Anda di halaman 1dari 2

Sejadah Rindu: Beberapa Petua Hidup

MAKSUD
FIKIR DAN KATA
RANGKAP 1
Penulis berkata bahawa manusia yang kurang berfikir dan kurang mengkaji pasti tidak akan dapat mengatasi
masalah yang dihadapinya.
RANGKAP 2
Penulis berkata bahawa manusia mestilah berfikiran matang sebelum bercakap apa- apa supaya dapat
mengelakkan sebarang perselisihan faham waima persengketaan.
RANGKAP 3
Penulis berkata bahawa manusia yang suka marah akan orang lain dengan kata-kata yang menyakitkan hati
akan melukakan perasaan orang lain.
RANGKAP 4
Penulis berkata bahawa manusia seseorang yang kasar dalam pertuturan akan menyebabkan dirinya ditimpa
pelbagai masalah.
SILANG DAN SENGKETA
RANGKAP 5
Penulis berkata bahawa manusia yang suka bergaduh dan berselisihan faham akan hidup dalam kesedihan.
RANGKAP 6
Penulis menasihati kita agar tidak sengaja mencari pergaduhan dengan orang lain dan setiap perselisihan
faham harus diselesaikan, bukannya dielakkan.
ILMU
RANGKAP 7
Penulis berkata bahawa ilmu mesti dikuasai dengan sempurna kerana ilmu yang tidak kuasai dengan baik tidak
dapat memanfaatkan kita.
RANGKAP 8
Penulis berkata bahawa ilmu pengetahuan dalam diri seseorang harus ditimba dengan kesungguhan dan
kerajinan asalkan kita memiliki kemahuan yang tinggi.
DUNIA PERGAULAN
RANGKAP 9
Penulis berkata bahawa
RANGKAP 10
Penulis berkata bahawa
RANGKAP 11
Penulis berkata bahawa
kehidupan dan sentiasa

kehidupan di dunia ini menjadi lebih lengkap jika kita bijak memilih rakan sebaya.
seseorang manusia dapat dikenali melalui budi bahasanya dan melalui pergaulannya.
sekumpulan kawan yang baik biasanya akan bersama-sama dalam pelbagai aktiviti
bersama di mana-mana sahaja.

SIFAT-SIFAT YANG BAIK


RANGKAP 12
Penulis berkata bahawa seseorang yang berbudi bahasa akan dipandang tinggi dan dihormati oleh ahli
masyarakat.
RANGKAP 13
Penulis berkata bahawa seseorang yang murah hati dan suka menderma akan mendapat perhatian daripada
masyarakat.
RANGKAP 14
Penulis berkata bahawa seseorang yang bersifat pemurah akan mudah mendapat kawan dan menjadi tempat
untuk meminta bantuan.
PERBUATAN YANG BAIK
RANGKAP 15
Penulis berkata bahawa seseorang yang banyak berjasa dalam masyarakat akan sentiasa dikenang orang pada
bila-bila masa.
RANGKAP 16
Penulis berkata bahawa kita haruslah membantu diri sendiri sebelum menghulurkan bantuan kepada orang lain.
SIFAT-SIFAT YANG JAHAT
RANGKAP 17
Penulis berkata bahawa kita mestilah berhati-hati terhadap manusia yang nampak baik tetapi berhati busuk.
RANGKAP 18
Penulis berkata bahawa seseorang yang mengkhianati orang lain akan mendapat balasan Tuhan pada kemudian
hari.

TEMA DAN PERSOALAN


Tema gurindam ini ialah pelbagai amalan dan nilai murni yang dapat kita teladani dalam kehidupan. Hal ini
dikatakan demikian kerana setiap manusia memiliki sifat yang berbeza. Oleh sebab itu, kita haruslah berhatihati dalam pergaulan dan menjauhi sifat yang negatif.
Persoalan
(a) Kepentingan menimba ilmu demi masa depan.
Sikap rajin berusaha mencari ilmu akan membolehkan kita memperoleh ilmu dan kemahiran yang
diingini.
(b) Menjauhi persengketaan.
Hidup orang yang suka bersengketa tidak akan bahagia. Oleh itu, persengketaan hendaklah dijauhi dan
perlu diselesaikan jika ia berlaku.
(c) Penjagaan tutur kata demi maruah diri.
Sebelum seseorang berkata-kata, dia hendaklah berfikir dahulu supaya tidak membuat kesilapan. Kata-kata
yang tidak elok akan menyakitkan hati orang yang mendengarnya, malahan dapat menimbulkan perselisihan
faham dan masalah yang lain.
(d) Kepentingan menjaga adab dan memilih rakan sebaya.
Dalam menjaga adab pergaulan, kita hendaklah memilih orang yang baik untuk dijadikan sahabat.
Kriteria sahabat yang dicari itu dapat dikenal pasti melalui budi bahasa dan latar pergaulannya.
(h) Sifat budi bahasa penting dalam kehidupan.
Orang yang berbuat jasa akan dihormati dan dikenang namanya oleh orang lain selama-lamanya. Namun
begitu, sebelum berbuat jasa kepada orang lain, kita haruslah membuat pertimbangan yang sewajarnya.

NILAI
1)Nilai kerajinan. Sikap rajin belajar untuk menambah pengetahuan kita membuat penilaian yang wajar.
2)Nilai hemah tinggi. Sifat beradab dalam pergaulan disenangi oleh rakan-rakan dan dapat mengelakkan
perselisihan. Selain itu, berbudi bahasa, baik dan pemurah perlu diamalkan. Orang yang berhemah tinggi akan
sentiasa dihormati.
3)Nilai bantu-membantu. Amalan bantu-membantu dalam kalangan masyarakat adalah satu kemestian dan
perlu diamalkan.

PENGAJARAN
1)Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan budi pekerti dalam pergaulan.
2)Kita hendaklah rajin belajar dan menuntut ilmu supaya bermanfaat untuk diri sendiri.
3)Kita hendaklah bijak memilih sahabat.
4)Kita hendaklah bersikap pemurah dan dermawan.
5)Kita hendaklah bersikap jujur dalam persahabatan.
6)Janganlah kita suka bersengketa.