Anda di halaman 1dari 5

Bidang Tugas guru Displin

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU DISIPLIN

Bidang Tugas:
1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun
berikutnya.
2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam
bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan
dan permainan.
3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman,
sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan
para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi,
jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak
guru.
4. Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh
pelajar.
5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru
penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.
6. Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke
semasa di sekolah.
7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari
persekolahan.
8. Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah
dan tindakan yang sesuai.
9. Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa
dipatuhi oleh para pelajar sekolah.
10. Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan
kenyataan dan di dalam bilik darjah.
11. Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahankesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada
penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.
12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan
kepada pelajar di sekolahnya.
13. Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk
menyelesaikan masalah pelajar.

14. Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk


menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan
majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah.
15. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu
dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

KETUA GURU DISPLIN

Merangka dan menetukan dasar-dasar displin dan peraturan sekolah


berpandukan pekeliling Kementerian dan Jabatan Pendidikan

Memastikan semua guru adalah guru displin dalam usaha


menguatkuasakan peraturan sekolah

Membantu menyelesaikan masalah-masalah displin yang tidak


dapat diselesaikan oleh pengawas.

Membantu Lembaga Displin Sekolah untuk mengesan dan


mengesahkan kesalahan-kesalahan serius yang boleh membawa
kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman buang
sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtusas Bil. 9/1975. Lembaga
displin atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat
tergempar untuk membincangkan kes-kes berat mengenai disiplin.

Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan


kawalan displin dalam semua majlis sekolah.

Mewujudkan sistem rekod displin kelas dan sistem rekod displin


kelas dan sistem pemantauan yang berkesan.

Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan


Prinsip-prinsip Rukunegara.

Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya


mengambil tindakan sewajarnya.

Menanam semangat kekitaan melalui slogan SEKOLAHKU


RUMAHKU supaya peraturan sekolah menjadi satu budaya.

Menjalankan hukuman displin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.

Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk


mengesan pelajar yang ponteng dan melanggar displin sekolah.

Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada


Kementerian / Jabatan Pendidikan / PPD.

Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan


kesedaran dan penghayatan disiplin pelajar.

Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibubapa/penjaga dalam


menangani masalah disiplin.

GURU PENGAWAS

Memanggil mesyuarat dan mencatat minit mesyuarat Lembaga


Pegawas

Menyampaikan minit mesyuarat serta keputusan Lembaga


Pengawas kepada semua guru

Menyampaikan maklumat dan perkembangan disiplin dan badan


pengawas dari masa ke masa di perhimpunan sekolah

Bertanggungjawab :
o Menyenaraikan dan mengemukakan calon pengawas kepada
Penolong Kanan HEM
o Menyediakan dan menerangkan bidang tugas dan jadual
tugas pengawas
o Membimbing dan membantu pengawas dalam
menguatkuasakan peraturan sekolah
o Mengadakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk
pengawas
o Menyediakan laporan tahunan Lembaga disiplin dan Badan
Pengawas
o Menyediakan Sijil Penghargaan kepada pengawas

GURU DISIPLIN

Membantu Pengetua mengawal keadaan sekolah agar murid-murid


berada dalam keadaan harmoni untuk mewujudkan suasana sekolah
yang baik

Memastikan penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni


dipraktikkan di sekolah

Memastikan peraturan sekolah dikuatkuasakan dan dipatuhi

Mengambil tindakan terhadap kes-kes salahlaku pelajar

Melaksanakan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua

Menjadi pegawai perhubungan di antara pihak sekolah dengan


ibubapa / penjaga dalam menangani masalah displin

Bertanggungjawab menimbulkan semangat kekitaan dan semangat


cintakan sekolah dikalangan pelajar dan guru

Mencatatkan semua kes displin yang telah diambil tindakan dalam


borang disiplin/buku laporan disiplin

Melaporkan kes displin yang telah diambil tindakan dalaman kepada


Penolong Kanan HEM seminggu sekali

Menghubungi pihak polis jika perlu

Bekerjasama dengan semua guru bertugas untuk meronda kawasan


sekolah

Memberi maklumat kepada Penolong Kanan HEM berhubung kes-kes


yang serius seperti :
o Penyalahgunaan dadah
o Gambar lucah
o Video lucah
o Majalah lucah
o Peras ugut
o Kumpulan haram
o Bohsia

o Bohjan dan lain-lain

Bersedia bertugas pada bila-bila masa terutama pada hari-hari yang


difikirkan perlu seperti:
o Hari terakhir peperiksaan awam
o Hari sukan
o Hari keluarga
o Majlis-majlis sekolah

Mengurangkan salahlaku murid

Memastikan tiada kes gengterisme

Anda mungkin juga menyukai