Anda di halaman 1dari 1

SEJADAH RINDU

TEMA
Keinsafan di saat meniti hari-hari terakhir. Penyajak menyesali dosanya dan memohon
diberi kesempatan untuk mengulang kembali kehidupan yang lalu kerana penyajak sudah
benar-benar insaf.
Contoh :
(R1;B5;B6)
Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu.
MAKSUD
Rangkap 1
Penyajak termanggu/ terdiam sewaktu mengenang kembali segala kesalahan yang telah
dilakukan dan telah menyesali semua perbuatan tersebut setelah hukuman gantung
dijatuhkan.
Rangkap 2
Penyajak berharap agar diberi peluang untuk memulakan semula kehidupan lalu
memandangkan masa dan peluang yang ada terlalu singkat. Penyajak berharap agar segala
kesalahannya diampunkan sebelum meninggal dunia pada masa yang telah ditetapkan.
Rangkap 3
Dengan penuh keinsafan dan keikhlasan penyajak berkesempatan untuk bertaubat dan
sujud kepada Tuhan walaupun dalam keadaan yang sangat sedih.
PERSOALAN
1. Persoalan keinsafan seorang pesalah yang menunggu hukuman
Contoh:
(R1; B5;B6)
Merekah keinsafan di hati yang beku
Mengenang dosaku yang terdahulu.
2. Persoalan setiap manusia diberi peluang untuk bertaubat selagi dia hidup.
Contoh :
(R3;B6;B7)
lafaz taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
3. Persoalan setiap manusia masih berkesempatan untuk memohon keampunan sebelum
meninggal dunia.
Contoh :
(R2;B4;B5)
moga terbuka ruang keampunan
sebelum saat aku di nisankan.
4. Persoalan ajal maut di tangan tuhan.
Contoh :
(R2;B5;B6)
sebelum saat aku dinisankan
di masa yang kautetapkan.