Anda di halaman 1dari 52

BAB SATU

LATAR BELAKANG KAJIAN


1.0

Pengenalan
Dalam bahasa, kemahiran menulis karangan merupakan salah satu kemahiran

asas bahasa yang diperlukan dan di pelajar pada setiap peringkat pengajian.
Umpamanya, pada peringkat pendidikan di sekolah, banyak kegiatan pembelajaran
yang memerlukan pelajar menulis, iaitu menulis tugasan mengarang, menulis untuk
melapor, menulis untuk membuat latihan, dan juga menulis untuk menjawab soalan
ujian serta peperiksaan. Malahan kemahiran menulis ini bukan sahaja diperlukan
semasa pendidikan tetapi juga apabila bekerja. Dalam kerjaya sehari-harian,
kemahiran menulis diperlukan dalam laporan projek atau laporan tahunan syarikat.
surat-menyurat, menulis minit mesyuarat, teks ucapan atau pun sesuatu
pengumuman.
Dengan itu, kemahiran menulis juga merupakan salah satu sumber yang
penting untuk pemerolehan pengetahuan, pengukuran terhadap pencapaian, dan
pelaksanaan

tugas

Peperiksaan(LPP)

profesional.
Sijil

Contohnya

Peperiksaan

melalui

Malaysia/Malaysian

Laporan

Prestasi

Certificate

of

Education(1985, 1988, 1992), melaporkan bahawa masih ramai pelajar yang lemah
dari segi bahasa, struktur ayat, ejaan, panjang pendek karangan, penggunaan
perkataan, dan tanda bacaan. Pelajar yang lemah bagi mendapatkan isi karangan
yang menepati tajuk, menyusun isi, merancang serta menyampaikan idea dengan
amat jelas. Oleh itu, mereka juga mungkin menghadapi masalah bagi
mengembangkan idea dalam bidang terutamanya penulisan karangan. Kelemahan ini
1

berkait secara tidak langsung dengan pelajar yang kurang memahami kehendak tajuk
karangan yang mengakibatkan pengolahan isi dan cara menulis yang tidak seimbang
serta mendalam. Keseluruhannya, kelemahan pelajar menulis karangan sebagaimana
yang dilaporkan boleh dikaitkan dengan pengetahuan dan latihan yang tidak
mencukupi tentang kerangka konsep yang dapat memberi fokus, hala tuju, dan
kesatuan kepada penulisan mereka dari segi perancangan serta penyampaian isi.
Bagi peringkat sekolah rendah, tujuan mengarang secara amnya adalah untuk
melahirkan murid-murid yang dapat mengolah idea atau pendapat berdasarkan
situasi atau tajuk tentang sesuatu ke dalam suatu bentuk karangan tertentu.
Kemahiran mengarang ini cuba menguji sejauh mana keupayaan murid menulis ayat
serta mengeluarkan idea berdasarkan pengetahuan dan pengalaman peribadi.
Objektif mengarang bagi sekolah rendah adalah seperti yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah iaitu:i.

Menggunakan bahasa baku yang meliputi ejaan, kosa kata dan sebutan yang

ii.

betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan menulis.


mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang
sesuai dan betul.
Objektif ini disesuaikan dengan kemahiran-kemahiran yang hendak dikuasai

oleh murid-murid pada suatu tahap tertentu. Objektif mengarang pada umumnya
adalah untuk melatih murid-murid melahir dan mengembangkan idea. Selain itu,
murid juga dilatih mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan di

samping menggunakan bahasa dan format karangan yang betul. Murid-murid juga
berpeluang menulis karangan berdasarkan pengalaman hidup masing-masing.
Justeru, bagi membolehkan perancangan yang sedemikian, pengetahuan dan
pemahaman tentang bentuk perlakuan dan proses mengarang atau proses menulis
karangan amat diperlukan oleh pelajar. Penguasaan kemahiran menulis penting
dalam kalangan pelajar kerana mereka bakal menjadi penulis yang akan mengisi
khazanah dan budaya bangsa. Jika kita menganggap penulisan adalah sesuatu yang
mudah dan dapat dilakukan tanpa terikat kepada bentuk disiplin diri, ini akan
menyebabkan lahirnya penulis yang kurang mahir.
Menulis melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan
mengolah idea sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap. Murid juga
perlu

menguasai

struktur

karangan

seperti

tahu

menulis

pendahuluan,

pemerengganan dan kesimpulan. Oleh itu, adalah wajar aspek pengajaran kemahiran
menulis diberi penekanan yang secukupnya untuk melahirkan pelajar yang
berkemampuan menyampaikan pemikiran mereka dengan berkesan. Keberkesanan
pengajaran kemahiran menulis karangan terletak pada kesesuaian perancangan
pengajaran dengan keperluan pelajar untuk menulis karangan di dalam kelas.
Dalam pengajaran bahasa, pada umumnya ada empat kemahiran yang
dipentingkan iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca
dan kemahiran menulis. Dalam keempat-empat kemahiran tersebut, kemahiran
menulis merupakan kemahiran yang paling kompleks. Kemahiran menulis
melibatkan pergerakan mata, pergerakan tangan dan juga pemikiran. Kemahiran
menulis terbahagi kepada tulisan mekanis dan tulisan kreatif. Tulisan mekanis
3

hanyalah tulisan yang berbentuk peniruan sahaja, sedangkan tulisan kreatif


memerlukan pelahiran buah fikiran dalaman. Dalam amalan pendidikan, lazimnya
tulisan mekanis amat dipentingkan pada peringkat awal proses pembelajaran di
sekolah rendah.
Tujuan mengarang adalah untuk melahirkan idea-idea atau pendapat sendiri
dengan terang dan teratur agar hasil tulisan tersebut memberi kesan kepada pembaca.
Menulis karangan adalah teknik pengujian yang digunakan bagi menguji kemahiran
penulisan pelajar. Dalam peperiksaan, menulis karangan merupakan satu cara untuk
menguji buah fikiran, pengetahuan dan kebolehan pelajar dalam menyampaikan
maklumat atau idea yang berkaitan dengan sesuatu tajuk yang diberi. Oleh yang
demikian, pelajar perlu cekap dan mahir dengan teknik-teknik mengarang di samping
berkebolehan memahami tajuk atau kehendak soalan supaya isi yang disampaikan itu
tepat dan spesifik.

1.1

Pernyataan Masalah Kajian


Pengajaran penulisan karangan di sekolah-sekolah adalah penting khususnya

di sekolah rendah dan menengah. Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa


Melayu di sekolah-sekolah, penulisan karangan adalah suatu komponen yang
penting. Murid menulis karangan berdasarkan pelbagai jenis format seperti surat
kiriman tidak rasmi, cerita, perbincangan, keperihalan dan ceramah. Proses penulisan
karangan dapat mengasah bakat kepengarangan murid. Bahasa merupakan wahana
penting untuk menyampaikan isi dan huraian dalam karangan. Pelajar yang dapat
menghasilkan

sebuah karangan menggunakan

kepelbagaian

ayat

gramatis,
4

penyampaian jelas dan menarik dengan pengolahan idea yang bernas dapat
menyerlahkan kemahirannya dalam penguasaan bahasa Melayu. Oleh itu, penting
seseorang pelajar menguasai kemahiran menulis karangan yang baik.
Kemahiran menulis merupakan satu kemahiran yang sukar dan hanya dapat
dikuasai melalui pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai kemahiran menulis
yang sempurna, sebahagian besar tanggungjawab tersebut adalah terletak pada guru.
Kaedah mengajar yang sesuai adalah penting dalam mempengaruhi penguasaan
kemahiran menulis dalam kalangan murid. Dalam menghasilkan sesebuah karangan,
murid seharusnya menjalankan beberapa langkah atau proses menulis karangan demi
menghasilkan sebuah karangan yang baik.
Proses menulis karangan ini memerlukan guru membimbing murid
merancang, membuat draf dan menyemak teks. Interaksi antara murid dan guru
melalui aktiviti seperti perbincangan, kerjasama rakan sebaya dan berdialog
mengenai teks amat penting untuk memastikan murid mengikut proses yang betul
dalam menghasilkan sebuah karangan yang baik.
Kemahiran menulis merupakan suatu kemahiran yang sukar dikuasai oleh
pelajar. Dalam proses menulis karangan, guru didapati jarang memberi perhatian
kepada aspek gaya bahasa, khususnya penggunaan peribahasa, simpulan bahasa,
ungkapan, pantun, kiasan bunga dan sebagainya. Selain gaya bahasa, satu lagi aspek
yang penting bagi menghasilkan penulisan karangan yang baik adalah banyak
bergantung kepada input atau informasi yang sedia ada dalam minda pelajar.
Kebanyakan murid dikesan masih lemah dalam mengemukakan isi-isi
penting yang berkaitan dengan tajuk karangan. Oleh sebab kekurangan idea serta isi
5

karangan, murid-murid ini gagal untuk membuat huraian yang tepat berkaitan
dengan tajuk. Ada di antara mereka didapati mengemukakan isi karangan yang
kurang jelas. Ini menyebabkan isi karangan mereka tidak menepati tajuk. Kelemahan
ini menyebabkan mereka tidak dapat menghasilkan karangan yang baik dan
seterusnya menjejaskan markah mereka. Karangan yang tidak menepati tajuk akan
mendapat markah yang rendah mengikut peraturan pemarkahan karangan.
Selain itu, pencapaian murid berada pada tahap yang agak rendah kerana ada
murid yang masih belum dapat mengemukakan isi-isi penting serta membuat huraian
terhadap isi-isi tersebut dengan baik. Kaedah pengajaran tradisional yang digunakan
selama ini kurang memberi kesan terhadap pemahaman mereka dalam menghasilkan
karangan. Selain itu, pelajar kurang berminat serta bosan dalam mempelajari subjek
penulisan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Mereka beranggapan bahawa subjek
penulisan ini adalah susah serta merumitkan berbanding pembelajaran tatabahasa dan
pemahaman.
Umumnya, ramai pelajar menyatakan bahawa menulis karangan adalah
sesuatu yang membosankan serta memerlukan mereka berfikir secara kritis dan
kreatif untuk mendapatkan isi-isi karangan yang bersesuaian dengan tajuk. Beberapa
kajian telah dijalankan bagi mengesan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah ini.
Antaranya adalah dengan menggunakan pendekatan proses. Melalui pendekatan ini,
diharap pelajar lebih bermotivasi untuk

menghasilkan karangan yang menarik

dengan pengolahan idea yang bernas.


Berdasarkan kajian yang lalu, kegagalan murid menulis karangan yang baik
adalah kerana guru bahasa masih menggunakan kaedah tradisional iaitu guru
6

mengemukakan satu tajuk karangan, seterusnya membincangkan isi-isi penting


bersama murid dan kemudian murid akan menulis karangan tersebut. Pendekatan ini
bukan sahaja tidak membantu murid menghasilkan penulisan yang baik, malah murid
juga kurang dibimbing dari aspek proses menulis mengikut tahap-tahap tertentu.
Tambahan pula, guru tidak berbincang dengan murid tentang isi karangan
bersesuaian dengan tajuk yang bertujuan untuk mencetuskan idea serta mengerakkan
minat murid untuk menulis karangan.
Berdasarkan penyataan masalah yang telah dibincangkan, didapati prestasi
serta kemampuan murid menulis karangan yang baik masih rendah. Oleh yang
demikian, murid-murid ini memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran
menulis karangan yang sesuai dengan kehendak serta kemampuan murid sendiri.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran kemahiran menulis karangan Tahun 4,
guru biasanya mengamalkan pendekatan tradisional iaitu guru menetapkan tajuk
karangan. Seterusnya, guru dan murid membincangkan isi-isi penting dan selepas itu
murid diminta menulis karangan.
Oleh itu, kajian pendekatan proses dijalankan bagi meninjau kesannya
terhadap murid-murid Tahun 4 dalam mengemukakan isi-isi karangan. Karangan
yang baik haruslah diolah dengan mengembangkan isi iaitu menghuraikannya
dengan mengemukakan bukti atau contoh yang sesuai. Biasanya murid sukar untuk
mengolah atau mengembangkan isi sesebuah karangan berdasarkan tajuk yang
diberi. Mereka selalunya menghadapi masalah untuk mengembangkan isi tersebut
agar menjadi satu kesatuan idea dalam perenggan-perenggan karangan. Isi tersebut

perlu dikembangkan menjadi satu pertautan idea antara satu perenggan dengan
perenggan yang lain.
Murid-murid juga selalunya menghadapi masalah untuk menulis karangan
yang menepati jumlah perkataan seperti yang dikehendaki oleh soalan. Kerap kali
berlaku, murid-murid menulis karangan yang jumlah perkataannya kurang daripada
yang telah ditetapkan oleh soalan. Perenggan karangan juga biasanya tidak seimbang
kerana terdapat perenggan yang panjang dan ada pula perenggan yang pendek.
Perkara ini berlaku kerana murid-murid tidak didedahkan dengan cara yang boleh
membantu mereka untuk mengembangkan isi karangan agar seimbang antara
perenggan. Oleh yang demikian, kajian ini akan membincangkan teknik atau caracara untuk mengolah atau mengembangkan isi karangan.
Guru masih mengamalkan bentuk pengajaran kemahiran mengarang secara
tradisional. Semasa sesi pengajaran penulisan karangan, guru hanya memberi
perhatian kepada menghasilkan isi karangan tetapi membiarkan murid menjalankan
proses mengarang itu secara bersendirian. Ini menggambarkan seolah-olah
kemahiran mengarang merupakan suatu kemahiran semula jadi yang dimiliki oleh
murid. Murid perlu mengarang tanpa panduan dan tunjuk ajar daripada guru. Oleh
itu, kebanyakan murid beranggapan bahawa pembelajaran penulisan dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu adalah membosankan serta menjadi satu bebanan kepada
mereka dalam menyiapkan sesebuah karangan yang diberi oleh guru.
1.2

Objektif kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti skor peningkatan markah pencapaian (ujian pasca dan


ujian pra) murid didedahkan dengan pendekatan oengajaran proses dalam
penulisan karangan.
2. Mengenalpasti skor peningkatan markah pencapaian
kemahiran(pengenalan) penulisan karangan (ujian pasca kemahiran
pengenalan - Ujian pra kemahiran pengenalan) murid yang didedahkan
dengan pendekatan pengajaran proses.
Mengenal pasti skor peningkatan markah pencapaian kemahiran (isi)
penulisan karangan (ujian pasca kemahiran pengenalan-ujian pra
kemahiran pengenalan) murid yang didedahkan dengan pendekatan
pengajaran proses.
Mengenal pasti skor peningkatan markah pencapaian kemahiran
penutup penulisan karangan (ujian Pasca kemahiran pengenalan Ujian
Pra kemahiran pengenalan) murid yang didedahkan dengan pendekatan
pengajaran proses.
1.3

Persoalan Kajian
Untuk mencapai objektif dalam kajian ini, persoalan kajian adalah :
i.

Adakah terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan terhadap


keberkesanan pendekatan proses dalam menulis karangan bahasa
Melayu?

ii.

Adakah terdapat perbezaan pencapaian yang signifikan terhadap minat


murid dalam menulis karangan bahasa Melayu menggunakan pendekatan
proses dalam menulis karangan bahasa Melayu?

iii.

Apakah kesan pelaksanaan pendekatan proses dalam penulisan karangan


dalam kalangan murid-murid Tahun 4?

1.4

Kepentingan kajian

Kepentingan Kepada Guru

Kajian ini adalah penting untuk para guru Bahasa Melayu


mempelbagaikan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan. Pelaksanaan pendekatan yang berkesan akan memastikan
murid memperoleh keseronokan semasa belajar. Pada masa yang
sama, objektif pengajaran dan pembelajaran dapat dicapai. Selain itu,
hasil kajian ini juga diharapkan dapat memberi maklumat kepada
guru-guru menggunakan pendekatan yang sesuai bagi menarik minat
murid dalam mempelajari penulisan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.

ii

Kepentingan Kepada Murid


Kajian yang dijalankan diharap dapat membantu murid menghasilkan
karangan yang baik serta menepati tajuk yang diberi. Murid diberi
panduan untuk menulis karangan bagi meningkatkan kemahiran
mengarang. Pendekatan proses mengarang yang dijalankan oleh guru
akan dapat meningkatkan kualiti karangan murid.
10

1.5

Batasan kajian

1.5.1

Kajian ini hanya tertumpu kepada keberkesanan penggunaan


pendekatan proses dalam penulisan karangan Bahasa Melayu Tahun
Empat sahaja.

1.5.2

Kajian ini berbentuk eksperimen berkumpulan kawalan iaitu kajian


adalah terbatas kepada 30 orang murid Tahun 4. Oleh itu, kajian ini
adalah terbatas kepada sampel yang dikaji sahaja dan tidak dapat
digeneralisasi kepada populasi yang lebih besar. Kajian ini juga
tertumpu kepada kemahiran menulis karangan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu murid Tahun 4.

1.5.3

Jangka masa yang diambil untuk menjalankan kajian adalah terhad


dan terbatas. Kekangan masa pengkaji bagi menjalankan kajian
dengan lebih terperinci serta tempoh masa kajian yang tidak
mencukupi juga antara faktor penyumbang kepada masalah yang
dihadapi semasa kajian.

1.5.4

Soalan yang diguna untuk menguji pelajar adalah atas pertimbangan


pengkaji sahaja. Oleh yang demikian, kemungkinan item atau soalan
yang dibentuk tidak sesuai atau memuaskan.

11

1.6

Definisi istilah

Berikut adalah merupakan definisi kepada istilah-istilah yang digunakan dalam


kajian ini:
a.

Pendekatan

Menurut Kamus Dewan(2005: 328), pendekatan dapat didefinisikan sebagai satu


kaedah atau cara, langkah-langkah yang boleh diambil bagi memulakan dan
melaksanakan tugas. Kamarudin Hj. Husin(1988), mendefinisikan pendekatan
sebagai satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat
pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.
Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk
mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata
pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran. Mok Soon
Sang(1992) mengatakan pendekatan ialah cara mendekati sesuatu mata pelajaran
iaitu cara bagaimana suatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Jadi, ini
merupakan satu set teori yang sistematik.

b.

Proses

12

Dalam Kamus Dewan(2005 : 1235) proses bermaksud satu siri perubahan atau
tindakan yang berlaku secara semula jadi yang dilakukan untuk membuat,
menghasilkan atau mencapai sesuatu. Dalam buku Psikolinguistik Dalam Pengajaran
& Pemelajaran Bahasa Melayu, (Zamri Mahamod, 2008), Noorhayati(2002),
menyatakan bahawa pemelajaran bahasa melibatkan proses secara sedar melalui
pengajaran formal atau tidak formal. Dalam konteks kajian, proses penulisan
karangan Bahasa Melayu merujuk kepada kegiatan menulis karangan Bahasa Melayu
dalam proses pengajaran dan pemelajaran di dalam bilik darjah.

c.

Kemahiran

Menurut Kamus Dewan(2005: 976) kemahiran bermaksud kecekapan atau


kepandaian. Dalam konteks kajian ini, kemahiran bermaksud melatih diri supaya
cekap atau pandai dalam melakukan sesuatu atau mempelajari sesuatu yang
dikehendaki

dengan

bersungguh-sungguh

supaya

mahir.

Menurut

Abdul

Shukor(2000), terdapat tiga kemahiran yang perlu dikuasai oleh penulis iaitu
prapenulisan, penulisan dan pasca penulisan. Pada tahap prapenulisan, kemahiran
yang diperlukan ialah kemahiran mengenal pasti tajuk dan tujuan penulisan. Pada
tahap kedua pula, kemahiran yang diperlukan ialah kemahiran memulakan penulisan,
menulis draf dan menyusun isi dengan tepat.
d.

Menulis

13

Dalam Kamus Dewan(2005: 1729) perkataan menulis bermaksud mencatat kata-kata


dengan huruf menggunakan pena untuk melahirkan perasaan. Secara umumnya,
menulis adalah perlakuan menggunakan pensel ataupun sebarang alat tulis bagi
menulis sebarang idea atau pernyataan. Dalam konteks kajian ini, menulis yang
dimaksudkan adalah kemahiran menulis sebuah karangan mengikut pendekatan yang
sesuai untuk menghasilkan sebuah karangan yang berkualiti. Mengikut Juriah Long
dan rakan-rakan(1990), menulis adalah satu proses untuk menyampaikan buah
fikiran, idea atau pendapat dengan tepat dan berkesan kepada khalayak atau pembaca
dengan menggunakan bentuk grafik. Kamarudin Hj. Husin dan Siti Hajar Abdul
Aziz(1997), menyatakan menulis merupakan proses penghasilan
simbol-simbol grafik yang disusun berdasarkan pertuturan yang membentuk
perkataan-perkataan dan seterusnya menjadi ayat.

1.7

Rumusan
Kemahiran menulis merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan,

ayat serta mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan
ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang dilalui. Dalam kemahiran menulis,
penekanan diberi terhadap penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang
betul. Kemahiran menulis perlu dikuasai oleh murid berdasarkan kehendak Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Penguasaan kemahiran menulis tidak
hanya bergantung pada bakat menulis semata-mata, sebaliknya kemahiran ini juga
dipengaruhi oleh pengajaran menulis karangan yang bersistem dan berkesan. Justeru,
murid-murid dapat melahirkan idea dan pendapat tentang pengetahuan serta

14

pengalaman yang telah mereka lalui dengan menggunakan kemahiran tatabahasa dan
ejaan yang telah dikuasai.

BAB DUA

15

TINJAUAN KAJIAN

2.0

Pengenalan

Kajian ialah tentang pendekatan proses menulis karangan dalam bahasa


Melayu tidak banyak diperoleh. Justeru, konsep kajian ini adalah berdasarkan
daripada dapatan kajian proses menulis karangan dalam bahasa Inggeris sebagai
bahasa pertama dan kedua. Sejak kajian klasik Emig(1971) dijalankan, peralihan
tumpuan penyelidikan telah berlaku. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan
peralihan tumpuan kajian, iaitu daripada memberi fokus kepada hasil mengarang
kepada pendekatan proses dalam menulis karangan. Dalam kajian tersebut,
penyelidik menghuraikan bentuk dan proses menulis karangan yang ditunjukkan oleh
penulis dalam usaha mereka mengarang.
Berikutan dengan pertumbuhan kajian tentang proses menulis karangan,
bentuk proses mengarang atau proses menulis karangan dapat dilihat daripada tiga
perspektif, iaitu linear, kognitif, dan sosial. Sebelum tahun 1971, proses menulis
karangan disifatkan sebagai sebuah proses yang linear atau lurus. Rohman dan
Wlecke(1964) telah mengutarakan model linear yang mempunyai tiga peringkat
utama, iaitu sebelum menulis, menulis, dan menulis semula. Daripada perspektif
linear ini, penulis dikatakan memikirkan isi teks yang akan dikarang, menuliskan
perkataan-perkataan di atas kertas, membaiki dan memperindah serta mengedit
penulisan mereka. Proses menulis karangan yang berlaku dalam model linear adalah
berbentuk lurus dan berurutan, iaitu pergerakan dari satu langkah ke satu langkah.
16

Kajian Emig(1971), melihat proses menulis karangan daripada perspektif kognitif,


iaitu apa yang berlaku dalam pemikiran penulis semasa menulis karangan. Kajian
tersebut menekankan bahawa proses menulis karangan tidak berlaku secara linear
tetapi secara rekursif.
Menurut Keh(1990), penggunaan pendekatan proses dalam pengajaran
penulisan karangan bukanlah satu yang baru. Pendekatan proses berperanan penting
dalam penulisan karangan iaitu murid dibantu untuk melalui proses merancang,
membuat draf dan menyemak teks. Model ini menekankan interaksi antara guru
dengan murid melalui aktiviti seperti perbincangan, menjadi model, kerjasama rakan
sebaya dan berdialog mengenai teks. Beliau telah mencorakkan dan mengajar kursus
menulis dengan menggunakan pendekatan proses.
Peringkat menulis draf pertama akan dijalankan di luar kelas dan murid
diberitahu bahawa draf pertama tidak semestinya sempurna. Semasa penilaian rakan
sebaya, murid boleh dipecahkan secara berasingan atau bertiga di mana mereka
diberikan panduan satu senarai semak untuk membuat komen ke atas isi kandungan
sahaja. Contohnya, apakah idea utama dalam perenggan atau apakah idea utama
penulis? Dalam peringkat menulis draf kedua, murid digalakkan membuat perubahan
pada kandungan karangan.
Dalam bengkel menulis, guru mengajar karangan kepada murid seperti
memberi definisi atau membuat koherensi, melihat draf kedua dan membaca tiap-tiap
draf sebanyak tiga kali. Bacaan pertama untuk mendapatkan idea keseluruhan.
Bacaan kedua untuk memberi komen serta cadangan dan bacaan ketiga untuk
menandakan kesalahan mereka. Sesi perbincangan guru dan murid adalah sesi di
17

mana guru meminta murid memberitahu isi utama dalam karangan mereka. Dalam
sesi ini, kelemahan tatabahasa dan cara membaikinya juga dimasukkan selepas
perbincangan isi kandungan. Draf akhir dihantar bersama-sama dengan semua nota
dan lampiran.
Pendekatan ini sangat berfaedah kepada murid kerana dapat membantu murid
membaiki isi karangan, menyemak kesalahan tatabahasa dan ejaan. Selain itu,
pendekatan ini dapat meningkatkan sikap yang lebih positif dalam menghasilkan
karangan. Di samping itu, pendekatan ini juga dapat meningkatkan interaksi antara
murid dengan guru melalui proses menulis dan mendraf, sesi pengajaran individu
ke atas isi, penyusunan paragraf dan pemilihan perkataan. Proses menulis karangan
disifatkan sebagai satu proses yang meliputi beberapa operasi proses dan subproses
yang berlaku secara berulangan serta bertindanan antara satu sama lain dalam
pengajaran yang bersandarkan perspektif kognitif semata-mata. Proses menulis
karangan dianggap sebagai suatu proses yang dinamik, tidak lurus dan statik. Pelopor
sosial seperti Bizzell(1982), pula melihat proses menulis karangan sebagai suatu
perlakuan sosial yang dijalankan oleh seseorang individu dalam sesebuah komuniti.
Model Flower dan Hayes(1981), tidak mempertimbangkan peranan konteks
dalam penulisan karangan. Pelopor sosial melihat proses menulis karangan sebagai
suatu perlakuan individu daripada sebuah kumpulan dan tidak sebagai suatu proses
individu semata-mata. Hal ini adalah kerana seseorang penulis merupakan
sebahagian daripada sesebuah budaya yang didokongi oleh sesebuah masyarakat.
Justeru, dalam proses menulis karangan seseorang penulis, penggunaan bahasa, iaitu
memilih perkataan, membina ayat, dan gaya penyampaiannya dipengaruhi oleh
18

budaya sesebuah komuniti. Daripada sudut perspektif sosial, penghasilan penulisan


karangan seseorang penulis melibatkan interaksi penulis dengan pembaca atau
penerima yang telah pun mempunyai takrifan tujuan tertentu.
Kekuatan model Hayes dan Flower(1981) ini terletak kepada adanya
kepelbagaian peristiwa mental yang berlaku semasa proses karang-mengarang.
Struktur yang terawal ini membolehkan terjadinya persepaduan di antara beberapa
subproses. Untuk menguasai kemahiran menulis, kanak-kanak perlu dibimbing untuk
melalui peringkat-peringkat menulis. Kanak-kanak perlu memilih tajuk, memikirkan
tentang tajuk yang dipilihnya, menulis draf, menyemak draf sehingga jelas
kandungannya dan kemudian menulis untuk dibaca. Peringkat penulisan itu ialah
prapenulisan, penulisan dan selepas penulisan.
Pengetahuan berkenaan sesuatu yang hendak ditulis mestilah mencukupi
sebelum seseorang itu mula menulis. Sesuatu tajuk hendaklah dikaji secara
mendalam sebelum ditulis seperti mengadakan perbincangan, membuat kajian dan
penyelidikan berkenaan bahan sama ada secara bebas atau secara berkumpulan. Ini
supaya terdapat pengawalan idea secara aktif di samping dapat memproses maklumat
baru dengan lebih banyak.
Dalam usaha untuk menyediakan murid menjadi seorang penulis yang baik,
fokus yang lebih sepatutnya diberikan kepada apa yang hendak diperkatakan dan
bukannya bagaimana sesuatu itu diperkatakan. Penulis harus mengetahui isi
pelajaran dengan cukup baik supaya boleh memberi penerangan, membuat soalan
serta memberi pendapat dan hujah ke atas kandungan tajuk tersebut. Salah satu
daripada proses-proses penulisan ialah penulisan semula.
19

Penulisan semula sangat penting untuk membaiki penulisan kerana murid


perlu menulis draf pertama dan draf kedua. Draf pertama dan kedua akan disemak.
Hasil semakan draf pertama dan draf kedua, murid akan menulis draf ketiga
berdasarkan pembetulan-pembetulan yang telah dibuat pada draf pertama dan kedua.
Proses penulisan semula ini akan berlanjutan sehinggalah draf kelima yang
merupakan draf terakhir.
Selain daripada proses penulisan semula, penyemakan juga merupakan satu
proses yang penting dalam kemahiran menulis. Ini kerana penyemakan menentukan
kualiti kerja penulisan. Dalam hal ini, Applebee(1981), dalam kajian beliau telah
mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi jarang diminta untuk menyemak
karangan mereka. Tinjauan terhadap 106 sekolah tinggi yang mempunyai reputasi
yang baik mendapati hanya 12% pelajar tersebut sahaja yang menyemak kembali
kerja penulisan mereka. Begitu juga dengan Zamel(1982), yang mendapati bahawa
penyemakan merupakan satu proses yang penting. Menurutnya lagi, guru berperanan
untuk menerima maklum balas hasil penulisan murid semasa proses penyemakan.
Proses penyemakan ini dapat membantu murid-murid membaiki kesalahan yang
terdapat dalam karangan mereka. Murid-murid juga boleh menjadi seorang penulis
yang berkesan sekiranya mereka dibimbing serta diajar untuk melihat semula
karangan mereka dan menilainya secara kritis.
Di Malaysia, satu kajian menggunakan pendekatan proses telah dijalankan
oleh Narayan Kunci Raman(1991). Beliau telah membuat kajian ke atas pengajaran
penulisan karangan berasaskan pendekatan proses di sebuah sekolah gred A. Sampel
beliau ialah dua buah kelas tingkatan. Kelas pertama terdiri daripada 41 orang pelajar
20

Cina dan seorang pelajar India dalam kumpulan cerdas. Kelas kedua pula terdiri
daripada 46 orang pelajar Melayu dalam kumpulan cerdas. Kajian beliau secara
eksperimen selama enam minggu ini mendapati bahawa pendekatan proses dapat
meningkatkan kualiti karangan pelajar.
Melalui aktiviti prapenulisan, beliau telah membuat pengenalan tema, aktiviti
pemilihan tajuk dan membuat rangka karangan. Manakala dalam aktiviti penulisan
pula, beliau telah menjalankan aktiviti menulis draf satu, membuat komen, menulis
draf kedua, aktiviti penyemakan rakan sebaya, maklum balas guru, membuat
perbincangan guru dan pelajar, menulis draf ketiga dan kemudiannya proses
penyemakan guru dijalankan. Akhir sekali barulah aktiviti menulis draf keempat.
Satu lagi kajian menggunakan pendekatan proses telah dijalankan oleh Hii
Yek Ming. Beliau telah membuat kajian ke atas pengajaran penulisan karangan
berasaskan pendekatan proses di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Kuching,
Sarawak. Responden kajian beliau terdiri daripada 34 orang murid

Tahun 5.

Karangan lapan orang murid sahaja dipilih untuk tujuan analisis kajian kerana muridmurid ini lemah dalam memberi isi-isi karangan berdasarkan prestasi sebelumnya.
Dalam aktiviti prapenulisan, beliau telah membuat pengenalan tema, aktiviti
pemilihan tajuk dan membuat rangka karangan. Bagi aktiviti penulisan pula, beliau
telah menjalankan aktiviti menulis draf satu, membuat komen, menulis draf kedua,
aktiviti penyemakan rakan sebaya, maklum balas guru, membuat perbincangan guru
dan pelajar, menulis draf ketiga dan kemudiannya proses penyemakan guru. Akhir
sekali barulah aktiviti menulis draf keempat. Selepas aktiviti penulisan, guru
membacakan contoh karangan terbaik dan meminta komen daripada rakan-rakan.
21

Beliau mendapati semasa proses penyemakan rakan sebaya dijalankan, proses ini
telah memberikan satu pengalaman baru kepada pelajar untuk menjadi pembaca
yang kritis bagi mencari kesalahan tatabahasa. Semasa penulisan draf ketiga, beliau
mendapati ada kemajuan dalam karangan pelajar. Pada draf keempat, menurut beliau
agak kurang mencabar pelajar kerana pelajar hanya menyalin kembali karangan
mereka.
Walau bagaimanapun, pengajaran pendekatan proses yang diperhatikan oleh
beliau menggunakan terlalu banyak masa. Contohnya, untuk menghasilkan satu
karangan yang lengkap dari draf satu hingga draf keempat, sebanyak 4 jam 40 minit
diperlukan iaitu bersamaan dengan empat minggu waktu karangan mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah rendah. Masa yang panjang ini kurang sesuai dengan
masa karangan di sekolah rendah. Walau bagaimanapun pendekatan ini masih sesuai
digunakan agar murid mendapat bimbingan dan panduan daripada guru dalam
menghasilkan karangan. Melalui pendekatan ini juga, murid diharap dapat mengubah
persepsi mereka terhadap subjek ini yang dianggap sukar serta membosankan.

2.1

Pendekatan Proses dalam Penulisan Karangan


Pendekatan proses menyarankan beberapa peringkat menulis yang harus

dilalui oleh murid-murid sebelum mereka menghasilkan karangan. Pada peringkat


pertama, murid diberi peluang menerokai tajuk sebelum menulis seperti merancang,
membuat rujukan, perbahasan, sumbangsaran dan main pernan untuk mendapatkan
idea dan isi karangan. Pada peringkat kedua pula, murid mula membuat rangka dan
menulis draf karangan berdasarkan isi karangan yang diperoleh melalui aktiviti yang
22

telah dijalankan semasa di peringkat pertama tadi. Peringkat ketiga pula, murid
menyemak draf yang telah siap dibuat dan cuba memperkemas draf tersebut dari segi
isi, tatabahasa dan pemerengganan. Pada peringkat keempat, penyemakan semula bagi
kali kedua.
Draf yang telah diperkemas diberikan kepada rakan sebaya atau guru untuk
mendapat maklum balas tentang penulisan tersebut. Pandangan dan cadangan guru
atau rakan boleh membantu murid untuk meninggikan mutu penulisan mereka.
Peringkat kelima merupakan penulisan draf terakhir. Murid akan menyalin semula draf
yang telah dimurnikan. Semasa menulis, murid perlu memberikan perhatian kepada
kejelasan, penyampaian, penggunaan tatabahasa, tanda baca dan ejaan yang betul.
Peringkat keenam merupakan peringkat terakhir iaitu guru akan menyemak kembali
hasil penulisan murid untuk melihat adakah masih terdapat kesalahan yang banyak
dalam penulisan karangan murid.

2.2

Rumusan

Daripada

tinjauan

literatur

ini,

diharap

pendekatan

proses

dapat

meningkatkan pencapaian kemahiran menulis karangan dalam jangka masa panjang.


Diharap murid dapat memahami proses-proses yang berlaku dalam mengarang iaitu
daripada proses merancang, membuat draf, menyemak, menulis semula dan
menyemak kembali sehingga selesai penulisan karangan. Proses ini sememangnya
akan melibatkan masa yang lebih panjang dan murid-murid perlu membiasakan diri
mereka dalam menulis karangan. Jika murid-murid dapat menguasai kemahiran
23

menulis, sudah tentu proses pembelajaran penulisan karangan akan menjadi lebih
baik dan menarik.
Pendekatan proses ini amat sesuai dengan pembelajaran berpusatkan murid
dan guru sebagai fasilitator dalam membantu, membimbing dan memberi motivasi
kepada murid. Diharap kajian yang dikemukakan ini boleh digunakan untuk
mempertingkatkan prestasi dan minat murid dalam penulisan karangan. Selain itu,
murid juga diharap dapat menguasai kemahiran menulis dengan baik serta dapat
menghasilkan penulisan karangan yang bermutu.

BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN
24

3.0

Pendahuluan

Bab ini ialah bahagian yang agak penting di peringkat kajian kerana pada
bahagian ini akan menghuraikan tentang reka bentuk kajian, populasi sampel kajian,
alatan kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur penganalisisan data. Tatacara
kajian ini akan memperlihatkan sejauh mana sesuatu kajian boleh berjaya atau
sebaliknya. Melalui kaedah

dan pendekatan kajian yang sesuai, sudah tentu

menghasilkan dapatan kajian yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kajian


yang dijalankan ini bertujuan meninjau keberkesanan pendekatan proses dalam
meningkatkan kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dalam kalangan muridmurid Tahun 4. Semua perkara tersebut akan dihuraikan secara terperinci bagi
menjelaskan bagaimanakah kajian ini akan dilaksanakan kelak.

3.1

Reka Bentuk Kajian


Penyelidikan ini merupakan satu tinjauan terhadap tahap penguasaan

kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu murid Tahun 4 Bestari di Sekolah


Bandar Tasek Mutiara. Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah
Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Populasi kajian ialah murid Tahun 4 Bestari di
sekolah ini. Sekolah ini ialah sekolah luar bandar yang terdiri daripada pelbagai
kaum. Kajian ini melibatkan seramai 30 orang murid. Kajian ini juga dibuat untuk
melihat keberkesanan pendekatan proses dalam menulis karangan.

25

Dalam kajian ini, reka bentuk kajian kuantitatif digunakan untuk melihat
sejauh mana keberkesanan penggunaan pendekatan proses dalam meningkatkan
kemahiran menulis karangan dalam kalangan murid Tahun 4 Bestari. Kajian ini akan
dijalankan ke atas satu kumpulan subjek kajian sahaja. Salah satu daripada reka
bentuk ini ialah reka bentuk ujian pra dan ujian pos. Dalam reka bentuk ini, ujian pra
akan diberikan sebelum pendekatan proses menulis karangan diberi kepada
responden, manakala ujian pos diberi selepas pengajaran pendekatan proses menulis
karangan.

3.2

Populasi Dan Sampel Kajian


Populasi adalah satu kumpulan sasaran dalam kajian ini iaitu kumpulan

kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan. Manakala sampel kajian pula ialah
responden-responden kajian yang dipilih untuk mewakili sesuatu populasi.
Penetapan populasi kajian adalah penting dalam kajian kerana populasi yang akan
menentukan bagaimana dan berapa ramai sampel yang akan pengkaji pilih. Oleh
sebab bilangan populasi hanya diambil dari sebuah sekolah sahaja, pengkaji telah
membuat keputusan akan mengambil seramai Tahun 4 Bestari dari sekolah sendiri
sebagai sampel ujian.
3.3

Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini adalah dengan mengemukan ujian pra dan ujian pos serta
borang soal selidik.
3.3.1

Ujian Pra

26

Sebagai langkah pertama, kajian akan dibuat untuk melihat sejauh mana
tahap kebolehan pelajar mengarang tanpa melalui proses mendraf, memberi
komen, mendraf kali kedua dan membuat penyemakan. Satu ujian pra
diberikan kepada semua responden, iaitu tajuk karangan yang diberikan
adalah berbentuk naratif. Semua responden akan diminta menghasilkan
karangan berdasarkan tajuk yang diberi dalam tempoh satu jam untuk
menyiapkan karangan tersebut. Kertas pra ujian itu akan dikumpul untuk
dinilai.

3.3.2

Ujian Pos

Untuk menilai keberkesanan penulisan karangan melalui pendekatan proses,


ujian pos akan dijalankan setelah murid didedahkan dengan proses menulis
karangan seperti mendraf, memberi komen, membuat draf kali kedua dan
seterusnya membuat penyemakan bersama rakan-rakan. Tajuk karangan yang
akan diberikan masih lagi berbentuk naratif. Seterusnya, analisis dijalankan
untuk melihat sama ada berlaku perubahan atau peningkatan dalam penulisan
karangan berdasarkan skor dan kriteria pencapaian yang telah ditetapkan.

3.4

Prosedur Pengumpulan Data

Data yang akan dikumpulkan adalah berdasarkan kepada keputusan daripada


ujian pra dan ujian pos yang akan dijalankan oleh kumpulan murid yang terlibat.
27

Soalan yang akan dikemukakan kepada pelajar melalui ujian pra dan ujian pos ini
dilakukan setelah perbincangan dengan rakan serta merujuk kepada Huraian Sukatan
Pelajaran dan buku rujukan penulisan UPSR. Perbincangan bersama rakan akan
diadakan bagi menentukan kesahan pada soalan yang telah disediakan. Setelah itu,
rujukan dibuat untuk menentukan kesesuaian tajuk soalan sebelum ujian dijalankan
kepada murid. Sekiranya terdapat kelemahan pada tajuk karangan, penambahbaikan
perlu dibuat agar kesahan ujian itu dapat menentukan peningkatan prestasi murid.
Soal selidik ke atas murid akan dijalankan untuk mendapatkan maklumat
murid berdasarkan borang kaji selidik yang telah diberi kepada murid. Segala data
sepanjang kajian ini dijalankan akan dicatat untuk mengetahui faktor yang
mempengaruhi pencapaian murid. Pendekatan proses akan dilaksanakan untuk
mengatasi masalah yang telah dikenal pasti. Setelah menjalankan proses menulis
karangan, ujian pos akan dijalankan. Tujuan ujian pos dijalankan adalah untuk
melihat keberkesanan pendekatan proses yang digunakan dalam menghasilkan
sesebuah karangan.

3.5

Prosedur Analisis Data

Pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan, penganalisaan,


penyimpanan dan pengeluaran data. Data yang diperoleh adalah markah mentah
28

yang akan dianalisa untuk mendapatkan dapatan hasil kajian yang dijalankan. Bagi
menganalisis setiap data, cara yang digunakan adalah dengan menterjemahkan datadata ini ke dalam bentuk jadual dan rajah kerana ini akan lebih memudahkan proses
analisis nanti. Bagi setiap borang soal selidik, aras persetujuan responden terhadap
item atau pernyataan adalah berdasarkan senarai semak Sangat setuju, Setuju,
Kurang Pasti, Kurang Setuju dan Tidak Setuju. Variabel-variabel yang berkaitan
akan dijadikan asas kepada item-item yang akan diberikan kepada responden.
3.6

Rumusan
Kaedah kajian ini dilaksanakan agak mudah dan lebih tertumpu kepada mata

pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah dan dilaksanakan kepada murid Tahun 4.
Dapatan kajian ini diharapkan dapat mengubah persepsi bahawa penulisan karangan
Bahasa Melayu adalah satu mata pelajaran yang sukar iaitu hanya pelajar
berkebolehan tinggi sahaja yang boleh berjaya. Seterusnya, kajian ini diharap dapat
membantu murid menulis karangan dengan lebih sistematik. Data-data yang
dianalisis dapat menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan melalui pendekatan proses agar dapat mempertingkatkan prestasi murid
dalam aspek penulisan karangan

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

29

4.0

Pengenalan

Pada bahagian ini, data dan maklumat yang dikumpul hasil daripada kajian
yang telah dijalankan akan dianalisis untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan
pendekatan proses dalam kemahiran menulis karangan Tahun 4. Data yang diperoleh
adalah daripada maklum balas responden melalui Ujian Pra, Ujian Pos dan Soal
Selidik. Data-data ini akan dianalisis bagi mendapatkan maklumat. Kaedah ini
dikenali juga sebagai Pendekatan Statistik Deskriptif yang melibatkan pengumpulan
dan peringkasan data-data mentah dan bagaimana hasil dapatan itu dipersembahkan
supaya kelihatan lebih teratur serta mudah difahami oleh pembaca.

4.1

Profil Kajian

4.1.1

Profil Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara


yang dikategorikan sebagai sekolah luar bandar. Kajian ini telah dijalankan
dengan penglibatan murid Tahun 4 lelaki dan perempuan. Pada tahun 2011,
seramai 172 orang murid berdaftar belajar di Tahun 4 di sekolah ini. Seramai
30 orang murid telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini iaitu
mewakili 17.5% daripada populasi keseluruhan murid Tahun 4 di Sekolah
Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara. Pemilihan responden ini berdasarkan
beberapa sebab-sebab iaitu :
30

i.

mereka belajar di dalam sebuah kelas,

ii.

pengkaji mengajar Bahasa Melayu di kelas ini sepanjang


tempoh kajian, dan

iii.

prestasi murid-murid ini pada peringkat awal didapati berada


pada tahap pelbagai iaitu ada yang baik, sederhana dan lemah.

4.1.2

Maklumat Diri Responden


Jadual 4.1: Analisa Taburan Responden Berdasarkan Jantina

Jantina

Bilangan

Peratus (%)

Lelaki

16

53

Perempuan

14

47

JUMLAH

30

100

31

Rajah 4.1 : Menunjukkan peratus responden mengikut jantina

Perolehan data mengenai profil responden diperoleh berdasarkan soal selidik


yang diedarkan pada awal kajian dijalankan. Responden adalah terdiri daripada 30
orang murid, iaitu 16 orang murid lelaki(53%) dan 14 orang murid perempuan(47%).
Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden mengikut jantina.
4.2

Dapatan Kajian
Pencapaian kemahiran menulis karangan yang menggunakan pendekatan

proses menunjukkan perubahan jika dibandingkan dengan kaedah tradisional yang


digunakan sebelumnya. Melalui pendekatan proses ini, pencapaian murid didapati
telah meningkat. Pencapaian ini jelas dapat dilihat dari segi markah latihan karangan
30 orang murid dalam ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan. Perbezaan
markah yang diperoleh murid begitu ketara kerana setelah guru melaksanakan
pendekatan proses dalam pengajaran penulisan karangan, murid telah dapat
mengolah idea yang diperoleh dengan baik hasil perbincangan bersama guru dan
rakan-rakan sebaya. Selain itu, penyemakan semula telah dapat mengurangkan
kesalahan tanda bacaan dan ejaan.

Jadual 4.2 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


32

Ujian
Pra
Ujian
Pos

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

16

20

13

12

14

17

22

23

21

22

24

26

18

18

22

24

28

28

27

26

Rajah 4.2 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


Berdasarkan Jadual 4.2 di atas, didapati pencapaian responden 1 hingga 10
dalam ujian pos meningkat berbanding dengan ujian pra. Dalam ujian pra, markah
tertinggi yang diperoleh adalah 22 markah. Bagi ujian pos pula, markah tertinggi
yang diperoleh oleh responden adalah 28. Manakala markah terendah yang diperoleh
responden dalam ujian pra adalah 12. Dalam ujian pos pula, markah terendah adalah
18. Ini jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan pendekatan proses dalam pengajaran
penulisan karangan dapat membantu murid memperoleh markah yang tinggi
berdasarkan skor pemarkahan yang telah ditetapkan.
33

Jadual 4.3 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian
Pra
Ujian
Pos

R11

R12

R13

R14

R15

R16

R17

R18

R19

R20

15

10

14

16

17

18

16

15

17

20

20

21

22

25

26

25

24

23

23

24

Rajah 4.3 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


Berdasarkan Jadual 4.3, pencapaian responden 11 hingga 20 juga
menunjukkan peningkatan. Markah terendah yang diperoleh dalam ujian pra adalah
10. Berbeza dengan pencapaian responden dalam ujian pos di mana markah terendah
yang diperoleh oleh responden adalah 20.

Perbezaan pencapaian markah oleh

responden dalam kedua-dua ujian ini amat ketara. Markah tertinggi yang diperoleh
oleh responden 11 hingga 20 juga menunjukkan peningkatan iaitu, dalam ujian pos
markah tertinggi yang diperoleh oleh responden ialah 26 manakala markah tertinggi
yang diperoleh oleh responden dalam ujian pra hanya 20 sahaja. Ini menunjukkan
34

bahawa pendekatan proses amat berkesan dalam pengajaran penulisan karangan


kerana dapat membantu murid menulis karangan dengan baik. Secara tidak langsung
murid dapat mencapai markah yang tinggi dalam peperiksaan.

Jadual 4.4 : Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


R21

R22

R23

R24

R25

R26

R27

R28

R29

R30

Ujian Pra

14

10

18

20

16

15

15

16

14

12

Ujian
Pos

20

20

24

26

28

24

26

24

22

20

Rajah 4.4: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos


35

Begitu juga keputusan yang diperoleh oleh responden 21 hingga 30. Masing-masing
menunjukkan perbezaan pencapaian yang ketara. Ini jelas menunjukkan bahawa
pendekatan proses yang dilaksanakan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran dapat membantu murid menghasilkan karangan yang baik iaitu dapat
menjana idea-idea dengan bernas serta kurang kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.

4.3

Penskoran dan Kriteria Ukuran Pencapaian


Jadual 4.5: Penskoran dan Kriteria Ukuran Pencapaian

36

4.4

Penskoran

at
a

Kriteria

Cemerlang
(26 30)

.-Penyampaian yang jelas dan menarik dengan pengolahan


idea yang bernas.
-Menggunakan kepelbagaian ayat yang gramatis sesuai
dengan tema dan nilai.
-Tiada kesalahan tanda bacaan dan ejaan.
-Mengandungi pendahuluan, lebih dari empat isi dan penutup.

Baik
(21 25)

Penyampaian yang jelas dan menarik dengan


pengolahan idea yang baik.
Menggunakan kepelbagaian kata dan kosa kata
yang sederhana dan sesuai dengan tema.
Terdapat beberapa kesalahan tanda baca dan ejaan
namun tidak menjejaskan karangan.
Mengandungi pendahuluan, minimum empat isi dan penutup

Sederhana
(16 20)

Penyampaian mudah dan ringkas.


Isi-isi disampaikan dengan ayat dasar atau selapis
tetapi masih berdasarkan tema.
Penggunaan kosa kata yang terhad.
Penyampaian mudah dan ringkas.
Banyak terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca.
Mengandungi pendahuluan, minimum tiga isi dan penutup.

Memuaskan
(11 15)

Penyampaian mudah dan ringkas.


Isi-isi disampaikan dengan ayat dasar atau selapis
tetapi masih berdasarkan tema.
Penggunaan kosa kata yang terhad.
Penyampaian mudah dan ringkas.
Banyak terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca.
Mengandungi pendahuluan, minimum dua isi dan penutup.

Pencapaian Tahap
Minimum
(1 10)

Penyampaian tidak jelas.


Isi-isi tidak tepat.
Kesalahan tema.
Ayat sukar difahami.
Penggunaan kosa kata yang terhad.
Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.
Pendahuluan, isi karangan dan penutup kabur atau tidak jelas
maksudnya.

Skor dan Kriteria Ukuran pencapaian

37

Jadual 4.5 adalah jadual penskoran dan kriteria-kriteria untuk mengukur


pencapaian murid dalam

keputusan ujian pra dan ujian pos. Terdapat lima skor

markah pencapaian murid berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Hasil


karangan murid disemak secara holistik berdasarkan kriteria-kriteria seperti yang
terdapat dalam Jadual 4.5 untuk menentukan pencapaian murid dalam hasil penulisan
mereka. Tujuan penskoran dan kriteria ini digunakan dalam menilai hasil karangan
murid adalah untuk menentukan sejauh mana keupayaan murid menjana idea-idea
mereka dalam menghasilkan sesebuah karangan berdasarkan tajuk yang telah diberi.
Pencapaian skor yang tertinggi adalah cemerlang iaitu markah di antara 26 30. Bagi
pencapaian baik, markah adalah di antara 21 25. Pencapaian sederhana, markah di
antara 16 20, manakala pencapaian memuaskan markah di antara 11 15 dan
pencapaian tahap minimum pula markah adalah antara 1 10.

4.5

Analisis Ujian Pra dan Ujian Pos

Berdasarkan analisis yang diperoleh, bilangan murid yang mendapat skor baik
dan cemerlang lebih ramai berbanding markah ujian pra. Bilangan pelajar yang
mendapat skor memuaskan telah berkurang. Tiada murid yang mendapat pencapaian
tahap minimum dalam ujian pos yang telah dijalankan. Ujian pra dan ujian pos telah
diberi kepada murid untuk menilai tahap prestasi mereka sebelum dan selepas
pembelajaran menulis karangan melalui pendekatan proses. Hasil dapatan daripada
skor ujian pra dan ujian pos yang telah dijalankan, didapati markah pencapaian murid
paling tinggi adalah 23 manakala bagi ujian pos pula, markah paling tinggi yang
38

diperoleh murid telah meningkat kepada 28. Ini menunjukkan bahawa melalui proses
penulisan karangan, murid dapat menjana idea dengan baik di samping dapat
mengemukakan isi karangan lebih daripada tiga isi.

Selain itu, didapati karangan murid kurang kesalahan tanda baca di samping
murid dapat mengemukakan lebih daripada empat isi karangan. Murid juga dapat
menggunakan kepelbagaian ayat yang gramatis serta menepati kehendak tajuk
karangan. Keseluruhannya, murid dapat menghasilkan sebuah karangan yang
mengandungi pendahuluan, empat isi karangan dan penutup.

4.6

Analisis Kandungan Isi Karangan


Pengaplikasian pendekatan proses dapat mengurangkan masalah untuk

menjana isi-isi penting dalam kemahiran menulis karangan dalam kalangan pelajar
Tahun 4. Melalui hasil karangan murid, didapati ada penambahbaikan dalam aspek
kriteria isi. Murid dapat menyampaikan isi karangan yang jelas dan menarik dengan
pengolahan idea yang bernas. Di samping itu, murid juga dikesan menggunakan
kepelbagaian ayat yang gramatis bersesuaian dengan tajuk karangan yang diberi.
Hasil kajian ini juga menunjukkan murid tidak lagi menghasilkan isi
karangan yang bercampur, isi karangan yang tiada contoh atau isi karangan yang
tidak berfokus. Masalah ini dapat diatasi oleh murid setelah penggunaan pendekatan
proses semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, murid perlu melalui proses merancang,

39

membuat draf, menyemak, menulis semula dan menyemak kembali sehingga selesai
menulis karangan.
Justeru, murid dapat mengolah idea dengan lebih baik serta dapat
mengurangkan kesalahan ejaan atau tanda baca dalam karangan mereka. Jadual dan
rajah di bawah menunjukkan analisis tentang isi yang dipersembahkan dalam
karangan para pelajar sebelum menggunakan pendekatan proses menulis karangan
dan selepas menngunakan pendekatan proses dalam menulis karangan.

Jadual 4.6 : Analisis Kandungan Berdasarkan Jumlah Isi karangan (Ujian Pra)

Isi
karangan

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

Satu isi
Dua isi
Tiga isi

Empat
isi
Empat
isi ke
atas

Jadual 4.7 : Analisis Kandungan Berdasarkan Jumlah Isi karangan (Ujian Pos)

Isi
karangan

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

Satu isi
Dua isi
Tiga isi
Empat isi
Empat isi
ke atas

/
/

40
/

Graf 5: Analisis Kandungan Berdasarkan Jumlah Isi karangan

Rajah 4.5 : Analisis Kandungan Berdasarkan Jumlah Isi karangan

Jadual 4.8 : Analisis Kandungan Berdasarkan Jumlah Isi karangan (Ujian Pra)

Isi
karangan

R11

Satu isi
Dua isi

R12

R13

R14

R15

R16

R17

R18

R19

R20

/
/

Tiga isi

/
/

Empat
isi
Empat
isi ke
atas

Jadual 4.9 : Analisis Kandungan Berdasarkan Jumlah Isi karangan (Ujian Pos)
Isi
karangan

R11

R12

R13

R14

R15

R16

R17

R18

R19

R20

Satu isi
Dua isi
Tiga isi
Empat
isi
Empat
isi ke
atas

41

Rajah 4.6 : Analisis Kandungan Berdasarkan Jumlah Isi karangan

Jadual 4.10 : Analisis Kandungan Berdasarkan Jumlah Isi karangan (Ujian Pra)

Isi
karangan

R21

Satu isi
Dua isi
Tiga isi

R22

R23

R24

R25

R26

R27

R28

R29

R30

/
/
/

Empat
isi
Empat
isi ke
atas

Jadual 4.11 : Analisis Kandungan Berdasarkan Jumlah Isi karangan (Ujian Pos)
42

Isi
karangan

R21

R22

R23

R24

R25

R26

R27

R28

R29

R30

Satu isi
Dua isi
Tiga isi
Empat
isi
Empat
isi ke
atas

/
/

/
/

Graf 7: Analisis Kandungan Berdasarkan Jumlah Isi karangan

Rajah 4.7 : Analisis Kandungan Berdasarkan Jumlah Isi karangan

4.7

Analisis Kriteria Isi Kandungan

Dalam penulisan karangan Tahun 4, murid perlu mengemukakan empat isi


karangan untuk memastikan karangan yang dihasilkan padat, mantap serta menepati
tajuk karangan yang diberi. Isi karangan yang diperoleh perlulah dikembang serta
dihuraikan dengan baik agar karangan tersebut tidak terpesong daripada tajuk.
Dapatan daripada ujian pos, didapati responden dapat menghuraikan isi karangan
dengan baik. Tiada lagi isi yang bercampur dan karangan yang tidak berfokus.
43

Pengaplikasian

pendekatan

proses

telah

mengurangkan

masalah

dalam

memperkembang isi karangan dengan baik.

Jadual 4.12 : Analisis kriteria isi kandungan

Kriteria Isi

R1

R2

Isi dikembang dengan


baik
Isi tidak dikembang
dengan baik

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

R12

R13

R14

R15

R16

R17

R18

R19

R20

Isi bercampur
Isi yang tiada contoh
Karangan tidak
berfokus

Kriteria Isi

R11

Isi dikembang
dengan baik
Isi tidak dikembang
dengan baik

Isi bercampur
Isi yang tiada contoh
Karangan tidak
berfokus

Jadual 4.13 : Analisis kriteria isi kandungan

Jadual 4.14 : Analisis kriteria isi kandungan


Kriteria Isi
Isi dikembang
dengan baik
Isi tidak
dikembang
dengan baik

R21

R22

R23

R24

R25

R26

R27

R28

R29

R30

/
/

Isi bercampur
Isi yang tiada
contoh
Karangan tidak
berfokus

44

Berdasarkan jadual di atas, didapati pelajar dapat menulis karangan dengan


tatabahasa yang baik selepas penggunaan pendekatan proses. Para pelajar diberi
ruang masa yang banyak untuk berbincang bersama rakan sebaya untuk
membetulkan kesalahan tatabahasa, tanda baca dan ejaan karangan mereka semasa
sesi perbincangan dan penyemakan kali kedua. Di samping itu, kesalahan tanda baca
juga dapat diperbaiki semasa penyemakan semula karangan. Kesedaran ini
membantu pelajar membetulkan kesalahan mereka sendiri semasa menulis karangan.

4.8

Rumusan

Kajian ini menunjukkan pendekatan proses memberi kesan kepada peningkatan


dalam kemahiran menulis karangan Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid
Tahun 4 di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara. Ini dapat dilihat daripada
markah pencapaian murid dalam ujian pos yang telah dijalankan. Pelaksanaan
pendekatan proses dalam pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan menulis
karangan telah dapat membantu murid-murid tersebut dalam mengatasi masalah
kekurangan idea untuk menghasilkan isi-isi penting dalam penulisan karangan.

Pendekatan proses dapat meningkatkan pencapaian kemahiran menulis karangan


dalam jangka panjang. Murid-murid akan memahami proses-proses yang berlaku dalam
mengarang iaitu daripada proses mengarang, membuat draf, menyemak, menulis
semula karangan dan menyemak kembali sehingga selesai penulisan karangan. Proses
45

ini mengambil masa yang panjang untuk murid-murid membiasakan diri mereka dalam
menulis karangan. Sekiranya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis, sudah
tentu proses pembelajaran penulisan karangan akan menjadi lebih baik dan menarik.
Pendekatan proses ini amat sesuai dengan pembelajaran berpusatkan murid dan guru
sebagai fasilitator dalam membantu, membimbing dan memberi motivasi kepada muridmurid.

BAB 5

RUMUSAN DAN IMPLIKASI

5.0

Pengenalan
Bahagian ini akan membincangkan rumusan kajian, implikasi hasil kajian

dan cadangan kajian. Di akhir bab ini dikemukakan beberapa cadangan bagi
penyelidikan selanjutnya yang boleh dijalankan oleh pengkaji-pengkaji lain pada
masa hadapan. Seterusnya, dapatan kajian yang dibincangkan dengan lebih lanjut
beserta dengan implikasi kajian. Lanjutan daripada kajian ini, beberapa cadangan
yang dikemukakan dan diakhiri dengan rumusan keseluruhannya untuk laporan
kajian berasaskan sekolah ini.

5.1

Rumusan Hasil Kajian

46

Dalam kajian yang dijalankan, instrumen kajian yang digunakan ialah ujian
pra, ujian pos, borang soal selidik, pemerhatian dan semakan hasil kerja
murid(karangan) sepanjang tempoh kajian. Dapatan utama daripada kajian yang
dijalankan terhadap responden adalah pengetahuan, minat dan pemahaman murid
adalah berbeza bagi setiap individu tersebut. Ini memberi gambaran yang jelas
bahawa setiap murid mempunyai keistimewaan dan kemahiran masing-masing
dalam memberi huraian atau idea dalam penulisan mereka. Guru sebagai pemudah
cara perlu sentiasa peka akan masalah ini. Ini menjadi satu tanggungjawab guru yang
kreatif dan kritis untuk mencari kerangka alternatif bagi memudahkan murid-murid
memahami pendekatan yang terbaik dalam menghasilkan sesebuah penulisan yang
terbaik.
Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa dapatan dari kajian ini
menyokong pendapat bahawa pendekatan proses amat berkesan dalam membantu
dan memotivasikan pelajar menghasilkan sebuah karangan yang dikelaskan sebagai
mantap serta berfokus. Jadi, bolehlah digeneralisasikan

bahawa pengajaran dan

pembelajaran menggunakan pendekatan proses dalam kemahiran menulis karangan


telah dapat membantu pelajar menghasilkan sebuah karangan yang baik, bermutu
dan berfokus. Pendekatan ini kelihatan lebih mesra pengguna(murid) kerana telah
mewujudkan jalinan perhubungan pengajaran antara guru dengan pelajar, antara
pelajar dengan pelajar, terutama berkaitan dengan perkongsian maklumat yang
terhasil daripada perbincangan yang aktif dan berguna. Ini dapat digambarkan seperti
berikut:

47

Rajah 5.1 : Hubungan Dalam Pengajaran


Guru

Murid

Murid

Menganalisa dan membandingkan data antara pengajaran penulisan


menggunakan pendekatan proses dengan menggunakan kaedah tradisional telah
menunjukkan perbezaan yang ketara. Ini boleh dilihat dengan jelas kerana melalui
pengajaran menggunakan pendekatan proses, tahap pencapaian murid dalam
menghuraikan isi-isi karangan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan
pendekatan tradisional.

5.2

Perbincangan Dapatan Kajian


Hasil kutipan data daripada tugasan yang diberikan kepada responden telah

menunjukkan bahawa murid memang menghadapi masalah dalam menghasilkan


karangan yang baik, mantap dan menepati kehendak tajuk yang diberi. Murid juga
didapati lemah dalam mengemukakan isi-isi karangan. Apabila diberi instrumen
kajian yang disediakan, didapati 87% murid hanya mampu mengemukakan dua atau
tiga isi karangan sahaja. Ada juga isi karangan bercampur, tiada contoh dan karangan
tidak berfokus.
Selepas melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan
pendekatan proses yang dijalankan ke atas 30 orang murid Tahun 4 ini, penulis telah
48

dapat mengesan peningkatan yang ketara dalam pencapaian responden iaitu hampir
90% murid mampu menghasilkan karangan yang baik, berfokus, menepati tajuk serta
kurang kesalahan tanda baca dan ejaan. Ini menunjukkan bahawa pendekatan proses
yang diperkenalkan semasa menghasilkan karangan ini telah membantu murid
menghasilkan karangan yang baik, mantap dan beraras tinggi.
Pengaplikasian pendekatan proses ini juga terbukti dapat mengurangkan
masalah murid untuk menjana isi-isi penting dalam kemahiran menulis karangan
dalam kalangan murid Tahun 4. Murid juga dapat memperkembang isi dengan baik.
Di samping itu, melalui pendekatan proses ini, murid mampu memperoleh isi
karangan lebih daripada empat. Melalui pendekatan proses dalam menghasilkan
karangan, murid-murid telah diberi ruang yang banyak untuk berbincang sesama
rakan untuk memperbaiki bahasa dan tatabahasa karangan mereka semasa sesi
perbincangan di dalam kelas. Peluang menyemak draf rakan memberi peluang
kepada pelajar menyedari tentang kesalahan yang telah mereka lakukan. Ini dapat
dilihat dalam keputusan ujian pos yang telah diberikan kepada responden.
Dapatan daripada ujian tersebut, didapati sebanyak 80% responden dapat
memberi empat atau lebih isi karangan berbanding ujian pra iaitu hanya 13%
responden yang dapat mengemukakan empat isi dalam karangan mereka. Tiada lagi
responden yang hanya mengemukakan satu atau dua isi selepas rawatan diberikan.
Manakala baki 20% responden dalam ujian pos hanya mampu mengemukakan tiga
isi sahaja. Bagi ujian pra pula, 87% responden hanya mampu mengemukakan satu
hingga tiga isi sahaja kerana mereka tidak mampu mendapat serta menghuraikan isi
karangan yang diperoleh dengan baik.
49

5.3

Implikasi Daripada Dapatan Kajian


Daripada dapatan kajian ini, telah dibuktikan bahawa prestasi murid yang

mengikuti pendekatan proses dalam menghasilkan karangan adalah lebih baik jika
dibandingkan dengan kaedah tradisional. Implikasi ini menunjukkan bahawa
pendekatan ini memang berkesan untuk meningkatkan kebolehan

murid dalam

menghasilkan sebuah karangan yang baik.


Justeru, pendekatan proses yang disampaikan dalam pengajaran Bahasa
Melayu di dalam kelas dapat memberi motivasi kepada murid yang kekurangan idea
atau yang kurang berminat dalam menulis karangan. Selain itu, rakan yang
mempunyai idea boleh membantu rakan yang lemah dalam menjana idea-idea yang
baik. Daripada pemerhatian dan penyemakan hasil kerja murid, dapatlah dirumuskan
bahawa murid-murid didapati lebih berkeyakinan, bermotivasi, mula kreatif dan kritis
dalam menjana idea. Ini sudah tentu akan merangsang gaya pembelajaran dan
pemikiran aras tinggi. (Highest Thinking Order HOT).

5.4

Cadangan Kajian Lanjutan


Kajian ini merupakan kajian eksperimen yang meliputi populasi yang

terhad iaitu seramai 30 orang murid di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasek Mutiara,
14120 Simpang Ampat. Oleh itu, kajian ini tidak mewakili semua murid yang lain.
Kajian seperti ini boleh dilanjutkan ke kelas-kelas yang lain supaya murid lain juga

50

mampu menghasilkan sebuah karangan yang bermutu. Hasil kajian yang didapati
bukanlah muktamad tetapi boleh dilanjutkan lagi pada masa hadapan.
Untuk kajian yang akan datang, dicadangkan agar kajian dapat dijalankan
secara menyeluruh dan spesifik. Kajian ini boleh dikembangkan lagi dengan
mengambil kira faktor pemboleh ubah seperti latar belakang keluarga, pengaruh
rakan sebaya, golongan etnik, taraf sosio ekonomi dan sebagainya. Bilangan sampel
perlu diperluaskan lagi dengan mengambil kira faktor persekitaran sekolah.

5.5

Rumusan

Secara keseluruhannya, pembelajaran menulis karangan menggunakan


pendekatan proses dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dapat
mempertingkatkan prestasi dan minat murid terhadap mata pelajaran ini berbanding
dengan pencapaian murid yang mengikuti pembelajaran secara tradisional.
Peningkatan pencapaian murid dalam ujian pos yang telah dijalankan menunjukkan
perbezaan pencapaian dan minat yang memberangsangkan selepas mengikuti
pembelajaran menulis karangan melalui pendekatan proses. Murid mendapat
bimbingan dan panduan sepenuhnya daripada guru.
Di samping itu, murid diberi ruang yang banyak untuk berbincang bersama
rakan bagi memperbaiki bahasa dan tatabahasa karangan mereka semasa sesi
perbincangan. Dengan bukti-bukti kajian dan hujah-hujah yang telah dikemukakan,
dapatlah dirumuskan bahawa objektif yang telah dibuat pada awal kajian ini terbukti
tercapai. Andaian yang telah dibuat sebelum kajian juga dibuktikan betul.
51

Dalam merealisasikan matlamat untuk meningkatkan kemahiran menulis,


terdapat faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam mempengaruhinya.
Antaranya ialah faktor minat, jantina dan kaedah serta pendekatan yang digunakan
oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas.
Faktor-faktor ini merupakan penyumbang terpenting dalam mempengaruhi
keputusan dan pencapaian murid. Semakin tinggi minat seseorang murid untuk
belajar semakin tinggi kecemerlangan yang akan dicapai oleh mereka. Perasaan
kurang yakin dan berasa rendah diri kerana kurang menguasai kemahiran menulis
akan menjadikan mereka kurang berminat untuk menulis.
Fenomena ini seharusnya dihindari untuk mencapai kecemerlangan dalam
sesuatu mata pelajaran. Kepelbagaian pendekatan yang digunakan oleh guru akan
mempengaruhi hasil pencapaian objektif pengajaran. Pemilihan kaedah dan
pendekatan yang sesuai akan menjamin keberkesanan penyampaian sesuatu
pengajaran serta pencapaian objektifnya secara optimum. Pemilihan kaedah dan
pendekatan yang bersesuaian ini menyumbang kepada tahap penguasaan dan minat
seseorang murid untuk belajar dengan lebih berkesan. Kesimpulannya, pelaksanaan
pendekatan proses dalam penulisan ialah satu kaedah mengarang yang bersistem dan
terancang kepada murid. Melalui pendekatan ini, murid dilatih belajar secara
berdisiplin dalam menghasilkan karangan di samping menerapkan kemahiran
mengarang yang betul dan sistematik.

52

Anda mungkin juga menyukai