawaian kompetensi.
Sijil diberikan kepada mereka yang memenuhi keperluan piawaian
kompetensi. TESDA menyatakan bahawa bagi menghasilkan TVET yang
berkualiti, latihan berasaskan kompetensi harus dibangunkan dan diajarkan
berdasarkan Training Regulations (TRs). TR berfungsi sebagai asas bagi
pembangunan program latihan berasaskan kecekapan, terutamanya
pembangunan kurikulum, bahan pembelajaran dan penilaian kompetensi
untuk semua pendidikan teknikal yang berasaskan kompetensi dan
pembangunan kemahiran. Pembangunan TR mengambil pertimbangan
empat komponen penting dalam pengajaran latihan iaitu, kurikulum,
kelayakan tenaga pengajar, kelengkapan peralatan dan kemudahan untuk
latihan.