Anda di halaman 1dari 1

MISTERI BUNIAN

Bunian adalah sejenis sebutan bagi satu makhluk ghaib yang dipercayai
mempunyai bentuk fizikal seperti manusia, malah corak kehidupan mereka
juga menyerupai corak kehidupan manusia biasa. Namun terjadi pertikaian
pendapat di serata blog atau web berkaitan makhluk ini, ada pendapat yang
mengatakan makhluk ini tidak wujud, malah mereka adalah dari bangsa jin,
ada juga pendapat yang menyokong dakwaan kewujudan mereka ini.
Bagi aku, samada pihak pertama atau kedua, sepatutnya perkara ini bukanlah
sesuatu yang boleh atau sesuai untuk diperbahaskan, kerana Allah itu Maha
Berkuasa, DIA berkuasa menjadikan walau apa pun makhluk dan itulah salah
satu rahsiaNYA. Minta maaf...aku bukan orang yang pandai agama, tapi
pergaulan aku dengan orang orang lama, ulama ulama alhamdulillah banyak
membantu di dalam perkara seperti ini.
Dikatakan bunian beragama islam, harus juga kita ingat jin juga ada yang
beragama islam, jadi seharusnya tidak timbul persoalan apa agamanya dan apa
fahamannya. Di sini aku ingin terangkan bahawa kita sebagai manusia serta
hamba kepada Allah swt sebenarnya tidak layak menjatuhkan hukum atau
menghukum sesuatu makhluk, tambahan jika diri kita sendiri tidak mempunyai
ilmu yang mencukupi. Ini apa yang aku pelajari dari seorang pemimpin tariqat
nasabandiah. Kata katanya ini cukup untuk aku ingati sampai mati.

GENERASI PERTAMA
- Jin Tulen
GENERASI KEDUA
- Jin Bercampur Manusia - Lahirnya anak separa jin separa manusia, ada sesetengah
boleh kembali ke alam nyata, ada yang tak boleh.
GENERASI KETIGA
- Jin separa manusia Dan Manusia Separa Jin ini berkahwin sesama sendiri di alam
ghaib.
GENERASI KEEMPAT
- Generasi ini dikatakan sempurna fizikalnya sebagai manusia tetapi dalam darahnya
tetap mengalir darah Jin yakni membolahkan mereka masih lagi ghaib. Generasi ini
katanya boleh menikah dengan manusia biasa, darah meraka serta hawa tubuh
mereka juga panas seperti manusia.

Anda mungkin juga menyukai