Anda di halaman 1dari 2

FORT CORNWALLIS

Kota Cornwallis adalah kota lama berbentuk bintang 5 bucu yang terletak di
timur laut Pulau Pinang. Ia didirikan pada tahun 1786, dan dinamakan sempena
Gabenor Jeneral India masa itu - Charles Cornwallis. Ia dibina di Padang Kota
Lama, Georgetown,Pulau Pinang. Satu ketika dahulu bahagian ini dinamakan
Tanjung.

Pembinaan
Ia dibina oleh Kapten Francis Light pada mulanya dengan menggunakan kayu
nibong tanpa binaan kekal yang melitupi kawasan seluas 417.6 kaki persegi.
Pada tahun 1804, kota ini dibina semula dengan batu-bata dan batu dengan
menggunakan tenaga buruh tahanan India semasa perkhidmatan Kolonel R.T.
Farquhar sebagai Gabenor Pulau Pinang. Kota Cornwallis siap sepenuhnya pada
tahun 1810 semasa perkhidmatan Norman Macalister sebagai Gabenor Pulau
Pinang dengan kos sebanyak $80,000. Ia bertujuan bagi mempertahankan
kepentingan British dari serangan Perancis.Dinding-dinding kebunya,yang setinggi
10 kaki,dibina dalam bentuk bintang.Pda hari ini, kawasan ini hanya tinggal batu
luar tetapi di dalam kubu masih terdapat beberapa struktur asal yang dibina
lebih seabad yang lalu,termasuk sebuah gereja kecil ,sel-sel penjara ,bilik
tahanan,kawasan storan senjata dan peluru,tiang bendera asal dan kira-kira 17
meriam gangsa lama,salah satu daripada meriam Belanda ini bernama Seri
Rambai,yang bertarikh 1603. Meriam ini pada asalnya adalah kepunyaan Syarikat
Hindia Timur Belanda (VOC), yang dihadiahkan oleh Belanda kepada Sultan Johor
sebelum ia berpindah tangan dari satu kerajaan kepada kerajaan lain akibat
peperangan. Sekarang, jata syarikat 'VOC' tersebut masih jelas tertera pada
meriam Sri Rambai itu.

Pelancongan
Kini matlamat utama kota ini adalah sebaliknya, ia kini merupakan tumpuan
pelancong utama di Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia. Pada masa kini ia memiliki
galeri sejarah, dan kedai cendera hati. Di dalam kota itu juga terletak meriam
Sri Rambai yang merupakan salah satu meriam yang masyhur yang digunakan oleh
Francis Light semasa tempoh pemerintahannya di Pulau Pinang .

Sungguhpun kota ini pada asalnya dibina bagi kegunaan tentera dan pasukan
artileri Diraja, dalam sejarah, fungsinya lebih kepada pentadbiran berbanding
pertahanan. Sepanjang sejarahnya, kota ini tidak pernah terbabit dalam
sebarang pertempuran. Selain digunakan oleh pasukan artileri Diraja United
Kingdom, kota ini pernah diduduki oleh Polis Sikh Negeri-negeri Selat pada tahun
1920-an. Kini, ia merupakan salah satu tarikan pelancong utama Pulau Pinang.
Pada hari ini, tapak bersejarah yang diuruskan secara persendirian ini popular di
kalangan pengunjung. Ia dilengkapi dengan kiosk informasi pelancong, sebuah
kafe, dewan terbuka, galeri sejarah, pusat cenderamata serta jurupandu yang
boleh membawa pelancong-pelancong melawati kawasan kubu sambil memberi
penerangan tentang sejarahnya.