Anda di halaman 1dari 1

Bagaimana untuk membersihkan tandas ataupun singki

yang tersumbat:
1. Isikan periuk dengan segelen air. Letakkan periuk di atas api sederhana di atas
dapur. Pilih periuk dengan pemegang untuk pengendalian yang lebih baik.
2. Tuangkan setengah cawan sabun pinggan cecair ke dalam mangkuk tandas
semasa air sedang memanas. Biarkan selama 10 minit. Hanya sabun yang
diperlukan untuk menanggalkan kotoran.
3. Matikan dapur sebelum air mula mendidih. Ini bertujuan untuk mendapatkan
air yang panas dan tidak mendidih.
4. Tuangkan air tersebut serta merta ke dalam tandas/singki tersumbat semasa
air masih panas. Daya yang dihasilkan dari gabungan air dan sabun tersebut,
cukup untuk menanggalkan kotoran yang tersumbat.
Sekiranya kotoran tidak tertanggal, biarkan selama 5 minit untuk membenarkan
air panas bertindak.
5. Buka penyangkut dawai dan tolakkan salah satu hujung ke dalam bahagian
yang tersumbat. Tolak sehingga bahagian tersumbat bersih dan air mudah untuk
mengalir.

Bagaimana untuk membuang lumut di dalam tandas:


Cuka:
Walaupun anda boleh menghilangkan bau busuk dengan mencairkan cuka
dengan air, cuka juga boleh digunakan untuk menanggalkan lumut di dalam
tandas.
Semburkan cuka pada bahagian yang berlumut dan tinggalkan selama beberapa
jam. Kemudian, gunakan berus gigi dsb untuk menanggalkan lumut tersebut.
Sekiranya bau cuka tidak menyenangkan, bolehlah disemburkan dengan minyak
pati/minyak wangi. Namun selepas meninggalkan bilik air selama beberapa jam,
bau kuat
daripada cuka akan hilang.
Kajian juga mendapati cuka putih berkesan membunuh 82% spora lumut, dan
juga bakteria dan virus. Cuka juga boleh mengelakkan kejadian lumut sekiranya
disemburkan ke atas sesuatu permukaan.

Anda mungkin juga menyukai