Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK KSSR TAHUN 4

Matapelajaran

: Matematik

Kelas

: 4 Kreatif

Tarikh / Hari

: 16 April 2014 / Rabu

Masa

: 9.15 9.45 pagi

Bilangan Murid

: 24 orang

Bidang Pembelajaran

: Nombor dan Operasi

Topik

: 7.0

Standard Kandungan

: Murid dibimbing untuk :


7.1

Standard Pembelajaran

Pecahan
Mengetahui pecahan tak wajar dan nombor bercampur.

: Murid berupaya untuk :


Mengenal, menamakan dan menulis pecahan tak wajar yang
penyebutnya hingga 10 dengan menggunakan:
i.

Objektif

gambarajah

: Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:


i.
ii.

Pengetahuan Sedia Ada Murid

Menamakan pecahan tak wajar dengan betul.


Mengenal pecahan tak wajar dengan betul berdasarkan
soalan lembaran kerja yang diberikan.
: Murid telah mempelajari dan mengenali pecahan
wajar yang penyebutnya kurang dari 10.

Nilai Murni

: Kerjasama, Keberanian

Kemahiran Berfikir

: Membanding beza, mencirikan.

Teknik Pengajaran

: Demonstrasi, soal jawab, aktiviti berkumpulan koperatif.

Bahan / Peralatan

Lembaran kerja

Kit dan kad pecahan.

Lembaran kerja

Bahan multimedia

Standard Prestasi

: B2 D3 E1

Rujukan DSK

: 7.1 ( i )

Refleksi Kendiri

Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancer


dan mencapai sasaran objektif. Murid memberikan respon
yang memuaskan bermula dari set induksi sehinggalah akhir
proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan bahan
yang disediakan didapati banyak membantu menarik focus
murid untuk belajar.Di akhir proses pengajaran dan
pembelajaran, semua murid dapat menjawab dengan betul
soalan-soalan yang dikemukakan di dalam lembaran kerja.

Buat refleksi mengikut langkah RPH.


Refleksi Pengajaran :

Semua langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang disusun dalam Rancangan


Pengajaran Harian ini dapat dijalankan dengan baik dan lancer kecuali langkah yang
terakhir iaitu bahagian penutup. Langkah ini tidak dapat dilakukan kerana masalah
kesuntukan masa.
Secara amnya kelas 4 Kreatif yang dipilih bagi kerja kursus ini berjumlah 24 orang murid.
Mereka merupakan kumplan murid yang lemah pencapaian akademik bagi semua
matapelajaran teras dan seramai 12 orang murid dalam kelas tersebut merupakan murid
dalam kumpulan linus yang akan mengikuti kelas linus / intervensi bagi matapelajaran
matematik.
Daripada malum balas murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, kami
dapati hamper kesemua murid terutamanya murid lelaki memberikan respon yang cukup
memuaskan. Mereka cukup berminat dan mengambil bahagian dengan aktif ketika sesi
soaljawab berlaku. Perhatian mereka lebih tertumpu kepada persembahan multimedia yang
digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi topic pecahan.
Kebanyakan murid juga kami dapat memahami penerangan yang telah diberikan berkaitan
dengan topic tersebut walaupun pada peringkat permulaan pengajaran dan sesi soaljawab
tidak ramai murid yang mampu memberikan jawapan yang tepat. Dengan menggunakan
bahan multimedia sebagai BBM, beserta dengan pergerakan gambarajah yang ditunjukkan,
akhirnya kami dapati hampir 80% murid berjaya memberikan jawapan yang tepat terhadap
sesi soaljawab yang dijalankan. Dari apa yang kami lihat, kami juga dapati kebanyakan
murid lelaki lebih agresif berbanding dengan murid perempuan. Ini mungkin disebabkan
murid lelaki ramai dan lebih separuh daaripada murid perempuan merupakan murid kelas
linus / intervensi. Mereka ini kami lihat agak pasif semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku berbanding dengan murid yang lain dimana mereka telah
menunjukkan keberanian dan mempunyai sikap berlumba-lumba untuk menjawab soalan
yang diajukan oleh guru yang mengajar.
Pada peringkat peneguhan pula, kami telah menjalankan aktiviti secara berkumpulan
dimana murid dibahagikan kepada 6 kumpulan murid mengikut jantina kerana ini merupakan
budaya yang diamalkan di sekolah ini terhadap semua murid tahap 2. Namun begitu, sikap
berlumba untuk menjadi kumpulan pertama memberikan jawapan telah mengujudkn
suasana yang harmoni dan ceria sepanjang tempoh aktiviti tersebut dijalankan. Kami dapat

lihat kebanyakan ahli kumpulan cuba sedaya upaya untuk menandingi kumpulan lain dan
mereka saling memberikan pendapat semasa proses tersebut.
Isu dan perkara yang difokuskan
Pencapaian murid menguasai hasil pembelajaran.
Daripada maklum balas murid, saya dapati mereka memberi respon yang memuaskan
terutamanya persembahan multimedia dan terhadap soalan yang saya kemukakan pada
awal pengajaran iaitu set induksi. Ini menunjukkan saya telah berjaya merangsang minat
murid dengan menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada mereka dan menunjukkan murid
dalam keadaan bersedia untuk meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Penglibatan
murid dalam menjalankan aktiviti adalah aktif dan menunjukkan semangat kerjasama dalam
perbincangan menyiapkan aktiviti dengan baik. Aktiviti yang saya rancangkan telah
menjurus kepada pencapaian objektif pengajaran.
Analisis isu dan perkara yang difokuskan
Kekuatan : Sesi pengajaran saya pada hari ini dapat dilaksanakan seperti yang
dirancangkan dan murid dapat mengikuti aktiviti pengajaran dengan penuh disiplin.
Saya banyak menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajatran yang
berpusatkan murid semasa menerangkan contoh dan memanggil nama murid untuk
mencuba menjawab soalan yang dikemukakan.Penglibatan murid dari awal hingga
akhir sesi pengajaran adalah aktif dan mereka semua amat berminat.
Kelemahan : Saya perlu mengawal masa yang digunakan dalam fasa pengajaran supaya
tidak menjejaskan mana-mana langkah pengajaran yang telah dirancang.Penutup yang
dibuat adalah amat mengecewakan disebabkan kesuntukkan masa. Sesi pengajaran kurang
melibatkan murid dan banyak kearah berpusatkan guru.Aktiviti yang dijalankan kurang
menarik dan penggunaan bahan bantu mengajar semasa aktiviti berkumpulan perlu diberi
penambahbaikkan. Walaupun begitu semasa sesi pengenalan bahan yang digunakan dapat
menarik perhatian murid.

3.

Cadangan penambahbaikkan
Pada pengajaran yang akan datang saya akan menyediakan aktiviti yang lebih menarik
menggunakan bahan-bahan yang lebih menarik lagi. Saya juga akan menggunakan
kemudahan IT yang terdapat disekolah.Contohnya membuat persembahan multimedia
menggunakan power point yang menarik penuh dengan pelbagai contoh-contoh menarik.

Juga akan menggalakkan murid untuk mencuba dan menjawab setiap soalan yang
dikemukakan

dengan

sentuhan

jari

masing-masing.Barulah

pengajaran

dan

juga

pembelajaran akan menjadi lebih menarik.Selain itu aktiviti yang lebih menarik seperti aktiviti
seharian seperti aktiviti jual beli juga akan menjadikan suasana pembelajaran lebih
menarik.Dengan ini saya dapat membantu murid-murid dalam mencapai objektif
pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai