Anda di halaman 1dari 17

POLISI DAN PERATURAN

1.0

PENGENALAN
Polisi dan Peraturan Perkhidmatan TASKA dan TADIKA NCDRC disediakan untuk ibu
bapa/penjaga memahami tatacara pendaftaran dan program yang dilaksanakan di TASKA dan
TADIKA NCDRC. Sebagai sebuah pusat penyelidikan, TASKA dan TADIKA NCDRC bukan
sahaja menyediakan program pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti dan sistematik, tetapi
juga menekankan pelbagai aspek penting yang berkaitan dengan perkembangan awal kanakkanak. Ini meliputi aspekaspek pengasuhan, pembelajaran, penjagaan kesihatan dan
keselamatan, kemahiran urus diri dan kreativiti untuk kanak-kanak. Semua program dan aktiviti
yang dilaksanakan adalah mengikut Kurikulum PERMATA Negara dan Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kurikulum tersebut merupakan kurikulum kebangsaan yang
diwajibkan kepada setiap TASKA dan TADIKA di Malaysia. Kanak-kanak diberi pendedahan
secara menyeluruh menggunakan konsep pembelajaran berasaskan belajar melalui bermain. Ini
memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka persekitaran pembelajaran secara bebas
dengan panduan dan sokongan pendidik yang berkelayakan dan berpengalaman.

1.1

VISI
Menawarkan didikan dan asuhan kanak kanak yang berkualiti dalam persekitaran yang
kaya dengan alam semula jadi.

1.2

MISI
Meningkatkan kesejahteraan dan perkembangan kanak-kanak secara holistik, seimbang
dan harmonis.

1.3

OBJEKTIF
Menyediakan garis panduan perkhidmatan bagi kemudahan ibu bapa/penjaga yang
menerima perkhidmatan asuhan dan didikan di TASKA dan TADIKA NCDRC.
Menyediakan maklumat-maklumat penting tentang program dan aktiviti kanak-kanak
di TASKA dan TADIKA NCDRC.
Memastikan kesejahteraan kanak-kanak sentiasa dalam keadaan baik dan harmonis.
Mewujudkan sebuah komuniti dalam kalangan ibu bapa dan memastikan semua ibu
bapa melibatkan diri dalam program penglibatan ibu bapa.

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

POLISI DAN PERATURAN

2.0

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN


2.1

2.2

Peringkat umur
TASKA

: 0 hingga 4 Tahun

TADIKA

: 5 dan 6 Tahun

Waktu Operasi TASKA dan TADIKA


Hari

: Isnin - Jumaat

TASKA

: 7.30 pagi - 5.30 petang

TADIKA

: Sesi 1
Isnin hingga Jumaat - 8.00 pagi 12.00 tengah hari
Sesi 2
Isnin hingga Khamis - 1.00 petang 5.00 petang
Jumaat 2.00 5.30 petang

2.3

Waktu Operasi Pejabat Pentadbiran TASKA/TADIKA


Hari

: Isnin-Jumaat

Masa

: 8.00 pagi 1.00 petang


2.00 petang 4.30 petang

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

POLISI DAN PERATURAN

3.0

YURAN
3.1

Prosedur Pembayaran
Bagi melancarkan proses pentadbiran, ibu bapa hendaklah mematuhi peraturan dan
prosedur berikut:
Membayar yuran bulanan dan tahunan mengikut kadar yang telah ditetapkan setiap
tahun.
Menjelaskan yuran sebelum 7hb setiap bulan.
Yuran dibayar terus kepada Pembantu Pengurusan Murid (PPM) di Kaunter Pejabat
Pentadbiran NCDRC seperti berikut:
Hari : Isnin hingga Rabu
Masa : 8.00 pagi hingga 1.00 petang
2.00 petang hingga 4.30 petang
Membayar sepenuhnya yuran dalam situasi berikut:
i.

Cuti ibu bersalin

ii. Cuti sakit


iii. Cuti umum/perayaan
iv. Percutian keluarga
v. Penangguhan operasi.
Pemotongan gaji akan dibuat ke atas kelewatan membayar yuran melebihi dua (2)
bulan.
Menerima resit rasmi bayaran.
Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan.

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

POLISI DAN PERATURAN

3.2

Yuran Pendaftaran
Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut:
Perkara

Bayi 2 tahun

3 tahun- 6 tahun

a)Yuran Pendaftaran (Yuran Aktiviti)


100.00

100.00

T-shirt 1 pasang

30.00

1 pasang uniform TASKA/TADIKA

50.00

b)Yuran Pelbagai

Alat tulis

30.00

Insuran

10.00

10.00

Jumlah

110.00

RM220.00

*Sekiranya ibu bapa/ penjaga membatalkan pendaftaran, yuran ini TIDAK akan dikembalikan

3.3

Yuran Bulanan
Yuran bulanan ialah yuran yang dikenakan setiap awal bulan sepanjang tempoh kanakkanak berada di TASKA dan TADIKA NCDRC.

Jenis Perkhidmatan

Umur kanak-kanak

Waktu Perkhidmatan

Yuran

0-2 Tahun

7.30 pg - 5.30 ptg

RM 210.00

TASKA

3-4 Tahun

7.30 pg - 5.30 ptg

RM 170.00

TADIKA

5-6 Tahun

8.00 pg 12.00 tgh

RM 70.00

*Yuran Kelas Iqra Bulanan (4 tahun) RM 20.00

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

POLISI DAN PERATURAN

3.4

Bayaran Lebih Masa


Kadar bayaran lebih masa dikenakan sekiranya ibu bapa/penjaga lewat mengambil
kanak-kanak. Ibu bapa /penjaga boleh membuat bayaran terus di kelas masing-masing.
Resit akan dikeluarkan oleh PPM yang menjaga bahagian kewangan. Kadar bayaran
adalah seperti berikut:Masa

Kadar Bayaran

5.40 petang hingga 6.00 petang

RM 5.00

12.31 tengahari 1.00 petang

RM 5.00

*TASKA/TADIKA tamat operasi jam 6.00 petang

4.0

KEMASUKAN KANAK-KANAK
Borang pendaftaran kemasukan baharu akan dibuka pada bulan September setiap tahun.
Ibu bapa perlu mengisi borang pendaftaran secara atas talian apabila permohonan
kemasukan dibuka.
Jika sekiranya kanak-kanak telah didaftarkan tetapi gagal hadir dalam masa 1 bulan tanpa
penjelasan dari tarikh pendaftaran, kemasukan akan dibatalkan secara automatik.
Sebuah keluarga dibenarkan mendaftar anak-anak tetapi hanya dua (2) orang anak sahaja
diterima pada satu-satu masa.
Bilangan kanak-kanak dalam sebuah kelas adalah mengikut nisbah yang telah ditetapkan.
Umur minimum bagi kelas bayi adalah 1 bulan hingga 3 bulan pada Januari setiap tahun.

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

POLISI DAN PERATURAN

5.0

KURIKULUM DAN AKTIVITI TAHUNAN


Kurikulum yang dilaksanakan di TASKA dan TADIKA NCDRC adalah Kurikulum PERMATA
Negara dan Kurikulum Standard Pra-Sekolah Kebangsaan (KSPK).
5.1

Kurikulum Permata Negara (TASKA 0- 4 Tahun)


Kurikulum Permata Negara sangat menekankan aspek-aspek asuhan dan didikan awal
kanak-kanak di mana amalan asuhannya berasaskan kasih sayang, memperbanyakkan
interaksi dan komunikasi, menekankan kepada proses pembelajaran dan bukan kepada
hasil pembelajaran, dan menanam rasa suka dan minat membaca, bukannya mengajar
membaca secara intensif. Kurikulum Permata Negara berpandukan lima (5) modul
mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak mengikut umur:i.

0 6 bulan;

ii. 6 12 bulan;
iii. 1 2 tahun;
iv. 2 3 tahun; dan
v. 3 4 tahun.
Kurikulum PERMATA Negara merangkumi enam bidang perkembangan pembelajaran
yang terdiri daripada:
i.

Perkembangan sahsiah, sosio emosi dan kerohanian

ii. Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal


iii. Perkembangan awal matematik dan pemikiran logik
iv. Perkembangan deria dan pemahaman dunia persekitaran
v. Perkembangan fizikal; dan
vi. Perkembangan kreativiti dan estetika
PENDIDIK
PERKEMBANGAN
SAHSIAH, SOSIOEMOSI &
KEROHANIAN
PERKEMBANGAN
KREATIVITI &
ESTETIKA
PEMAKANAN
SIHAT

SISTEM

LATIHAN URUS
DIRI

PERKEMBANGAN
BAHASA ,
KOMUNIKASI &
AWAL LITERASIA

IBU BAPA

PENDIDKAN
PERKEMBANGAN
FIZIKAL &
KEMAHIRAN
URUS DIRI

KESIHATAN,
KEBERSIHAN
KESELAMATAN

SENAMAN &
KECERGASAN

PERKEMBANGAN
AWAL
MATEMATIK DAN
PEMIKIRAN LOGIK

PERKEMBANGAN
DERIA
&PEMAHAMAN
DUNIA
PERSEKITARAN

KOMUNITI

Rajah 1: Bidang Perkembangan Pembelajaran


Sumber: Kurikulum Permata Negara 2013

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

POLISI DAN PERATURAN

5.2

Kurikulum Standard Pra-Sekolah Kebangsaan (KSPK)


Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK) Pendidikan prasekolah
bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun
secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang
menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,
menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak
agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani
cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak. Peringkat perkembangan kanakkanak mengikut umur 5+ dan 6 tahun adalah berasaskan enam (6) tunjang utama iaitu:
i.

Tunjang Komunikasi

ii. Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai - Pendidikan Moral


iii. Tunjang Ketrampilan Diri-Perkembangan Sosio emosi
iv. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
v. Tunjang Sains & Teknologi
vi. Tunjang Kemanusiaan
5.3

Elemen Nilai Tambah


i.

CLIL Content Language and Integrated Learning


Satu pendekatan di mana gabung jalin pelbagai bahasa dalam pengajaran
dan pembelajaran. CLIL adalah satu cara untuk menggalakkan kemahiran
interpersonal, budaya dan bahasa komunikasi serta kebolehan yang ada
dalam kalangan kanak-kanak.

ii. EMV Ethics, Moral and Values


Kanak-kanak di dedahkan dengan pendekatan pendidikan islam, nilai-nilai
moral dan budaya melalui pengajaran dan pembelajaran di dalam atau luar
kelas. Etika, nilai dan moral penting dari sudut pembangunan peribadi,
sosial dan rohani.
iii. GAP - Global Awareness Program
Pendekatan kesedaran persekitaran dapat membantu kanak-kanak
mengenali budaya, agama, tradisi dan adat resam negara-negara luar.
Kanak-kanak didedahkan dengan kesedaran persekitaran melalui aktivitiaktiviti seperti memasak, diorama, puppet, nyanyian, tarian dan sebagainya.

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

POLISI DAN PERATURAN

iv. PA - Project Approach


Pendekatan projek lebih menekankan kepada fenomena sebenar di mana
kanak-kanak mengkaji, menyiasat dan bertanya soalan berkaitan projek dan
melalui jawapan. Pendekatan projek dapat memberi satu pengalaman
baharu kepada kanak-kanak.
v. ITL- Innovative Teaching and Learning
Pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi seperti Kinect, Smart
Board, Now Board dan komputer dapat membantu kanak-kanak menguasai
sesuatu serta membina kemahiran yang berkaitan.

6.0

PEMAKANAN
Penyediaan makanan untuk bayi dan kanak-kanak mengambil kira semua aspek kesihatan dan
keperluan tumbesaran serta perkembangan kanak-kanak. Makanan yang disediakan dipilih dari
bahan-bahan yang berkhasiat dan segar.
6.1

Bayi

Penyusuan ibu adalah digalakkan dengan menyusukan bayi di TASKA atau


menyediakan bekalan susu ibu yang mencukupi.

Bayi diberi makanan pelengkap apabila mereka berusia 6 bulan mengikut sajian yang
disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

6.2

Kanak-Kanak

TASKA dan TADIKA NCDRC menyediakan menu yang bersesuaian dan seimbang
mengikut umur dan keperluan kanak-kanak.

Kanak-kanak digalakkan untuk makan sendiri menggunakan peralatan yang


disediakan.

Ibu bapa diminta menyediakan makanan tambahan sekiranya kanak-kanak


mengalami sebarang alahan dan ibu bapa/penjaga hendaklah dimaklumkan semasa
pendaftaran.

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

POLISI DAN PERATURAN

PERINGATAN:
Ibu bapa/penjaga tidak digalakkan membawa bekalan makanan sendiri
kepada anak-anak.
Ibu bapa/penjaga tidak dibenarkan memberi makanan ringan sebagai
cenderahati hari jadi.

7.0

KESIHATAN DAN KEBERSIHAN


7.1

Kesihatan Fizikal dan Oral

Ibu bapa/penjaga perlu memastikan kanak-kanak berada dalam keadaan bersih


dan sihat ketika hadir ke TASKA dan TADIKA NCDRC.

Ibu bapa/penjaga hendaklah memastikan kanak-kanak telah mandi dan dalam


keadaan bersih dan sihat terlebih dahulu sebelum dihantar ke TASKA dan
TADIKA NCDRC.

Kanak-kanak yang menghidapi penyakit berjangkit seperti dibawah tidak


dibenarkan ke TASKA dan TADIKA NCDRC sehingga benar-benar sihat:
i.

Demam campak

ii. Sakit mata


iii. Kutu
iv. Penyakit kuku, tangan, kaki dan mulut
v. Demam dengan suhu melebihi 38C
vi. Cirit-birit (Ibu bapa harus memastikan kanak-kanak bebas dari muntah
atau cirit-birit 24 jam selepas serangan pertama).

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

POLISI DAN PERATURAN

Jika suhu tinggi semasa di dalam kelas, ibu bapa diminta untuk datang
mengambil anak dengan segera. Sekiranya tidak datang selepas dihubungi,
pihak TASKA TADIKA tidak akan bertanggungjawab ke atas perkara ini.

Ibu bapa/penjaga wajib melaporkan sebarang penyakit yang dihidapi oleh


kanak-kanak kepada pihak TASKA dan TADIKA NCDRC.

Protokol kesihatan seperti pemeriksaan suhu, pemeriksaan fizikal dan sanitasi


tangan diwajibkan kepada semua kanak-kanak dan ibu bapa/penjaga sebelum
memasuki kelas.

7.2

Kebersihan

Penggunaan lampin kain tidak dibenarkan dibawa ke TASKA dan TADIKA.

Pemeriksaan gigi kanak-kanak oleh Unit Pergigian Pusat Kesihatan UPSI akan
dilakukan. Ibu bapa diberikan kad temu janji untuk rawatan susulan jika perlu.

Kanak-kanak perlu membawa berus dan ubat gigi untuk kegunaan di TASKA
dan TADIKA NCDRC.

Ibu bapa/penjaga perlu menyediakan set mandian (gel mandian, syampu, sikat
dan bedak).

Pemberian ubat yang diarahkan oleh ibu bapa kepada pendidik/ppm/pengasuh


haruslah direkod di dalam buku laporan.

8.0

ETIKA PAKAIAN
8.1

TADIKA

Kanak-kanak 3 hingga 6 tahun perlu memakai pakaian seragam pada setiap


pagi Isnin, Rabu dan Jumaat.

T-shirt/pakaian sukan dipakai pada hari Selasa dan Khamis untuk aktiviti luar.

Kanak-kanak perlu memakai kasut sukan/kanvas apabila mengadakan aktiviti


luar atau mengikuti rombongan lawatan di luar kelas.

8.2

TASKA

Lampin bayi pakai buang hendaklah ditukar dan bersih sebelum datang ke
TASKA.
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

10

POLISI DAN PERATURAN

Pakaian adalah bersesuaian dengan aktiviti kanak-kanak.

Kanak-kanak perlu dibekalkan dengan barang dan keperluan peribadi seperti:-

i. Pakaian (3 set pakaian setiap hari)


ii. Lampin pakai buang (5 keping sehari)
iii. Minyak bayi, losyen dan sikat.
iv. Susu formula untuk bayi dan botol susu bayi bagi kanak-kanak di bawah umur
dua tahun sahaja.
v. Kanak-kanak 2 hingga 3 tahun digalakkan menggunakan sip cup, manakala
kanak-kanak 3 tahun ke atas menggunakan cawan.
vi. Ibubapa/penjaga diminta melabelkan nama kanak-kanak ke atas semua
pakaian.
vii. Beg plastik untuk pakaian kotor.

9.0

KESELAMATAN
Keselamatan kanak-kanak merupakan aspek penting yang perlu diberi perhatian semasa kanakkanak berada di TASKA dan TADIKA NCDRC. Pendidik/PPM/Pengasuh akan memastikan
kanak-kanak sentiasa berada dalam keadaan selesa dan selamat.
9.1

Barang Persendirian

Kanak-kanak tidak dibenarkan memakai barangan berharga seperti barang kemas.

Kanak-kanak tidak digalakkan membawa barang mainan dari rumah. Pihak TASKA
dan TADIKA NCDRC tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kehilangan atau
kerosakan terhadap barang-barang tersebut.

9.2.

Kebenaran Mengambil Gambar Kanak-kanak


Bagi memelihara privasi kanak-kanak, pihak TASKA dan TADIKA hanya membenarkan
diambil gambar prasarana, dan tidak mengambil gambar kanak-kanak semasa aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas.

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

11

POLISI DAN PERATURAN

9.3

Kebenaran Mengambil dan Melawat

Ibu bapa/penjaga hendaklah memaklumkan kepada pendidik sekiranya ada


waris/wakil yang akan mengambil kanak-kanak semasa waktu operasi pada waktu
pulang.

Wakil perlu mengisi Buku Log Kehadiran ketika mengambil kanak-kanak.

Ibu yang datang untuk menyusu hanya dibenarkan berada di bilik Feeding Room bagi
tujuan menyusu.

9.4

Bapa/penjaga tidak dibenarkan untuk memasuki bilik Feeding Room.

Insurans
Kanak-kanak dilindungi dengan Pelan Takaful Kemalangan Diri Berkelompok, Takaful
Malaysia Berhad apabila mendaftar dan mengikuti aktiviti lawatan bersama pendidik.

9.5

Tempoh Penyesuaian
Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah penyesuaian diri, ibu bapa tidak
digalakkan menemani anak-anak sehingga mereka dapat menyesuaikan diri dengan
suasana persekitaran TASKA dan TADIKA NCDRC. Namun, sekiranya anak-anak
masih tidak dapat menyesuaikan diri, perbincangan bersama pendidik akan diadakan.
Ibu bapa tidak dibenarkan berada dalam kawasan TASKA/TADIKA apabila
pengajaran bermula.

9.6

Kecederaan
Situasi yang membahayakan keselamatan bayi dan kanak-kanak berada di manamana.Kecederaan boleh berlaku pada bila-bila masa tanpa diduga, tetapi hampir
kesemua jenis kecederaan termasuklah yang mengakibatkan kematian boleh
dicegah.Adalah penting pendidik dan pengasuh kanak-kanak untuk mengetahui tandatanda awal bahaya dan langkah-langkah bantuan yang boleh diberikan kerana ianya
dapat menyelamatkan nyawa dan mengelakkan kecacatan kekal kepada kanak-kanak di
bawah pengawasan mereka. Berikut adalah langkah yang diambil:
Mempelajari teknik penyusuan bayi yang betul.
Bersabar ketika mengasuh bayi dan tidak boleh menggoncang bayi.
Menyediakan peralatan kanak-kanak dengan selamat dan mematuhi piawaian.
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

12

POLISI DAN PERATURAN

Memastikan ruang permainan yang lapang


Menyimpan ubat-ubatan, bahan-bahan berbahaya atau beracun, mancis dan pemetik
api ditempat selamat.
Sentiasa mengawasi kanak-kanak ketika mandi.
Memastikan tiada bahan panas berdekatan kanak-kanak.
Mengawasi dan menasihati kanak-kanak supaya tidak bermain ketika makan.
Menyediakan bilik rawatan untuk kes-kes ringan.
10.0

KEHADIRAN

Kehadiran kanak-kanak sangat penting apabila berada di TASKA DAN TADIKA. Rekod
kehadiran akan diambil setiap hari.

Ibu bapa diminta menghantar anak-anak bermula jam 7.30 pagi sehingga 8.00 pagi.
Sekiranya lewat, ibu bapa diminta memaklumkan kepada pendidik atau pentadbir sebelum
jam 9.00 pagi bagi melancarkan urusan penerimaan dan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.

Sekiranya kanak-kanak tidak dapat hadir ke TASKA/TADIKA, ibu bapa/penjaga diminta


memaklumkan kepada pendidik/pentadbir sama ada melalui telefon atau surat.

11.0

Ibu bapa perlu mengisi Buku Log kehadiran kanak-kanak yang disediakan.

PENGLIBATAN IBUBAPA
Penglibatan ibu bapa/penjaga adalah pemangkin kepada kejayaan kanak-kanak. Ibu
bapa/penjaga diwajibkan melibatkan diri dalam aktiviti di TASKA dan TADIKA NCDRC
sekurang-kurangnya 1 jam sebulan. Tujuan penglibatan ibu bapa adalah untuk memberi peluang
ibu bapa memahami perkembangan anak-anak di samping merapatkan hubungan bersama anak
masing-masing. Penglibatan ibu bapa yang boleh dilakukan termasuk:

Ibu bapa/penjaga hendaklah hadir semasa sesi perjumpaan dengan pendidik dari masa ke
semasa mengikut perancangan dan keperluan TASKA dan TADIKA;

Perjumpaan Ibu bapa dengan pendidik dua (2) kali setahun.

Penilaian kanak-kanak TASKA dan TADIKA NCDRC dijalankan secara berterusan.

Perjumpaan bersama ibu bapa/penjaga dan pendidik diadakan dari masa ke semasa bagi
membincangkan perkembangan dan isu-isu berkaitan anak-anak.
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

13

POLISI DAN PERATURAN

Bekerjasama dengan pendidik bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran bersama


kanak-kanak seperti :
i.

Menyediakan bahan-bahan bantu mengajar.

ii.

Bermain bersama kanak-kanak.

iii.

Menyelia kanak-kanak semasa bermain di luar.

iv.

Membantu kanak-kanak melakukan aktiviti pembelajaran.

v.

Membaca dan bercerita.

vi.

Aktiviti luar.

vii.

Aktiviti sukan dan permainan

Sambutan Hari Lahir


i.

Ibu bapa/penjaga boleh menganjurkan sambutan hari lahir kanak-kanak di


TASKA dan TADIKA.

ii.

Ibu bapa/penjaga perlu memaklumkan mengenai tarikh sambutan kepada


pendidik kelas.

iii.

Ibu bapa/penjaga boleh menyediakan party pack (buah-buahan, roti dan air
kotak) untuk majlis sambutan hari jadi

iv.

12.0

Ibu bapa digalakkan membawa pinggan dan cawan kertas untuk kanak-kanak.

CUTI TAHUNAN
Cuti tahunan untuk TASKA dan TADIKA adalah sebanyak 5 (lima) hari. Berikut merupakan cuti
untuk TASKA/TADIKA setiap tahun :

Hari Kanak-kanak Sedunia - 1 hari

Hari Keceriaan Persekitaran - 2 hari

Cuti Peristiwa - 1 hari

Latihan Kakitangan 1 hari

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

14

POLISI DAN PERATURAN

13.0

MAKLUMAN ATAU ADUAN


Sekiranya ibu bapa mempunyai masalah atau aduan mengenai kanak-kanak dan perkhidmatan
yang ditawarkan, boleh merujuk kepada pendidik masing-masing.
13.1

Memo
Setiap memo dan makluman untuk ibu bapa/penjaga akan dihebahkan melalui surat dan
email. Semua ibu bapa/penjaga perlu menyemak makluman berkaitan dari semasa ke
semasa.

13.2

Hubungi Kami
Sekiranya ibu bapa/penjaga memerlukan sebarang maklumat tambahan sila hubungi :
Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City,
35900, Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.
Tel: 015 4817 129/7141/7143/7144/7142
Email: ncdrc@upsi.edu.my

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

15

POLISI DAN PERATURAN

Senarai Nama Kakitangan Pentadbiran TASKA dan TADIKA NCDRC


Bil.

Nama

Jawatan

Pn. Amelia Bt Mohamed Amin

Pengurus

Cik Nursyazwani bt Ismail

Penyelia TASKA

Cik Noraida bt Othman

Penyelia TADIKA

Pn. Naziroh bt Haji Romli

Pendidik

Pn. Mimi Baijura bt Mohd Yusoff

Pendidik

Pn. Noor Sharizad bt Rohaizad

Pendidik

Pn. Norelme bt Mokhtar

Pendidik

Pn. Rozita bt Md Rosly

Pendidik

Pn. Nurul Husmi Sulaiman

Pendidik

10

Pn. Nur Hidayah Shazira bt Mohd Shukor

Pendidik

11

Pn. Nor Azura bt Yusofe

Pendidik

12

En. Mohd Nor Zakuan bin Abdul Rashid

Pendidik

13

Cik Izni bt Mohd Daud

PPM

14

Pn. Nor Baizura bt Zahari

PPM

15

Pn. Rose She-ra bt Mohd Saharuddin

PPM

16

Cik Nurul Asikin bt Arbain

PPM

17

Cik Noor Wahedah Sayuti

PPM

18

Cik Nurul Izzati Mohd Noor

PPM

19

Pn. Maziah bt Ahmad

PPM

20

Pn. Noorasyikin bt Osman

PPM

21

Pn. Farah Hadila bt Abas

PPM

22

Pn. Hashimah bt Harun

PPM

23

Pn. Noor Jannah bt Ayob

PPM

24

Cik Nurul Ashikin bt Hassan Basri

PPM

25

Cik Syamazatulaini bt Abd Samat

PPM

26

Pn. Laliawati bt Hassan

Pembantu TASKA/TADIKA

27

Pn. Melati bt Khalid

Pembantu TASKA/TADIKA

28

Pn. Zuzila bt Abdul Rahman

Pembantu TASKA/TADIKA

29

Pn. Radziah bt Hassim

Pembantu TASKA/TADIKA

30

Cik Nor Hazlina Bt Ab Samad

Pembantu TASKA/TADIKA
Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

16

POLISI DAN PERATURAN

31

Pn. Saniah bt Ali

Pembantu TASKA/TADIKA

32

Pn. Halimatus Saadiah bt ali

Pembantu TASKA/TADIKA

33

Pn. Azura Suhaila Izani bt Azid

Pembantu TASKA/TADIKA

34

Cik Aziema bt Sefee

Pembantu TASKA/TADIKA

35

Pn. Noor Atikah bt Mokhtar

Pembantu TASKA/TADIKA

36

En. Nor Azwan Jaafar

Pembantu Penyediaan Makanan

37

Cik Nor Ain bt Ismail

Pembantu Penyediaan Makanan

38

Cik Nor Hayati bt Haron

Pembantu Penyediaan Makanan

39

Pn. Syarifah Sehah bt Syed Yassin

Pembantu Penyediaan Makanan

Polisi Dan Peraturan TASKA dan TADIKA NCDRC

17