Anda di halaman 1dari 4

ABD.RAHMAN BIN MD.

AMIN
650208015725
NPQEL16A1.SRI3
PETIKAN ILMU TANPA IMAN

Kehidupan manusia sejak zaman berzaman tidak dapat dipisahkan dengan salah
satu elemen terpenting iaitu kehidupan berkomuniti. Melaluinya maka lahirnya bentuk
penyatuan seperti keluarga, kabilah, puak, perkampungan, daerah, wilayah, negara dan
empayar. Bagi pendiikan pula adanya sekolah, kolej dan universiti. Manakala dalam
dunia moden hari ini, terdapat pelbagai organisasi samada formal atau bukan formal
berbentuk perniagaan, kumpulan seminat (NGO) atau badan kerajaan yang diketuai
oleh pemimpin yang diberi pelbagai jenis gelaran seperti Presiden, Perdana Menteri,
CEO, Naib Canselor, Menteri, Pengarah dan lain-lain. Organisasi di sekolah pula terdiri
daripada Pengetua atau Guru Besar.
1.0 Apa itu Pemimpin dan Kepimpinan ?
1.1 PEMIMPIN
Mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan, pemimpin adalah
orang yang memimpin dan difahamkan bertindak sebagai juru tunjuk. Wikipedia
(Ensiklopedia Bebas) Edisi Bahasa Melayu pula mentakrifkan pemimpin merupakan
individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu lain di dalam satu pertubuhan.
Secara umumnya pemimpin boleh ditakrifkan sebagai individu yang dilantik
secara formal atau tidak formal oleh satu kumpulan orang atau organisasi yang
berusaha menjayakan matlamat atau objektif yang dipersetujui bersama. Pemimpin ini
diberikan mandat untuk memandu arah kumpulan atau organisasi yang melantiknya
bagi mencapai objektif dan matlamat penubuhan kumpulan atau organisasi tersebut.
1.2 KEPIMPINAN
Kamus Dewan Edisi Ketiga Tahun 2000 menyatakan secara ringkas, kepimpinan
adalah keupayaan memimpin melalui teladan. Menurut Ralph M. Stoghill pula
menyatakan bahawa kepimpinan dalam pengurusan adalah sebagai proses mengarah
dan mempengaruhi aktiviti-aktiviti para anggota yang berkaitan dengan tugas.
Manakala, Harold Koontz & Heinz Weihrich pula mendefinisikan kepimpinan
sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya mereka
akan berjuang dengan rela hati dan penuh semangat ke arah pencapaian matlamat
kumpulan dan definisi ini dipersetujui bersama oleh Cyril ODonnel.
Pandangan Robert Tannenbaum, Irving R. Weschler dan Fred Massarik pula,
menyatakan bahawa kepimpinan sebagai satu pengaruh antara personal yang
dilaksanakan dalam sesuatu situasi menerusi proses komunikasi ke arah pencapaian
satu matlamat yang khas.
abdrahmanmaNPQEL16a1.SRI3

Page 1

Secara umumnya kepimpinan ditakrifkan sebagai satu seni atau pendekatan bagi
mempengaruhi orang lain di dalam kumpulan atau organisasi agar mereka melakukan
aktiviti-aktiviti yang di arahkan secara rela bagi mencapai matlamat kumpulan atau
organisasi.
1.3 PENGURUSAN
Mary Parker Follett, seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan
pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.Takrif
pengurusan yang diberi oleh Follett ini banyak didapati dalam buku pengurusan moden.
Harold Koontz pula mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja
melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.
Takrif pengurusan seperti ini memberitahu kepada kita bahawa pengurusan
biasanya mencapai objektif dengan cara memberikan penugasan kerja kepada orang
lain supaya kerja- kerja dapat dilaksanakan bagi mencapai objektif tersebut.
Kesimpulanya pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan,
pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat
organisasi.

2. 0 ISU-ISU PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN DI SMK TANJUNG BATU (SMKTB)


Antara isu-isu pengurusan dan kepimpinan di Sekolah Kebangsaan Tanjung batu
ialah seperti berikut :2.1 Isu Displin :
2.1.1
Tahap Displin Murid-murid Rendah seperti Malas Belajar, Suka
Ponteng, Datang Lewat,dan Menghisap Rokok,
Vandilisme dan Tidak Hormat Guru;
2.1.2
Guru Displin Kurang Kemahiran Menyelesaikan Masalah.Displin muridMurid;
2.1.3
Tindakan Guru Displin tidak mendapat sokongan pentadbir sekolah
(PGB)
2.2 Prestasi Peperiksaan :
2.2.1
Rangking peperiksaan jatuh daripada Johan Sekolah Harapan Negara
kepada kelompok 20 buah sekolah terendah.
2.3 Sikap Guru :
2.3.1
Berada dalam keadaan Zon Selesa.

abdrahmanmaNPQEL16a1.SRI3

Page 2

3.0 FAKTOR FAKTOR TIMBULNYA ISU


Pada pandangan saya, antara faktor-faktor timbulnya isu ini ialah seperti berikut :3.1 Kurangnya komunikasi antara pemimpin (PGB) dengan guru-guru sekolah tersebut
menyebabkan visi, misi ,target dan hala tuju sekolah tidak dapat disampaikan dengan
tepat dan jitu.
3.2 Guru merasakan segala tindakan mereka untu meningkatkan prestasi akademik
dan displin sekolah tidak dihargai kerana PGB tidak menunjukkan sokongan padu
setiap langkah yang dilaksanakan.
3.3 Murid murid tidak mempunyai tahap kesedaran kendiri yang tinggi menyebabkan
mereka tidak bermotivasi, sering ponteng. Mereka tiada visi dan misi hadir ke sekolah.
3.4 Kerjasama antara guru-guru , kerjasama antara guru-guru dengan pemimpin
sekolah, kerjasama antara guru-guru dengan murid serta ibu bapa dan komuniti berada
dalam keadaan tahap yang paling rendah. Akibatnya, apabila ada isu di sekolah, isu
tersebut tidak dapat diselesaikan dengan segera dan berkesan.
3.5 Guru-guru tidak mahu berubah kerana berada dalam Zon Selesa.
4. JIKA SAYA DILANTIK APAKAH TINDAKAN ANDA?
Jika saya dilantik sebagai pemimpin di SMKTB ini antara langkah-langkah yang akan
saya ambil ialah:4.1. Mengadakan perjumpaan dengan semua warga SMKTB iaitu guru-guru, staf
sokongan, pekerja swasta, PIBG, Pegawai Perhubungan (Pihak Polis) dan JKKK
Kampung ( Penghulu dan Ketua Kampung) bagi menjelaskan keadaan sebenar di
SMKTB ketika ini. Melaluinya tubuhkan Jawatan Kuasa Bertindak bersama untuk
mencapai Visi, Misi dan Hala Tuju SMKTB yang baru yang ditetapkan bersama
bukanya saya yang tentukan.
4.2. Bina Perancangan Strategik semula bersandarkan kepada Tinjuan Persekitaran
dan menganalisis isu utama yang perlu diselesaikan segera secara bersama semua
pihak warga SMKTB. . Bertindak segera atas keperluan secara bersama warga SMKTB
dan pastikan ianya dilaksanakan dan mencapai target.
4.3. Pastikan individu yang menimbulkan kekangan , lantik dia sebagai ketua operasi
atau mengetuai Jawatan Kuasa Bertindak agar melaluinya, kekangan dapat
dikurangkan.
4.4. Pemantauan dan Penyeliaan serta kaji selidik dijalankan sepanjang masa dan
berterusan oleh Jawatan Kuasa Bertindak Induk bagi memastikan segala perancangan
berjalan dengan lancar dan Berjaya. Jika ada masalah, perbincangan bersama dengan
abdrahmanmaNPQEL16a1.SRI3

Page 3

Peyelaras Jawatan Kuasa Bahagian yang ditubuhkan , dilaksanakan untuk mencari


jalan penyelesaian segera.
4.5. Perjumpaan dengan semua murid dilakukan untuk menjelaskan visi, misi , hala tuju
dan target sekolah . Program Motivasi Perdana, Motivasai Kelompok dan Motivasi
Individu dilaksanakan mengikut keperluan dalam kalangan murid bagi meningkatkan
Kesedaran Kendiri dan membantu mereka mencapai target.
4.6. Mengadakan Kolobrasi dengan Kominuniti Setempat seperti Pihak Polis, AADK,
Syarikat Motivator bagi mengadakan Program Motivasi, Peningkatan Sahsiah dan
Menjana Perubahan dalam kalangan Warga SMKTB.
4.7. Meningkatkan Kemahiran dan Motivasi Guru-guru cara untuk menyelesaikan
masalah, menangani stress dan memupuk sahsiah cemerlang.
4.8. Membina semangat kekitaan, SATU UNTUK SEMUA , SEMUA UNTUK SATU ,
SMKTB KITA SEGALANYA bagi mengukuhkan semangat kerjasama, kejelikitan dan
menanamkan semangat sayangkan sekolah, sayangkan guru-guru dan staff serta
sayangkan muri-murid dalam kalangan warga SMKTB.
5. KEKANGAN PERLAKSANAAN PROGRAM
Tidak dinafikan setiap perubahan dan tindakan untuk berubah pasti ada kekanganyang
akan berlaku. Antaranya ialah :5.1 Guru yang berada dalam Zon Selesa pasti akan menolak perubahan ini kerana
mereka takut akan Kehilangan Sesuatu seperti kedudukan, nilai diri atau kemudahan
kewangan. Contoh , guru yang selesa dengan Jawatan Bendahari PIBG atau Bendahari
Bilik Guru akan menentang perubahan jika jawatanya ditarik dan gantikan dengan
orang lain. Individu ini pasti akan menimbulkan pelbagai alas an, cerita dan gossip jika
jawatannya tergugat sehingga menimbulkan masalah perlaksanaan perancangan yang
diatur.
5.2 Ibu bapa akan merasakan terbeban apabila diminta bekerjasama dalam usaha
untuk menylesaikan masalah sekolah. Mereka yang sudah biasa menghantar anak
kesekolah dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak sekolah, pasti akan
menentang apabila pihak sekolah meminta mereka hadir kesekolah pada waktu tertentu
untuk meninjau perilaku anak-anak mereka di sekolah atau membantu sekolah
mengadakan gotong royong atau menghadiri program Motivasi Keibubapaan. Perasaan
tidak puas hati ini akan dipanjangkan ke PPD , JPN atau KPM, atau mungkin diviralkan
ke laman-laman sosial.
Kesimpulannya, sebagai pemimpin kita jangan takut membuat perubahan kerana
perubahan itu perlu demi untuk mencapai visi, misi, hala tuju dan target organisasi serta
melaksanakan mandat yang telah diamanahkan oleh KPM dan Negara.

abdrahmanmaNPQEL16a1.SRI3

Page 4