Anda di halaman 1dari 13

TPACK (Technological,

Pedagogical, Content
Knowledge)
Disediakan oleh
Siti Harijah binti Aman
An-Nur Athirah binti Lajimin
Anis Abd Karim

Pengenalan
TPACK (Technological, Pedagogical, Content
Knowledge) atau dahulunya dikenali sebagai A
framework for Teacher Knowledge, sehingga kini
telah menjadi acuan oleh banyak peneliti dan
pengamal pendidikan dalam upaya
mengembangkan beberapa model pembelajaran.
Konsep
TPACK adalah sebuah framework (kerangka kerja) dalam
mencorak model pembelajaran baru dengan
menggabungkan tiga aspek utama iaitu pengetahuan
teknologi, pedagogi dan konten/kandungan (ontologis).

Kerangka TPACK secara umum


Secara umum kerangka komponen TPACK adalah terdiri daripada:
1.CK Content (Knowledge atau Pengetahuan Kandungan)
2.PK Pedagogical (Knowledge atau Pengetahuan Pedagogi)
3.TK Technological (Knowledge atau Pengetahuan Teknologi)
4.PCK Pedagogical (Content Knowledge atau Pengetahuan
Pedagogi Kandungan)
5.TCK Technological (Content Knowledge atau Pengetahuan
Teknologi Kandungan)
6.TPK Technological (Technological Pedagogical Knowledge atau
Pengetahuan Teknologi Pedagogi
7.TPACK (Technological Pedagogical Content Knowledge atau
Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan)

Pengetahuan Kandungan (Content


Knowledge CK)

CK merupakan pengetahuan pengajar terhadap


kandungan yang akan disampaikan kepada
pelajar.
Pengajar perlu menguasai kandungan seperti
konsep, teori, idea-idea, rangka kerja,
keterangan dan bukti serta amalan-amalan yang
diperlukan ke arah membangunkan
pengetahuan itu (Koehler & Mishra, 2009).
Dalam konteks kajian ini, CK merujuk kepada
kandungan pengaturcaraan komputer.

Pengetahuan Pedagogi (Pedagogical


Knowledge PK)
PK merupakan pengetahuan tentang
jenis-jenis pedagogi yang boleh
digunakan sebagai menyokong
pengajaran berkesan.
Menurut Koehler dan Mishra (2008), PK
merangkumi pengetahuan tentang proses
serta amalan yang digunakan dalam
pengajaran.

Pengajar perlu membuat kajian terhadap


teori-teori pedagogi secara khusus agar
mereka tidak lesu dalam memperkasa
kaedah pengajaran bagi menghasilkan
suasana P&P yang berkualiti
(Archambault & Barnett, 2010).
Dalam konteks kajian ini, pengajar perlu
mengetahui teknik dan kaedah yang harus
digunakan dalam pengajaran
pengaturcaraan komputer.

Pengetahuan Teknologi (Technology


Knowledge TK)
Domain TK meliputi pengetahuan terhadap jenisjenis alatan, perkakasan atau perisian termasuk
boleh mengendalikannya dengan baik sehingga
membantu atau memudah cara pekerjaan
seorang pengajar (Koehler, 2011).
Hal ini merangkumi apa sahaja pengetahuan
seorang pengajar terhadap teknologi yang biasa
digunakan dalam pengajaran sama ada teknologi
berbentuk analog (mikroskop, papan putih, video
dan lain-lain) mahupun digital (telefon pintar,
internet, persidangan video dan lainlain).

Pengetahuan Pedagogi Kandungan


(Pedagogical
Content
PCK)
CK apabila diintegrasikan
denganKnowledge
PK menjadikan PCK
iaitu
pengetahuan teras pengajaran yang meliputi kurikulum,
penilaian dan pedagogi (Koehler & Mishra, 2009).

PCK masih mengambil kira konsep yang diperkenalkan


oleh Shulman (1986) di mana ia merangkumi pengajaran,
pembelajaran, kurikulum, pentaksiran, dan laporan yang
melatari cara penyampaian pengajaran kepada para
pelajar.
Shulman turut menyatakan bahawa guru yang mengajar
tanpa mengetahui aspek-aspek seperti kurikulum dan
pentaksiran tidak mampu memenuhi keperluan
pembelajaran oleh para pelajar.

Pengetahuan Teknologi Kandungan


(Technological Content Knowledge
TCK)

CK apabila diintegrasikan dengan TK menghasilkan domain


TCK. Domain TCK merupakan pengetahuan terhadap
teknologi tertentu yang paling sesuai untuk menangani hal
pembelajaran dan bagaimana ia membantu kandungan
yang sesuai apabila berlaku perubahan pada teknologi
tersebut (Koehler & Mishra, 2009).
Sehubungan dengan itu, Koehler dan Mishra (2008)
menyatakan bahawa CK dan TK telah lama mempunyai
hubungan konsep dalam bidang sains tulen dan sains
sosial.

Pengetahuan Teknologi Pedagogi


PK apabila diintegrasikan dengan TK menghasilkan domain TPK. Domain
TPK merupakan pengetahuan
tentang bagaimana P&P
boleh berubah
(Technological
Pedagogical
Knowledge
apabila teknologi tertentu digunakan dengan kaedah tertentu (Koehler &
Mishra, 2009).
TPK)
Hal ini meliputi pengetahuan pedagogi dan kekangan pelbagai alat
teknologi yang berkaitan dengan disiplin reka bentuk pedagogi dan
strategi pengajaran.
Bagi menjelaskan TPK, Koehler dan Mishra (2008) menyatakan bahawa
seorang pengajar mestilah mengetahui bagaimana P&P perlu
dilaksanakan mengikut kesesuaian teknologi masa kini yang menyokong
proses dan amalan pengajaran semasa.
Dalam konteks kajian ini, pendidikan pengaturcaraan komputer
menghadapi cabaran yang hebat kerana perubahan teknologi berkaitan
amalan pembangunan aplikasi dan bahasa pengaturcaraan komputer
yang berlaku terlalu cepat.

Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan


(Technological Pedagogical Content Knowledge
TPACK)
TPACK adalah pengintegrasian pengetahuan teknologi

dalam pengajaran yang dilakukan mengikut disiplin ilmu


pengetahuan pengajar di mana ia perlu difahami secara
mendalam dari sudut CK, PK, TK, PCK, TCK dan TPK
(Koehler,
2011).
Menurut Koehler dan Mishra (2008), integrasi
pengetahuan teknologi, pedagogi dan kandungan dalam
pengajaran akan menghasilkan P&P yang efektif dan
sempurna bagi seorang guru atau pengajar.

SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai