Anda di halaman 1dari 18

ISI KANDUNGAN

Tajuk
Penghargaan
Isi Kandungan
Pengenalan
Objektif Kajian
Latar Belakang Kajian
Kaedah Kajian
Dapatan Kajian
Rumusan
Rujukan
Lampiran

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana atas limpah kurnia-Nya, pengkaji
dapat menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna. Tidak dapat dinafikan bahawa pelbagai
rintangan terpaksa dialami oleh pengkaji semasa menjalankan kajian ini, namun atas pertolongan
dan rahmat-Nya kajian ini telah disiapkan dengan sempurna dan sedia dihantar pada tarikh yang
telah ditetapkan.
Pada kesempatan ini juga, pengkaji ingin merakamkan sejuta penghargaan kepada Encik Haji
Abd Bari Bin Ahmad selaku Pengetua SMK Datuk Bendahara atas sokongan moral yang
diberikan sepanjang pengkaji menjalankan kajian ini. Begitu juga dengan guru matapelajaran
Pengajian Perniagaan iaitu Puan Rohana Binti Mohd Tahir yang banyak memberikan tunjuk ajar
dan bimbingan dalam menjalankan kajian ini. Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik
mereka.
Tidak lupa juga, pengkaji ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa pengkaji yang
telah memberikan sokongan moral dan kewangan kepada pengkaji bagi menyelesaikan kajian
ini. Tanpa mereka, kajian ini tidak dapat disempurnakan dengan baik.
Buat rakan-rakan seperjuangan, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi berkongsi
maklumat serta pertolongan yang diberikan semasa pengkaji menjalankan kajian ini. Semoga
usaha keras kita akan membuahkan hasil dan sentiasa dirahmati Tuhan.
Akhir sekali, pengkaji ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru
dan semua pihak yang terbabit sepanjang proses penyiapan projek ini sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung. Semoga kalian dirahmati dan beroleh kehidupan yang sejahtera.
Analisis Campuran Pemasaran yang diamalkan oleh Syarikat Kentucky Fried Chicken Malaysia.

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan sebuah syarikat multinasional ( MNC ) iaitu perniagaan Kentucky
Fried Chicken ( KFC ) yang berpusat di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Namun, bagi
memudahkan pencarian maklumat, pengkaji memilih syarikat KFC Malaysia yang merupakan
salah satu cawangan bagi perusahaan KFC antarabangsa. Pengkaji menjalankan kajian ini
berdasarkan objektif kajian iaitu, mengenalpasti campuran pemasaran produk Syarikat KFC
Malaysia berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut produk. Juga, kajian ini
bertujuan untuk mengenal pasti kaedah campuran promosi yang digunakan dan strategi
penetapan harga umum dan harga produk baharu Syarikat KFC Malaysia. Dalam kajian ini,
pengkaji hanya mengunakan data sekunder untuk mendapatkan maklumat iaitu daripada internet,
surat khabar, majalah dan jurnal. Pengkaji menjalankan kajian ini setelah melalui penelitian
laman sesawang dan jurnal serta akhbar yang boleh didapati dalam ruangan laman sesawang
yang berkaitan. Dengan adanya kaedah campuran pemasaran, syarikat KFC Malaysia dapat
meningkatkan keuntungan mereka dan dapat mengekalkan syarikat mereka sebagai pengeluar
makanan segera terunggul di negara Malaysia. Dengan adanya produk-produk baharu yang
sentiasa memenuhi pasaran, syarikat KFC Malaysia yakin bahawa perkhidmatan penyediaan
makanan segera ini akan mendapat sambutan ramai senantiasa. Mereka percaya bahawa dengan
adanya campuran pemasaran, syarikat KFC Malaysia yang ditubuhkan mereka akan sentiasa
berkembang maju.
1.0 PENGENALAN
Menurut Kurtz (2008, P7) pemasaran adalah fungsi organisasi dan sebuah proses untuk
menciptakan, mengkomunikasikan, dan mengirimkan nilai untuk pelanggan dan mengatur
hubungan dengan pelanggan sebagai cara untuk menguntungkan perusahaan dan juga pihak
berkepentingan.
Menurut teori Kotler dan Armstrong (2008, P5) pemasaran adalah sebuah proses perusahaan
menciptakan nilai untuk pengguna dan membangun hubungan kuat dengan pengguna dengan
tujuan untuk menciptakan keuntungun dari pengguna. Pemasaran adalah suatu proses analisis,
perencanaan, implementasi, koordinasi dan pengendalian program yang meliputi kebijakan

produk, harga, promosi dan distribusi dari produk, perkhidmatan dan idea yang ditawarkan untuk
menciptakan dan meningkatkan pertukaran manfaat dengan pasar sasaran dalam upaya
pencapaian tujuan organisasi.
Campuran pemasaran adalah satu konsep yang diguna oleh pemilik perniagaan, eksekutif
pemasaran, pengurus operasi dan juga usahawan dalam mengaplikasikan strategi campuran
pemasaran tradisional empat Ps (4Ps) iaitu produk, harga, promosi dan saluran pengagihan.
Strategi campuran pemasaran ini berkeupayaan berbentuk membantu sesebuah perniagaan dalam
menentukan kesesuaian sesuatu produk atau perkhidmatan disasarkan kepada sasaran pasaran
yang tepat. Perlaksanaan strategi pemasaran yang berkesan dan berjaya bergantung kepada
operasi syarikat mengaplikasikan pengetahuan tentang pemasaran dan strategi campuran
pemasaran dalam bidang keusahawanan menjadi satu program tindakan yang padu dan dapat
menyokong strategi yang bakal dilaksanakan.
Aspek pengetahuan tentang strategi campuran pemasaran penting bagi membolehkan syarikat
menyusun strategiknya untuk mencapai kejayaan dalam pemasaran produk dan perkhidmatan
yang diusahakan selain daripada pengetahuan asas perniagaan semata-mata.

Pengetahuan

strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan
ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Justeru itu, yang menjadi teras kepada strategi
pemasaran adalah pemilihan strategi campuran pemasaran yang bersesuaian dan menepati
sasaran pasaran melalui pelaksanaan yang cekap. Keupayaan untuk memahami strategi
campuran pemasaran iaitu, produk, harga, promosi dan saluran pengagihan adalah asas kejayaan
kepada usahawan untuk berjaya di dalam perniagaan.
Elemen-elemen campuran pemasaran terbahagi kepada empat, iaitu :
1.1. Produk (Product)
Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:274), mengatakan bahawa produk adalah setiap apa
saja yang boleh ditawarkan di pasar untuk mendapatkan perhatian, permintaan, pemakaian atau
penggunaan yang dapat memenuhi keinginan atau keperluan pengguna. Produk tidak hanya
selalu berupa barang tetapi boleh juga berupa perkhidmatan ataupun gabungan dari keduaduanya. Produk merujuk pada proses pembuatan keputusan mengenai penyelidikan dan

pembangunan produk baharu, perancangan pengurusan produk, pembungkusan, dan jaminan


produk.
1.2. Harga (Price)
Menurut Sumarni dan Soeprihanto (2010:281) harga adalah merupakan jumlah ruang (ditambah
beberapa produk kalau mungkin) yang diperlukan untuk mendapatkan sejumlah kombinasi dari
barang berserta pelayanannya. Setelah produk yang diproduksi siap untuk dipasarkan, maka
perusahaan akan menentukan harga dari produk tersebut. Pemboleh ini berkaitan dengan
penetapan harga atau penawaran harga yang selaras dengan matlamat sesebuah organisasi.
Strategi penentuan harga adalah seperti memberikan diskaun dan memberikan ganjaran atau
hadiah berdasarkan harga yang ditawarkan.
1.3. Promosi (Promotion)
Menurut Tjiptono (2008:219), pada hakikatnya promosi adalah suatu bentuk komunikasi
pemasaran. Komunikasi pemasaran adalah aktiviti pemasaran yang berusaha menyebarkan
informasi, mempengaruhi, memujuk, atau mengingatkan pengguna atas perusahaan dan
produknya agar bersedia menerima, membeli produk yang ditawarkan. Promosi merujuk pada
aktiviti penyebaran maklumat berkenaan produk kepada pengguna bagi tujuan membuat
keputusan pembelian. Aktiviti promosi yang boleh dijalankan adalah seperti pengiklanan,
publisiti, jualan langsung, dan demonstrasi produk.
1.4. Pengedaran Atau Pengagihan (Place)
Definisi dari Sumarni dan Soeprihanto (2010:288) tentang saluran distribusi adalah, saluran yang
digunakan oleh penjual untuk menyalurkan produk tersebut dari penjual sampai ke pengguna.
Pengedaran atau pengagihan merujuk pada aktiviti menentukan lokasi agihan dan waktu
pengagihan. Pembuatan keputusan pengedaran melibatkan pemilihan, penilaian dan penyelerasan
saluran pengagihan termasuk cara penghantaran, kaedah pengangkutan, cara penyimpanan stok,
dan pengawalan inventori.

Pengkaji telah ditugaskan membuat kajian ke atas pendekatan strategik sebuah syarikat
mulitnasional (MNC) berdasarkan aspek aktiviti perniagaaan yang dijalankan, aspek konsepkonsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat dan mencadangkan strategi
yang sesuai berdasarkan hasil analisis. Oleh itu, pengkaji telah memilih syarikat Kentucky Fried
Chicken (KFC) sebagai skop kajian. Organisasi ini terlibat dalam aktiviti pemasaran makanan
segera di seluruh dunia. Pengkaji akan mengkaji beberapa aspek dalam aktiviti perniagaan yang
dijalankan oleh perusahaan KFC Malaysia yang dijalankan oleh perusahaan itu yang meliputi
aspek analisis kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT).
Tujuan utama pengkaji menjalankan kajian ini adalah untuk mengenal pasti sama ada Syarikat
KFC Malaysia menjalankan campuran pemasaran dalam perniagaan mereka. Syarikat KFC
diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders. KFC yang pertama didirikan oleh Kolonel Harland
Sanders, yang mulai menjual ayam gorengnya dari pinggir jalan restoran di Corbin, Kentucky
pada tahun 1930.
Kini, Syarikat KFC telah membuka banyak cawangan di seluruh dunia seperti di negara India,
Malaysia, Singapura dan sebagainya. Sehingga kini, terdapat 500 daripada 672 restoran KFC di
seluruh negara, manakala selebihnya di Brunei, Singapura, India dan Kemboja. Syarikat KFC
mendapat sambutan yang hangat daripada penduduk tempatan. Makanan segera KFC menjadi
pilihan dan makanan kegemaran penduduk di Malaysia tanpa mengira umur, jantina dan kerjaya.
Selain itu, pengkaji perlu mendapatkan kaedah campuran pemasaran yang digunakan oleh
syarikat perusahaan KFC Malaysia. Antara keadah campuran pemasaran yang terdapat ialah
produk, penetapan harga, promosi, dan pengedaran atau pengagihan. Kaedah campuran
pemasaran ini amat penting dalam membantu organisasi meningkatkan dan meluaskan pasaran di
pasaran negara ini.
Tambahan pula, pengkaji akan mencadangkan strategi pemasaran yang boleh digunakan oleh
syarikat KFC Malaysia untuk meningkatkan keuntungan dan terus menguasai pasaran.
Berdasarkan hasil analisis yang dibuat, antara strategi pemasaran yang boleh dilaksanakan adalah
seperti strategi 4P iaitu produk, harga, tempat dan promosi. Pengkaji akan mencadangkan
beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh syarikat perusahaan KFC Malaysia untuk
meningkatkan lagi kualiti keluaran mereka.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk mencapai tiga objektif utama berkaitan campuran pemasaran yang
dijalankan oleh Syarikat KFC Malaysia :
2.1. Mengenalpasti campuran pemasaran produk Syarikat KFC Malaysia
berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut produk.
2.2. Mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan oleh Syarikat
KFC Malaysia.
2.3. Mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu
Syarikat KFC Malaysia.
3.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Logo Syarikat KFC Antarabangsa
Pengetahuan strategi campuran pemasaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan
kejayaan ataupun kegagalan sesebuah perniagaan. Justeru itu, yang menjadi teras kepada strategi
pemasaran adalah pemilihan strategi campuran pemasaran yang bersesuaian dan menepati
sasaran pasaran melalui pelaksanaan yang cekap.

Keupayaan untuk memahami strategi

campuran pemasaran iaitu, produk, harga, promosi dan saluran pengagihan adalah asas kejayaan
kepada usahawan untuk berjaya di dalam perniagaan.
Tujuan pengkaji membuat kajian ini ialah bagi mengenalpasti proses campuran pemasaran
produk berdasarkan kedalaman, kelebaran, klasifikasi dan atribut produk yang diamalkan oleh
Syarikat KFC Malaysia. Seterusnya, mengenalpasti kaedah campuran promosi yang digunakan
dan juga mengenalpasti strategi penetapan harga umum dan harga produk baharu bagi produk
KFC Malaysia.

Kentucky Fried Chicken (KFC ) merupakan salah satu rangkaian makanan segera yang paling
terkenal di dunia ini.

Syarikat perusahaan KFC

bermula pada tahun 1930- an yang

diperkenalkan dan diasaskan oleh Colonel Sanders di Amerika Syarikat selatan sebagai operasi
francais kecil.

Colonel Sanders telah menjadi personaliti terkenal melalui penubuhan dan

pembukaan beribu-ribu restoran-restoran KFC di seluruh dunia. Kualiti, perkhidmatan dan


kebersihan ( QSC ) mewakili faktor-faktor kejayaan yang paling penting bagi kejayaan global
syarikat KFC. Pengkaji memilih KFC Malaysia sebagai objek kajian untuk menjalankan kajian
ini.

KFC Malaysia diuruskan oleh QSR Brands Berhad, iaitu sebuah syarikat milik Jcorps. Sebut
sahaja Johor Corporation (JCorp), bukan sedikit yang tidak mengenali entiti itu, lebih-lebih lagi
penerajunya Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang dikatakan mirip Colonel Sanders, pengasas
restoran KFC. KFC merupakan antara perniagaan kendalian JCorp yang berjaya. Malah,
kejayaannya kini melangkau ke luar negara. Restoran KFC Malaysia yang pertama dibuka di
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada tahun 1973 dan sehingga tahun 2013 terdapat
579 cawangan KFC di seluruh Malaysia. Restoran KFC menyediakan pelbagai jenis makanan
segera seperti ayam goreng, nugget, burger dan mencatat prestasi yang membanggakan dalam
industri restoran makanan segera di Malaysia. Cawangan KFC meliputi tiga jenis iaitu restoran
pandu lalu, restoran di pusat membeli belah dan restoran sahaja.

Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya membahagikan pasaran
mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja dan keluarga.
Contohnya, menu chicky meal disediakan istimewa untuk kanak-kanak. Iklan KFC di media
massa sering memaparkan restoran KFC sebagai restoran makanan segera untuk keluarga,
dengan konsep ceria dan menyeronokkan. Semua restoran KFC terletak di pinggir bandar dan
juga pusat bandar. Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah dan atasan
yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.

Sebagai peneraju industri makanan segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia sememangnya
menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny Rogers dan

sebagainya. Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam, setiap aspek proses
pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal yang hanya
diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dengan tegas mematuhi MS1500: 2009.

RUMUSAN / PENUTUP
Kajian bertujuan untuk mengkaji campuran pemasaran, kaedah campuran promosi dan strategi
penetapan harga umum dan harga produk baharu yang diamalkan oleh Syarikat KFC Malaysia.
Berdasarkan hasil kajian, elemen utama yang menentukan kejayaan atau kegagalan sesebuah
organisasi adalah strategi yang mereka ikuti. Mana-mana industri adalah luas dan persaingan
juga sengit untuk terus hidup dalam perniagaan. Organisasi perlu merangka strategi inovatif.
KFC Malaysia telah memulakan perjalanan dekad yang lalu dan mereka telah berjuang untuk
mengekalkan kedudukan mereka sebagai peneraju pasaran. Pelbagai telah berlaku pada masa lalu
untuk syarikat KFC Malaysia sama ada baik ataupun buruk, tetapi ia adalah strategi yang
membantu mereka terus hidup dan mengekalkan kedudukan mereka sebagai salah sebuah
syarikat pengeluar makanan segera terunggul di Malaysia. Strategi dan kaedah campuran
pemasaran syarikat ini adalah agak sama dengan strategi syarikat lain dan kedudukan syarikat
lain tidak jauh di belakang daripada KFC Malaysia, tetapi mana-mana kesilapan kecil yang
dilakukan oleh syarikat KFC Malaysia, mungkin membuatkan KFC Malaysia sebagai
penghalang kemajuan perniagaan kerana syarikat lain mampu menjadi pemimpin pasaran dan
syarikat makanan segera KFC Malaysia perlu berhati-hati ketika melaksanakan strategi
campuran pemasaran mereka.
Rahsia kejayaan terus KFC Malaysia dalam peningkatan struktur pengurusan dan penerapan
falsafahnya, iaitu untuk terus memperkenalkan produk baru atau untuk jualan sebelumnya
produk dipakej semula bagi mentaliti rakyat pelanggan awal untuk mendapatkan keuntungan.

Antara cadangan penambahbaikan syarikat KFC Malaysia ialah mereka perlu terus
mengeluarkan produk-produk baharu bagi memenuhi cita rasa para pelanggan. Juga, syarikat
KFC Malaysia perlu memperbanyak bilangan cawangan di seluruh negara terutamanya di
kawasan-kawasan pedalaman bagi memudahkan masyarakat kawasan tersebut senang
memperolehi produk mereka.
Kesimpulannya, dengan wujudnya perkhidmatan makanan segera yang dihasilkan oleh syarikat
KFC Malaysia, pihak mereka yakin bahawa ia dapat meningkatkan tahap perkhidmatan lain yang
berada di pasaran. Syarikat KFC Malaysia yakin bahawa perkhidmatan ini akan sentiasa
mendapat sambutan ramai. Dengan adanya campuran pemasaran, syarikat tersebut berharap
bahawa perniagaan mereka akan berkembang maju.

7.0 RUJUKAN

7.1 Internet

Sejarah KFC (Kentucky Fried Chicken)


https://wildanrenaldi.wordpress.com/2012/10/08/sejarah-kfc-kentucky-fried-chicken/ ( 18 Jun
2015 )

Bilangan Restoran KFC Meningkat Tiga Kali Ganda

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Korporat/20121231/ko_05/Bilangan-restoran-KFCmeningkat-tiga-kali-ganda ( 23 Jun 2015 )

Logo KFC
https://en.wikipedia.org/wiki/File:KFC_logo.svg (25 Jun 2015 )

Logopedia KFC
http://logos.wikia.com/wiki/KFC ( 26 Jun 2015 )

Strategi Pemasaran KFC


https://dwiyustiyanita.wordpress.com/2013/11/24/strategi-pemasaran-kfc/ ( 26 Jun 2015 )

Asas Pengurusan Pemasaran


http://www.slideshare.net/mhamdy70/asas-pengurusan-pemasaran ( 29 Jun 2015 )

Pentingnya Faktor Lokasi Dalam Memasarkan Produk


http://www.investasionline.net/net/kfc-kebaikan-dan-keburukan-dalam-campuranpemasaran.html ( 30 Jun 2015 )

Kisah Bermulanya KFC


http://boomingeagleworld.xtgem.com/KISAH%20SUKSES%20KFC%20Kolonel%20sander (1
Julai 2015 )

FaktaBisnes Colonel Sanders Memulakan Bisnes KFC Dengan Duit Pencen Sebanyak
USD105
http://www.majalahniaga.com/tag/tentang-kfc ( 3 Julai 2015 )

Manajemen Strategik Dalam Perusahaan Makanan


http://msmanggarsari.blogspot.com/2014/04/manajemen-strategik-dalam-perusahaan.html
Julai 2015 )

Kisah Kejayaan Colonel KFC dan ayam gorengnya yang SEDAP dan POPULAR
http://wolkietolkie.com/kisah-kejayaan-colonel-kfc-dan-ayam-gorengnya-yang-sedap-danpopular/ ( 19 Julai 2015 )

Menyingkap Rahsia Kejayaan JCorp


http://bisniswirausaha.blogspot.com/2009/05/menyingkap-rahsia-kejayaan-jcorp.html (19 Julai
2015)

KFC Sumbang Peralatan Taman Permainan


http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=1999&dt=1113&pub=utusan_malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm ( 19 Julai 2015 )

Kentucky Fried Chicken ( KFC ) Malaysia


http://ms.swewe.net/word_show.htm/?1098378_1&KFC ( 19 Julai 2015 )

(SEMASA) KFC HOT BOX Semuanya Dalam Satu Hidangan


http://galaksi-media.com/semasa-kfc-hot-box-semuanya-dalam-satu-hidangan/ ( 19 Julai 2015 )

Kentucky Fried Chicken Menu


http://www.kfc.com.my/menu/chicken/barrel/ ( 19 Julai 2015 )

Menu Baru KFC


http://www.mummynemo.com/2012/06/menu-baru-kfckfc-flaming-crunch-ditawarkan-dalamtempoh-terhad/ ( 19 Julai 2015 )

Chicken Meals and Burger In KFC Malaysia


http://www.theborneopost.com/2014/08/13/thai-green-curry-chicken-meals-and-burger-on-kfcmalaysias-menu/ ( 19 Julai 2015 )

Hidangan Sarapan Pagi Yang Lazat Dan Terbaru Hanya Di KFC


http://selebritionline.com/hidangan-sarapan-pagi-yang-lazat-dan-terbaru-hanya-di-kfc/

201

Julai 2015 )

KFC Spicy Korean Burger Sungguh Lazat Sungguh Korea


http://selebritionline.com/kfc-spicy-korean-burger-sungguh-lazat-sungguh-korea/ ( 20 Julai 2015
)

Burger KFC Zinger Remixed


http://selebritionline.com/burger-kfc-zinger-remixed/ ( 20 Julai 2015 )

Burger KFC Zinger Reloaded Lebih ZING


http://selebritionline.com/burger-kfc-zinger-reloaded-lebih-zing/ ( 20 Julai 2015 )

Promosi KFC Malaysia


http://www.kfc.com.my/promotion/ ( 20 Julai 2015 )

Pengertian Dan Manfaat Atribut Produk

http://www.pendidikanekonomi.com/2012/07/pengertian-dan-manfaat-atribut-produk.html ( 20
Julai 2015 )

KFC Marketing Plan


http://www.slideshare.net/sank8d14/kfc-marketing-plan ( 21 Julai 2015 )

Campuran Pemasaran - Harga


http://pemasaran1puo.blogspot.com/2010/01/unit-4-campuran-pemasaran-harga.html (27 Julai
2015 )

7. 2 Keratan Surat Khabar

KFC Named Most Trusted Quick Service in Malaysia, QSR Magazine, Terbitan March 4, 2015
KFC Tailors Approach In Africa, Media 24, Terbitan Januari 21, 2013
KFC Malaysia Reignites Family Dining Tradition, Adobo Magazine, Terbitan April 25, 2012
KFC Malaysia Menu Prices, Auto Magazine, Terbitan Jun 20, 2015
KFC Hatches A Social Egg, Marketing Magazine, Terbitan Disember 20, 2013
Top 10s Crme de la Crme Food Brands In Malaysia, Restaurants and Institutions Magazine,
Terbitan Mei 8, 2012

7.3 Majalah

Majalah Niaga Edisi 31 Bersama Zafrul Rizal Mat, Terbitan March 27, 2015
Majalah Niaga Bersama Zafrul Rizal Mat, Terbitan Oktober 31, 2013
Majalah Laporan Tahunan KFC Holdings Malaysia, Terbitan 2003

7.4 Buku

Nota & Latihan STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Azly Muhammad, Ain Insyirah, Terbitan
2014
Teks STPM Pengajian Perniagaan Penggal 1, Shanti Subramaniam, Mah Boon Kiet, Terbitan
Pelangi Bestseller 2014

8.0 Lampiran

Gambar di atas menunjukkan pengasas Kentucky Fried Chicken ( KFC ), iaitu Colonel Harland
David Sanders

Gambar di atas menunjukkan KFC pertama yang ditubuhkan Corbin, Kentucky.

Gambar di atas menunjukkan KFC pertama yang dibuka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala
Lumpur, Malaysia.

Gambar di atas menunjukkan jenis-jenis makanan segera yang terdapat di seluruh cawangan
KFC Malaysia.

Gambar peta di atas menunjukkan sejumlah cawangan KFC yang terdapat di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai