Anda di halaman 1dari 16

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA

PENGENALAN
Pekerjaan merupakan suatu aktiviti yang penting dalam kehidupan manusia dan akan berasa puas
dengan kehidupannya apabila memiliki sesuatu pekerjaan yang tetap serta terjamin. Malah
pekerjaan dapat memperlihatkan status masyarakat, tahap ekonomi, dan pendapatan. Bekerja
bererti seseorang itu mesti aktif dalam aktiviti yang boleh membawa perubahan kepadadirinya,
orang lain, dan bidang yang diceburi. Pekerjaan dikatakan mempengaruhi konsep kendiri,
perasaan nilai, kesejahteraan, dan identity keperibadian seseorang (Muhd. Mansur dan Siti.
Seseorang itu mestilah mempunyai kesedaran kerjaya setelah tamat persekolahan. kesedaran
kerjaya merupakan kesedaran tentang perhubungan antara kendiridengan pendidikan, mengenali
kelompok pekerjaan serta kemahiran dalam membuat sesuatupilihan. &leh itu, kesedaran kerjaya
merupakan pengetahuan tentang konsep kendirinya danpelbagai aspek dunia pekerjaan seperti
jenis'jenis pekerjaan, persekitaran pekerjaan danfaedah'faedah yang diperoleh daripada sesuatu
pekerjaan. Membuat pemilihan antara pilihan-pilihan pelajaran dan pekerjaan ialah proses yang
berkembang bertahun'tahunlamanya. tidak terdapat satu titik atau tanda yang menentukan
kerjaya seseorang. terdapat banyak halangan yang tertentu boleh menimbulkan paksaan terhadap
bidang pilihan pada masa hadapan dan mempengaruhi pemilihan muktamad sesuatu pekerjaan.
%ekeliruan tentang pemilihan mata pelajaran yang perlu dipelajari akan menimbulkan masalah
kepada pemilihankerjaya. Pelajar sekolah, khususnya pelajar sekolah menengah sering
menghadapi masalah dalam pemilihan kerjaya. Masalah-masalah yang sering dihadapi ialah
berkaitan tidak dapat membuat keputusan, kurang maklumat tentang diri dan kerjaya, tiada
kepastian tentang kerjaya yang dipilih, kurang minat untuk merancang, dan tidak mampu
menyelesaikan masalah. Masalah-masalah ini berkait rapat dengan kurangnya kematangan
kerjaya. Masalah kurang kematangan kerjaya ini akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar
218206

Page 1

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


apabila berada di institusi pengajian tinggi, institusi latihan kemahiran dan dalam bidang
pekerjaan.
Hampir setiap pelajar akan mencari pekerjaan setelah dia menamatkan pelajaran atau latihannya.
Pekerjaan yang diceburi bergantung kepada jenis pendidikan, jenis latihan, dantahap pencapaian
yang diperoleh semasa di sekolah. terdapat juga pelajar yang tidak tahu memilih dan membuat
keputusan jenis pekerjaan yang akan diceburinya. Pengetahuan yang cetek tentang pemilihan
pekerjaan akan menyebabkan mereka tidak gembira dengan kerjaya yang dipilih dan melakukan
pekerjaan tersebut dalam keadaan terpaksa (Suradi, Personaliti pelajar mempunyai pengaruh
kepada pemilihan kerjaya pelajar. Seseorang itutertarik kepada sesuatu pekerjaan disebabkan
personaliti dan beberapa faktor lain yang terkandung dalam latar. Menurut Anker (1997) kerjaya
merujuk kepada aktiviti dan kedudukan yang meliputi pekerjaan dan tugas serta mempunyai
perhubungan sepanjang kehidupan individu. menyatakan kerjaya adalah satu pekerjaan yang
perlu diwujudkan di dalam kehidupan seseorang. Rolbert (1982) mendefinisikan kerjaya sebagai
satu rangkaian melibatkan diri seseorang individu. Sesetengah individu mungkin akan kekal
dengan satu pekerjaan sahaja sepanjang hidupnya sementara individu lain mungkin akan
bertukar'tukar pekerjaan. terdapat pelbagai definisi pendidikan kerjaya yang dikemukakan oleh
individu dan organisasi mengikut bidang masing-masing. Berikut diterangkan perkara tersebut.
Pendidikan kerjaya merupakan program pendidikan yang bersifat komprehensif yang berfokus
kepada kerjaya. Perkara ini bermula dari peringkat awal, mungkin pada peringkat rendah dan
berlanjutan hinnga keperingkat dewasa. Pendidikan kerjaya merupakan satu program yang
membekalkan seseorang dengan maklumat kerjaya ataupun pembentukan kemahiran,tetapi
pendidikan pendidikan kerjaya juga membantu indidvidu untuk membina sikap positif terhadap
kepentingan kerja samaada dari segi peribadi,psikologi,social mahupun ekonomi. lari sudut lain
218206

Page 2

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


pula pendidikan kerjaya boleh di ertikan sebagai program pendidikan yang menyeluruh yang
member penekanan kepada penyediaan individu untuk memasuki dalam sesebuah masyarakat
agar mendapat produktiviti dan kepuasan dalam perkerjaan. Pendidikan kerjaya merangkumi
semua usaha pendidikan yang meluas yang ditujukan untuk memotivasi, melatih,memberi
kaunseling,dan membaiki kehidupan individu berkaitan dengan pengalaman perkerjaan. Ia juga
member penekanan kepada nilai instrumental semua jenis , pendidikan dalam menolong individu
melibatkan diri, menyumbang dan memenuhi tuntutan sebagai warganegara. Pendidikan ini
mempunyai misi agar setiap individu memiliki aras optima kemahiran kerja dalam kontekssocial,
Individu, dan sistem kerja. dalam konteks ini amatlah berkait rapat dengan kewajiban menunutut
ilmu bagi memperolehi kerjaya yang cemerlang. Melangkah kealam pekerjaan bukanlah suatu
perkara yang mudah kerana ia memerlukan ilmu yang cukup untuk meronai kehidupan di alam
pekerjaan ini. Oleh itu pendidikan mula ditekankan di peringkat sekolah lagi bagi membekalkan
murid dengan pengetahuan tentang kerjaya. Pendidikan kerjaya ialah program pengajaran yang
menyeluruh dan tersusun yang membolehkan pelajar memperolehilmu pengetahuan,kemahiran
dan atribut-atribut lain bagi membina rancangan peribadi yang bersesuain dengan dan kebolehan
mereka. Pendidikan kerjaya sebahagian daripada proses pendidikan yang member focus kepada
kejayaan penyesuaian diri individu dalam dunia pekerjaan. Perancangan kerjaya yang terbaik
dapat menyediakan individu yang terbaik dalam dunia pekerjaan. Kertas ini akan
membincangkankan aspek kerjaya secara lebih teperinci seperti definisi kerjaya dan pendidikan
kerjaya, kepentingan komponen utama contoh pelaksanaan dan cadangan untuk meningkatkan
kualiti proram kerjaya dengan lebih effektif. komponen pendidkan kerjaya ini perlu dikenalpasti

218206

Page 3

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


kerana ia akan menentukan kandungan pendidikankerjya itu sendiri. Kandungan pendidikan
kerjaya dibentuk daripada lima komponen asas yangpenting yang membantu individu
berkembang di sepanjang kehidupannya.
2.0 TAHAP-TAHAP PEMBINAAN KERJAYA
Salah satu kaedah yang sering digunakan dalam membincangkan proses perancangan kerjaya
adalah dengan menganalisa tahap-tahap dalam pembinaan kerjaya. Andrew Mayo (1991), dalam
bukunya Managing Careers mendifinasikan tahap kerjaya sebagai satu jangkaan yang penting
dalam kehidupan seseorang di mana terdapat beberapa karektetistik yang selalunya akan muncul.
terdapat lima peringkat pembinaan kerjaya yang diukur melalui dua dimensi iaitu umur dan
prestasi. iaitu:
a) Peringkat pertama exploration
b) Peringkat kedua establishment
c) Peringkat ketiga mid career
d) Peringkat keempat late career
e) Peringkat kelima decline

218206

Page 4

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


3.0 PERINGKAT PERTAMA - EXPLORATION
Seseorang individu perlu mempunyai kesedaran kerjaya iaitu dengan mengenali dan memahami
pekerjaan itu serta mampu membandingkan ciri-ciri yang ada pada dirinya dengan keperluan dan
ciri-ciri sesuatu pekerjaan (Rohany, 2003). Secara idealnya, seseorang itu harus menyedari
kesepadanan sesuatu pekerjaan dengan kebolehan peribadinya. Secara tradisional, golongan
muda akan mendapat panduan kerjaya daripada golongan yang lebih dewasa berteraskan
perkongsian pengalaman. Namun pada hari ini, panduan semata-mata mungkin tidak mencukupi.
Sesuatu harus dijadikan landasan untuk menentukan kesepadanan kerjaya dan individu. Tugas
memberi panduan tidak lagi boleh berteraskan pengalaman dan andaian sahaja. Kesilapan
membimbing golongan muda dalam pemilihan kerjaya bukan sahaja akan memberi impak
kepada individu bahkan kepada masyarakat dan negara. oleh itu demikian
Ibu bapa perlu mengambil berat akan pemilihan kerjaya anak-anak. Antara yang harus
ditekankan kepada anak-anak mengenai pemilihan cita-cita ialah faktor minat, bakti dan gaji
yang diterima. Ini kerana remaja berkelaziman mengalami alam fantasi sebelum menyedari
hakikat sebenar. Usia sekitar tujuh hingga 15 tahun, terangnya, remaja cenderung berfantasi dan
memasang angan-angan yang kadangkala tidak rasional. Tetapi selepas melewati usia tersebut,
mereka akan menyedari hakikat sebenar dan mula berusaha mengejar cita-cita idaman.
Perancangan jangka pendek iaitu sekitar usia 18 sehingga 25 sangat penting kerana pada
peringkat ini, remaja masih belajar dan menimba pengalaman. Sementara perancangan jangka
panjang akan menentukan status dan masa depan seseorang.
Sampel kajian saya iaitu Suhailah, memulakan pendidikan awal pada tahun1973 di Sekolah
kebangsaan Bumbong Lima, Kepala Batas, Pulau Pinang hingga tahun 1976 dan kemudian
218206

Page 5

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


berpindah sekolah ke Sekolah Kebangsaan Teluk Medan, Bagan Serai, Perak hingga darjah
enam. Oleh kerana penilaian peringkat darjah enam pada masa itu tidak sangat diambil berat
keputusannya, jadi Suhailah sendiri tidak tahu pencapaian peperiksaan peringkat darjah enam
pada masa itu. Seterusnya menyambungkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah
Menengah Alang Iskandar, Bagan Serai, Perak setakat setahun sahaja dan kemudian memasuki
tingkatan dua di Sekolah Menengah Pendang, Kedah sehingga tingkatan lima. Di sinilah
bermulanya pencapaian yang agak baik dalam dua peperiksaan penting iaitu Sijil Rendah
Pelajaran Malaysia(SRP) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di mana Suhailah berjaya
mendapat pangkat A 14 dalam SRP seperti di lampiran. Seterusnya ditawarkan menyambung
pelajaran dalam aliran sains di sekolah yang sama. Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia pada tahun 1984 dengan keputusan pangkat kedua dan agregat 36. Mendapat kepujian
dalam semua subjek sains dan matematik kecuali matematik tambahan dan juga Bahasa
Malaysia.
Setelah itu memohon untuk melanjutkan pelajaran kebeberapa universiti dan kemudiannya
mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia dalam jurusan
Diploma Perguruan pada tahun 1985. Akhirnya pada tahun 1988 telah dianugerahkan Diploma
Perguruan setelah berjaya menamatkan pengajian selama tiga tahun dengan putara matagred
(PMK) 2.4. Setakat itu saja pengajian pada masa tersebut dan bermulalah memasuki alam
pekerjaan selepas menamatkan pengajian peringkat diploma. Setelah dua belas tahun masa
berlalu setelah memperolehi diploma, dan pendapatan agak stabil di dalam kerjaya, maka pada
tahun 2000 menyambung kembali pengajian secara jarak jauh dalam bidang Ijazah Pendidikan
dengan Universiti Utara Malaysia. Menamatkan pengajian pada bulan oktober tahun 2005.

218206

Page 6

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


Sejarah pekerjaan sebelum dalam bidang pendidikan, masih dalam peringkat expoloration (Umur
21 hingga 23). Sebaik saja menamatkan pengajian peringkat diploma pada tahun 1988, beliau
telah mencuba mendapatkan kerja yang sesuai dengan kelulusan yang ada dan disebabkan
kemelesatan ekonomi pada masa itu, pekerjaan yang sesuai itu gagal diperolehi. Oleh itu, kerja
yang mula diceburi ialah menjadi jurujual barangan perkakas rumah secara langsung dari rumah
ke rumah dari bulan Oktober 1988 hingga Februari 1989. Kemudian pada bulan Jun 1989 ,
beliau mencuba kerja lain pula sebagai operator pengeluaran di sektor perkilangan, dengan
harapan akan dapat menjawat jawatan sebagai penyelia di kilang itu. Bila hajat tidak
kesampaian, maka bulan Disember 1989, kembali memasuki kerja yang sesuai dengan kelulusan
yang ada sebagai Penyelia Tapak Semaian, dan tetapi disebabkan gaji yang diberi berbanding
dengan kerja yang memenatkan, maka sekali lagi penulis berhenti kerja dan memasuki kembali
sektor perkilangan pada April 1990 dari satu kilang ke kilang yang lain dan akhirnya menjawat
jawatan sebagai Penyelia Pelatih di kilang Leader Cable Industry Berhad sebelum memasuki di
Sekolah Menengah Kebangasaan Ipoh pada bulan Oktober 1991.

4.0 PERINGKAT KEDUA (EXTABLISHMENT)


1.3 Kerjaya diri di dalam Sekolah Menengah Kebangasaan Ipoh kerjaya . Peringkat kedua
Establisment.(Umur 24 hingga 36)
Memulakan perkhidmatan pada 8 Oktober 1991 sebagai Guru biasa. Di sinilah bermulanya
kerjaya sebenarnya diri Suhailah yang menjadi peringkat penstabilan dalam pembinaan kerjaya
dia. Dengan pendapatan ditambah lagi kenaikan gaji tahunan yang baik serta bonus di akhir
tahun mejadikan dia kekal bekerja.
218206

Page 7

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


Setelah bekerja sebagai guru biasa selama tujuh tahun, maka beliau telah diserapkan ke jawatan
tetap sebagai guru turus di SMK Ipoh pada Oktober 1993. Bermula dari itu, kerjaya dia makin
meningkat sehingga pada pada bulan Jun 1995, penulis telah ditawarkan mengikuti latihan bagi
tujuan kenaikan pangkat sebagai
Akhirnya pada bulan Ogos 1998,telah dinaikkan pangkat sebagai guru kanan yang kekal
sehingga ke hari ini. Pada peringkat ini, Suhailah tidak bercadang lagi untuk menukar tempat
kerja, Cuma berusaha untuk menaikkan taraf pendidikan dengan mengikuti Pengajian secara
Jarak Jauh. Sehingga kini , masih lagi meneruskan pengajian dan berada pada tahun empat.
Dijangka akan menamatkan pengajian pada bulan Oktober 2005. Seterusnya, beliau akan
membentangkan perancangan dan peramalan yang boleh terjadi setelah penulis memiliki Ijazah
nanti.
Beliau menunjukan akuantibitili diri dan terhadap tugas dan kerja amatlah perlu. Contoh
akuantalibiti terhadap tugas dan kerja adalah meluaskan ilmu dengan membaca pelbagai buku
rujukan berkaitan mata pelajaran yang diajar, memahami selengkapnya isi pelajaran bagi mata
pelajaran yang diajar menyertai seminar pendidikan dengan menyertai kursus-kursus yang
dianjurkan oleh jabatan atau pentadbir sekolah,

merancang dan melaksanakan strategi

pengajaran sepenuhnya bagi mencapai objektif pelajaran secara maksimum dan juga mengajar
fakta yang betul agar murid menerima ilmu yang betul dan tepat. Selain daripada itu sifat dan
kualiti peribadi juga penting untuk Suhailah untuk memajukan prestasi diri beliau dalam kerjaya
beliau. Antara sifat dan kualiti yang perlu ada pada Suhailah adalah seperti di Rajah. 1.
Dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini, guru turut berhadapan dengan masalah yang
berkait secara langsung atau tidak langsung dengan tugas hakiki sebagai pendidik. Suhailah perlu
218206

Page 8

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


mengendalikan

murid

bermasalah,

menghadapi

konflik

dengan

pihak

pentadbiran,

kritikanmasyarakat, kekangan sumber dan sebagainya. Cabaran yang dihadapi guru pada masa
kini bukan sahaja datang daripadapihak sekolah, bilik darjah atau murid tetapi merangkumi
harapan dan ekspektasi daripada masyarakat dan negara .Perkembangan dunia tanpa sempadan
menuntut guru untuk melihat proses pengajaran dan pembelajaran dalam konteks yang lebih luas
dan bukannya dalam konteks tradisional lagi. Guru masa kini perlu menjalankan tugas yang
diamanahkan untuk mendidik generasi muda menjadi warganegara seperti yang diaspirasikan
oleh masyarakat dan negara. Justeru, profesion keguruan yang semakin mencabar dalam era
globalisasi ini menuntut guru untuk mempersiapkan diri secara fizikal dan emosi untuk
memastikan proses mendidik anak bangsa berjalan lancar di samping memenuhi tuntutan dan
harapan ibu bapa, masyarakat dan negara agar murid akan dapat mengharungi cabaran era
globalisasi dengan penuh yakin dan menyumbang kepada pembangunan negara.
Orientasi berasaskan kumpulan (reference-group orientation) merupakan salah satu ciri yang
penting bagiindividu profesional. Kumpulan yang penting bagi golongan ini ialah teridiri
daripada rakan sejawat yang berpengetahuan dan kompeten dalam bidang yang sama dan
berguna dalam proses membuat keputusan. Golongan profesional ini menitikberatkan integriti
profesion dan perkhidmatan yang diberikan kepada klien mereka. Ciri lain bagi profesion ialah
mempunyai struktur kawalan yang jelas (distinctivecontrol structure) di mana kepakaran mereka
adalah berdasarkan pengetahuan teoritikal dan kemahiran yang diperoleh melalui latihan yang
panjang. Oleh itu demikian Suhailah hendahlah sesuaikan diri kepada persekitaran pekerjaan dan
sedia menerima pandangan dan nasihat daripada pihak atasan. Kerjasama dengan organisasi
dapat memastikan persekitaran kerja yang lebih harmoni serta Suhailah bersemangat dan
bermotivasi tinggi dalam melakukan kerja beliau untuk mencapai matlamat kerjaya beliau.
218206

Page 9

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA

Peribadi
Baik hati
Jenaka
Sabar
Mesra
Kepimpinan
Kecindan
Bertanggungjawab
Berdedikasi
Yakin

Sifat dan Kualiti


Sosial
Budi pekerti
Ramah mesra
Merendah diri
Semangat berbakti
Jujur
Mudah suai
Sikap toleransi
Berdaya kepimpinan
Pekerti mulia
Kesedaran terhadap persekitaran
Rajah 1

Profesional
Ingin tahu
Pengetahuan ikhtisas
Suka membaca
Daya usaha
Daya ingatan
Peka kepada perubahan
Semangat berdedikasi
Kemahiran bertutur
Inovasi dalam tugas
Sedar tentang keperluan negara

5.0 PERINGKAT KETIGA (MID CAREER)


Profesion keguruan merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang amat mencabar.
Tenaga pengajar dan pengurus pendidikan seharusnya peka dengan perkembangan terkini dalam
proses kepemimpinan, pengurusan, pengelolaan sumber dan pencapaian matlamat pendidikan
(Ibrahim Ahmad Bajunid, 1995). Justeru, dengan pelaksanaan berbagai-bagai reformasi dalam
pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru menjadi lebih mencabar.
Selain daripada itu, guru ialah golongan yang menjadi harapan negara dalam proses
pembentukan modal insan demi kemajuan negara dimasa hadapan. Peranan guru dalam
merealisasikan misi dan visi negara tertakluk kepada bentuk warga yang dihasilkan melalui
sistem pendidikan negara. Dalam konteks ini, guru perlu memahami aspirasi masyarakat dan
negara terhadap golongan guru. Dasar Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
218206

Page 10

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


dan Pelan Induk Pembangunan Negara merupakan antara dokumen yang perlu difahami dan
dihayati oleh guru dalam usaha untuk merealisasikan hasrat negara melalui proses pembinaan
modal insan. Penghasilan modal insan yang seimbang dari aspek intelek, jasmani, rohani
danemosi yang menjadi tunjang pendidikan di bawah Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi
cabaran yang perlu dihadapi oleh guru dengan penuh tanggungjawab.Cabaran yang dihadapi oleh
guru melalui perubahan kurikulum yang bersifat dinamik selaras dengan keperluan semasa
menuntut guru untuk melakukan penyesuaian agar segala objektif yang disasarkan melalui
perubahan kurikulumakan dapat dicapai. Perubahan secara mendadak boleh memberi tekanan
kepada guru. Sehubungan itu, guru perlu sentiasa bersedia dari segi mental dan psikologi serta
meningkatkan pengetahuan mereka bagi melaksanakan perubahan yang diharapkan. Suhailah
meningkatkan prestasi kerja beliau dan mencapai kejayaan yang lebih baik dalam kerjanya.
Suhailah memikul pelbagai tanggungjawab serta tugasan yang diberi kepada beliau untuk
kegunaan murid-murid sekolah beliau.
Pada usia 48 Suhailah dinaik pangkat serta dilantik sebagai guru besar di Sekolah Menengah
Kampung Pagoh, Segamat. Sebagai guru besar yang berkesan, Suhailah melaksanakan amanah
dan tanggungjawabnya dengan menyediakan landasan yang kukuh dan persekitaran yang
kondusif agar budaya pembelajaran cemerlang dapat diwujudkan. Bahkan sepanjang
pemerhatian Fred M.Hechinger, editor pendidikan di The New York Times dari tahun 1959
hingga 1990 mengesahkan bahawa pentingnya peranan guru besar dalam membawa sekolah ke
arah kejayaan. Guru besar selaku pemimpin utama sekolah memegang amanah dan
tanggungjawab bukan sahaja untuk merealisasikan visi dan misi sekolah malah dasar
transformasi pendidikan Negara. Suhailah member pelbagai imput untuk menjadikan sekolah
beliau. Kini beliau memfokuskan kecemerlangan prestasi sekolah beliau.
218206

Page 11

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


6.0 PERINGKAT KEEMPAT LATE CAREER
Biasanya pada peringkat ini, kedudukan seseorang itu telah pun stabil baik dari segi emosi dan
ekonomi diri. Maka pada peringkat ini penulis bercadang untuk menukar kerjaya dari bekerja
makan gaji kepada bekerja sendiri. Suhailah merasakan sudah memadai pengalaman kerja
selama 29 tahun dari mula penulis menceburkan diri ke alam pekerjaan pada umur 21 tahun
sehingga ke umur 50 tahun untuk penulis membebaskan diri dari bekerja dengan orang lain
kepada bekerja sendiri. Pengalaman yang luar dalam pendidikan pasti akan dapat membantu
beliau untuk berjaya menguruskan pusat tuiysen sendiri.
Alasan Suhailah untuk bekerja sendiri menubuhkan syarikat ialah seperti yang di nyatakan oleh
Abu Bakar (2004): menubuhkan perniagaan bermatlamat untuk mendapat kekayaan ekonomi,
memperolehi kepuasan diri di samping untuk menyediakan pekerjaan untuk diwarisi kepada
anak-anak mereka. Dari pendapat ini penulis merasakan perlu untuk membuka peluang dan
membina perniagaan yang dapat diwarisi kepada anak-anak dan membina generasi usahawan.
Oleh itu, bermula dari sekarang penulis akan menyediakan diri untuk menimba ilmu yang
sebanyak-banyaknya samada melalui pembacaan atau kursus-kursus keusahawanan bagi
menyediakan penulis untuk merebut peluang dalam bidang perniagaan. Perancangan penulis
untuk bekerja dahulu dengan syarikat sekarang ini, adalah sebagai satu strategi bagi memahirkan
diri dengan pengalaman pergurua.

7.0 PERINGKAT KELIMA - DECLINE


Perancangan dan peramalan pada peringkat kelima Decline (umur 61 hingga akhir hayat)
218206

Page 12

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


Pada peringkat ini, kebanyakan individu itu telah bersara dari alam pekerjaan. Di Malaysia ini,
khususnya kepada masyarakat melayu beragama islam, masa ini lebih ditumpukan kegiatan pada
hal-hal keagamaaan dan kebajikan pada masyarakat setempat bagi mengumpulkan pahala untuk
pembekalan selepas kematian itu nanti. Pada peringkat ini juga, penulis merasakan diri akan
menjadi penasihat kepada generasi yang muda bagi memberi panduan kepada mereka untuk
membentuk haluan kerjaya masing-masing. Pada diri suhailah masa ini adalah sesuai untuk
mencurahkan segala ilmu dan pengalaman yang ada kepada masyarakat dan generasi muda
melalui penulisan buku, ceramah-ceramah dan seminar-seminar yang diadakan. Pada diri beliau
yang tidak kedekut ilmu ini, merasakan pasti akan dapat banyak menyumbang kepada
masyarakat dari segi pengalaman hidup untuk menjadi panduan kepada mereka.
8.0 KESIMPULAN
Dari perbincangan dan penyataan yang telah dihuraikan dengan panjang lebar maka dapat dibuat
rumusan bahawa kelima-lima peringkat dalam pembinaan kerjaya seseorang biasanya berlaku
seperti yang telah dan akan terjadi kepada diri penulis. Cuma yang membezakan di antara
seseorang dengan seseoarang yang lain ialah dari segi jangka masa umur disetiap peringkat yang
mungkin berubah. Pada diri beliau yang menamatkan alam pengajian setakat peringkat diploma
sahaja sudah tentu akan cepat memasuki alam pekerjaaan berbanding dengan mereka yang
menamatkan pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda atau pada peringkat yang lebih tinggi
seperti sarjana dan doctor falsafah.
Selain dari itu, didapati organisasi di tempat seseorang itu bekerja akan banyak mempengaruhi
haluan pembinaan kerjaya seseorang. Bermula dari peringkat rendah sehingga ke peringkat
tertinggi telah ditunjukkan ke arah mana seseoarang itu boleh pergi, dan akhirnya didapati
218206

Page 13

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


bahawa untuk naik ke peringkat pengurusan seperti Eksekutif Pentadbiran seseorang pekerja itu
harus mempunyai kelulusan seperti diploma dan yang setaraf dengannya.
Akhirnya, apa yang pasti sesiapa yang merancang akan haluan pembinaan kerjayanya akan pasti
atau setidaknya menghampiri matlamat kerjaya yang ia telah tetapkan atau sasarkan. Walau
bagaimana pun, akan banyak faktor yang mempengaruhi minat, kemahiran, kecenderungan
seseorang pada satu-satu masa yang berkemungkinan ia akan mengubah matlamat kerjayanya.
Dan seperti kata ahli psikologi sesiapa yang tidak merancang, akan merancang untuk gagal
Profesion merupakan satu aktiviti penting dalam kehidupan seseorang. Profesion

juga

mempengaruhi konsep kendiri seseorang, perasan nilai dalam diri dan identiti peribadi. Profesion
merupakan sesuatu aktiviti yang menjadi impian setiap pelajar setelah menamatkan pengajian.
Menurut Holland, hampir setiap individu mempunyai profesion idaman mereka yang tersendiri.
Malah sejak kanak-kanak lagi, mereka sudah pandai menyebut seperti hendak jadi cikgu, doktor,
polis, peguam, penyanyi atau pelakon. Namun tidak kurang juga, yang sering bertukar cita-cita
kerana dipengaruhi oleh persekitaran. Kombinasi minat, kebolehan dan pengaruh suasana semasa
adalah faktor utama dalam pemilihan sesuatu kerja. Contohnya, orang yang bercita-cita tinggi
untuk menjadi guru haruslah mempunyai minat yang mendalam terhadap kanak-kanak. Jika
tidak, dia tentu akan menganiaya muridnya sendiri. Kebiasaannya profesion yang diceburi
bergantung kepada jenis pendidikan, jenis latihan dan tahap pencapaian yang diperolehi semasa
sekolah. Apa yang menyedihkan masih terdapat lagi masalah pelajar yang tidak dapat
menentukan minat mereka terhadap sesuatu profesion. Pemilihan kerjaya yang bersesuaian
dengan personaliti akan mempengaruhi gaya kehidupannya di mana dalam kehidupan harian,
ciri-ciri personaliti yang dimiliki oleh seseorang pelajar akan menentukan cara penyelesaian

218206

Page 14

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


masalah hidupnya. Masalah-masalah ini termasuklah masalah dengan pemilihan kursus yang
bersesuaian dengan personaliti pelajar. Oleh sebab itu, mengetahui ciri-ciri personaliti sendiri
adalah penting bagi setiap pelajar supaya dapat membantunya memahami diri sendiri. Hal ini
berlaku kerana semakin hampir keselarasan antara ciri-ciri personaliti dengan keperluankeperluan dalam sesuatu profesion, maka semakin besar seseorang itu untuk berjaya dalam
bidang berkenaan.
Holland juga menyatakan bahawa keselarasan antara personaliti-persekitaran itu amat penting
untuk mencapai tahap kepuasan, motivasi dan pencapaian akademik yang baik. Kepuasan kerja,
kebolehan, pencapaian dan stabiliti adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau darjah
kongruens antara jenis personaliti dengan persekitaran kerja. Holland telah memperkenalkan
teori Tipologi Holland berpendapat bahawa pemilihan kerjaya mestilah selaras dengan ciri-ciri
individu. Isu ketidakselarasan personaliti dan minat dengan bidang pengajian diikuti mungkin
tidak dapat diselesaikan walaupun pelajar berjaya memperoleh ijazah. Ketidakselarasan ini akan
membawa masalah dalam pekerjaan seperti prestasi yang kurang memuaskan, produktiviti yang
rendah, dan berpotensi besar untuk bertukar kerjaya yang diceburi. Secara tidak langsung, ia
akan mengakibatkan university atau institusi dipersalahkan kerana tidak dapat melatih graduan
dengan baik. Walaubagaimanapun terdapat juga beberapa masalah yang sering berlaku kepada
para pelajar dalam menentukan profesion mereka. Ini kerana terdapat pelajar-pelajar yang masih
keliru untuk menentukan profesion mereka sendiri. Perkara ini berlaku disebabkan oleh
kebanyakan mereka tidak dapat memastikan ke manakah kecenderungan minat yang mereka ada,
yang menyebabkan mereka keliru dan tiada hala tuju. Mereka sering kali berhadapan dengan
konflik antara kehendak ibu bapa, kehendak mereka sendiri dan pengaruh rakan sebaya dalam

218206

Page 15

GMGM 3063 PENGURUSAN KERJAYA


memilih jurusan yang boleh menjejaskan pemilihan profesion. Oleh itu demikian peringakat
pembinaan kerjaya memainkan peranan utaman dalam kerjaya seseorang individu.

218206

Page 16