Anda di halaman 1dari 14

1.

Pendahuluan

1.1

Apakah itu kepercayaan

Kepercayaan merupakan pengakuan ,penekanan,tuntutan dan jangkaan daripada seseorang


individu mengenai kebenaran sesuatu perkara dengan perasaan kepastian.Menurut Gardner
(2006) kepercayaan bermaksud nilai,sikap sistem konsep,teori peribadi dan juga perspektif
tentang sesuatu.Menurut Cunningham et al (2005) dalam Nabiroh (2014),kepercayaan adalah
stukutur asas yang dibina secara sedar ataupun tidak bagi memberi panduan kepada seseorang
berfikir,bertindak dan membuat pilihan ,persepsi,pertimbangan dan keputusan terhadap sesuatu
perkara.

1.2

Apakah itu agama.

Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada tuhan atau sesuatu kuasa yang ghaib dan
sakti seperti dewa dan juga amalan dan institusi yang berkaitan dengan kepercayaan
tersebut.Agama dan kepercayaan merupakan dua perkara yang sangat berkait.Tetapi adama
mempunyai makna yang lebih luas, iaitu merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif
dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan sahaja membantu
manusia untuk mengenal Tuhan, tetapi juga memberi kesejahteraan hidup. Di Malaysia, agama
dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi sehinggakan kelompok etnik
disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap sebagai orang Islam, orang India
sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang Buddha serta masyarakat Orang Asli
dan suku kaum bumiputera di pedalaman Sabah dan Sarawak sebagai penganut animisme.
Mereka yang bertukar agama dianggap telah keluar daripada kelompok etnik.

1.3

Takrif agama

Secara umumnya agaman bolehlah ditakrifkan sebagai hubungan antara manusia dengan sesuatu
kekuasaan luar biasa yang dianggap dapat memberikan perlindungan .Hubungan yang dianggap
suci ini membawa kepada rasa tunduk manusia kepadanya dan manusia mencintainya,
mempercayainya dan meminta perlindungan daripadanya. Dari perspektif antropologi, agama

merupakan set peraturan yang mengatur hubungan manusia dengan kuasa ghaib, khususnya
dengan Tuhan. Agama juga merupakan suatu sistem keyakinan yang dianut dan amalan yang
diwujudkan oleh suatu kelompok atau masyarakat dalam mentafsirkan dan memberi respons
terhadap apa-apa yang dirasakan dan diyakini sebagai yang ghaib dan suci. Daripada beberapa
pendapat di atas, definisi agama boleh dilihat dari dua sudut, iaitu substantif dan fungsional.
Takrif yang pertama melihat agama dari segi bentuk dan amalannya, sementara yang kedua, dari
segi fungsi dan tujuan kewujudan agama tersebut.
Antara agama besar yang terdapat di dunia sekarang ialah Islam, Kristian, Buddhisme,
Hinduisme, Sikhisme, Jainisme, Judaisme, Shinto, Bahai dan Zoroastrianisme. Selain itu, ada
juga sistem kepercayaan suku kaum primitif yang terasing dan terpisah di kawasan dunia yang
berlainan dan berkembang secara bebas tanpa hubungan sejarah antara satu sama lain seperti
praanimisme,

animisme,

fetisyme,

shamanisme

dan

totemisme.Mengapakah

manusia

beragama.Kebanyakan pengkaji sejarah agama sependapat bahawa agama ialah keperluan asasi
setiap manusia.Oleh kerana itu, tiada sebuah masyarakat pun di dunia ini yang tidak mempunyai
agama.Kepercayaan kepada agama merupakan sifat bagi seliruh manusia sama ada manusia
moden ataupun primitive.Pemikiran tentang agama sudah wujud dalam diri manusia sejak
mereka lahir lagi. Bukti penemuan arkeologi menunjukkan kehidupan manusia terawal sudah
dipengaruhi oleh agama. Selain naluri semula jadi, manusia mengamalkan agama kerana warisan
kebudayaan, faktor keselamatan, kesejahteraan, mengukuhkan ikatan persaudaraan dan mencari
jawapan pada persoalan yang sukar dijawap.Warisan kebudayaan merupakan faktor utama
menentukan agama seseorang manusia. Selalunya individu akan menganut agama yang dianuti
oleh keluarga, suku kaum atau etnik yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi
berikutnya. Misalnya, rata-rata etnik Melayu menganut agama Islam kerana keluarga dan nenek
moyang mereka beragama Islam.
Faktor keselamatan juga memainkan peranannya kerana apabila memeluk sesuatu agama
seseorang berasa selamat dan percaya bahawa kuasa agung yang dipercayainya akan menjaga
keselamatannya. Kuasa agung juga menjadi tempat mengadu hal serta mendapatkan pertolongan
dan perlindungan. Faktor kesejahteraan di akhirat juga adalah penting kerana kebanyakan agama
menjanjikan kesejahteraan di akhirat kepada penganut yang patuh kepada ajaran agama masingmasing.
Faktor lain adalah kerana agama merupakan jawapan terhadap persoalan kehidupan yang sukar

dijawab. Persoalan mengenai manusia dan hakikat diri, alam sekitar dan pengalaman ghaib yang
tidak dapat dijangkau oleh akal fikirannya, semuanya dijawab oleh agama. Tegasnya, agama
akan

memberi

jawapan

kepada

pertanyaan

yang

sukar

dijawab

oleh

akal.

Akhirnya, agama diminati kerana agama merupakan elemen pengukuhan ikatan persaudaraan.
Mengikut Durkheim (1915) kepercayaan dan amalan yang sama dalam sesuatu agama akan
menyatukan semua anggota yang menganutinya dalam satu komuniti bermoral.
1.4

Peranan agama

Kebanyakan ahli falsafah, malah ahli rasionalis Zaman Kecemerlangan seperti Condocet
bersetuju bahawa agama, sungguhpun palsu pada suatu ketika dahulu, mempunyai fungsi
tertentu dalam kehidupan peribadi mahupun sosial. Dari kaca mata ahli fungsionalis, agama
mempunyai fungsi peribadi kepada pemeluknya kerana agama memberi darjat jaminan yang
menenteramkan.
Agama menimbulkan keberanian kepada manusia ketika dicengkam ketakutan, memberikan
kegigihan dalam kesukaran, kekuatan pada saat- saat manusia dalam keadaan lemah dan
meringankan beban jiwa dalam menghadapi kekecewaan. Agama memberi harga diri dalam
menelan kekalahan, kerendahan hati apabila sedang berjaya dan juga kepekaan hati nurani.
Sementara peranan agama dalam kehidupan sosial adalah sebagai asas moral, kesenian,
kebudayaan, kesusasteraan dan kewujudan tamadun bagi sesuatu bangsa dan masyarakat.

Soalan 2
2.0

Pendahuluan

Sebelum kedatangan Islam, masyrakat Melayu menganut fahaman animisme. Keadaan ini
berubah selepas kedatanagan Islam yang membawa konsep tauhid dengan menafikan kewujudan
Tuhan yang banyak. Bermula dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah
berjaya menarik minat masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian
masyarakat Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah
ditinggalkan

secara

beransur-ansur.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini
berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia
Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan
kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada
abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu
sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China,
beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau
menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan
oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di
Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah,
pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi
dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera
ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negerinegeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan
mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah
Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh
sebahagian besar penduduk di kepulauan melayu.

Dari sudut sejarahnya selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan Melaka yang
bercorak keislaman, kita dapati proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio-budaya dan
politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun
Melaka & Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun Kota
Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu & Perlembagaan Negeri
Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku di mana orang Melayu telah
menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab
kehidupan mereka seperti adab berpakaian, adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam
bidang politik, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu
merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang
digariskan oleh Islam.
2.1

Teori Kedatangan Islam Ke Tanah Melayu

Kedatangan Islam di Tanah Melayu tidak seperti agama-agama yang lain kerana ianya
berlangsung dengan suasana yang aman dan harmoni serta tidak berlaku peperangan malah
diterima baik masyarakat melayu . Secara umumnya terdapat tiga teori yang berbeza mengenai
kedatangan Islamm di Tanah Melayu.

2.2

Kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi

Kedatangan Islam dari India

Kedatangan Islam dari China


Teori kedatangan Islam Dari Tanah Arab/Parsi

Hubungan perdagangan Arab dengan Tanah Melayu telah berlaku sebelum wujudnya Islam lagi.
Tetapi akitiviti dagangan bertambah selepas Islam diperkenalkan di Tanah Melayu pada abad ke7 masihi. Sesuai dengan Islam yang bersifat universal, masyarakat melayu selesa dengan agama
Islam yang dianuti mereka. Malah ianya memudahkan lagi pedagang-pedagang Arab untuk
melakukan aktiviti dagangan mereka. John Crawford telah mengemukakan teori dan disokong
oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas iaitu Islam datang dari Arab melalui pedagang. Buktinya
catatan China mengatakan orang Arab dan Parsi telah mempunyai pusat perniagaan di Canton

sejak tahun 300 M. Pedagang Arab yang ke China singgah di pelabuhan Asia Tenggara khasnya
di Selat Melaka kerana kedudukannya strategik dan pedagang Arab ini tinggal beberapa bulan di
Asia Tenggara dan ada yang menetap serta membina perkampungan Arab . Perkampungan ini
juga menjadi tempat untuk berdagang. Ada juga pedagang Arab yang berkahwin dengan wanita
tempatan dan menyebarkan Islam. Menurut catatan China telah wujud petempatan Arab di
sumatera utara iaitu di Ta shih.

Rajah 1 : contoh kedatangan pedagang Arab ke Tanah Melayu

Sebagai contoh bukti kedatangan Islam terus dari Arab/Parsi yang telah dihujahkan oleh
Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al Attas (1972) ialah:

Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal daripada Arab

Kebanyakkan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah daripada Tanah Arab seperti
Syeikh Ismail Al-Siddiq, Maulana Abu Bakar, Maulana Iskah dan ramai lagi .

Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu 'mulaqat' bermaksud tempat pertemuan.

Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan Perundangan Islam


'syariah Islamiyyah' untuk mentadbir negara.

2.3

Teori Kedatangan Islam Dari China dan Champa

Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang
pada ketika itu pemerintahan Dinasti Pang. Pada waktu tersebut, wilayah Canton telah menjadi
tempat tumpuan pedagang-pedagang dan pendakwah Islam. Pada tahun 877 Masihi , telah
berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingg 200 000
pedagang-pedagang yang kebanyakkanye datang dari Tanah Arab dan menyebabkan orang Arab
-Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta Palembang , Menurut catatan ,
Kedatangan Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi . Emanuel Gadinho
Eredia mengemukan teori bahawa sejak abad ke-9 Masihi, peniaga Arab yang beragama Islam
telah mengunjungi Khan Fo atau Canton (kini dikenali sebagai Guang Zhou) yang merupakan
pusat perniagaan yang terkenal. Melalui hubungan perdagangan ini, Islam berkembang dalam
kalangan peniaga cina di Negara China dan peniaga Cina Islam telah menyebarkan Islam kepada
masyarakat asia tenggara semasa berdagang di sana.

Rajah 2: Batu Besurat Terengganu

S.Q. Fatimi berpendapat bahawa Islam datang dari China berdasarkan bukti yang berikut:

Pada sekitar tahun 876M, pedagang Islam yang tinggal di Canton atau Amoy yang berpindah
beramai-ramai ke Asia Tenggara.

Penemuan Batu Bersurat Terengganu pada tahun 1899M di Kuala Sungai Tersat, Kuala
Berang, Terengganu

Pada tahun 1953, di Kampung Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan, Pahang telah
ditemui sepasang batu nisan yang mempunyai tulisan al-Quran dan kalimah Arab
bertarikh 1028M.

Seni bina di China dengan seni bina pada masjid-masjid di Nusantara seperti di Kelantan,
Melaka, dan Pulau Jawa didapati mempunyai unsur yang sama.

Penggunaan warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap masjid, jubin
lantai, dinding, tangga, dan kolam air di masjid dan pengaruh atap genting China.

2.4

Teori Kedatangan Islam Dari India

Brian Harrison penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang orientalis barat yang
telah mengemukakan teori iaitu masyarakat Tanah Melayu mengambil pandangan daripada
masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal dagangan dan
kebudayaan. Ianya bertujuan untuk menjalinkan hubungan dua hala dan Tanah Melayu berminat
dengan agama Islam yang dianuti oleh pedagang-pedagang India. Selain itu, pengaruh perkataan
India seperti 'lebai' telah diguna pakai dalam masyarakat melayu sehingga kini. Malah senibina
kubah

masjid

juga

dikatakan

berasal

daripada

senibina

dari

negeri

India.

Rajah 3 : Pengaruh senibina india di Tanah Melayu

Snouck Hurgronje merupakan sejarawan belanda telah mengemukakan sejak abad ke13
lagi Islam telah berkembang ke Asia Tenggara menerusi India, iaitu wilayah Gujerat dan Pantai
Koromandel.

Pendapat beliau ialah berdasarkan bukti berikut:

Pedagang India Islam telah lama menjalinkan hubungan perdagangan dengan masyarakat
di Asia Tenggara . Gujerat ialah pelabuhan penting pada zaman pemerintahan Khilji di
India.

Batu marmar pada batu nisan di perkuburan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan batu
nisan Malik al-Salih di Pasai memperlihat ciri buatan Islam.

Sejak dahulu lagi, unsur kebudayaan Hindu telah disebarkan ke dalam masyarakat di Asia
Tenggara.

Seperti yang kita ketahui Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Keunikan ini dapat
ditaksirkan dengan masyarakat yang majmuk. Kemajmukan bukan hanya melibatkan
masyarakat berbilang kaum, ia turut diserikan dengan masyarakat yang berbeza kepercayaan
dan agama serta berlainan budaya. Ia digelar sebagai pentas miniatur Asia. Ini kerana dalam
komposisi yang membentuk masyarakat Malaysia, terdapat pelbagai kaum yang mempunyai

akar peradaban Asia yang kukuh, iaitu kaum Melayu, kaum Cina dan India. Setiap kaum
mempunyai identiti budaya yang tersendiri.Identiti budaya ini termasuklah corak pemakanan
atau lebih umumnya kepenggunaan. Setiap masyarakat mempunyai kepercayaan dan pantang
larang tersendiri, yang mana ia berkait rapat dengan tradisi dan pegangan agama masingmasing. Setiapnya ada perbezaan dan ciri-ciri yang tersendiri. Kadangkala ia bersifat
kontradik antara satu masyarakat dengan yang lain.Sebagai contoh, dalam isu melibatkan
khinzir dan derivatifnya, ia menimbulkan konflik antara golongan Islam dengan bukan Islam.
Dalam konteks masyarakat Malaysia, yang manapengenalan kaum seiring dengan status
keagamaannya, isu khinzir melibatkan orang Melayu dengan Cina. Bagi orang Melayu dan
Islam, khinzir adalah binatang yang dilarang dan ia jelas termaktub di dalam al-Quran,
sedangkan bagi orang Cina, tradisinya amat menggemari makanan berasaskan khinzir.Begitu
juga dengan isu binatang lembu, yang mana menimbulkan konflik antara orang Islam dan
penganut Hindu ataupun, orang Melayu dengan orang India. Bagi orang Melayu dan Islam,
lembu adalah binatang yang halal, boleh disembelih dan makan serta dapatdijadikan haiwan
qurban pada musim perayaan Aidil Adha, sedangkan bagi penganut Hindu,lembu adalah
binatang suci, tidak boleh disembelih ataupun dimakan.Kontradiksi dalam budaya
kepenggunaan ini kadangkala menimbulkan rasa tidakpuas hati, malah timbul konflik apabila
ia dimanipulasikan oleh pihak-pihak tertentu.Sehubungan dengan itu, setiap pihak perlu
menanamkan sikap saling hormat-menghormati terutama dalam menjaga sensitiviti setiap
kaum agar masyarakat majmuk di Malaysia dapat terus hidup dalam suasana aman
lagi harmoni.
3.0

ISU-ISU

SENSITIF

BERKAITAN

KEPENGGUNAAN

DALAM

MASYARAKAT MALAYSIA

Polemik berasaskan kepenggunaan terutama dalam membincangkan makanan danpemakanan


tidak pernah susut walaupun masa dan keadaan sentiasa berubah (Rahman,2009). Boleh
dikatakan hampir saban tahun pelbagai isu berkaitan dengan kepenggunaan timbul dalam
masyarakat Malaysia terutamanya melibatkan pengguna Muslim. Di Malaysia,isu-isu yang
berkaitan kepenggunaan sangat memberi kesan dan sensitif di kalangan pengguna Muslim.Di
antara isu tersebut adalah melibatkan khinzir seperti ternakan ikan yang diberimakan organ

dalamannya, tumbuhan yang dibajai dengan najis, sosej yang diperolehi daripada usus, lemak
yang digunakan sebagai bahan tambah, DNA khinzir dalam produk berasaskan surimi,
gelatin dalam ubatan dan derivatifnya yang lain dalam produk gunaan semasa. Selain itu,
terdapat juga isu kepenggunaan bersumberkan khinzir dalam produk bukan makanan seperti
berus, karbon penapis air, seramik dan seumpamanya.Kebimbangan pengguna Muslim
berhubung isu tersebut bukan hanya melibatkan sumber daripada khinzir, malah dalam aspek
sumber lain seperti percampuran plasma darah serta alkohol yang tidak menepati piawaian
yang dibenarkan dalam makanan. Di samping itu,isu lain yang turut membelenggu pengguna
Muslim adalah penyembelihan haiwan halal yang tidak mengikut syariat Islam dan
penyalahgunaan logo halal dalam produk barangan gunaan yang tidak diberi sijil Halal oleh
JAKIM. Berasaskan isu-isu tersebut, berikut huraian ringkas bagi menjelaskan dengan lebih
jelas
Setiap kaum mempunyai nilai-nilai murni mereka yang tersendiri dimana mereka
mempraktiskan nilai-nilai murni tersebut dalam kehidupan harian mereka. Nilai nilai murni
juga merupakan ajaran agama bagi setiap situasi yang semua hadapi. Antara nilai nilai
murni yang dipupuk atau diikuti oleh masyarakat adalah nilai bertanggungjawab. Masyarakat
di Malaysia harus memegang kepada konsep dimana setiap orang perlu bertanggungjawab
melaksanakan tugas mereka atau mereka perlu berkerja keras dengan sentiasa mengingati
setiap tanggungjawab yang mereka ada. Oleh itu, mereka perlu mematuhi nilai
tanggungjawab dengan berkerja keras bagi setiap halangan yang ditempuhi oleh mereka.
Selain daripada itu, nilai murni hormat-menghormati juga merupakan salah satu cara yang
perlu diamalkan oleh masyarakat di Malaysia. Tugas dan tanggumgjawap institusi agama
seperti masjid,tokong dan geraja untuk mengatasi konflik agama di Malaysia perlu lebih jelas
dan bersifat aktif.Institusi-institusi ini perlu mengembelingkan seluruh tenaga dan usaha bagi
menyedarkan masyarakat dan mengatasi perselisihan faham dan konflik agama di
Malaysia.Contohnya dengan memperbanyakan aktiviti ceramah yang menyedarkan dan
menekankan supaya menghormati,mendalami dan memahami agama yang terdapat di negara
kita.Ceramah ceramah seperti ini akan menimbulkan rasa hormat antara masyarakat dan
agama lain terutama di kalangan generasi muda yang kini kian luntur akhlak moralnya. Oleh
itu, institusi institusi agama telah memainkan peranan yang penting dalam menyemai nilai
nilai murni dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

Kesimpulan
Institusi institusi agama memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan
budaya di Malaysia. Setiap persatuan atau institusi telah mengambil langkah yang sebanyak
mungkin supaya setiap orang dapat mengenali budaya mereka dan juga mewarisi setiap
tradisi yang telah diamalkan sejak turun temurun. Adat atau tradisi yang memberi identity
bagi setiap kaum perlu sentiasa dipraktiskan atau ditekankan.Hal ini kerana ia merupakan
sesuatu yang perlu sentiasa dihargai dan dikekalkan sehingga generasi yang akan datang.
Selain daripada itu, institusi institusi agama juga melahirkan banyak pelajar yang
mempunyai pengetahuan mendalam mengenai agama dan budaya mereka. Kesimpulannya,
insitusi institusi lain seperti pihak kerajaan atau bukan kerajaan juga memainkan peranan
dalam pembangunan masyarakat dan budaya. Mereka juga boleh berperanan dalam
mengekalkan sebanyak mungkin setiap tradisi, aktiviti atau amalan supaya ia dikenali dan
dipraktiskan selalu.

RUMUSAN
Sebagai masyarakat yang berbilang kaum, agama serta budaya, isu-isu sensitif yang timbul
dalam masyarakat perlu ditangani dengan sewajarnya. Ia tidak wajar dibiarkan
berlanjutankerana ia dapat menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk. Setiap anggota
masyarakat dari setiap kaum perlu untuk bersama-sama menjaga sensitiviti kaum. Tindakan
ini perlu, memandangkan setiap konflik yang terjadi biasanya membabitkan isu perkauman
dan keagamaan. Selain itu, semua pihak perlu mengembleng tenaga dalam mewujudkan
perpaduankaum agar cita-cita kerajaan melahirkan 1 Malaysia dapat direalisasikan dengan
berkesan.

Rujukan
Nabiroh kassim, Nik mohd rahimi nik yusof dan halim Tamuri (2014) Abraham,
C.E.R. (1997),Divide

and

Rule:

The

Roots

of

Race

Relations

in

Malaysia.

Mencipta

Makna

KualaLumpur: Institute for Social Analysis (INSAN). Ahmad, H. (2003),


Metafora

Melayu:

Bagaimana

Pemikir

Melayu

danMembentuk Epistemologinya.Kajang, Selangor: Akademi Kajian Ketamadunan,


h.32. Arasaratnam, S. (1970), Indians in Malaysia and Singapore.Kuala Lumpur:
Oxford UniversityPress.Bakar, A. L. A.(1985),Sejarah dan Pemikiran Konsep
Kebudayaan di Malaysia, dalam Abdul
Latif

Abu

Bakar

(ed.),

Warisan

Dunia

Melayu

Teras

Peradaban

Malaysia.

KualaLumpur: Penerbitan Gabungan Penulis Nasional (GAPENA).Bakar, O. (1997),


Islam and Civilizational Dialogue : The Quest For Truly Universal Civilization. Kuala
Lumpur: University Malay Press.
Cornell, V. J. (1994),Towards a Cooperation Among People of Different World
Religions,Towards a PositiveIslamic World-View . Kuala Lumpur: Institut Kefahaman
Islam Malaysia (IKIM).Furnivall, J.S. (1967),
Netherlands India: A Study of Plural Economy. Cambridge: CambridgeUniversity
Press.Ginsburg, N. & Roberts J, C. F. (1958), Malaya Seattle: The American
Ethnological Society.Jen, L. D. (1982),
British Malaya: An Economic Analysis. (Edisi semakan kedua), KualaLumpur:
Institute for Social Analysis (INSAN).Joslyn, M. A. (1963), Alcoholometrydalam
Maynard A. Joslyn (ed.),
Methods in FoodProduction, London: Academic Press.Karim,A. A.dan Bhat,R.
(2009),Fish Gelatin: Properties, Challenges and Prospects As An Alternative to
Mammalian Gelatins, Food Hydrocolloids ,23 (3), 563-576.17

Khatami, M., (1998) Membangun Dialog Antara Peradaban : Harapan dan


Tantangan,Bandung : Mizan.Musa, H.(2002),Strategi Membangunkan Peradaban
Malaysia : Perspektif Peradaban Islam-Melayu,Seminar Nilai-nilai Peradaban dan
Wawasan 2020 , Kuala Lumpur: PusatDialog Peradaban Universiti Malaya.Muzaffar,
C. (2001),
Rights, Religion and Reform : Enhancing Human Dignity ThroughSpiritual and
Moral Transformation.
London:Routledge&Curzon.Noor,F. A. (1999),Values in the Dynamics of Malaysias I
nternal and External PoliticRelations, dalam Han Sung-Joo (ed.),Changing Values in
Asia : Their Impact onGovernance and Development.Singapore : Institute of
Southeast Asian Studies.Osman, M. T. (1988),
Kebudayaan Melayu dalam Beberapa Persoalan. Kuala Lumpur :Dewan Bahasa dan
Pustaka.Othman, M. A. (1977),
Ethnic Identity in a Malay Community in Malaysia. Ann Arbor Michigan: University
Microfilms.Othman, W. A. H. [1978], Ethnogenesis : A Case Study of the Malay of
West Malaysia, TesisPh.D. [Tidak diterbitkan], University of Bristol.Purcell, V. (1975),
The Chinese in Malaya. Kuala Lumpur : Oxford University Press.Rahman, L.A. (2009),
Isu Halal Tiada Penghujungnya, Melaka: Alambaca Sdn. Bhd.Sung-Joo, H.
Asian Values : An Asset or a Liability, dalam Han Sung-Joo (ed.),Changing Values in
Asia : Their Impact on Governance and Development.Singapore : Instituteof
Southeast Asian Studies.Tanpa Nama, (2006), Halal Haram: Panduan Persatuan
Pengguna Pulau Pinang, PulauPinang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang.
Tong, C. H. (1986),Peranan Nilai-nilai Bukan Islam Dalam Konteks Kebudayaan
Kebangsaan, dalam Cheu Hock Tong (ed.),Beberapa Asas Integrasi Nasional :
Prodan Kontranya.Kuala Lumpur : Penerbit Karya Kreatif.

Anda mungkin juga menyukai