Sidang dewan sekalian, Seterusnya wacana minda saya yang keempat, Masjid
pemangkin penyatuan ummah. Perpaduan ialah elemen terpenting dalam menjana
ummah gemilang. Pembinaan masjid Quba dan Masji d Nabawi di Madinah oleh Rasulullah membuktikan bahawa dengan wujudnya masjid, masyarakat akan dapat berkumpul dan bertanya khabar, menjadikan ukhuwah Islamiah dapat dijalinkan dengan lebih erat. Hal ini seterusnya memangkin keunggulan ummah. Hal ini selari dengan perintah Allah seperti yang terkandung dalam surah Ali Imran, ayat 103: Maksudnya: Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama Islam) dan jangan kamu bercerai berai... Malangnya kini ada pihak yang menjadikan masjid sebagai tempat menyebarkan fitnah dan menimbulkan sengketa sesama umat. Jika hal ini berterussan sudah pasti keunggulan umat Islam akan pecah berderai. Sewajarnya kita perlulah menghayati dan mengimarahkan masjid dengan aktiviti yang mampu membina perpaduan sesama kita agar keunggulan umat terus terpelihara. Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ