Anda di halaman 1dari 12

Soalan 1:

Visual ialah bahan mediadalam pengajaran yang menggunakan imej yang dapat dilihat
dan ia berdasarkan penglihatan. Kebiasaannya, penggunaan visual dalam pengajaran dan
pembelajaran digunakan dengan media pengajaran yang lain. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang kita jalankan , persembahan visual amat sesuai digunakan untuk situasi-situai
yang tertentu.
Visual biasanya digunakan dalam topik berkenaan objek konkrit dan objektifnya untuk
mengenalpasti, membezakan, mengklasifikasikan konsep dan melakukan sesuatu kerja. Dengan
penggunaan visual, topik-topik dapat disampaikan kepada murid dengan lebih mudah dan
berkesan.
Selain itu, persembahan visual juga sesuai digunakan untuk keadaan mod pembelajaran
pelajar lebih kepada penglihatan (83%). Ini kerana setiap pelajar mempunyai ciri-ciri yang
berbeza. Terdapat pelajar yang lebih mudah memahami sesuatu hanya dengan menggunakan
perkataan. Sebaliknya, terdapat pelajar yang lebih mudah belajar menggunakan visual dan
gambar. Disebankan itu guru-guru perlu bijak dalam menentukan bahan media pengajaran yang
sesuai digunakan dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana,
media pengajaran memberi pengaruh besar dalam memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan.
Persembahan visual juga boleh digunakan untuk pembelajaran berkaitan simbol, peraturan,
konsep yang didefinasikan melalui analisis, lakaran, peta, gambar 3D dan sebagainya yang kita
perlukan.
Pada zaman sekarang Sistem pendidikan masa kini sedang mengalami perubahan yang
pesat. Pelbagai kaedah telah diperkenalkan dan digunakan supaya pengajaran seseorang guru
menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna dan efektif. Sejak
beberapa tahun lalu kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah
diperkenalkan dan kini dengan era teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin
berkembang, ia semakin mendapat perhatian ramai. Aspek teknologi telah digabungkan dalam
kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap
yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah
daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif
1

dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini. Perkembangan dalam teknologi pula
menjanjikan potensi besar dalam mengubah cara seseorang belajar, cara memperolehi maklumat,
cara menyesuaikan setiap maklumat dan sebagainya. Pertama sekali, saya ingin menerangkan
peranan visual yang penting dalam reka bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berbantukan komputer dari internet. Reka bentuk Visual jika digunakan bersama teknologi
pengajaran dapat meningkatkan pencapaian, seperti menjadi idea lebih konkrit, memotivasikan
pelajar, memudahkan idea atau maklumat yang sukar difahami, meningkatkan kefahaman jika
digunakan untuk membantu sebarang komunikasi bentuk bukan visual seperti tutur atau
perkataan. Reka bentuk visual yang baik dapat meningkat komunikasi antara guru dan pelajar. Ia
dapat memastikan kebolehan bacaan murid kerana dapat lihat perkataan dan imej dengan jelas,
mudah untuk interprestasi mesej dapat dilibatkan dan tarik perhatian pelajar, di samping itu dapat
tarik perhatian kepada perkara yang penting. Prinsip grafik berkaitan dengan kaedah atau cara
mengunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip
ini tidak harus dilihat sebagai suatu perkataan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat
membantu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan visual yang baik. Enam prinsip grafik atau
dengan erti kata lain iaitu enam prinsip reka bentuk ialah : ~
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Simplisiti
Domain
pola
seimbang
variasi
harmoni.

Seterusnya, setelah saya lakukan beberapa kajian, saya ingin berkongsi beberapa keping
gambaryang mengandungi unsur unsur rekaan visual kesukaan saya yang menerapkan prinsipprinsip dan elemen-elemen reka bentuk visual.

1. Simplisiti

Dalam kefahaman saya, simplisiti bermaksud sesuatu rekaan yang bersifat sederhana dan
mempunyai kefahaman yang cepat dan jelas tentang rekaan sesuatu gambar, sebagai contoh
gambar di bawah menunjukan konsep simplisiti:

Gambar ini menunjukkan maklumat dengan jelas. Dalam masa yang sama, ia juga
menunjukkan lukisan yang jelas dan mudah dibaca. Ia mengelakkan pelajar daripada tidak
tertekan untuk mengetahui apakah maklumat yang hendak disampaikan.Selain daripada
itu,gambar ini menunjukkan unsur dadah,seterusnya gambar ini menerangkan pada pelajar yang
dadah adalah sampah masyarakat,dadah merupakan musuh negara dan ia adalah bahaya.Apabila
pelajar melihat gambar ini,pelajar boleh memahami dan mengetahui maklumat melalui sekali
imbas.
2. Domain
Domain adalah objek atau item utama yang harus ditonjolkan agar dapat dilihat dan
dibaca maksudnya oleh pembaca iaitu pelajar dengan mudah.Selain itu warna dan bentuk kontras
yang menarik.Tambahan pula,saiznya besar.Ia menunjukkan dan mewujudkan gambar yang
mempunyai gerakkan dan bersifat realiti.Kita boleh menggunakan pelbagai cara untuk mencapai
dominan.Iaitu menggunakan peraturan satu pertiga,menggunakan lampu dan cahaya ,Saiz yang
lebih besar,menggunakan garis-garis,mewujudkan gerakan dalam visual serta anak panah .untuk
menunjukkan objek utama dan warna serta bentuk yang kontras.Gambar dibawah menunjukkan
konsep domain.

Dalam gambar ini,warna kuda dan pemandanganya sungguh jelas.item utama adalah
gambar ini ditonjolkan.Item utama adalah kuda.Gambar ini sunggu menarik,saiz kuda itu
membezakan ibu dan anaknya.Selain itu,gambar ini boleh digunakan dalam pembelajaran
matapelajaran sains kerana kuda adalah dalam kumpulan haiwan.Pelajar boleh mengetahui dan
belajar dengan sekali imbas.
2. Pola
Pola boleh dikatakan penyusunan elemen-elemen visual untuk menarik dan mengekalkan
perhatian pelajar.Susuna elemen-elemen ini amat penting untuk menarik dan mengerakkan
pengelihatan mata dalam visual kearah yang betul.Selain daripada itu,ia juga penting untuk
pengelihatan mata untuk mengikuti aliran persembahan sampai ke akhir.Gambar rajah
dibawah menunjukkan unsur-unsur pola.

Dalam gambar

ini

susunan

adalah

penting,ia menunjukkan pergerakkan.Di samping itu,penyusunan dalam gambar ini menarik


perhatian pelajar.Gambar ini mempunyai sungai yang panjang dan menarik mata untuk melihat
4

jauh kedalam gambar tersebutIa mengekalkan pengelihatan mata..Dalam pembelajaran,Pelajar


akan mempelajari tentang alam sekitar,kepentingan alam sekitar dan sebagainya.
4. Seimbang
Keseimbangan adalah suatu elemen yang penting dalam rekaan visual.Penggunaan mata
adalah cara terbaik untuk menentukan keseimbangan.Terdapat dua jenis seimbang iaitu,
I)

Formal.
Seimbang Formal membawa maksud pembahagian yang sama
antara dua bahagian visual.Contonya bahagaian kiri dan kanan atau
bahagian atas dan bawah.

ii)

Seimbang yang tidak Formal.


Seimbang yang tidak formal bermaksud pembahagian yang tidak
sama rata antara bahagian reka bentuk visual kiri dan kanan atau

atas dan bawah.


Gambar rajah dibawah menunjukkan reka bentuk visual Seimbang yang Formal.

Saya memilih gambar yang mempunyai unsur seimbang formal kerana ia mempunyai
pembahagian yang sama.Dalam gambar ini,seimbang formal mudah dicapai,kesanya masih
menarik walaupun ia kurang dinamik berbanding dengan seimbang tidak formal.Gambar ini
menunjukkan bangunan-bangunan yang disusun dan pembahagian yang sama.Ia boleh digunakan
dalam pembelajaran,seperti moral,sivik dan bahasa malaysia.Ia menunjukkan,era globalisasi
yang sedang membangun dan maju dalam semua aspek seperti ekonomi,pendidikan dan
sebagainya.
5. Variasi
Variasi membawa maksud menggunakan pelbagai elemen grafik dalam penghasilan
visual yang kellihatan hidup dan bergerak. Ia juga meningkatkan tarikan dan minat terhadap
visual. Contohnya adalah seperti gambar rajah dibawah.

Dalam gambar ini, visual ini menunjukkan pergerakkan asap daripada kilang.Ia kelihatan
realiti serta ia juga boleh menarik perhatian pelajar.Gambar ini boleh digunakkan didalam
matapelajaran sains.Gambar ini menunjukkan asap yang banyak dikeluarkan dari kilang itu.Ia
menipiskan ozon.Asap yang dikeluarkan dari kilang itu membahayakan masyarakat.Gambar ini
menerangkan kepada pelajar bahawa asap dari kilang.Ia adalah salah satu aspek utama yang
mencemarkan udara.
6.Harmoni
Harmoni merupakan penggunaan elemen grafik yang mempunyai kesinambungan antara
satu sama lain.Ia mententeramkan hati dan mata pelajar.Ia juga menimbulkan nilai-nilai
estetika.Ada hubungan diantara elemen elemen,arah aliran persembahan,perspektif serta
kesatuan mesej seperti gambar rajah dibawah.

Wau ini dihasilkan dengan harmoni untuk menimbulkan keindahan yang sesuai dengan
kegunaanya.Ia juga menunjukkan kadar bandingan yang seimbang (simetri).Dapat mewujudkan
kesan harmoni.Wau ini bukan sahaja menarik minat murid tetapi murid dapat mengikuti
perkembangan keseluruhan reka bentuk

visual.Gambar ini boleh digunakan dalam mata

pelajaran pendidikan seni visual. Prinsip reka bentuk visual harmoni Bertujuan untuk
memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual.
6

Akhir kata,ciri-ciri visual memainkan peranan yang sangat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran.Ciri-ciri visual yang baik mempunyai grafik /dan gambar yang boleh dibaca
dengan muda dan jelas.Gambar-dan grafik tersebut memberikan mesej yang boleh di tafsir
dengan berkesan.Ia akan mewujudkan interaksi yang aktif dikalangan pelajar.Dengan ini para
guru boleh menjadikan pembelajaran pelajar itu pebih produktiviti dan seimbang.

Soalan 2:

Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik dalam kalangan dunia tetapi untuk
perjalanan yang akan datang,guru-guru akan memainkan peranan yang penting untuk
menentukan serta membentukan generasi kedua. Proses modenisasi dan perkembangan teknologi
membawa bersamanya pelbagai perubahan yang mana ianya memerlukan tenaga manusia yang
cekap, cekal dan boleh berfikir. Masyarakat berfikir ialah masyarakat yang mempunyai daya
intelektual yang tinggi dan dapat mencorakkan perubahan sosial, moral dan ekonomi. Di dunia
ini semua manusia menjalani proses berfikir.Dalam proses melahirkan masyarakat berfikir yang
berilmu dan berakhlak mulia, pendidikan adalah perlu sebagai asas pembentukan dan
pembangunan minda dalam masyarakat. Definisi kemahiran berfikir ialah proses menggunakan
minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu. Menerokai pelbagai
kemungkinan idea atau ciptaan dan membuat pertimbangan yang sewajarnya, bagi membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat pertimbangan yang sewajarnya,
bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan
metakognitif terhadap proses yang dialami. Kemahiran berfikir ialah satu kecekapan yang
menyumbang kepada sesuatu jenis pemikiran. Proses mengunakan minda untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan dan
7

membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Proses
berfikir berlaku apabila timbul sesuatu soalan dan kita mencari jawapannya, kita sedang
mengalami proses berfikir. Untuk mencari jawapan, kita menggunakan segala aspek yang
terdapat dalam minda iaitu apa yang saya tahu iaitu pengetahuan. Selain itu, dengan menyoal diri
iaitu kemahiran kognitif. Menilai baik buruknya iaitu sikap atau nilai. Dengan demikian, proses
berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, proses kognitif dan sikap atau nilai dalam
minda individu.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama
Prof. Jack Zevin (Queens College, New York, USA) telah memperkenalkan satu model KBKK.
Model yang diperkenalkan ini telah mengkelaskan KBKK kepada empat Kategori utama :

i)

Pemikiran Kreatif.

Didefinisikan sebagai Pemikiran didefinisikan sebagai proses menggunakan


minda untuk membuat keputusan dan menyelesaikan terhadap sesuatu
masalah.Ia juga boleh dikatogarikan sebagai kecekapan minda untul
menghasilkan idea,mencipta sesuatu yang baru dan asli.

ii)

Pemikiran kritis.

Manakal Pemikiran kritis pula didefinisikan pemikiran secara sirius dan perlu
membuat prtimbangan daripadanya.Ia melibatkan aktiviti mental secara analisis,
sintesis dan penilaian

iii)

Penyelesaian masalah.

Masalah merujuk kepada suatu keadaan, situasi dan pengalaman yang boleh
memberi kesan kepada ketidakseimbangan seseorang manusia dari aspek emosi,
pemikiran, tindakan dan adakalanya fizikal.

iv)

Membuat keputusan.

Ia didefinisikan sebagai mencari penyelesaian secara terancang terhadap situasi


yang tidak pasti atau mencabar atau kesulitan yang tidak dijangkakan.

Di samping itu, terdapat pelbagai kelemahan dalam berfikir iaitu, tiada gambaran, tidak
tersusun, tidak ada idea, fikiran sempit, fikiran terburu-buru dan sebagainya.Pemikiran kreatif
ialah kategori yang memperluas dan mengembangkan daya imaginasi, inovasi dan kreatif pelajar
untuk mendapatkan idea, seperti idea baru, banyak dan pelbagai.Seterusnya, pemikiran kritis.
Pemikiran kritis melibatkan proses menganalisis dan menilai idea, data atau maklumat untuk
kefahaman yang jelas, kukuh dan bermakna.Penyelesaian masalah ialah melibatkan satu proses
yang kompleks, terdiri daripada langkah-langkah berikut yang mungkin berulang-alik ialah
mengenalpasti atau mentafsir masalah, mencari cara-cara penyelesaian, memilih cara
penyelesaian yang terpilih dan memeriksa kesan penyelesaian.
Membuat keputusan, kategori ini melibatkan proses yang agak rumit dan terdiri daripada
langkah-langkah berikut, iaitu pertama sekali menjana pilihanpilihan bermaksud melibatkan
kemahiran berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pilihan, dalam erti kata lain ialah pilihan
alternatif. Kedua, menentukan akibat sesuatu pilihan, ia melibatkan kemahiran menentukan
akibat sebagai satu pililhan. Seterusnya, memilih pilihan terbaik berdasarkan kepada kriteria iaitu
melibatkan kemahiran menentukan kriteria, keutamaan kriteria, menilai pilihan-pilihan dan
membuat pilihan terbaik.
Setelah mencari beberapa laman web. Akhirnya, saya berjaya menemui laman web yang
mengandungi reka bentuk pengajaran dan pembelajaran untuk meningkatkan kemahiran berfikir
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam laman web sains clips ini terdapat
keempat-empat ciri reka bentuk yang terdapat meningkatkan kemahiran berfikir iaitu pemikiran
kreatif, kritis, penyelesian masalah dan membuat keputusan. Dalam Laman Web Schools Science
clips terdapat pelbagai pembelajaran untuk pelajar yang berumur lima sehingga sebelas.
Contohnya, dalam pembelajaran umur lima hingga enam terdapat enam topik utama iaitu
ourselves,growing plants, sorting and using materials, light and dark, pushes and pulls and sound
and hearing. Dalam topik ourselve, pelajar akan belajar mengenai haiwan dan benda bukan
hidup. Pelajar hanya perlu klik anak panah merah untuk ke seterusnya pada skrin. Selain itu, jika
pelajar ingin bantuan, pelajar boleh menekan butang help pada skrin. Tambahan pula, selepas
9

pembelajaran sesuatu topik, terdapat kuiz. Contohnya kuiz dalam topik ourself, pelajar perlu
seret jawapan dan label setiap tempat dengan tepat. Laman web ini sungguh menarik. Laman
web menarik perhatian semua pengguna kerana sistem pembelajaran ini amat sesuai bagi pelajar
yang berumur lima hingga sebelas tahun.
Dalam laman web ini pelajar akan mempelajari pelbagai jenis kemahiran berfikir. Mereka
akan belajar secara kritis contohnya, berfikir dan analitikal, kritikal, objektif, sistematik, realitif
dan sebagainya. Pelajar juga akan mempunyai kecekapan dan keupayaan mengunakan minda
untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, kebaikan dan kelemahan sesuatu
hujah atau maklumat yang disampaikan di laman web ini.
Guru akan mengajar pelajar untuk banding beza, membuat kategori, teliti bahagian kecil dan
keseluruhan, membuat sekwens, menerang sebab, membuat ramalan, usul periksa andaian,
membuat inferens dan mengesahkan sumber maklumat.
Selain itu, mereka juga akan belajar secara kreatif iaitu dengan kecekapan atau
keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan mengunakan minda
untuk menerokai pelbagai berkemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru dan dinilai sama
ada bersifat maujud, abstrak,idea atau gagasan. Contohnya, pelajar akan menjana dan
menghasilkan idea yang pelbagai untuk mencipta analogi dan mencipta metafora. Kemahirankemahiran yang lain terdapat menanam dalam diri pelajar ialah kemahiran membuat keputusan
dan kemahiran menyelesaikan masalah. Kemahiran menyelesaikan masalah merupakan satu
keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia di dunia ini. Masalah yang kita hadapi
mungkin tidak menjadi masalah kepada orang lain dan juga masalah yang dianggap mudah bagi
kita dianggap sukar kepada orang lain. Bagi kemahiran membuat keputusan pula kita perlu
membuat keputusan untuk memilih apa yang kita hendak sama ada kita rasa puas hati suka dan
setuju.Keputusan yang kita ambil bergantung kepada kriteria dan nilai tertentu.Tujuan kemahiran
membuat keputusan adalah sangat penting kepada manusia untuk melatih manusia membuat
keputusan yang relevan, rasional untuk bermanfaatkan sumber maklumat semasa membuat
keputusan.dalam laman web ini telah digunakan banyak bahan yang merupakan rangsangan yang
digunakan untuk melatih dan mewujudkan suasana berfikir untuk pelajar. Bahan boleh berbentuk
grafik, gambar, rajah, graf dan kartun. Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada tiga
kategori iaitu bahan seronok boleh mengalakkan pelajar mungunakan banyak daya imaginasi
yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai. Bahan asing pula bahan yang berkala
10

tetapi di luar pengalaman pelajar.bahan itu datang dari dunia orang dewasa. Seterusnya, bahan
persekitaran. Bahan ini datang dari dunia pelajar yang mereka gemari.
Tujuan kemahiran berfikir secara kreatif dan secara kritis dan kreatif (KBKK) ialah untuk
mendapat latihan secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah
dengan bijak, mengapilikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih
praktik sama ada dalam atau luar sekolah. Mereka juga akan mempelajari mengatasi kesilapan
berfikir yang terburu-buru, bercelaru, Kabur dan sempit. Bukan itu sahaja meningkatkan aspek
koknitif dan efektif seterusnya perkembangan intelek mereka.
Sebagai guru ingin saya mencadangkan sikap yang perlu kearah mencapai kemahiran berfikir
secara kreatif dan secara kritis dan kreatif (KBKK). Setiap orang perlu berfikir, Tuhan kurniakan
otak untuk supaya semua orang boleh berfikir. Berfikir ialah kemahiran yang boleh dibentuk dan
dibangunkan. Setiap orang perlu menganggap diri sebagai pemikir. Selain itu, perlu meyakinkan
diri sendiri akan menjadi pemikir yang bertambah baik. Berfikir memerlukan kemampuan yang
deliberate. Perkara yang sukar boleh diselesaikan dengan mudah di samping itu, sikap lain ialah
membuat tindakan satu persatu.Asingkan ego dari pemikiran, pastikan objektif pemikiran dapat
dicapai dan kegunaan berfikir bukan untuk betul pada setiap masa dan perlu selalu merendahkan
diri kerana rasa bongkah adalah tanda pemikir yang lemah.
Kesimpulanya Pemikiran ialah proses yang menggunakan minda untuk mencari makna
dan pemahaman terhadap sesuatu,menerokai pelbagai kemungkinan idea atau ciptaan serta
membuat pertimbangan

yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

Seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang di alaminya.

(2501 patah perkataan)

11

RUJUKKAN :

1. www.scribd.com/doc/.../Reka-Bentuk-VisualCached (internet)
2. Teks lengkap pendidikan seni visual (kbsm)
Tingkatan 2 (Mazlan Othman,Razitah Tapah)
3. www.freewebs.com/oum1/Bab%204%20PTP.ppt
4. pkpgbuthm.net/index.php?option=com...
5. www.dokumen.org/ppt/39971 -

12

Anda mungkin juga menyukai