Anda di halaman 1dari 16

Laporan Kajian Tindakan

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN


TAJUK:
KETIDAKSESUAIN KAEDAH PENGAJARAN YANG DIGUNA
GURU DALAM BAHASA MELAYU
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kaedah pengajaran guru. Seramai
15 orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Saya memfokuskan
kepada kaedah mengajar tatabahasa. Tinjauan awal yang dibuat melalui ujian
pengesanan menunjukkan murid kurang peka terhadap pengajaran saya yang
dirancangkan. Oleh itu, saya telah menggunakan kaedah main sambil belajar untuk
meningkatkan pembelajaran pelajar dalam sesuatu konsep. Saya menjalankan
langkah-langkah yang dirancang dan didapati penguasaan murid semakin
memuaskan bernbnding sebelumnya. Murid-murid tersebut juga menunjukkan sikap
yang lebih positif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
1.0 PENGENALAN
Pendidikan peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Falsafah Pendidikan Negara.
Pada peringkat ini, Bahasa Melayu diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras
dengan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai pada peringkat awal bagi membolehkan
murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan, seperti kata pepatah
Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah
memuatkan senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai
oleh murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini
meliputi kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis.
Tatabahasa pula meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah ini pula,
mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini, dimuatkan senarai
kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur, membaca,

menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan kata


yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid .
Cabaran utama bagi seorang guru dalam proses pembelajaran adalah
senantiasa mengubah dan menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan
murid.
Apatah lagi kaedah yang perlu digunakan agar dapat memberi kesan keatas murid
dan seterusnya mencapai Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

1.1 Refleksi pengajaran dan pembelajaran terdahulu


Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi matapelajaran

Bahasa Melayu di kelas 2T, mengenai tajuk Kegunaan Buluh, saya dapati bahawa
murid saya tidak memberikan penumpuan ketika proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Saya perhatikan wajah murid yang nampak kebosanan
dan seolah-olah tidak mahu mendengar penerangan mahupun aktiviti yang telah
dirancang oleh saya. Terdapat juga murid yang bermain dan berbual-bual dalam
kumpulan. Ini menimbulkan rasa kurang senang di hati saya. Keadaan murid yang
tidak menumpukan perhatian ini telah menyebabkan hasil pembelajaran yang
dilaksanakan tidak dapat dicapai sepenuhnya. Selain itu, telah menjejaskan markah
murid dalam ujian yang dilakukan di akhir proses pengajaran dan pembelajaran.Dari
keputusan ujian yang dijalankan, didapati jawapan yang diberikan oleh sesetengah
murid tidak menepati skema pemarkahan. Saya berandaian keadaan ini terjadi
berpuncadaripada ketidakfahaman murid terhadap sesi penerangan yang dilakukan
sebelumnya dan kesannya mereka tidak dapat menjawab soalan dengan betul. Apakah
yang menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya?
Adakah cara penyampaian saya bermasalah semasa sesi penerangan ? Adakah penyampaian
saya tidak menarik dan telah membuatkan mereka bosan? Atau, adakah penggunaan alat
bantu mengajar saya tidak berkesan untuk menarik minat murid ? Setelah melakukan refleksi
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran berkenaan, saya telah mengesan masalah ini
timbul adalah berpunca daripada penggunaan alat bantu mengajar yang saya tidak menarik
dan ianya tidak melibatkan interaksi dua hala antara guru dan murid. Alat bantu mengajar
yang saya gunakan hanya melibatkan interaksi sehala sahaja, Keadaan ini telah mendorong
saya untuk melaksanakan satu kajian tindakan yang melibatkan penggunaan alat bantu
mengajar semasa sesi pembelajaran.
Ketika sesi penerangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini, saya hanya
menggunakan gambar dan papan putih kecil untuk menyampaikan isi pelajaran. gambar yang
dipaparkankan mengenai tajuk pelajaran pada sesi ini iaitu kegunaan buluh. Saya telah
memberikan penerangan dengan menggunakan gambar.Kaedah ini telah menyebabkan
sesetengah murid menjadikan bosan dengan pengajaran dan pembelajran yang dijalankan
oleh guru. Kebosanan yang melanda diri pelajar menjadikan penyampaian tidak berkesan dan

isi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya . Ini
kerana murid hanya mendengar dan tidak melakukan sebarang aktiviti.
Untuk itu, saya perlu mencari kaedah alternatif bagi mengatasi masalah kebosanan
murid ini agar perhatian murid dapat dipertingkatkan dan seterusnya memberi kefahaman
terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan.

1.2
FOKUS KAJIAN
1.2.1 Isu Kajian
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, masalah yang saya
alami dari sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah tahap perhatian dan kefahaman
murid sangat rendah. Ini dibuktikan dengan markah ujian yang ditadbir selepas sesi
pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini berlaku adalah berpunca daripada kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang saya gunakan tidak sesuai dengan keadaan murid.
Menurut Mok Soon Sang (20060, kaedah pengajaran merujuk kepada penggunaan semua
cara yang efektif bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
dininginkan oleh murid. Oleh itu, bagi menyampaikan pengajaran dengan sempurna
seseorang guru hendaklah memilih suatu kaedah yang terbaik supaya dapat memberikan
kesan kepada murid yang diajar.
Merujuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2, setiap Rancangan Mingguan
terdapat kemahiran menulis menitik beratkan penggunaan kata nama
Fokus Utama: 3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan
menggunakan kata istilah, frasa, struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai.
Aras (3) i. Menghuraikan maklumat yang dissampaikan dengan menggunakan bahasa yang
sesuai.
Fokus sampingan:8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tungal, dan ayat majmuk.
Aras (2) Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.
Oleh itu, saya mesti lakukan sesuatu kajian dijalankan keatas permasalahan yang
timbul dengan merancang kaedah pengajaran yang berlainan sebagai langkah untuk
mengatasi masalah ini. Saya perlu meningkatkan penguasaan kemahiran penggunaan kata
nama melalui kaedah yang dirancang. Sebelum itu, saya telah mengenalpasti peserta yang
akan diketengahkan dalam kajian ini iaitu sebahagian murid dari kelas yang sama.
Berdasarkan catatan markah ujian dalam pengajaran dan pembelajaran terdahulu, seramai 15
murid dipilih sebagai peserta bagi kajian ini. 15 orang murid yang dipilih ini telah
memperolehi markah terendah dalam ujian yang dijalankan daripada sesi pengajaran dan
pembelajaran terdahulu.

Setelah mengenalpasti masalah yang timbul adalah berpunca daripada ketidaksesuaian


kaedah yang digunakan dalam sesi pengajaran, maka saya telah memilih kaedah bermain
meneka silang kata untuk meningkatkan perbendaharaan kata dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi kajian ini.
Teka silang kata ialah permainan untuk menguji minda dengan menggunakan hurufhuruf yang dicantum menjadi perkatan, biasanya diberikan soalan atau pembayang untuk
menjawab pada kotak-kotak yang disediakan.
1.3 OBJEKTIF KAJIAN

i)

i)
ii)
iii)

1.3.1 Objektif Umum


Meningkatkan kefahaman murid dalam matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah
bermain silang kata.
1.3.2 Objektif Khusus
Meningkatkan penguasaan murid terhadap pengajaran dan pembelajran Bahasa Melayu
melalui kaedah bermain silang kata..
Meningkatkan daya ingatan murid terhadap penggunaan kata nama.
Menilai keberkesanan kaedah bermain silang kata dalam meningkatkan kefahaman dan
perhatian murid.

1.4 Persoalan Kajian


i)
ii)
iii)

Adakah kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan kefahaman murid?


Adakah dengan bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian murid?
Adakah kaedah bermain silang kata berkesan dalam meningkatkan kefahaman dan perhatian
murid?
1.5 Tinjauan Literatur
Kajian yang telah dijalankan adalah berfokus kepada kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang digunakan, bagi bertujuan meningkatkan perhatian dan kefahaman murid
terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmini (2006), terdapat pelbagai kaedah yang
dapat digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran diantaranya adalah kaedah
hafalan, syarahan, kuliah, soal jawab, permainan, penyelesaian masalah dan sebagainya.

Menurut Tengku Sarina Aina dan Yusmina (2006) lagi, permainan adalah satu cara
bagi melatih murid memperolehi sesuatu maklumat berdasarkan pada mesej yang tersirat di
sebalik aktiviti permainan yang dilaksanakan.
Jika dilihat pada sesi pengajaran dan pembelajaran yang terdahulu, saya hanya
menerangkan dengan menggunakan gambar sebagai bahan bantu mengajar. Menurut Abdul
Ghafar (2003) kaedah kuliah atau kaedah knovensional menyebabkan ramai pelajar menjadi
bosan dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Kebosanan yang
melanda diri murid menjadikan penyampaian tidak berkesan dan isi pengajaran yang ingin
disampaikan oleh guru kepada murid tidak sampai sepenuhnya secara maknsimum. Keadaan
ini secara tidak langsung telah menjejaskan pemahaman dan perhatian murid terhadap isi
pelajaran tersebut.
Dengan itu, saya telah mencari kaedah alternatif bagi menghilangkan kebosanan
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang saya pilih adalah kaedah
permainan. Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) tokoh yang banyak
membincangkan peranan bermain dalam pendidikan ialah Froebel.Menurut beliau, aktiviti
bermain dapat meningkatkan kemahiran belajar dikalangan murid. Di peringkat rendah,
kanak-kanak perlu bermain bagi meningkatkan kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial
mereka. Permainan yang digunakan untuk setiap umur adalah bebeza mengikut tahap
kematangan murid.
Selain itu, menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan
adalah utuk menambahkan keseronokan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai
ciri-ciri yang tertentu. Ciri yang paling menarik dalam kaedah permainan ini adalah wujud
unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang. Kaedah ini dapat
mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran melalui kaedah
pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.
Menurut Endra Devi Supiah dan Che Nasir (2008) pula, kanak-kanak amat sinonim
dengan bermain. Melalui bermain seorang kanak-kanak dapat mengembangkan kemahiran
mereka secara menyeluruh. Sebagai contoh, kemahiran interpersonal mewujudkan ciri-ciri
pembelajran sembil bermain dan mengetengahkan penerokaan bagi merangsang minda
mereka dengan cara yang tepat untuk perkembangan.
Selain tokoh barat, terdapat juga tokoh insan islam yang membincangkan peranan
bermain kepada kanak-kanak iaitu Imam Al-Ghzali. Imam Al-Ghazali (Hassan
Langgulung,1979) berpendapat, menitikberatkan bermain bagi murid kerana dengan bermain
mlurid boleh mengembangkan sikap semula jadi mereka disamping menyihatkan tubuh dan
menguatkan otot-otot. Beliau juga menyatakan dengan bermalin boleh mendatangkan
kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepaas penat belajar. Perlaksanaan pendekatan

belajar melalui bermain hendaklah dijalankan degan mengambil kira hasil pembelajaran yang
ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembangan
murid. Melalui pendekatan ini juga dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran
umum kepada yang leih spesifik.
Menurut Raghir Kaur (2007) bermain merupakan aktiviti kegemaran murid-murid
kerana mereka dapat mengekspresikan perasaan dan emosi gembira. Mereka. Menurut beliau
juga, kaedah permainan terdiri daripada aktiviti yang dijalankan secara spontan yang
membawa kepada pembelajaran. Satu daripada kebaikan kaedah ini adalah ianya memberi
peluang kepada murid untuk belajar sambil bermain. Terdapat beberapa bentuk aktiviti dalam
kaedah permainan antaranya adalah sseperti permainan dengan barang maujud, permainan
khyalan, bermain dengan menjelajah dan permainan mengambil bahagian dan mencantum
semula.
Menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003) antara tokoh lain yang
menyatakan mengenai keperluan bermain adalah Pieget. Pieget menyatakan permainan dapat
menimbulkan perasaan seronok kepada murid dan seterusnya menggalkkan interaksi dan
kefahaman kepada murid. Permainan seperti teka silang kata, puzzle, teka-tekai, maze,
mencari barang tersembunyi dan seumpamanya amat sesuai digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajran. Oleh itu, saya telah memilih permainan teka silang kata sebagai
bahan bantu mengajar dalam melakukan kaian ini.
1.6 Kumpulan Sasaran
Kajian ini melibatkan 15 orang murid Tahun 2 yang terdiri daripada 8 lelaki dan 7
perempuan. Murid-murid ini sentiasa tidakmengambil berat terhadap penggunaan kata
nama. Murid yang cemerlang juga kadangkala cuai dalam penggunaan kata nama apatah lagi
murid lemah. Oleh itu saya menjalankan Program Kajian Tindakan ini untuk mengatasi
masalah tersebut.

1.7 METHODOLOGI KAJIAN


Methodologi yang digunakan ialah:
a. Pemerhatian
Mnurut Sidek Mohd Noah (2002) pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan
ang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelididkan. Melalui pemerhatian
seseorang penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh
ubah-pemboleh ubah yang telah dikenalpasti. Jenis pemerhatian yang digunakan di dalam
kajian ini adalah pemerhatian peserta. Pemerhatian jenis ini melibatkan pemerhatian atau
pengkaji menjadi salah seorang daripada ahli kumpulan yang hendak dikaji dan dalam masa
yang sama bertindak sebagai pemerhatian. Kebaikan kaedah pemerhatian ini ialah penyelidik

dapat mengalami sendiri aktiviti yang dirancang dan ini menjadikan dapat pemerhatian
menjadi leblih sah dan boleh dipercayai.
Pemerhatian yang dijalankan dalam proses pengumpulan data ini adalah pemerhatian
berstruktur. Menurut Chua Yan Piaw (2006) melalui pemerhatian berstruktur pengkaji
mengumpul data berdasarkan tingkahlaku yang diperhatikan, di mana tingkahlakutingkahlaku tersebut telah disenaraikan dalam borang pemerhatian . Tingkahlaku ini juga
disebut sebagai pembolehubah.
Bagi kaedah pemerhatian ini, saya telah menyediakan satu borang bagi kumpulan
peserta yang hendak dikaji. Pemerhatian dilakukan berdasarkan sikap murid dilihat secara
tidak langsung ketika aktiviti pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

b. Soal selidik
Borang soal selidik diberi kepada murid dan guru membacakannya untuk mendapatkan
jawapan yang tepat secara jujur. Soal selidik dijalankan adalah bertujuan untuk menilai
keberkesanan kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian dan kefahaman
murid terhadap tajuk pelajaran yang diajar. Soal selidik yang dibina mempunyai dua bahagian
yang ingin dilihat iaitu bahagian 1 kefahaman manakala bahagian 2 adalah pemerhatian.
Borang soal selidik ini akan diedarkan setelah selesai proses pengajaran dan pembelajaran
yang mengguankan kaedah main sambil belajar. Murid diminta mengisi borang sejurus
selesai proses pengajaran dan pembelajaran tersebut.

c.

Ujian Pengesanan
Diberi kepada murid untuk mengukur sejauh mana pencapaian dan pemahaman
mereka.
Menurut Mohamad Najib Abd Ghafar (1999) sesebuah penyelidikan yang
berdasarkan prestasi memerlukan penyelidik menyediakan ujian yang mana proses tersebut
dinamakan pengujian. Menurutnya lagi, pengukuran yang menggunakan teknik ujian
menghasilkan skor. Skor atau markah mengikut skala tetentu adalah data kuantitatif yang
selalu digunakan dalam analisis. Skor-skor ini diperolehi daripada jawapan subjek
berdasarkan soalan yang disediakan oleh penyelidik.
Reka bentuk ujian yang telah digunakan dalam kajian ini adalah reka bentuk ujian
pasca. Menurut Chua Yan Piaw (2006) ujian pasca merupakan reka bentuk eksperimental

benar yang paling ringkas tetapi ia mempunyai kesahan dalaman yang tinggi.Dalam reka
bentuk ini, murid-murid diagihkan ke dalam dua kumpulan secara rawak, dan variebel
bersandar hanya diukur sekali sahaja, iaitu melalui ujian pasca.
Berdasarkan kajian ini, ujian diadakan adalah bertujuan untuk menguji samaada
kaedah bermain sambil belajar dapat meningkatkan peratus skor murid dalam ujian atau
tidak, Ujian yang dibina mempunyai 5 soalan struktur yang mana setiap soalan adalah
berdasarkan kepada tajuk pelajaran yang diajar. Skor keseluruhan bagi ujian ini adalah 10
markah iaitu 2 markah untuk setiap soalan.
1.8 PELAKSANAAN KAJIAN
Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil, saya telah meninjau masalahmasalah yang menyebabkan kegagalan murid dalam menguasai kemahiran penggunaan kata
nama methodologi yang dinyatakan.
1.8.1 Prosedur tindakan
1. Melakukan tinjauan awal terhadap kumpulan sasaran mengikut kelas yang diajar dan
memerhatikan keadaan fizikal murid.
2. Mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang pertama menggunakan kaedah
slaide.Seterusnya saya membuat pemerhatian terhadap keadaan murid dan membuat refleksi
selepas sesi pembelajaran.
3. Dengan menganalisis refleksi pengajaran awal. Saya dapat mengenalpasti permasalahan
yang wujud dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta menetapkan masalah yang
hendak dijadikan subjek kajian.
4. Saya mendapatkan maklumat murid untuk membuat kajian.
5. Saya merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah bermain
silang kata. Saya menyediakan rancangan pengajaran yang baharu dan menyediakan silang
kata.
6. Saya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan kaedah
bermain silang kata. Saya membuat pemerhatian semasa proses pembelajaran dan
mengadakan ujian selepas sesi pengajaran dan pembelajaran.Selepas itu, saya mengedarkan
borang soal selidik. Akhir sekali, saya melakukan refleksi pengajaran.
7. Saya menganalisis keputusan ujian, pemerhatian dan soal selidik.
8. membuat perbandingan terhadap keputusan ujian, pemerhatian dan soal selidik dengan
pembelajaran terdahulu.
1.8.2 DAPATAN KAJIAN
Di dalam bab ini kaitan antara tiga elemen utama dalam kajian ini akan
dihuraikan iaitu persoalan kajian, analisis instrument kajian dan tinjauan literatur
yang berkaitan.

Persoalan 1 : Adakah kaedah bermain silang kata dapat meningkatkan


kefahaman murid ?
Berdasarkan keputusan analisis ujian yang dilakukan, dapat dirumuskan
bahawa markah murid telah dapat dipertingkatkan dengan penggunaan kaedah
bermain silang kata dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Keadaan ini bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh Nor Fatihah
Nordin(2009). Berdasarkan ujian yang dilakukan, telah mengenalpasti kaitan
penggunaan kaedah permainan dapat meningkatan perestasi murid terhadap
tajuk pelajaran, didapati peratus peningkatan ujian adalah 0-50 peratus. Ini
menunjukkan penggunaan kaedah permainan telah dapat meningkatkan prestasi
murid dalam ujian.
Permainan boleh menjadi satu cara yang efektif untuk membantu murid
mempelajari kemahiran asas dan seterusnya untuk membaca dengan lancar.
Kebolehan murid menjawab soalan dengan tepat ini telah mempengaruhi markah
ujian mereka.
Keadaan ini secara tidak lagsung telah dapat menjawab kepada persoalan
kajian saya yang pertama iaitu adakah kaedah main sambil belajar dapat
meningkatkan kefahaman murid.

Persoalan 2 : Adakah dengan bermain silang kata dapat meningkatkan perhatian


murid?
Persoalan kajian kedua yang perlu dijawab melalui kajian ini ialah, adakah
kaedah permainan silang kata dapat meningkatkan perhatian murid. Bagi menjawab
persoalan kajian ini, suatu pemerhatian telah dilakukan keatas peserta yang telah
dipilih. Aspek-aspek pemerhatian telah ditetapkan terlebih dahulu seperti adakah
murid dapat menjawab soalan yang diberi oleh guru dan murid dapat menyenaraikan
isi pelajaran dari proses pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang telah
diterangkan di dalam bab cara pengumpulan data, kesemua aspek yang
diperhatikan ini mempunyai kaitan dengan perhatian Menurut Kajian yang dijalankan
oleh Ahmad Damanhuri (2005) berdasarkan pemerhatian beliau, semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, kebanyakan murid cuba sedaya upaya menjawab
soalan yang diberikan dalam bentuk permainan bahasa.Mereka membuat rujukan

dan berlumba-lumba untuk menjadi orang pertama yang menjawab soalan. Pelajar
kelihatan tidak tertekan dan proaktif dalam menjawab soalan.
Keadaan yang sama juga berlaku ke atas kajian ini dimana hasil
pemerhatian yang dilakukan ke atas peserta melalui dua sesi pengajaran dan
pembelajaran iaitu pengajaran menggunakan kaedah kuliah biasa dan pengajaran
menggunakan kaedah bermain silang kata. Didapati, sesi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah bermain silang kata telah mencatatkan markah
yang lebih tinggi berdasarkan aspek pemerhatian yang telah ditetapkan.
Hasil dapatan dari pemerhatian ini telah dapat membuktikan bahawa berlaku
peningkatan tahap perhatian murid terhadap pengajaran dan pembelajaran guru
dengan penggunaan kaedah bermain silang kata.
Pieget menurut Shahabuddin, Rozaini dan Mohd Zohir (2003)menyatakan,
permainan dapat menimbulkan perasaan seronok kepada murid danseterusnya
menggalakkan interaksi dan kefahaman kepada murid. Perasaan seronok ini juga
dapat menggambarkan bahawa murid mengambil perhatian terhadap apa yang
dipelajari mereka.
Persoalan 3: Adakah kaedah bermain silang kata berkesan dalam meningkatkan
kefahaman dan perhatian murid?
Bagi menilai tahap kefahaman dan perhatian mrid, saya telah menjalankan soal selidik
ke atas peserta yang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah
bermain silang kata.
Nor Fatihah Nordin (2009) dalam soal selidik yang dijalankan keatas kajian beliau
mendapati, secara keseluruhan peserta kajian bersetuju bahawa kaedah permainan dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu telah mewujudkan situasi pembelajaran yang
menyeronokkan kepada murid.
Menurut Rashidi dan Abd Razak (1996) penggunaan kaedah permainan adalah untuk
menambahkan keseronokkan kepada pembelajaran. Permainan juga mempunyai ciri-ciri yang
tertentu seperti wujudnya unsur-unsur persaingan dan cabaran dalam aktiviti yang dirancang.
Kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan yang biasanya dikaitkan dengan pembelajaran
melalui kaedah pengajaran seperti latih tubi dan kuliah.
1.8. 3 REFLEKSI KAJIAN
Kaedah bermain sememangnya suatu kaedah yang disukai oleh murid-murid
di sekolah rendah. Ini kerana dengan bermain mereka akan berasa seronok dan
secara tidak langsung akan dapat memberikan tumpuan terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran. Berbeza dengan kaedah kuliah biasa yang
menggunakan slaid,murid hanya menjadi pendengar dan keadaan ini telah

menimbulkan rasa bosan di dalam diri murid. Kebosanan murid telah memberi kesan
ke atas kefahaman dan perhatian murid terhadap pengajaran guru.
Menyedari keadaan ini saya telah melaksanakan suatu kajian yang
berfokuskan kepada kaedah bermain sambil belajar dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi menggantikan kaedah kuliah biasa menggunakan slaid bertujuan
untuk menyelesaikan masalah kefahaman dan perhatian murid.
Sebelum memilih kaedah permainan silang kata saya terlebih dahulu telah
membuat tinjauan literatur mengenai pendapat tokoh tentang kelebihan kaedah
bermain serta keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Terdapat banyak tokoh yang membincangkan mengenai keberkesanan kaedah
bermain dalam pembelajaran murid. Dan bertitik tolak dari keadaan ini telah
mendorong saya memilih kaedah ini iaitu main sambil belajar untuk dijadikan fokus
kajian. Namun begitu, dalam usaha untuk mencari literatur mengenai kajian yang
dilakukan penyelidik terdahulu mengenai kaedah permainan telah menemui jalan
buntu. Ini kerana tidak banyak kajian yang berkaitan dengan kaedah ini. kebanyakan
literatur yang dapat diperolehi hanya berkaitan dengan kaedah bermain sahaja. Ini
telah sedikit sebanyak merencatkan proses kajian saya. Namun kajian-kajian yang
menggunakan kaedah bermain ini telah menjadikan rujukan utama saya ketika
kajian ini dilakukan.
Daripada keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati bahawa 3 persoalan
kajian yang diketengahkan di awal kajian telah dapat dirungkai satu persatu
berdasarkan dapatan kajian yang dilakukan. Ternyata kaedah bermain sambil belajar
telah dapat meningkatkan kefahaman dan perhatian murid dan secara tidak
langsung telah meningkatkan kefahaman murid .Kenyataan ini telah disokong
dengan keputusan daripada instrument-instrumen kajian yang dilaksanakan. Hasil
daripada analisis data instrument kajian yang juga dikukuhkan lagi dengan
pendapat-pendapat daripada tinjauan literatur, telah menjadikan kajian ini sebuah
kajian yang berjaya menyelesaikan masalah yang dikenalpasti.Bersesuaian dengan
tujuan kajian tindakan diadakan iaitu untuk menyelesaikan suatu permasalahan
dengan menggunakan kaedah tertentu.
1.8.4 CADANGAN TINDAKAN SETERUSNYA
Bagi kajian yang seterusnya, saya mencadangkan agar kajian mengenai sikap murid
terhadap matapelajaran Bahasa Melayu melalui kaedah main sambil belajar dijalankan ini. Ini
kerana saya dapati murid sangat tertarik dengan penerapan kaedah bermain dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang saya jalankan ini hanya ingin melihat sejauhmana
keberkesanan kaedah bermain dapat meningkatkan kefahaman murid. Oleh itu saya
memfokus kepada keputusan instrumen-instrumen kajian seperti ujian dan pemerhatian.
Berlainan dengan kajian yang ingin melihat sikap murid terhadap sesuatu matapelajaran yang

mana kajian seperti ini akan dapat melihat penerimaan murid terhadap pembelajaran
menggunakan kaedah bermain.
Dengan melakukan kajian mengenai sikap ini juga, seseorang pengkaji akan dapat
membuktikan lagi keberkesanan keadaan bermain ini dalam pembelajaran murid. Ini kerana
kajian memfokus kepada tingkahlaku murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan
menggunakan kaedah bermain. Ini bersesuaian dengan mendapat beberapa tokoh yang
menyatakan kaedah main sambil belajar akan dapat memberikan pelbagai manfaat kepada
murid dan guru dengan secara tidak langsung.

RUJUKAN
1) Abdul Ghafar Md Din (2003) Prinsip dan Amalan Pengajaran.Kuala Lumpur :
UtusanPublication & Distributors Sdn Bhd.
2) Chua Yan Piaw (2006) Kaedah Penyelidikan Buku 1.McGraw Hill (Malaysia) Sdn Bhd.
3) Endra Devi Supiah (SMK DatoMohd Reza, N.Sembilan) Che Nasir Che Hussin ( SMK
Putera Kota Bharu, Kelantan) Kaedah Belajar Sambil Bermain.Kuala Lumpur
4) Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Tindakan.Johor :
UniversitiTeknologi Malaysia.
5) Mok Soon Sang (2008) Psikologi Pendidikan dan Pedagogi : Murid dan Alam
Belajar.Selangor : Penerbit Multimedia Sdn Bhd.
6) Musthafa Bacharudin (2003) EFL for Young Learners : Course
Materials.Bandung,Indonesia, Universiti of education.
7) Raghir Kaur a/p Loginder Singh (2007) Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan
Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah rendah dan
Menengah.Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

8) Rashidi Azizan dan Abd Razak Habib (1996) Pengajaran Bilik Darjah-Kaedah
danStrategi.Selangor : Masa Enterprise Sdn Bhd.

LAMPIRAN A
Senarai Nama Peserta
BIL NAMA MURID
1.
2.
3.
4.
5
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.

TAN SOON HONG


TAN LI YOU
TAN ZHE XUAN
MOHD DANIAL
MOHD DANISH LAU
JONATHAN LIAU
ONG YU QIAN
LIM YANG FENG
SIAH ZI XIN
ANG XUE YING
HANA DIANA
BATRISYA
WAN ADYRANA
GAN WEN XIN
NEW KHAI WEI

JANTINA
LELAKI
/
/
/
/
/
/
/
/

PEREMPUAN

/
/
/
/
/
/
/

LAMPIRAN B
Borang Soal Selidik
Mengenalpasti tahap perhatian dan kefahaman murid terhadap pengajaran dan pembelajaran
kajian tempatan
Nama:_________________
Kelas:2_______
Sekolah:_____________________
Tindakan samada anda setuju atau tidak setuju dengan pernyataan yang
diberikan.
Bahagian 1: Kefahaman
Bil Item Persoalan
1
Saya dapat memahami isi pelajaran yang disampaikan
selepas bermain silang kata.
2.
Penggunaan silang kata memudahkan saya mengingat
fakta.
3.
Saya dapat menjawab soalan semasa bermain silang kata.
4.
5.
6.
7.

Ya

Tidak

Ya

Tidak

Saya dapat menyenaraikan kegunaan buluh selepas


bermain silang kata.
Saya dapat menjawab soalan ujian selepas sesi permainan
silang kata.
Permainan silang kata mempunyai kaitan dengan isi
pelajaran yang ingin disampaikan.
Saya dapat menyenaraikan isi pelajaran selepas bermain
silang kata.

Bahagian 2 :Pemerhatian
Bil Item persoalan
1
Saya membei perhatian semasa pengajaran guru
menggunakan permainan silang kata.
2.
Permainan silang kata membuatkan saya berasa seronok
melakukan aktiviti.
3.
Saya melibatkan diri secara aktif semasa sesi permaian
silang kata.
4.
Saya berasa bosan dengan aktiviti permainan silang kata.

5.
6.
7.
8.

Saya tidak melakukan aktiviti selain daripada aktiviti


permainan silang kata.
Saya tidak dapat mengikuti pembelajaran dengan baik
kerana guru menggunakan permainan silang kata.
Saya ingin menyelesaikan dalam permainan silang kata.
Saya menumpukan perhatian semasa aktiviti permainan
menggunakan silang kata.

LAMPIRAN C
UJIAN
NAMA : ___________________
KELAS : _________________
SEKOLAH : _______________

Markh:________
Tarikh: ________

Susunkan huruf menjadikan perkataan yang betul berdasarkan gambar-gambar yang diberi.
1)

2)

3)

4)

5)

Anda mungkin juga menyukai