Anda di halaman 1dari 56

PENGGUNAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME MEMBANTU DALAM MENGHASILKAN

LUKISAN TEKNIK TITIK BAGI PELAJAR-PELAJAR TAHUN 5 CEMERLANG DI SEKOLAH


KEBANGSAAN BAKO, KUCHING.
Oleh;

SAJIDIN BIN JAIS


ID: 781218135077001
TUJUAN LAPORAN :
MEMBANTU PARA PELAJAR LEBIH MENDALAMI, MENGHAYATI DAN MEMAHAMI TEKNIK
MELUKIS DENGAN LUKISAN TEKNIK TITIK DENGAN BAIK MELALUI PENDEKATAN
KONSTRUKTIVISME.

PUSAT PEMBELAJARAN SARAWAK


FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

2016

ISI KANDUNGAN / PERKARA

HALAMAN

i)

ISI KANDUNGAN

ii) PENGHARGAAN

ii

iii) ABSTRAK

iii

1. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

2. ISU / FOKUS KAJIAN

3. OBJEKTIF KAJIAN

4. KUMPULAN SASARAN

5. PELAKSANAAN KAJIAN
5.1. TINJAUAN MASALAH

5.2. ANALISIS TINJAUAN MASALAH

5.3. TINDAKAN YANG DIJALANKAN

27

5.4. PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN

30

5.5. REFLEKSI KAJIAN

33

6. CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

39

7. BIBLIOGRAFI

41

8. LAMPIRAN
8.1. HASIL KERJA SEBELUM KAJIAN

42

8.2. HASIL KERJA SELEPAS KAJIAN

46

8.3. BORANG PEMERHATIAN

49

8.4. BORANG KAJI SELIDIK

50

PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah Taala di atas limpah kurnianya yang telah memberikan kekuatan
dan rahmat kesihatan yang baik kepada sayai selama saya menyiapkan tesis ini. Setinggitinggi ucapan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Dr. Hasnan bin Ramli di atas
tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang saya menyiapkan tesis ini. Tanpa tunjuk ajar
dan bimbingan yang diberikannya tidak mungkin saya boleh menghabiskan tesis ini.
Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas segala jasa dan budi baik beliau.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada semua rakan sekerja yang sentiasa
menaikkan semangat saya untuk menghabiskan pengajian ini. Serta rakan sekuliah yang
sentiasa memberi semangat dan dorongan antara satu sama lain dalam melaksanakan tesis
kajian ini.
Akhir sekali saya ingin merakamkan penghargaan dan kasih sayang yang tidak terhingga
kepada isteri yang tercinta Siti Zubaidah binti Mohd Yackub yang sentiasa membantu dan
sabar dalam menghadapi karenah saya di sepanjang proses kajian ini. Begitu juga ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada anakanda yang dikasihi Taufeq Hidayat dan
Fathin Nabilah yang sentiasa menjadi pendorong dan pembakar semangat kejayaan saya
selama ini. Semoga kalian akan menjadi anak yang boleh membanggakan mama dan
abahnya pada masa akan datang.
Wassalam.

PENGGUNAAN PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME MEMBANTU DALAM


MENGHASILKAN LUKISAN TEKNIK TITIK BAGI PELAJAR-PELAJAR
TAHUN 5
OLEH
SAJIDIN BIN JAIS
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKO,
JALAN BAKO, 93050, KUCHING,
SARAWAK.

ABSTRAK
ii
Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengenalpasti sama ada strategi pendekatan konstruktivisme
dapat digunakan dengan berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual bagi bidang
menggambar di bawah tajuk lukisan teknik titik. Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tahun 5, Sekolah
Kebangsaan Bako, Kuching di mana seramai 25 orang pelajar telah diambil sebagai sampel kajian. Tinjauan
awal telah dilakukan melalui pemerhatian pengkaji di dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang lepas.
Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar adalah tidak dapat menggambarkan ton gelap, sederhana, dan
cerah serta tidak mampu memikirkan kehadiran cahaya dari arah atau sudut tertentu. Para pelajar juga tidak
mahir menghasilkan bayang-bayang objek yang telah dihasilkan, apatah lagi menghasilkan lukisan titik
berwarna yang bersifat menarik. Perancangan tindakan difokuskan kepada strategi konstruktivisme bagi
menarik minat pelajar dan mengembangkan lagi imaginasi pelajar secara meluas dan tidak hanya bergantung
harap kepada panduan guru semata-mata. Pelajar-pelajar telah didedahkan dengan Teknik lukisan titik ini
selama 60 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 5 minggu. Hasil dapatan daripada
pemerhatian guru dan kaji selidik pelajar menunjukkan prestasi pelajar meningkat dengan sangat baik.
Pelajar dilihat sangat seronok dan menggemari hasil karya yang sangat menarik yang telah mereka hasilkan
sendiri.

ii

3
iii

1.0

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pendidikan Seni Visual diajar di sekolah bertujuan memberi peluang kepada pelajar
memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan
terhadap nilai-nilai kesenian dan alam sekitar serta kaitannya dengan mata pelajaran lain.
Penggunaan strategi yang sesuai dengan isi kandungan pengajaran adalah digalakkan untuk
memupuk minat pelajar. Pengenalan pelbagai strategi pengajaran seperti Teori Kecerdasan
Pelbagai, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Kontekstual, Konstruktivisme, Pembelajaran
Akses Kendiri, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif (KBKK), Belajar Cara Belajar, dan Pembelajaran Masteri adalah selaras
dengan visi dan misi Pendidikan yang berhasrat untuk menyempurnakan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Sepanjang tempoh pengkaji mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni Visual bagi darjah 5
Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Bako, Kuching, banyak perkara yang yang melibatkan
masalah pelajar telah dapat pengkaji kenal pasti. Antara masalah yang timbul dan menarik
perhatian pengkaji sepanjang tempoh pengajaran adalah berkaitan dengan bidang
menggambar dengan menggunakan lukisan teknik titik.

Di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), lukisan dengan teknik titik ini
merupakan satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh pelajar-pelajar di tahun
5 untuk penghasilan karya yang menarik. Ianya merupakan salah satu kemahiran aplikasi
seni yang terdapat dalam bab pertama di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan
Pentaksiran (DSKP) Tahun 5 sekarang.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pengaplikasian teknik titik dalam
lukisan amat jarang ditekankan sebelum ini. Ini secara tidak langsung menyebabkan
pelajar-pelajar tidak mengetahui dengan mendalam tentang teknik titik untuk menghasilkan
sebuah karya yang baik dan kreatif.
Pelajar sekolah rendah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pendidikan
Seni Visual memainkan peranan memperkembangkan sifat-sifat ini melalui persepsi visual,

imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan yang melibatkan hands-on atau praktikal amat
menyeronokkan bagi pelajar. Ini dapat meningkatkan keyakinan mereka untuk
menghasilkan sesuatu yang kreatif.

Dalam menghasilkan lukisan teknik titik ini kebanyakan pelajar tidak dapat
menggambarkan ton gelap, sederhana, dan cerah serta tidak mampu memikirkan kehadiran
cahaya dari arah atau sudut tertentu. Bukan itu sahaja, malah pelajar-pelajar juga tidak
mahir menghasilkan bayang-bayang objek yang telah dihasilkan, apatah lagi menghasilkan
lukisan titik berwarna. Ini menunjukkan bahawa, pelajar-pelajar Tahun 5 Cemerlang di SK
Bako tidak mempunyai pengetahuan sedia ada, daya kreativiti, minat dan kecenderungan
terhadap teknik yang dipelajari. Daripada pemerhatian pengkaji dengan hasil karya pelajar,
daya imaginasi dan kreativiti pelajar sangat lemah dan tidak mampu mengaplikasikan
teknik titik bagi menghasilkan sebuah karya sendiri yang menarik seperti yang diharapkan.

Penggunaan Model Konstruktivisme dilihat menjurus kepada Sukatan Pelajaran


Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah yang disediakan oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia yang menyatakan tumpuan utama Pendidikan
Seni Visual merangkumi empat aspek utama yang penting iaitu pemerhatian secara aktif,
interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual secara mudah,
dan menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Dalam kajian ini, pengkaji akan mempraktikkan strategi dan pendekatan konstruktivisme
di dalam Pendidikan Seni Visual bagi bidang lukisan teknik titik. Kajian ini akan melihat
sejauhmana keberhasilan strategi yang digunakan mampu memberi kesan positif kepada
para pelajar tahun 5 Cemerlang di SK Bako dan melahirkan pelajar yang mempunyai daya
imaginasi yang tinggi serta kreatif dalam penghasilan karya seni. Keberkesanan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran amat bergantung kepada kaedah dan strategi
pengajaran dan pembelajaran yang digunakan.

2.0

ISU / FOKUS KAJIAN

Sebilangan besar pelajar-pelajar Tahun 5 Cemerlang di SK Bako dilihat belum mampu


untuk menghasilkan sesuatu karya lukisan dengan teknik titik yang betul. Pelajar-pelajar
tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini kerana sebelumnya mereka tidak didedahkan
dengan teknik dan cara yang betul dalam penghasilkan karya lukisan teknik titik. Terdapat
sebilangan kecil pelajar di Tahun 5 Cemerlang yang mampu menghasilkan lukisan titik
yang baik sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak 10 hingga 12 tahun. Walaupun
demikian, ianya masih perlu diperbaiki untuk meghasilkan karya yang bermutu.

Lazimnya, pelajar yang boleh menghasilkan lukisan titik yang baik mempunyai minat dan
keinginan yang tinggi terhadap proses perkembangan seni visual. Mereka dilihat begitu
memberi perhatian kepada penerangan guru atau gambar atau tayangan video yang
menunjukkan hasil lukisan teknik titik. Adalah diharapkan agar melalui kajian ini, pengkaji
dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan yang terdapat dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran dengan strategi pendekatan konstruktivisme.

Dalam hal ini, guru memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pelajar kepada
bidang menggambar, khususnya melukis dengan teknik titik supaya pelajar dapat
mengembangkan bakat yang ada dan seterusnya menjadi seorang yang berkebolehan dalam
bidang tersebut. Memang tidak dinafikan , bukan semua pelajar akan menjadi pelukis atau
artis yang hebat. Itu bukanlah fokus utama dalam kajian ini malah bukan merupakan
objektif utama dalam Pendidikan Seni Visual. Apa yang lebih penting adalah, pelajar akan
dapat menerapkan nilai-nilai apresiasi terhadap sesuatu karya seni dan menghargai
keindahan alam ciptaan Tuhan melalui aktiviti-aktiviti seni visual.

Kajian ini akan menjadi petunjuk yang berguna dalam mengenalpasti keupayaan serta
kesediaan pelajar menerima

pengajaran yang lebih sistematik melalui Model

Konstruktivisme. Pelajar-pelajar Tahun Lima Cemerlang yang dijadikan sampel kajian


diharapkan akan mendapat maklum balas positif demi kebaikan bersama.

Pengkaji juga berhasrat ingin melihat 80% pelajarnya mampu menghasilkan karya lukisan
teknik titik yang lebih baik setelah dibimbing dengan menggunakan strategi
konstruktivisme.

3.0

OBJEKTIF KAJIAN
3.1

OBJEKTIF UMUM

Diakhir kajian ini pelajar dapat mengembangkan daya kreativitivi serta mempunyai
nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginasi, kritis, inovatif dan inventif dalam
menghasilkan sesebuah karya seni.

3.2

OBJEKTIF KHUSUS

Kajian ini dijalankan untuk menentukan sama ada Model Konstruktivisme


diaplikasikan secara sistematik untuk mencapai objektif berikut:
i.

Pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan berkaitan unsur seni dan prinsip


rekaan dalam bidang lukisan teknik titik.

ii.

Pelajar

boleh

menerima

penggunaan

teori

konstruktivisme

dalam

pembelajaran bidang lukisan teknik titik.


iii.

Pelajar menunjukkan minat terhadap Pendidikan Seni Visual khususnya


bidang lukisan teknik titik.

4.0

KUMPULAN SASARAN

Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar Tahun 5 Cemerlang di SK Bako, Kuching yang
mempunyai pencapaian berbeza dari segi tahap penerimaan pembelajaran. Ianya hanya
melibatkan sebuah sekolah sahaja dan tidak menunjukkan prestasi keseluruhan sekolah
dalam Daerah Kuching. Hasil kajian ini boleh digunakan oleh sekolah-sekolah
berdekatan untuk mengajar subjek berkenaan pada masa akan datang jika terbukti
berkesan.

Kumpulan sasaran ini dipilih berdasarkan kelas tanpa mengira tahap pencapaian
pelajar. Namun hasil pemerhatian dan rekod pencapaian pelajar yang lepas, para
pelajar dalam kelas 5 Cemerlang mempunyai tahap pencapaian yang setara iaitu masih
dalam tahap sederhana dan masih perlu bimbingan secara berterusan.

25 orang pelajar yang dipilih ini akan menjadi sampel kajian bagi melaksanakan
proses penyelidikan tindakan pengkaji. Di sini pengkaji akan dapat melihat kekuatan
dan kelemahan proses Pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar dalam kelas
seramai itu

5.0

PELAKSANAAN KAJIAN
5.1

TINJAUAN MASALAH

Kajian ini dijalankan bagi tujuan meninjau keberkesanan terhadap penggunaan


kaedah pengajaran konstruktivisme di kalangan pelajar Tahun 5 Cemerlang di
SK Bako dalam bidang menggambar di bawah tajuk lukisan teknik titik.
Tinjauan masalah untuk kajian ini dibuat berdasarkan pemerhatian dan kaji
selidik daripada sampel kajian.

5.1.1

Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap tingkah laku responden
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan pelajar
menunjukkan sikap kurang minat dalam Pendidikan Seni Visual dan
hasil lukisan atau karya mereka sangat tidak memuaskan. Pelajar juga
tidak mampu menggunakan daya imaginasi mereka untuk menghasilkan
lukisan teknik titik yang menarik. Bukan seorang dua malah semua
pelajar Tahun 5 Cemerlang tidak mencapai objektif pembelajaran untuk
lukisan teknik titik.

Selain itu, pengkaji telah memberikan borang pemerhatian kepada guru


lain untuk membuat pemerhatian kendiri terhadap pelajar berkenaan
dari semasa ke semasa.

5.1.2

Kaji selidik

Borang kaji selidik telah disediakan dan edarkan kepada responden


untuk mendapatkan maklum balas tentang kemahiran Lukisan Teknik
Titik sebelum dan selepas strategi konstruktivisme digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Kaji selidik
menunjukkan terdapatnya perkembangan positif dalam pembelajaran
pelajar.

5.2

ANALISIS TINJAUAN MASALAH


5.2.1

Analisis Pemerhatian

Sebelum kajian
Sebelum kajian dilaksanakan pengkaji telah membuat pemerhatian
secara holistic dan spesifik terhadap pelajar-pelajar ayng menjadi
sampel kepada kajian tersebut. Setiap kali sesi pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Seni Visual bermula, pengkaji akan mencatat
hasil

pemerhatian

di

dalam

borang

yang

telah

disediakan.

Hasil pemerhatian mendapati pelajar amat pasif dalam kelas Pendidikan


Seni Visual dan tidak mengambil perhatian sepenuhnya ketika guru
mengajar. Hasil kerja atau karya yang dihasilkan oleh pelajar bagi
pengkaji sangat tidak sempurna kerana tidak memasukkan elemenelemen seperti unsur seni reka dan prinsip rekaan yang betul dan tepat.
Pelajar juga tidak menunjukkan minat yang mendalam terhadap mata
pelajaran tersebut. Ini menyebabkan pelajar tidak menumpukan
perhatian dan sentiasa bermain sewaktu guru sedang mengajar di
hadapan kelas. Apabila keadaan ini berlaku secara berlarutan hasil kerja
pelajar akan menjadi tidak memuaskan dan tidak seperti yang guru
harapkan.

Semasa kajian
Kesediaan pelajar semasa kajian ini dijalankan sememangnya agak
pasif. Mereka dilihat belum bersedia dengan objektif yang guru ingin
sasarkan kepada mereka. Oleh demikian, pengkaji telah mengambil
tindakan untuk membuat perancangan yang rapi bagi menghasilkan
proses

pengajaran

dan

pembelajaran

yang

bertepatan

dengan

pendekatan konstruktivisme yang pengkaji gunakan sepanjang kajian

ini. Segala perancangan yang telah dibuat telahpun dilaksanakan di


dalam bilik darjah dengan jayanya.
Berikut merupakan analisis pemerhatian semasa kajian dijalankan di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pengkaji
telah meminta 5 orang guru termasuk pengkaji sendiri sebagai
pemerhati dan memantau pengajaran guru dan pelajar.

BORANG PEMERHATIAN GURU


TAJUK : LUKISAN TEKNIK TITIK
KELAS : 5 CEMERLANG
* Sila tandakan (/) pada ruang pilihan 'YA' atau 'TIDAK'.

(A) PENGLIBATAN MURID DALAM KELAS

1
2
3
4
5
6
7
8

Murid mendengar dan mengikuti arahan guru


Melibatkan diri (mencuba) dalam aktiviti
Murid bekerjasama dalam kumpulan
Murid memberi sumbangan idea
Murid menjawab soalan yang guru ajukan
Murid ada ajukan soalan kepada guru
Murid beri perhatian kepada guru
Murid aktif dalam melibatkan diri dalam PdP

JUMLAH KESELURUHAN
(B) STRATEGI PENGAJARAN

1
2
3
4
5
6
7

Strategi lebih berpusatkan guru


Strategi lebih berpusatkan bahan
Strategi lebih berpusatkan pelajar
Adakah guru bertindak sebagai fasilitator
Pelajar aktif dalam sesi PdP
Pelajar bertanya kepada guru apabila tidak faham
Guru membantu pelajar yang bertanya

Jumlah
guru
TIDA
YA
K
4
1
4
1
4
1
3
2
4
1
4
1
4
1
5
0
32
8
Jumlah
guru
TIDA
YA
K
0
5
5
0
5
0
5
0
4
1
4
1
5
0

Peratus
YA
80%
80%
80%
60%
80%
80%
80%
100%
80%

TIDA
K
20%
20%
20%
40%
20%
20%
20%
0%
20%

Peratus

0%
100%
100%
100%
80%
80%
100%

100%
0%
0%
0%
20%
20%
0%

Guru membenarkan pelajar meneroka sendiri melalui


pelbagai media dalam mencari idea.

100%

0%

JUMLAH KESELURUHAN

33

82.5
%

17.5%

(C) PENILAIAN

Jumlah
guru
1 Kaedah penilaian berterusan dari awal pengajaran
2 Memantau hasil kerja pelajar dari semasa ke semasa.
3 Menambahbaik idea yang pelajar perolehi.

JUMLAH KESELURUHAN

Peratus

YA

TIDAK

YA

TIDAK

5
5
5
53

0
0
0
7

100%
100%
100%
100

0%
0%
0%
0

Daripada analisis tersebut, penglibatan pelajar di dalam kelas adalah


sangat memuaskan iaitu 80% guru menjawab YA dan 20% menjawab
sebaliknya. Manakala strategi yang digunakan oleh guru semasa
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas adalah 82.5% guru yang
bersetuju dan menjawab YA. Ini menunjukkan penggunaan kaedah
dan

strategi

pendekatan

konstruktivisme

ini

sememangnya

diaplikasikan oleh guru dalam kelas semasa proses pengajaran dan


pembelajaran berjalan. Bagi bahagian penilaian pula, semua guru yang
dipilih untuk membuat pemerhatian telah menjawab YA dan ini
menunjukkan bahawa guru sentiasa menjalankan penilaian secara
berterusan, memantau hasil kerja pelajarnya dari semasa ke semasa, dan
sentiasa memberi pandangan untuk menambah baik idea yang
diperolehi pelajar semasa melakukan aktiviti dalam kelas.

Selepas kajian
Berdasarkan borang pemerhatian yang telah dilengkapkan oleh pengkaji
dan guru pembimbing, elemen yang perlu diberi penekanan ialah
penglibatan pelajar dalam kelas yang mana ianya merujuk kepada
tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selepas
kajian dijalankan, pengkaji mendapati pelajar secara keseluruhannya
mendengar dan mengikuti arahan yang diberikan oleh guru sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran.

Penglibatan pelajar dalam kelas dilihat begitu baik dan sangat berani
untuk mencuba. Kaedah berkumpulan membenarkan mereka untuk
bekerjasama antara satu sama lain dalam kumpulan masing-masing.
Selain itu, pelajar juga mampu menyumbangkan idea-idea yang sangat
bernas dan idea yang mereka peroleh bukan daripada sumber
pengajaran guru tetapi melalui media lain serti video youtube dan
internet. Ini menunjukkan keberkesanan strategi konstruktivisme yang
dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pelajar juga lebih berani bersuara kerana mereka diberikan lebih banyak
peluang

untuk

menyuarakan

pendapat

masing-masing

dalam

menghasilkan sesuatu idea mereka sendiri.

Secara keseluruhannya proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik


darjah berjalan lancar dan pelajar dilihat sangat aktif, bersemangat dan
seronok meneruskan proses pembelajaran berbanding sebelum ini.
Pemerhatian ini juga dibuat oleh seorang guru yang berpengalaman
mengajar Pendidikan Seni Visual selama lebih 10 tahun di sekolah
berkenaan. Beliau berpendapat bahawa dengan pendedahan kepada
kaedah konstruktivisme iaitu memberi peluang kepada pelajar menjana
sendiri idea dan cara mereka menguasai sesuatu telah menjadikan
objektif bagi kemahiran ini tercapai dengan jayanya.

5.2.2

Analisis kaji selidik

Kaji selidik ini dilakukan pada sebelum dan selepas proses pengajaran
dan pembelajaran dijalankan. Seminggu sebelum proses pengajaran dan
pembelajaran bermula pengkaji telah memberikan borang kaji selidik
kepada pelajar untuk diisi. Manakala selepas proses pengajaran dan
pembelajaran selesai, pengkaji telah memberikan borang kaji selidik
yang serupa untuk melihat perubahan yang berlaku kepada responden.

Dalam bahagian ini pengkaji akan menunjukkan bagaimana data


mentah yang diperolehi daripada hasil kajian diproses dan dianalisa.
Pengkaji menggunakan soal selidik dan pemerhatian untuk mengumpul
data dan seterusnya diproses menggunakan aplikasi MS Excel untuk
mendapatkan keputusan kajian.

Perbandingan peratusan terhadap pengetahuan tentang unsur seni dan prinsip


rekaan bagi bidang lukisan titik.

YA / TIDAK

BILANGAN

PERATUS (%)

RESPONDEN
YA

23

92%

TIDAK

8%

JUMLAH

25
100%
Jadual 5.2.2(a) : Adakah anda tahu melukis ?

Berdasarkan data yang diperolehi dari soal selidik menunjukkan 92 peratus iaitu 23 orang
responden menjawab YA untuk soalan pengetahuan responden tentang kemahiran
melukis. Ini disebabkan kebanyakkan responden telah didedahkan dengan lukisan dalam
bidang menggambar sejak dari Tahun 1 lagi. 8 peratus responden lagi menjawab TIDAK
untuk soalan pengetahuan tentang pengetahuan melukis. Ini kerana 2 responden tersebut
sebenarnya mempunyai masalah pembelajaran yang melibatkan psikomotor dan
mengalami masalah lambat dalam proses pembelajaran. Pengetahuan tentang kemahiran
melukis atau melakar merupakan salah satu pengetahuan paling penting dalam Pendidikan
Seni Visual terutama sekali dalam bidang aktiviti menggambar. Perbandingan Ini
menunjukkan seramai 23 responden menggunakan pengetahuan sedia ada yang mereka
pelajari dan digabungjalinkan dengan pengetahuan baru manakala 2 responden lagi masih
kabur dengan pengetahuan melukis dalam bidang menggambar.

YA / TIDAK

BILANGAN
RESPONDEN

PERATUS (%)

YA

10

40%

TIDAK

15

60%

JUMLAH
25
100%
Jadual 5.2.2(b) Adakah anda faham tentang ton gelap kepada cerah ?
Terdapat 40% atau 10 orang responden memberikan jawapan YA untuk soalan tentang
ton gelap kepada cerah, sementara 60% responden lagi menjawab TIDAK. Terdapat
sedikit perbezaan yang tidak begitu ketara dari segi jumlah dan peratus responden yang
menjawab YA atau TIDAK untuk soalan ini. Responden terdiri dari pelbagai latar
belakang yang berbeza. Oleh yang demikian diandaikan responden mempunyai tahap
penerimaan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza. Menurut Henich, Molenda, Russel
dan Samaldino.(1999) seperti yang dipetik dari www.sajadstudio.info , menyatakan
pendekatan

pembelajaran

secara

konstruktivisme

menekankan

bahawa

manusia

memperoleh pengetahuan hasil dari usaha-usaha mentalnya. Konstruktivisme melibatkan


pelajar ke dalam pengalaman yang bermakna di mana pelajar menginterpretasi sendiri
maklumat tanpa mengikut seratus peratus apa yang dipetakan oleh guru atau orang lain.

YA/TIDAK

BILANGAN
RESPONDEN

PERATUS(%)

YA

10

40%

TIDAK

15

60%

JUMLAH
25
100%
Jadual 5.2.2(c) Adakah anda tahu teknik lukisan titik ?
Hasil soal selidik juga menunjukkan bahawa terdapat sedikit perbezaan di kalangan
responden tentang teknik lukisan titik. 10 responden menjawab YA sementara 15
responden menjawab TIDAK. Melalui pemerhatian yang dilakukan didapati sebahagian
daripada responden dapat menghasilkan lukisan titik mengikut teknik yang telah
ditunjukkan oleh guru atau tayangan video dari Youtube dan melalui gambar-gambar yang

dipamerkan. Terdapat juga responden yang masih berusaha menghasilkan lukisan titik
dengan teknik-teknik yang ditunjukkan. Menurut Ng.(1999), konstruktivisme menegaskan
proses di mana pelajar mencipta dan mengembangkan idea. Melalui pengalaman dan
proses cuba jaya, pelajar akan meningkatkan kemahiran dan mampu mencipta sesuatu yang
baru. Menguasai sesuatu kemahiran memerlukan masa dan tempoh yang tertentu mengikut
tahap pencapaian pelajar.

YA/TIDAK

BILANGAN
RESPONDEN

PERATUS (%)

YA

20%

TIDAK

20

80%

JUMLAH
25
100%
Jadual 5.2.2(d) Adakah anda tahu unsur seni dan prinsip rekaan ?
Jadual 5.2.2(d) menunjukkan hanya 5 responden atau 20% sahaja yang tahu tentang unsur
seni dan prinsip rekaan. 80% atau 20 responden mengatakan tidak tahu. Terdapat
perbezaan yang begitu ketara dari segi jumlah responden yang menjawab YA dan
TIDAK untuk soalan kaji selidik ini. Perkara ini mungkin disebabkan oleh kurang
kefahaman pelajar tentang unsur seni dan juga prinsip rekaan. Ini kerana tajuk unsur seni
dan prinsip rekaan merupakan tajuk yang luas dan memerlukan penelitian dan pemahaman
yang mendalam. Melalui pemerhatian pengkaji mendapati pelajar boleh menghasilkan
lukisan titik yang menunjukkan adanya unsur seni dan prinsip rekaan yang tanpa mereka
sedari. Responden akan memahami tentang unsur seni dan prinsip rekaan melalui
penerokaan dan pembacaan yang lebih meluas samada melalui media massa, internet,
rancangan televisyen dan sebagainya. Namun begitu, unsur-unsur seni dan prinsip rekaan
ini sebenarnya telahpun diterapkan oleh responden itu sendiri ketika menjalankan proses
melukis dan mewarna dengan teknik titik.

YA/TIDAK

BILANGAN
RESPONDEN

PERATUS (%)

YA

20

80%

TIDAK

20%

JUMLAH
25
100%
Jadual 5.2.2(e) Adakah anda boleh menghasilkan karya lukisan titik sendiri ?
Dapatan kajian melalui soal selidik mendapati bahawa seramai 20 orang responden boleh
menghasilkan karya lukisan titik sendiri atau sebanyak 80% manakala 5 orang atau 20%
responden lagi menyatakan TIDAK. Jika dilihat secara kuantitatif, perbezaan di antara
kedua-dua responden yang memberikan jawapan YA dan TIDAK adalah besar. Ini
boleh dijelaskan dengan mengambil kira tahap pencapaian responden terhadap kemahiran
dan pengetahuan yang diajar. Kebanyakan responden yang menjawab YA, menunjukkan
minat terhadap aktiviti lukisan titik dan mereka berusaha menghasilkan karya yang terbaik
manakala responden yang menyatakan TIDAK bukan bermakna mereka memang tidak
boleh menghasilkan karya sendiri, tetapi perlu diberi lebih perhatian dan penekanan dari
sudut dan pendekatan lain. Kumpulan responden ini, jika diperhatikan masih belum
menguasai kemahiran yang diperlukan dalam penghasilan karya lukisan titik. Melalui
tempoh dan masa yang tertentu, mungkin mereka akan dapat menghasilkan yang lebih baik
daripada yang sedia ada. Pembelajaran secara konstruktivisme menumpukan pemusatan
kepada pelajar di mana pembelajaran berlaku hasil usaha atau melalui pengalaman pelajar
sendiri. Oleh yang demikian, tempoh kajian yang dijalankan tidak boleh menjadi kayu
pengukur sebenar keupayaan responden yang dikaji. Ianya mengikut tahap dan kesediaan
mereka masing-masing.

Perbandingan peratusan terhadap responden tentang kaedah pengajaran guru.

Dalam kajian yang dijalankan, kaedah pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme telah

ditekankan. Seseorang guru telah mempraktikkan pendekatan konstruktivisme sekiranya


melakukan perkara seperti memberi peluang kepada pelajar mengemukakan pandangan
tentang sesuatu konsep dan idea yang bermakna. Semua pandangan pelajar akan dihormati
dan tidak dipandang rendah. Pengajaran pula lebih berpusatkan pelajar dan aktiviti-aktiviti
berasaskan hands-on dan minds-on. Guru juga tidak menyampaikan maklumat secara
terus kepada pelajar dan pelajar banyak berinteraksi dengan pelajar lain dan guru. Guru
lebih banyak kepada memerhati dan membimbing mana yang perlu ketika pelajar
meneroka suatu pengalaman baru melalui paparan video dan gambar-gambar yang mereka
lihat. Konsep baru yang mereka hasilkan akan menjana idea baru dalam penghasilan karya
lukisan

titik

yang

BILANGAN

YA/TIDAK

RESPONDEN

lebih

baik.

PERATUS (%)

YA

20

80%

TIDAK

20%

JUMLAH
25
100%
Jadual 5.2.2(f) Guru membuat demonstrasi semasa mengajar?
Berdasarkan Jadual di atas, terdapat seramai 20 orang atau 80% responden menyatakan
guru membuat demonstrasi semasa pengajaran . Dalam hal ini, guru hanya membuat
demonstrasi dan pelajar akan melakukan sendiri aktiviti lukisan titik dengan berpandukan
apa yang telah ditunjukkan dengan cara dan teknik mereka sendiri. Guru bertindak sebagai
fasilitator sahaja. Melalui hands-on, pelajar akan berasa lebih dekat dengan apa yang
mereka lakukan dan secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran dan pengetahuan
mereka. Demonstrasi adalah salah satu kaedah di mana guru sebagai fasilitator akan
memberikan tips dan cara melakukan aktiviti. Ianya juga merupakan kaedah yang boleh
memberikan motivasi kepada pelajar untuk melakukan yang terbaik. Selain demonstrasi
guru, tayangan video dan gambar-gambar hasil karya seni orang terdahulu juga sangatsangat

membantu

YA/TIDAK

dalam

proses

pembelajaran

BILANGAN
RESPONDEN

lukisan

teknik

titik

PERATUS(%)

ini.

YA

22

88%

TIDAK

12%

JUMLAH
25
100%
Jadual 5.2.2(g) Adakah guru menjadi pembimbing dalam proses pengajaran ?
Semasa proses pengajaran teknik lukisan titik dengan kaedah konstruktivisme, pelajar
dibiarkan membina pengetahuan dan kemahiran yang hendak diterapkan dengan sendiri
melalui proses cuba jaya, inkuiri penemuan dan juga kerja kumpulan. Guru pada peringkat
ini hanyalah sebagai pembimbing dan fasilitator sahaja. 22 orang responden bersetuju
dengan penyataan guru hanya menjadi pembimbing semasa proses pengajaran iaitu 88%
berbanding 12% iaitu seramai 3 orang yang tidak menyatakan YA. Oleh itu ,bolehlah
dijelaskan bahawa jumlah responden yang menjawab YA melebihi jumlah responden
yang menjawab TIDAK. Oleh kerana nilai seni sentiasa hidup dan perlu dijiwai, maka
pengajaran Pendidikan Seni Visual khasnya bidang lukisan titik sewajarnya adalah sentiasa
aktif, kreatif, dinamik, berpusatkan pelajar dan konstruktif.

YA/TIDAK

BILANGAN
RESPONDEN

PERATUS(%)

YA

25

100%

TIDAK

0%

JUMLAH
25
100%
Jadual 5.2.2(h) Adakah guru membenarkan pelajar menghasilkan karya sendiri ?

Merujuk kepada Jadual di atas, mendapati sebanyak 100% responden iaitu kesemua
responden menyatakan guru membenarkan pelajar menghasilkan karya lukisan titik
sendiri. Jelas di sini menampakkan kaedah pengajaran guru memberikan ruang dan
peluang kepada pelajar untuk meneroka lukisan teknik titik selain dari teknik yang telah
ditunjukkan oleh guru. Pelajar akan mencuba pelbagai teknik dan cara yang berlainan
dalam menghasilkan karya lukisan titik yang berbeza-beza setelah melihat video yang
dilihat dan sumber lain yang ada. Selain itu, kaedah pengajaran guru menunjukkan bahawa
guru mengamalkan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hasil
daripada kaedah pengajaran ini tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dinilai melalui
hasil kerja pelajar dari segi penerapan nilai dan estetika seni, sahsiah dan sikap pelajar
terhadap aktiviti yang dijalankan. Konstruktivisme adalah berasaskan kepada premis
bahawa kita semua membina perspektif tentang dunia melalui pengalaman individu dan
skema. Oleh itu, melalui proses pengulangan dan pemantapan, skema akan membentuk
konsep yang tepat dan relevan.

YA/TIDAK

BILANGAN
RESPONDEN

PERATUS(%)

YA

15

60%

TIDAK

10

40%

JUMLAH
25
100%
Jadual 5.2.2(i) Adakah guru tidak memberi jawapan kepada soalan yang ditanya ?
Dalam kaedah konstruktivisme, guru bertindak sebagai pembimbing dan bukan pemberi
maklumat. Pelajar dikehendaki meneroka sendiri untuk mendapatkan jawapan bagi sesuatu
soalan. Oleh kerana responden yang menjadi sampel kajian terdiri daripada pelbagai aras

kecerdasan maka wujud suatu keadaan di mana mereka perlu diberikan sedikit bantuan
supaya dapat memahami apa yang diajar. Hasil soal selidik mendapati bilangan responden
yang menjawab TIDAK adalah 40% mengatasi bilangan yang menjawab YA iaitu
40% atau 10 orang sahaja. Dalam hal ini, hasil kajian mendapati jumlah responden yang
menjawab YA dan TIDAK menampakkan perbezaan yang ketara. Brooks & Brooks,
1993: Fosnot, 1989, Piaget ,1954, menjelaskan , seseorang pelajar itu adalah aktif dan
membina pengetahuan di dalam bilik darjah dengan tujuan dan keinginan hendak tahu
berdasarkan pengalaman. Guru memainkan peranan sebagai pemudahcara sahaja. Dengan
ini jelas menunjukkan bahawa peranan guru dalam kaedah pembelajaran secara
konstruktivisme lebih menitikberatkan pengalaman pelajar itu sendiri dalam proses
pembelajaran mereka. Kaedah ini akan memberi suatu yang bermakna kepada pelajar dan
kemahiran yang diperolehi akan diingati dalam jangka masa yang lama.

Perbandingan peratusan responden mengenai minat terhadap lukisan titik.

Bil

1.

2.

3.

Soalan

YA

TIDAK

BEZA

Saya suka belajar dengan mencuba

23

21

92%

8%

84%

23

21

92%

8%

84%

23

21

92%

8%

84%

sendiri ?
Saya suka cara guru mengajar
lukisan teknik titik ?
Cara guru mengajar menjadikan
saya lebih meminati PSV?

4.

5.

18

11

cara yang digunakan oleh guru?

72%

28%

44%

PSV adalah mata pelajaran yang

23

21

92%

8%

84%

20

15

Saya lebih banyak belajar dengan

menyeronokkan?
Saya lebih yakin untuk

6.

menghasilkan lukisan teknik titik

80%
20%
60%
sekarang?
Jadual 5.2.2(j) Kecenderungan dan minat pelajar terhadap Lukisan Teknik Titik.
Berdasarkan maklumat yang diperoleh dari soal selidik tentang minat dan kecendungan
pelajar terhadap Pendidikan Seni Visual amnya dan bidang lukisan titik khasnya, dapat
diperhatikan yang bilangan responden yang menjawab YA bagi enam soalan yang
berkaitan adalah sangat ketara. Untuk soalan 1 iaitu pelajar suka belajar dengan cara
sendiri, 23 orang responden atau 92% menjawab YA dan 2 responden atau 8% menjawab
TIDAK. Dari pemerhatian pengkaji, responden menunjukkan minat untuk menghasilkan
lukisan titik setelah ditunjukkan hasil karya oleh orang lain dari video dan juga gambar
serta bahan-bahan lain dari internet. Responden lebih gemar menghasilkan sendiri hasil
karya mereka kerana berasa lebih bebas dan tidak terkongkong serta merasa lebih berpuas
hati dengan apa yang telah dihasilkan. Pengajaran konstruktivisme menekankan kepada
pengajaran berpusatkan pelajar dan dapatan kajian menjelaskan mengenai teori tersebut di
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, tidak semua hasil karya pelajar
yang dikatakan lebih suka mencuba sendiri itu adalah memuaskan. Di sini guru sebagai
pembimbing akan sentiasa memantau kerja pelajar agar tidak terkeluar dari konsep yang
diajar kepada mereka.

Bagi soalan kedua, seramai 23 orang atau 92% responden menyatakan YA. Responden
yang bersetuju dengan penyataan tersebut mengatasi bilangan yang tidak bersetuju iaitu
hanya 2 orang sahaja sama seperti pada soalan kaji selidik yang pertama. Ini jelas
menunjukkan responden suka dengan teknik dan cara yang digunakan oleh guru untuk
mengajar lukisan titik. Kaedah yang digunakan oleh guru banyak memberikan ruang
kepada pelajar untuk meneroka teknik-teknik lukisan titik melalui demonstrasi dan juga
tayangan video dan gambar. Melalui pemerhatian yang dijalankan ke atas responden

semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, didapati mereka sangat berminat dengan cara
sesuatu karya lukisan titik itu dihasilkan secara berperingkat-peringkat. Pengkaji sendiri
telah menggunakan tayangan video untuk belajar teknik lukisan lain terutamanya yang
menggunakan cat air. Dengan cara ini, pengkaji berasa ianya lebih seronok dan mudah
untuk diikuti. Andaian ini boleh dibuat terhadap responden. Responden juga berasa lebih
seronok dan lebih faham apa yang hendak disampaikan. Mereka dilihat sangat teruja untuk
menghasilkan karya sendiri setelah melihat tayangan video dan gambar yang menarik
perhatian. Proses pembelajaran berlaku sangat lancar dan mudah kerana keinginan pelajar
yang tinggi menjadikan mereka lebih focus dalam menghasilkan lukisan teknik titik sendiri
tanpa bantuan rakan-rakan dan guru secara menyeluruh.

Bagi soalan yang ketiga, peratusan responden yang menjawab YA adalah sangat tinggi
iaitu 92%. Ini dapat ditafsirkan bahawa kebanyakan responden sangat berminat dengan
kaedah guru mengajar Pendidikan Seni Visual terutama sekali dengan lukisan teknik titik.
Responden juga melibatkan diri secara aktif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kecenderungan pelajar terhadap satu-satu mata pelajaran sangat dipengaruhi oleh cara dan
kaedah yang digunakan oleh guru dalam penyampaian isi pelajaran. Selain itu guru juga
perlu menguasai kemahiran yang perlu dalam sesuatu bidang dan menyampaikan ilmu
tersebut dengan cara yang paling mudah untuk diterima oleh pelajar.

Bagi soalan 4, terdapat 18 orang responden atau 72% bersetuju dengan pendapat bahawa
mereka lebih banyak belajar dengan cara yang digunakan

guru untuk menghasilkan

lukisan teknik titik. 7 orang atau 28% daripadanya pula diandaikan tidak bersetuju kerana
mereka belum lagi menguasai sesuatu kemahiran yang diperlukan dalam penghasilan
lukisan titik dan cuba menghasilkan sendiri lukisan tersebut sedaya upaya. Dari
pemerhatian pengkaji, responden yang menjawab TIDAK tidak boleh diukur sebagai
tidak menguasai kemahiran yang telah diajar. Sebenarnya 5 daripada 7 orang respondan
yang menyatakan TIDAK itu mampu menghasilkan lukisan teknik titik dengan baik
cuma tidak dibimbing oleh guru secara kerap.

Soalan 5 pula adalah berkaitan dengan minat responden terhadap Pendidikan Seni Visual
khasnya teknik lukisan titik. Hasil kajian mendapati 23 orang atau 92% responden

menjawab YA dan hanya 2 orang atau 8% responden menjawab TIDAK. Bilangan


responden yang menyatakan Pendidikan Seni Visual (PSV) adalah mata pelajaran yang
menyeronokkan mengatasi bilangan responden yang tidak setuju. Pada hakikatnya, mata
pelajaran PSV di sekolah rendah sememangnya sangat diminati oleh pelajar. Ini kerana
melalui mata pelajaran ini, pelajar dilihat bebas berkarya dan berinteraksi dengan guru dan
rakan sekelas. Namun tidak semua pelajar berasa seronok disebabkan oleh pendekatan
yang digunakan oleh guru yang lebih banyak menggunakan cara mewarna gambar sahaja
setiap kali mengajar mata pelajaran PSV. Pendekatan yang pelbagai perlu untuk mengajar
Pendidikan Seni Visual supaya pelajar dapat mengekalkan minat dan keseronokan belajar
dan seterusnya akan menjadi lebih kreatif dan inovatif.

Bagi soalan 6 yang menyatakan tahap keyakinan responden dalam menghasilkan karya
lukisan titik, hasil soal selidik mendapati 20 orang responden atau 80% menjawab YA
berbanding 5 orang atau 20% responden memberikan jawapan TIDAK. Daripada dapatan
ini, bolehlah diandaikan bahawa melalui pengajaran dan pembelajaran berasaskan teori
konstruktivisme telah meningkatkan keyakinan responden untuk menghasilkan karya
lukisan titik sendiri. Pembelajaran dengan teori konstruktivisme merupakan satu kaedah
pembelajaran yang memerlukan pelajar membuat refleksi dan mengaplikasikan
pengetahuan yang mereka telah pelajari. Oleh yang demikian, pelajar perlu diberikan lebih
banyak masa untuk menguasai sesuatu kemahiran dengan cara cuba jaya dan meneroka
sendiri segala konsep baru untuk menghasilkan satu pengalaman baru yang lebih
bermakna.

Secara keseluruhannya pengkaji telah merumuskan analisis tersebut di dalam satu jadual
seperti di bawah supaya dapat dilihat dengan mudah.
Berikut merupakan hasil analisis kaji selidik secara keseluruhan yang telah dibuat hasil
daripada

data

mentah

yang

diperolehi

oleh

pelajar:

ANALISIS BORANG KAJI SELIDIK PELAJAR


SEBELUM KAJIAN
TAJUK : LUKISAN TEKNIK TITIK

KELAS : 5 CEMERLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKO, KUCHING

25

(A) PENGETAHUAN TENTANG UNSUR SENI DAN PRINSIP REKAAN


JUMLAH
PERATUS
PELAJAR
TIDA
YA
YA
TIDAK
K
1 Adakah anda tahu melukis ?
15
10
60%
40%
Adakah anda faham tentang ton gelap kepada
2
13
12
52%
48%
cerah ?
3 Adakah anda tahu teknik lukisan titik ?
3
22
12%
88%
4 Adakah anda tahu unsur seni dan prinsip rekaan ?
1
24
4%
96%
Adakah anda boleh menghasilkan karya lukisan
5
0
25
0%
100%
titik sendiri ?
25.6
Jumlah & Peratus Keseluruhan
32
93
74.4%
%
(B) KAEDAH PENGAJARAN GURU
JUMLAH
PERATUS
PELAJAR
TIDA
YA
YA
TIDAK
K
Adakah guru membuat demonstrasi semasa
1
22
3
88%
12%
mengajar ?
Adakah guru menjadi pembimbing dalam proses
2
16
9
64%
36%
pengajaran ?
Adakah guru membenarkan pelajar menghasilkan
3
20
5
80%
20%
karya sendiri ?
Adakah guru tidak memberi jawapan kepada
4
0
25
0%
100%
soalan yang di tanya ?
Jumlah & Peratus Keseluruhan
58
42
58%
42%
(C) MINAT DAN KECENDERUNGAN TERHADAP BIDANG LUKISAN TEKNIK
TITIK
JUMLAH
PERATUS
PELAJAR
TIDA
YA
YA
TIDAK
K
1 Saya suka belajar dengan mencuba sendiri ?
15
10
60%
40%
Saya suka cara guru mengajar lukisan teknik
2
15
10
60%
40%
titik ?
Cara guru mengajar menjadikan saya lebih
3
10
15
40%
60%
meminati PSV ?
Saya lebih banyak belajar dengan cara yang
4
10
15
40%
60%
digunakan oleh guru ?
PSV adalah mata pelajaran yang
5
15
10
60%
40%
menyeronokkan ?
Saya lebih yakin menghasilkan lukisan teknik
6
5
20
20%
80%
titik sekarang ?

Jumlah & Peratus Keseluruhan

70

80

46.7
%

53.3%

ANALISIS BORANG KAJI SELIDIK PELAJAR


SELEPAS KAJIAN
TAJUK : LUKISAN TEKNIK TITIK
KELAS : 5 CEMERLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN BAKO, KUCHING

25

(A) PENGETAHUAN TENTANG UNSUR SENI DAN PRINSIP REKAAN


JUMLAH
PERATUS
PELAJAR
TIDA
TIDA
YA
YA
K
K
1 Adakah anda tahu melukis ?
23
2
92%
8%
Adakah anda faham tentang ton gelap kepada
2
23
2
92%
8%
cerah ?
3 Adakah anda tahu teknik lukisan titik ?
23
2
92%
8%
4 Adakah anda tahu unsur seni dan prinsip rekaan ?
20
5
80%
20%
Adakah anda boleh menghasilkan karya lukisan
5
23
2
92%
8%
titik sendiri ?
89.6
Jumlah & Peratus Keseluruhan
112
13
10.4%
%
(B) KAEDAH PENGAJARAN GURU
JUMLAH
PERATUS
PELAJAR
TIDA
TIDA
YA
YA
K
K
Adakah guru membuat demonstrasi semasa
1
22
3
88%
12%
mengajar ?
Adakah guru menjadi pembimbing dalam proses
2
25
0
100%
0%
pengajaran ?
Adakah guru membenarkan pelajar menghasilkan
3
25
0
100%
0%
karya sendiri ?
Adakah guru tidak memberi jawapan kepada
4
0
25
0%
100%
soalan yang di tanya ?
Jumlah & Peratus Keseluruhan
72
28
72%
28%
(C) MINAT DAN KECENDERUNGAN TERHADAP BIDANG LUKISAN TEKNIK
TITIK
JUMLAH
PERATUS
PELAJAR
TIDA
TIDA
YA
YA
K
K
1 Saya suka belajar dengan mencuba sendiri ?
23
2
92%
8%

2
3
4
5
6

Saya suka cara guru mengajar lukisan teknik


titik ?
Cara guru mengajar menjadikan saya lebih
meminati PSV ?
Saya lebih banyak belajar dengan cara yang
digunakan oleh guru ?
PSV adalah mata pelajaran yang
menyeronokkan ?
Saya lebih yakin menghasilkan lukisan teknik
titik sekarang ?
Jumlah & Peratus Keseluruhan

23

92%

8%

23

92%

8%

18

72%

28%

23

92%

8%

20

80%

20%

130

20

86.7
%

13.3%

Sebelum kajian dilaksanakan, analisis data menunjukkan pengetahuan pelajar tentang


unsur seni dan prinsip rekaan adalah 25.6% sahaja berbanding selepas kajian dijalankan
iaitu meningkat sebanyak 89.6%. Manakala kaedah pengajaran guru pula pada kadar 58%
pada analisis sebelum kajian dan 72% pada analisis selepas kajian dijalankan. Bagi elemen
minat dan kecenderungan murid terhadap lukisan teknik titik adalah 46.7% sebelum kajian
dijalankan dan selepas kajian dijalankan ianya meningkat kepada 86.7%. Secara
keseluruhannya hasil kaji selidik menunjukkan peningkatan dari segi peratusan dan ianya
sangat memuaskan.

5.3

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual bertemakan tajuk


menggambar di bawah kemahiran lukisan teknik titik ini menggunakan kaedah atau
strategi pengajaran konstruktivisme. Ianya bertujuan bagi membantu pelajar untuk
menguasai teknik melukis dengan kemahiran teknik titik ini secara lebih mendalam.
Bukan itu sahaja, pelajar juga akan lebih mudah menghayati dan mengolah sendiri hasil
karya seni mereka selepas proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Proses pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan pendekatan


konstruktivisme. Ini amat penting untuk meningkatkan mutu pengajaran bagi mata
pelajaran tersebut dan demi merealisasikan matlamat dan objektif yang telah ditetapkan
dalam Kurikulum Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah. Keberkesanan pendekatan
konstruktivisme juga akan menjadikan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual seiring
dengan mata pelajaran lain dalam pembentukan keperibadian dan sahsiah pelajar secara
menyeluruh.

Tindakan pertama yang dijalankan adalah dengan membuat perancangan. Proses


merancang dilaksanakan dengan teliti iaitu dengan menghasilkan satu persediaan
mengajar lengkap berkaitan dengan kemahiran yang diajar. Di dalam perancangan
pengajaran ini pengkaji lebih menekankan kepada kaedah konstruktivisme di mana
pengkaji sendiri akan menjadi fasilitator sahaja dalam proses pembelajaran tersebut.
Pelajar akan membina sendiri idea dan hasil karya berpandukan idea-idea sedia ada dan
pengalaman baru yang mereka akan lihat samada melalui gambar dan video yang di
rakamkan dan melalui media-media lain seperti internet, televisyen dan buku-buku seni
lukis.

Minggu pertama semasa menjalani praktikum di SK Bako, pengkaji telah menilai


pelajar dengan meminta pelajar menghasilkan sebuah lukisan dengan teknik titik.
Hampir keseluruhan pelajar tidak dapat menghasilkan karya sendiri yang memuaskan.

Tindakan yang dijalankan

Masa

1. Aktiviti pemula
Mengimbas pengetahuan sedia ada pelajar
berkenaan dengan lukisan teknik titik yang telah

5 minit

dipelajari sebelum ini.


Guru menunjukkan hasil lukisan mereka
sebelum ini dan memberikan pandangan serta

penambahbaikan.
Pelajar di bahagikan dalam kumpulan kecil
untuk memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran dan perbincangan antara satu sama

lain.
2. Langkah 1
Guru menunjukkan gambar-gambar hasil lukisan
dengan menggunakan slide power point untuk
memberi inspirasi kepada pelajar tentang apa

yang mereka akan hasilkan.


Guru meminta pelajar memberi respon terhadap
gambar yang dipaparkan di layar putih. (Di sini
pelajar telah membayangkan bagaimana cara
menghasilkan lukisan seperti yang ditunjukkan

5 minit

dalam gambar tersebut dan perasaan ingin tahu


pelajar akan semakin tinggi).
3. Langkah 2
Setelah pelajar mendapat ilham untuk karya
yang akan dihasilkan, guru menunjukkan video
rakaman teknik menghasilkan lukisan titik

secara betul.
Terdapat 3 jenis video pendek yang disiarkan

untuk memberi gambaran kepada para pelajar.


4. Langkah 3
Pelajar dibiarkan melakar dan mewarna sendiri
dengan teknik titik seperti yang ditunjukkan
dalam tayangan video tersebut dan berdasarkan
idea dan pengetahuan sedia ada mereka yang

lalu.
Penggabungan unsur-unsur rekaan dan prinsip
rekaan juga menjadi panduan kepada pelajar itu

10 minit

sendiri bagi menghasilkan sebuah karya yang

menarik.
Guru hanya menjadi fasilitator dalam aktiviti

25 minit

pelajar dan hanya akan melihat hasil karya


pelajar setelah mereka menyiapkannya dalam
tempoh yang diberikan.
5. Penutup
Pengkaji meminta pelajar mengisi maklumat
borang soal selidik yang disediakan untuk

mengetahui tahap penguasaan mereka.


Pengkaji akan membuat pemerhatian dengan
menggunakan borang pemerhatian yang

disediakan.
Hasil lukisan pelajar akan dipamerkan di dalam
kelas setelah siap dengan sempurna.

5 minit

5.4

PERLAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN

Sepanjang tempoh pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kajian


ini, pengkaji telah menggunakan sepenuhnya kaedah konstruktivisme sebagai inovasi
dalam pendidikan seni visual di sekolah. Sebelum ini para pelajar hanya didedahkan
dengan kaedah pengajaran ala tradisional iaitu hanya menerima tunjuk ajar atau tunjuk
cara daripada guru dan terus menghasilkan sebuah karya mereka sendiri. Kaedah
tersebut ternyata tidak mendatangkan kesan pembelajaran kepada pelajar kerana
mereka tidak diberi peluang untuk memperoleh sendiri idea dan pengetahuan mereka.

Kaedah konstruktivisme yang pengkaji gunakan adalah menjurus kepada bagaimana


seseorang pelajar dapat menghasilkan sebuah karya mereka sendiri dengan
berpandukan pengetahuan yang lalu dan pengetahuan-pengetahuan baru yang mereka
peroleh daripada guru atau media lain. Guru hanya menjadi pembimbing atau fasilitator
dalam proses pembelajaran ini.

Proses pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di bawah


bidang menggambar dengan tajuk Lukisan Teknik Titik, dimulakan dengan merancang
pengajaran dengan menerapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme.
Langkah pelaksanaan Pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan mencungkil
pengetahuan sedia ada pelajar. Di sini pengkaji menunjukkan hasil karya mereka yang
lepas dalam bidang yang sama. Hasil lukisan para pelajar yang lalu tidak begitu
menarik dan tidak menepati prinsip dan konsep rekaan sebenar. Pelajar menunjukkan
reaksi suram dan ada yang ketawa melihat hasil lukisan mereka sendiri. Malah ada juga
yang tidak mengakui bahawa lukisan tersebut adalah bukan dihasilkan oleh diri mereka
sendiri.

Kemudian pengkaji memulakan langkah pengajaran dengan menunjukkan hasil karya


yang telah dihasilkan oleh beberapa orang pelukis yang professional melalui slide
power point. Pengkaji meminta para pelajar membandingkan hasil karya tersebut dan

pelajar diminta memberi respon tershadap gambar-gambar yang ditunjukkan. Dalam


proses ini, rata-rata pelajar menyatakan respon seperti:

Bagaimana menghasilkan lukisan dengan cara titik-titik cikgu?


Perlukah kita gunakan warna cikgu?

Ramai di kalangan pelajar menunjukkan reaksi teruja dan ingin menghasilkan karya
seperti yang ditunjukkan. Respon dan reaksi para pelajar menunjukkan mereka sangat
meminati dan perasaan ingin tahu yang sangat tinggi untuk menghasilkan sebuah karya
yang menarik.

Selepas pengkaji mendengar respond dan perasaan ingin tahu pelajar, pengkaji
memainkan video yang telah dimuat turun dari laman youtube.com sebagai satu
pendekatan baru kepada pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah.
Sebelum ini kebanyakan guru hanya mengajar Pendidikan Seni Visual dengan
menggunakan kaedah chalk & talk di mana guru bagi penerangan sedikit dan minta
pelajar buat mengikut tajuk yang diberikan. Video tersebut menekankan teknik-teknik
menarik bagi menghasilkan lukisan titik. Terdapat 3 jenis teknik yang ditekankan di
dalam rakaman video tersebut iaitu;
1. Lukisan teknik titik dengan pensil biasa (media kering).
2. Lukisan teknik titik dengan pen air/magic pen (media basah)
3. Lukisan teknik titik dengan pelbagai warna dengan media basah.

Semasa rakaman video tersebut ditunjukkan, pengkaji memerhati pelajar dari aspek
kesungguhan dan minat serta cara mereka berfikir untuk mendapatkan idea baru.
Dalam masa 10 minit video ditayangkan, pelajar sudah mula menunjukkan respon yang
sangat baik. Mereka tidak sabar menghasilkan karya sendiri setelah melihat teknik
yang ditunjukkan. Melihat keadaan ini, pengkaji meminta semua pelajar memulakan
lukisan dengan teknik titik berpandukan teknik-teknik yang ditunjukkan dalam video
tersebut. Rakaman video tersebut akan sentiasa diulang mengikut permintaan pelajar.

Daripada pemerhatian pengkaji, hasil lukisan titik yang mereka hasilkan jauh lebih baik
daripada sebelum ini walaupun sebelum ini pengkaji sendiri telah mengajar dengan
teknik tunjukcara di hadapan kelas yang mana ianya berpusatkan guru seratus peratus.
Namun dalam proses pengajaran dan pembelajaran kali ini para pelajar dibiarkan
meneroka sendiri teknik tersebut dan mencari idea sendiri tanpa bantuan daripada guru.
Pengkaji memerhati dan memberi sedikit cadangan penambahbaikan kepada pelajar
yang masih agak keliru dengan konsep yang ingin dihasilkan.

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, pengkaji telah membuat


memantauan atau pemerhatian dengan borang pemerhatian yang telah disediakan.
Borang pemerhatian ini diisi oleh pengkaji sendiri dan pengkaji juga meminta guru
pembimbing untuk membuat pemerhatian yang sama sepanjang proses Pengajaran dan
pembelajaran. Di dalam borang pemerhatian guru terdapat beberapa perkara yang
diberi penekanan iaitu penglibatan pelajar dalam kelas, strategi pengajaran dan
penilaian oleh guru. Borang pemerhatian guru akan dilampirkan bersama dalam
bahagian lampiran.

Setelah pengajaran dan pembelajaran selesai dilaksanakan, pengkaji memberikan


borang kaji selidik untuk diisi oleh pelajar. Borang tersebut telah diisi oleh pelajar dan
hasil analisis mendapati pelajar-pelajar sangat seronok sepanjang aktiviti yang
dijalankan berbanding sebelum ini (Rujuk laporan analisis soal selidik pada perkara
5.2.2). Borang kaji selidik ini akan dilampirkan bersama dalam bahagian lampiran.

5.5

REFLEKSI KAJIAN
Pada 28 Januari 2016 pengkaji telah menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
selama 60 minit untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Tahun 5 Cemerlang.
Tajuk yang pengkaji pilih ialah Lukisan Teknik Titik di bawah bidang menggambar.
Pengkaji telah menggunakan kaedah pengajaran konstruktivisme yang berbantukan
teknologi komputer seperti persembahan powerpoint, vedio, benda maujud dan kad
gambar sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran tersebut. Dengan bantuan rakan
sekerja iaitu cikgu Nazaruddin mengambil rakaman sepanjang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Daripada rakaman pengkaji dan makmum balas daripada
rakan sekerja pengkaji telah mendapat kekuatan dan kelemahan proses pengajaran dan
pembelajaran tersebut.

Penyampaian pelajaran yang menggunakan teknologi komputer seperti tayangan video


melalui computer dan dipancarkan ke latar putih dalam pengajaran dan pembelajaran
telah menarik minat dan perhatian pelajar. Dengan menggunakan media seperti ICT
pelajar tidak merasa jemu dan terus memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran.
Tambahan pula dengan strategi atau pendekatan konstruktivisme ini pelajar tidak
belajar dalam keadaan yang tertekan dan sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk
dihasilkan. Seperti mana yang pengkaji tekankan sebelum ini iaitu dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ini guru hanya sebagai pembimbing dan pemudah cara
sahaja manakala pelajar akan mengeksplorasi sendiri tentang apa yang mereka
kehendaki berpandukan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dan yang terdahulu
untuk menghasilkan satu idea dan pengalaman baru.
Selain itu, set induksi atau aktiviti pemula yang mencungkil bakat dan pengetahuan
sedia ada pelajar dengan kemahiran yang telah mereka pelajari dahulu mendapat
respon yang baik daripada pelajar. Ramai pelajar menyatakan bahawa mereka
berminat dalam lukisan namun ada segelintir pelajar yang lembab dalam pelajaran
hanya diam dan tidak menyatakan sebarang respon. Tindakan guru menunjukkan
gambar-gambar hasil lukisan titik yang mereka telah hasilkan dalam minggu ketiga
sepanjang sesi praktikum ini telah memberi impak kepada pelajar. Hasil lukisan yang
tidak begitu memuaskan ditunjukkan oleh guru dan diberi komen serta dibincangkan

bersama dengan pelajar sendiri. Terdapat pelbagai respon daripada pelajar. Ada yang
tertawa dan ada yang berasa malu dengan hasil karya sendiri kerana kurang keyakinan.
Pengajaran yang digunakan oleh pengkaji adalah berpusat kepada pelajar dan bahan.
Pelajar-pelajar cergas mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti-aktiviti yang dikelolakan melibatkan semua pelajar dan pelajar diminta
memberi pendapat dan cadangan dalam aktiviti tersebut. Contohnya pengkaji
menggunakan kaedah inkuiri penemuan. Pelajar-pelajar diminta mencari sendiri teknik
yang digunakan untuk menghasilkan lukisan teknik titik dengan cara yang betul.
Pengajaran seperti ini bukan sahaja lebih efektif tetapi lebih bemakna dan
menyeronokkan pelajar-pelajar kerana pelajar memperolehi jawapan dengan
pemerhatian dan sentuhan sendiri. Selain itu juga, pengalaman yang pelajar perolehi
akan memberikan daya ingatan yang lebih lama dan berkekalan.

Apabila pelajar dapat menonjolkan tingkah laku yang positif dalam bilik darjah dan
dapat menjawab soalan yang ditujukan dengan tepat maka pengkaji memberikan
pujian yang membina. Pujian yang digunakan telah mendorongkan pelajar untuk
berusaha dengan lebih tekun lagi. Selain itu pengkaji juga memberikan ganjaran
kepada pelajar yang dapat menjawab soalan dengan tepat. Dengan ini pelajar lebih
bersemangat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya.
Interaksi mesra semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran juga telah
memberi galakkan. Pelajar berasa selesa, tidak tertekan, dan merangsang pemikiran
untuk melahirkan idea yang lebih bernas dan tersusun.

Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, konsep disampaikan secara berperingkat.


Pengkaji sentiasa menekankan konsep penjalinan unsur seni dan prinsip rekaan kepada
pelajar agar penghasilan karya mereka lebih tepat dan bermakna. Konsep garisan dan
titik serta rupa sangat-sangat ditekankan dalam tajuk lukisan teknik titik ini. Manakala
penekanan kepada warna dan ton gelap dan cerah juga akan menjadikan hasil lukisan
nampak lebih menarik. Semasa penjelasan konsep ini kepada pelajar, pengkaji
menunjukkan gambar-gambar hasil karya lukisan titik daripada pelukis-pelukis
professional. Dengan cara itu, pelajar dilihat lebih menumpukan perhatian terhadap
apa yang disampaikan dan kaitannya dengan gambar-gambar yang ditunjukkan.

Pengkaji juga menunjukkan ekspresi muka yang bersungguh-sungguh semasa


menyampaikan pelajaran atau semasa menggambarkan sesuatu yang bakal pelajar
hasilkan. Kontak mata yang baik walaupun masih memberi tumpuan utama kepada
kumpulan pelajar yang berada di bahagian hadapan kelas. Komunikasi bukan lisan
yang diutarakan oleh Egan (1994) merujuk kepada tingkah laku badan, ekspresi wajah
dan kualiti suara. Berkomunikasi secara lisan atau bukan lisan dengan berkesan amat
penting untuk memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
kerana proses pengajaran dan pembelajaran melibatkan banyak aktiviti komunikasi di
antara pelajar dengan guru serta pelajar dengan pelajar.

Guru misalnya akan

mengangguk kepala tanda bersetuju dengan pandangan pelajar dan menggeleng


sebagai tanda tidak menerima.

Pelajar lebih bertambah minat apabila menyaksikan tayangan video teknik


menghasilkan lukisan titik dengan betul secara berpetingkat-peringkat. Guru hanya
memerhati tingkah laku pelajar dan ternyata pelajar menumpukan penuh perhatian
terhadap video tersebut. Paparan video yang yang menunjukkan 3 teknik lukisan titik
itu mendorong pelajar lebih berkeyakinan dan seperti ingin mencuba terus mengikut
video tersebut. Sebelum ini pengkaji telah mengajar teknik yang sama kepada pelajar
tetapi dengan kaedah tunjuk cara di hadapan kelas. Walaupun pengkaji berasa berpuas
hati dengan penerangan yang diberikan kerana pelajar memberi perhatian namun
hasilnya masih belum memuaskan. Akan tetapi dengan menayangkan 3 jenis video
yang menerangkan teknik lukisan titik, pelajar lebih seronok dan teruja untuk
menghasilkan lukisan titik sendiri seperti yang mereka lihat dalam video tersebut.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pengkaji telah menggunakan unsur jenaka.
Menurut Habibah,Zaidatol & Rahil, 1995 unsur jenaka yang diselitkan dalam
pengajaran akan membantu menimbulkan suasana tiada tekanan dan pelajar berasa
lebih tenang dalam kelas. Keadaan ini adalah berbeza jika guru menunjukkan ekspresi
muka yang garang, cemas, kaku, tidak tersenyum atau tidak yakin apatah lagi jika guru
tidak dapat mengawal kemarahan kerana ianya akan menjadikan suasana bilik darjah
suram dan senyap. Namun begitu, guru yang sentiasa tersenyum pula akan
menyebabkan pelajar melihatnya sebagai seorang yang tidak tegas dan kurang

keyakinan diri. Oleh itu, guru terpaksa memainkan peranan yang boleh menambat hati
pelajar dan mencapai objektif pelajaran pada hari tersebut.

Dalam aktiviti melukis pula pelajar dilihat sentiasa mencari suatu idea baru dan
seringkali bertanya kepada guru untuk menghasilkan lukisan teknik yang menarik.
Setiap idea baru yang mereka perolehi akan diberitahu kepada guru dan guru memberi
pandangan peribadi terhadap idea tersebut. Namun begitu, hasil pemerhatian pengkaji,
masih terdapat pelajar yang lemah dalam melukis atau melakar. 5 orang pelajar yang
masih memerlukan bimbingan kerana tidak mampu menghasilkan lukisan sendiri dan
tidak mempunyai idea seperti pelajar lain. 2 orang daripada 5 orang pelajar yang
lemah itu pula langsung tidak dapat melukis dengan baik kerana tahap kecerdasan dan
psikomotor mereka agak rendah.

Semasa proses pengajaran dan pembelajaran juga terdapat beberapa orang pelajar
bermain ketika aktiviti kumpulan berjalan dalam kelas. Perkara seperti ini sudah
menjadi kebiasaan kepada guru-guru sebenarnya. Di sini pengkaji akan mendekati
pelajar-pelajar bermasalah itu dan membantu sekiranya terdapat masalah semasa
pelajar itu melaksanakan tugasan yang diberikan. Daripada pemerhatian pengkaji,
pelajar yang tidak serius atau sentiasa bermain dalam kelas adalah kerana kurangnya
perhatian daripada guru bila mana pelajar tersebut memerlukan bantuan. Apa yang
berlaku adalah pelajar berkenaan berasa malu untuk berhadapan dengan guru untuk
bertanya dan mengambil jalan mudah iaitu bermain dalam kelas sahaja.
Kawalan kelas juga tidak terkawal ketika pengkaji mengarahkan mereka untuk bekerja
secara berkumpulan. Apabila pengkaji suruh mereka balik ke tempat duduk dan duduk
dalam kumpulan dengan senyap. Namun pelajar-pelajar tidak melakukan sedemikian.
Terdapat beberapa pelajar bermain alatan untuk melukis dan mewarna sedangkan
pelajar lain menjalankan aktiviti yang disuruh oleh pengkaji. Dari sudut pemerhatian
pengkaji sebenarnya pelajar tersebut berasa ingin tahu dan dalam proses mencari idea
yang boleh digunakan bagi menghasilkan tugasan yang guru berikan. Kawalan kelas
adalah penting walaupun hanya berapa orang berbuat bising namun ia akan
mengganggu kawan lain yang mengikuti pembelajaran pada hari itu. Teguran dan
sapaan amat penting agar kelas dapat dikawal dengan baik sepanjang sesi pengajaran

dan

pembelajaran.

Pelajar juga mengambil masa yang agak lama untuk mencari idea yang terbaik dalam
menghasilkan lukisan teknik titik. Adakalanya guru terpaksa menambahkan lagi bahan
ransangan kepada pelajar untuk mendapatkan idea yang terbaik. Antara bahan
ransangan yang guru gunakan adalah seperti buku-buku rujukan pendidikan seni,
gambar-gambar diagihkan kepada pelajar, membiarkan pelajar meneroka sendiri di
dalam carian internet dan sebagainya. Selain itu, beberapa orang pelajar yang agak
pantas pemikirannya telah memulakan lakaran dan lukisan titik setelah melihat
rakaman video dan gambar yang ditayangkan oleh guru. Sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung, pengkaji sentiasa mempamerkan satu persatu gambar
hasil karya lukisan titik dari pelukis professional sebagai sumber ilham pelajar.
Sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kajian ini berjalan, pengkaji
amat bersyukur kerana proses pengajaran berjalan dengan lancar dan proses
pembelajaran juga berlaku. Jika sebelum ini pelajar tidak mampu menghasilkan
lukisan teknik titik dengan baik namun setelah didedahkan dengan pendekatan
konstruktivisme pelajar mula menyedari kepuasan menghasilkan suatu karya yang
cantik. Pengkaji juga terharu melihat perubahan tingkah laku pelajar ketika melihat
tayangan video tentang teknik-teknik menghasilkan lukisan titik. Perasaan keterujaan
yang pelajar tunjukkan telah memberikan guru bersemangat untuk memberi bimbingan
seterusnya

kepada

pelajar.

Apa yang paling pengkaji gembira mendengarnya adalah apabila beberapa orang
pelajar bertanyakan soalan Cikgu, minggu depan kita buat apa lagi? Bestlah cikgu.
Tak sabar saya tunggu. Ini antara ungkapan mereka setelah setiap kali mata
pelajaran Pendidikan Seni Visual tamat waktunya. Bukan sahaja pelajar malah guruguru lain juga turut datang memerhati aktiviti pelajar dan melihat sendiri hasil kerja
pelajar

dari

jarak

dekat.

Bagi pengkaji, untuk menghasilkan sesuatu yang begitu sempurna adalah amat sukar
dan memerlukan komitmen dan daya kesabaran yang tinggi. Ianya bukan semudah
yang disangka dan dikata. Pemerhatian dari semasa ke semasa sangat penting bagi

mendapatkan hasil yang terbaik. Setelah menjalankan kajian di bawah tajuk lukisan
titik Tahun 5 Cemerlang, pengkaji dapat merumuskan bahawa pelajar sebenarnya
inginkan kebebasan ketika belajar. Di samping itu mereka perlu didekati dan
dibimbing untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan.
Perubahan yang berlaku terhadap pelajar tersebut adalah disebabkan guru yang
memberi sepenuh tumpuan kepada mereka. Akhir sekali, pengkaji berasa sangat
berpuas hati dengan hasil kajian yang telah diperolehi dan berharap agar kajian ini
dapat digunakan dan memberi manfaat kepada guru-guru lain sama ada di SK Bako
mahupun di sekolah-sekolah kebangsaan yang lain.

6.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Dengan adanya kajian yang dijalankan oleh pengkaji untuk menentukan
keberkesanan teori konstruktivisme dalam bidang lukisan titik maka adalah
diharapkan agar menyusul lebih banyak lagi kajian penyelidikan yang berkaitan
dengan bidang-bidang dalam Pendidikan Seni Visual khususnya di peringkat sekolah
rendah. Guru-guru PSV dari sekolah lain juga diharap dapat menggunakan kajian ini
sebagai bahan untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.

Penyelidikan tindakan yang dijalankan merupakan asas untuk meningkatkan


pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan penyelidikan pada masa akan datang
khasnya bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ianya mampu membantu guru
merubah corak dan sistem pengajaran dan pembelajaran menjadi semakin mantap
dan berkesan. Sebagai seorang guru yang berwibawa dan bertanggungjawab, kajian
tindakan seperti ini harus digunakan sebagai langkah bagi mengatasi segala masalah
yang dihadapi semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

Antara cadangan kajian seterusnya adalah penyelidikan tentang keberkesanan


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dalam meningkatkan kemahiran dan
minat pelajar terhadap apresiasi seni dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah.
Kajian ini dilihat amat penting untuk mengukur sejauh mana kurikulum Dunia Seni
Visual yang digubal mampu meningkatkan minat pelajar dalam Pendidikan Seni
Visual. Penyelidikan ini bertujuan bagi mengesan sejauhmana minat dan
kecenderungan pelajar dalam bidang PSV di sekolah rendah kerana ramai di
kalangan pelajar terutama di sekolah rendah tidak mampu menghasilkan karya
mereka sendiri dengan sempurna. Secara tidak langsung ianya akan melenyapkan
secara sedikit demi sedikit orang yang berpengalaman dalam penghasilan karya seni
lukis.

Cadangan kajian pada masa akan datang yang pengkaji ingin laksanakan juga adalah
kajian bertajuk Kaedah Mesra Warna yang dihasilkan oleh Puan Hajijah Hasan untuk
Tingkatan 5. Saya berhasrat untuk menggunakan kajian tersebut bagi membuktikan

sama ada projek kaedah mesra warna ini dapat dijalankan di sekolah rendah atau
sebaliknya. Untuk tujuan ini, pelajar Tahun 6 akan menjadi sasaran kajian tersebut.

Sebagai meneruskan kelangsungan terhadap kajian ini, pengkaji akan melaksanakan


kajian dengan teori pendekatan konstruktivisme ini untuk tajuk-tajuk lain dalam
pendidikan seni visual dan seterusnya melaksanakan kajian dengan kaedah yang
sama terhadap pelajar di Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah.

7.0

BIBLIOGRAFI

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) Modul Pembelajaran Secara


Konstruktivisme. Pusat Perkembangan Kurikulum.
Mohd. Majid Kontig (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Dewan Bahasa
Dan Pustaka Kuala Lumpur.
Nik Azis Nik Pa (1999). Pendidikan Konstruktivisme Radikal Dalam
Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur. Penerbit Universiti Malaya Dalam
Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Modul Pembelajaran Secara
Konstruktivisme . Pusat Perkembangan Kurikulum.
Noraini Mohamed (2004) . Sejauh Manakah Model Konstruktivisme 5-Fasa
Needham Dipraktikkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Di
Sekolah. Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan Universiti Pendidikan
Sultan Idris.
Chang H.W. (1997). Teori Seni Tampak: Asas Seni Reka. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Diane S. Samsudin, Hanafi Atan, Guan S.K , Mohd Zubir M Jafri, Ong L.K.
dan Rozhan M. Idrus, Kesan Pembelajaran Konstruktivisme Berasaskan
Laman Web Di Kalangan Pelajar Fizik Universiti Sains Malaysia.
www.sajadstudio.info/artikal/teoripemb_psv

8.0

LAMPIRAN
8.1

HASIL KERJA SEBELUM KAJIAN

8.2

HASIL KERJA SELEPAS KAJIAN

8.3

BORANG PEMERHATIAN GURU

8.4

BORANG KAJI SELIDIK