Anda di halaman 1dari 2

Matematik Tingkatan 3

BAB 2 : POLIGON II

1. Poligon sekata adalah poligon yang mempunyai semua sisinya sama panjang dan
setiap sudut dalaman dengan nilai yang sama.
2. Bilangan garisan simetri bagi sebuah polygon sekata adalah sama dengan bilangan
sisinya.
Contoh:
(a) Sebuah segi tiga sama sisi mempunyai 3 garisan simetri.
(b) Segi empat sama mempunyai 4 garisan simetri.
3. Sebuah poligon boleh dibahagi kepada beberapa bentuk segi tiga dengan melukis
garisan daripada suatu bucu dengan bucu lain yang tidak bersebelahan.

4. Formula untuk mencari jumlah semua sudut dalaman bagi sebuah poligon dengan n
sisi adalah:

Bilangan sisi: n
Jumlah sudut dalaman = (n - 2) x 180o

5. Setiap sudut dalaman bagi sebuah poligon sekata adalah sama:

Bilangan sisi: n
Satu sudut dalaman =
Bagi poligon sekata

(n - 2) x 180o
n

Amir Faisal 2015. Learning House @ Alam Energia.

Matematik Tingkatan 3

Amir Faisal 2015. Learning House @ Alam Energia.