Anda di halaman 1dari 3

Apakah Fir'aun Bermakrifat?

*
Dan berkatalah Firaun:"Hai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi
supaya aku sampai ke pintu-pintu, (yaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat
Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta".Demikianlah
dijadikan Firaun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi dari jalan
(yang benar); dan tipu daya Firaun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian.(Surah Al
Mu'min : Ayat 36-37)Fir'aun itu bukannya manusia tolol yang sewenang-wenangnya
mahu mengaku dirinya tuhan tanpa alasan kuat yang diyakininya.
Dia amat pintar. Justru dengan kepintarannya itulah dia bisa mengarahkan rakyatnya
membina piramid yang begitu strategik dan mengkagumkan dunia sampai hari ini.
Ribuan tahun piramid itu berdiri gagah, sebegitu saintifik, sehingga tidak bisa membuat
para arkitek dan engineer abad ini meniru kecanggihannya. Satu hasil ciptaan yang tak
masuk akal tapi tidak mustahil. Bagaimanakah batu-batu diangkut dan disusun letak
dengan sebegitu rapi menurut ketetapan ukuran dimensinya, semakin tinggi semakin
sukar? Apakah rahsianya? Darimanakah dia memperolehi ilham atau mendapatkan
sumber inspirasi melahirkan piramid?Andai kita perhatikan bentuk sudut piramid itu, kita
bisa dapati ianya terbina daripada rangkaian tiga dimensi. Mengapa tiga? Mengapa
tidak dua persegi atau empat? Dan jika kita terus memperhatikan, ianya seolah-olah
menggambarkan abjad A dalam tulisan Roman.
Jika kita bandingkan pada tulisan Arab - ia tampak tiga bentuk huruf Alif dirangkai
menjadi tiga segi. Dalam pemikiran sufi, apabila disebut alif, ianya dikatakan penzahiran
daripada titik. Alif itu wujud, dan apabila Alif ingin memperkenalkan hakikatnya, ianya
menzahirkan Ba, dan rahsianya Alif itu adalah titik di bawah Ba.Sebelum tersohornya
zaman kegemilangan tokoh-tokoh sufi dari Hasan Al-Basri sehinggalah terkenalnya Abu
Yazid Bustami, Al-Junaid Al-Baghdad, Rabiatul Adawiyah dan lain-lainnya dengan
menyebut beberapa nama, Fir'aun telah lebih dahulu menjadi sufi, walaupun istilah sufi
itu lebih dikenali selepas zaman para tabi'in.
Namun Fir'aun bisa ditempatkan melalui tiga tahap kesufian (seperti bentuknya
piramid):1. Sufi Engkar (Kafir) - Yang tidak mahu beriman kepada Allahu Subhanahu
Wa Ta'ala dan menerima Nabi Musa a.s. sebagai Rasul.2. Sufi Maling - Yang mencuri
masuk Kerajaan Langit atau Perbendaharaan Tuhan.3. Sufi Terkutuk - Yang menerima
kutukan kerna pengucapannya "Akulah Tuhan, maka sembahlah aku".Dengan sihir
yang tertinggi Fir'aun pernah menjalani pengembaraan ke langit, yang pada ketika itu
masih diizinkan para setan dan jin mencerobohi langit sebelum waktu zahirnya Nabi
Muhammad, iaitu menyeberangi dari Alam Nasut (alam benda) dan memasuki alam
Malakut sehinggalah menembusi ke Alam Insan, di sana dia telah tampak dirinya dalam
wujud, maka terzahirlah pengakuannya sebagai Tuhan.Fir'aun itu sebetulnya memang
sudah sampai kepada 'alam makrifat'. Jika tidak, sudah tentu Fir'aun akan mengajak
rakyatnya menyembah berhala sepertimana yang pernah dilakukan oleh Raja Namrud

di zaman Nabi Ibrahim a.s. Fir'aun hanya mengajak rakyatnya menyembah dirinya
sahaja.
Kita tahu dari fakta sejarah, zaman Fir'aun adalah zaman kemuncaknya Sihir. Sihir
dalam maksudnya di zaman tersebut tidak hanya terbatas kepada 'pembuatan black
magic' tetapi lebih luas dari itu. Pada zaman Fir'aun dan Nabi Musa a.s., pintu-pintu
langit belum lagi menerima perintah larangan untuk ditembusi para setan dan jin. Hanya
setelah zahirnya Junjungan Nabi Muhammad saw, maka kesemua tujuh pintu langit
telah ditutup tidak membenarkan lagi semua para setan dan jin untuk mencerobohi
alam langit. Fir'aun telah berjaya menembusi langit dengan Sihirnya yang tertinggi.
Langit yang dimaksudkan itu bukanlah cakerawala atau planet-planet.
Tetapi sebagaimana yg diterangkan oleh para sufi ialah: Alam Malakut, Alam Jabarut,
Alam Lahut, Alam Bahut, Alam Hahut dan yang tertinggi sekali ialah Alam Insan
(Haqiqatul Muhammadiah). Semua lapisan alam itu telah berjaya ditembusi Fir'aun dan
di dalam setiap peringkat alam inilah Fir'aun tampak dirinya dalam wujud.Dan di sinilah
juga Fir'aun berhenti dan tidak upaya meneruskan lagi perjalanan rohaninya sehingga
dia berani menyatakan Akulah Tuhan, maka sembahlah aku. Padahal menurut
perjalanan spritual kaum sufi, ada lagi tahapan di sebalik Alam Insan itu, iaitu Sirrullah.
Sepertimana dinyatakan dalam hadis qudsi, "...dalam sirr, inilah Aku (Allah) - Ana al
Haqq!Fir'aun tak bisa pergi jauh lagi di balik lapisan Alam Insan, kerna di sinilah
perbatasan semua penzahiran sebagaimana yang pernah dinyatakan dalam doktrin
Syekh Akbar Ibnu Arabi sebagai Pohon Kejadian - Syajaratul Kaun.
Kata Saiyidina Ali kwjh: Al-Insan itu sebenarnya adalah alam yang terbesar dan semua
alam yang ada ini termasuk di dalam Alam Insan. Apabila ternampak dirinya dalam
wujud, keghairahan Fir'aun menjadi besar dan teramat kagum melihat dirinya itu,
sehingga ia tidak mahu melepaskan dirinya dari wujud. Melepaskan diri dari wujud
bererti dia harus menempuhi Pintu Kematian (Pemusnahan) seperti yang ditempuhi
Syekh Siti Jenar.Syekh Siti Jenar dikatakan terselamat dari kutukan kerna berjaya
menembusi Pintu Kematian. Alam Kehidupan yang sebenarnya, menurut Siti Jenar,
tidak ada dunia atau pun akhirat. Kata Syekh Siti Jenar lagi, kita ini sebenarnya adalah
mayat baik dikatakan masih bernyawa atau tidak.
Kehidupan yang sebenar itu hanya ada ketika sudah kembali kepada Allah. Maka
bedanya dengan Fir'aun, kerna Fir'aun itu tidak menempuh kematian dan
menghapuskan egonya.Sebaliknya pula dia memakai pula tiga sifat Allah dalam wujud:
Ahadiat, Wahdat dan Wahadiat.Pada rumusannya saya menanggapi konsep ketuhanan
Syekh Siti Jenar ini mirip dengan konsep Wahdatul Wujud yang diperkembangkan oleh
Syekh Akbar Ibu Arabi. Dalam konsep Wahdatul Wujud, kalimah Thoyibah itu
dipersaksikan dengan iktikad 'tiada yang wujud melainkan Allah' maka yang lain dari
Allah itu adalah Allah juga. Dengan ertikata lain, 'Wujud Mutlak' itu adalah sebenarnya
wujudnya Zatullah. Misal kata, ditanyakan bagaimana manusia itu ada? Jawabannya:
adanya manusia itu wujudnya Allah. Tetapi bukan maksud wujud Allah itu dikernakan

oleh sesuatu kerna. Atau dikatakan adanya sifat wujud selain wujud Allah itu. Ibu Arabi
menolak dasar ini kerna ini semacam hampir kepada 'hulul' yang sebagaimana
dinyatakan oleh Mansur Al-Hallaj - dua nafs bersatu dalam jasad.
Antara Ibnu Arabi dan Al-Hallaj memang terdapat sangat beda pada konsep
ketuhanannya. Dan prinsip Al-Hallaj itu sendiri memang banyak tidak disetujui sama
sekali oleh Ibnu Arabi. Tetapi, itu adalah pandangan mereka yang telah mencapai tahap
ilmu yang sangat tinggi, merekalah yg lebih arif, dan kita tak bisa menyalahkan yang
mana-mana. Sabda Nabi saw, hadis qudsi, "Aku (Allah) menurut persangkaan hambahambaKu."Dengan demikian juga Ibnu Arabi menolak dasar kepercayaan 2 wujud yang
sebagaimana dipegangi oleh kaum Mutakallimun. Maka bagi Ibnu Arabi antara sifat dan
zat itu sebenarnya tidak ada beda.
Perbedaan hanya disebabkan oleh sangkaan dalam fikiran sahaja. Betapa pun sifatsifat Allah itu banyak, akan tetap satu jua bagi ZatNya. Kata setengah para arrifin,
"Antara wujud Allah dan wujudku tidak ada bedanya". Maka itulah tanggapan Ibnu Arabi
bahawa 'yang lain dari Allah adalah Allah jua' pada pengertian hakikat sahaja tetapi
tidak kepada aspek 'kejadian'. Misal saja antara ombak dan laut. Hakikat ombak dan
laut adalah air itu juga, bedanya hanya berada dalam sangkaan fikiran kita apabila kita
memandangnya dari aspek kejadian.Fir'aun tidak tahu, fikirnya Alam Insan itu adalah
destinasi terakhirnya dan tidak ada apa-apa lagi selepas itu. Padahal Alam Insan itulah
Tabir Ilahi yang terakhir yang di dalamnya Sirr - di dalam Sirr ialah Ana.
Nabi Muhammad saw dalam mikrajnya memandang Wajah Allah di dalam Sirr. Pernah
ditanyakan oleh para sahabat baginda, "Ya Rasulullah, bagaimana keadaan tuan ketika
melihat Wajah Allah?" Jawab Nabi saw,"Aku tidak tahu di mana aku berada.""RahsiaKu
rahsia Insan, Rahsia Insan Rahsiaku" - Hadis Qudsi.Fir'aun memandang dirinya dalam
wujud pada tiga tahap kewujudan:1.. Ahadiat - Yang Ghaib/Tersembunyi atau disebut
Kanzun Makhfiyyan.2.. Wahdat - Yang ada, tidak ada yang lain.3.. Wahidiyyat - Yang
satu.Dengan memakai ketiga tahap wujud inilah, Fir'aun menjadikan dasar ideanya
mencipta piramid.
Piramid itu adalah lambangnya wujud yang menampakkan diri Fir'aun, manusia terkutuk
yang tidak mahu beriman kepada Allah dan Rasulnya. Sehingga saat-saat ia
dibenamkan oleh Lautan Merah, barulah ia sedar bahwa wujud itu bukanlah haknya
melainkan milik Al-Haq. Namun di saat itu permohonan taubatnya tidak lagi diterima
oleh Allah. Dengan kata lain, dia sebenarnya memakai makrifat tetapi tidak bermakrifat.

Anda mungkin juga menyukai