Anda di halaman 1dari 14

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS SEMPENA

SAMBUTAN HARI GURU


SMK HANG JEBAT
2016
(Teks di bawah sekadar contoh yang disediakan untuk
rakan-rakan guru yang memerlukan bantuan untuk
Sambutan Hari Guru. Tidak ada kaitan langsung dengan
apa yang sebenarnya berlaku di SMK HANG JEBAT. Saya
sekadar menggunakan nama-nama yang berkenaan
sahaja.)
PERHATIAN.
MINTA KERJASAMA SEMUA PELAJAR UNTUK MEMBERI
LALUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU AKAN
BERLANGSUNG SEBENTAR LAGI.
TERIMA KASIH.
PARA PELAJAR DIINGATKAN BERDIRI KETIKA PERARAKAN
MASUK GURU-GURU KE DEWAN JAUHARI SMK HANG JEBAT.
PERARAKAN GURU
RAKAN-RAKAN PELAJAR SEKALIAN, MARILAH SAMA-SAMA
KITA MEMBERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA
SEMUA GURU SMK HANG JEBAT
MAJLIS MEMOHON TUAN PENGETUA UNTUK MENABURKAN
KUNTUMAN-KUNTUMAN BUNGA DIIRINGI OLEH PENOLONGPENOLONG KANAN KEPADA BARISAN GURU-GURU YANG
DIKASIHI DAN DIRAIKAN.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu

dia seorang guru pewaris tamadun ilmu


yang terus hidup sepanjang waktu.
BISMILLAHIRAHMANIRAHIMASSALAMUALAIKUM, SALAM
SEJAHTERADAN SELAMAT PAGI
YANG BERUSAHA
Pn Hjh Sharmizan binti Shaffie,
PENGETUA SMK HANG JEBAT
YANG BERBAHAGIA
En Abdul Rahim bin Yunus,
YANG DIPERTUA PIBG, SMK HANG JEBAT,
YANG BERUSAHA,
Tn Hj Ihsan bin Ramli,
PENOLONG KANAN
YANG BERUSAHA,
Tn Hj Nasri Abidin
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,
YANG BERUSAHA,
Pn Hjh Petimah binti Ibrahim
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM.
BARISAN PENDIDIK YANG DISAYANGI.
WARGA KERJA SMK HANG JEBAT.
AJK-AJK PIBG SMK HANG JEBAT.
BARISAN PENGAWAS DAN RAKAN-RAKAN YANG DIKASIHI
SEKALIAN

SELAMAT HARI GURU DIUCAPKAN KEPADA SEMUA GURU.


BERSYUKUR KITA KE HADRAT ILAHI, KERANA PADA PAGI INI
KITA DAPAT BERSAMA-SAMA BERKUMPUL BAGI
MERAIKANKAN INSAN YANG AMAT KITA SANJUNGI DALAM
MAJLIS SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SMK
HANG JEBAT BAGI TAHUN 2016. GURU PEMBINA
NEGARA BANGSA ITULAH TEMA PERAYAAN HARI GURU
PADA TAHUN INI.
NYANYIAN LAGU NEGARAKU
SEBAGAI PEMBUKA TIRAI, MAJLIS KITA PADA HARI INI,
DIJEMPUT PARA GURU DAN PELAJAR BERDIRI DAN
BERSAMA-SAMA MENYANYIKAN LAGU KEBANGSAAN LAGU
NEGARAKU.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN
ITU TADI.
BACAAN DOA
HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,
Panggilan cikgu adalah keramat
Bersabar menabur jasa dan bakti
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
BAGI MENAMBAH KEBERKATAN MAJLIS PADA HARI YANG
PENUH BERMAKNA INI, MARILAH SAMA-SAMA KITA
MENADAH TANGAN MENGAMINKAN BACAAN DOA YANG
AKAN DIPIMPIN DAN DILAFAZKAN OLEH AL FADHIL USTAZ
ZULKIFLI HJ GEE.

DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN.


Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
MAJLS MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN
TERIMA KASIH KEPADA USTAZ ZULKIFLI HJ GEE ATAS
BACAAN DOA ITU TADI.
Pakai baju warna biru
Ke sekolah hingga pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu
PERUTUSAN DARIPADA KETUA PENGARAH
PENDIDIKAN MALAYSIA.
SIDANG MAJLIS SEKALIAN, SETERUSNYA DIJEMPUT PULA
CIKGU SUBRAMANIAM A/L PERIANAN UNTUK
MEMBACAKAN PERUTUSAN UCAPAN DARIPADA KETUA
PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.
DEMIKIANLAH TADI TEKS PERUTUSAN DARIPADA KETUA
PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA CIKGU SUBRAMANIAM
A/L PERIANAN.
RAKAN-RAKAN PELAJAR DIHORMATI,
SESUNGGUHNYA:
Jasa guru tidak dapat dihitung dengan jari. Gurulah
menyebabkan kita mengenal huruf dan angka. Huruf yang
diajar, dikembangkan menjadi suku kata, perkataan dan
seterusnya ayat. Menerusi huruf, kita mampu mengira
ribuan angka. Semuanya kita peroleh menerusi dedikasi

guru yang berterusan mendidik tanpa mengenal penat dan


lelah.
PERUTUSAN MENTERI PENDIDIKAN
SETERUSNYA, MAJLIS MENJEMPUT TN HJ AHMAD MAJDI
BIN ABDULLAH UNTUK MEMBACAKAN TEKS PERUTUSAN
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TN HJ AHMAD MAJDI
BIN ABDULLAH.

UCAPAN WAKIL PELAJAR.


Dapat banyak BUNGA? Tanda tugas guru mengharumkan
dunia. Dapat banyak PEN? tanda guru bijak melakar kata.
Dapat PEMADAM? Tanda guru sentiasa membetulkan yang
dusta. Dapat UCAPAN tanda guru sentiasa di ingatan.
PARA GURU DAN PELAJAR SEKALIAN, SETERUSNYA MAJLIS
MENJEMPUT WAKIL MURID SELAKU KETUA MURID SMK
HANG
JEBAT
MEWAKILI
PARA
PELAJAR.
IAITU
SAUDARI AMIRA AQILAH BT MOHD YAZID UNTUK
MENYAMPAIKAN UCAPAN KHAS SEMPENA HARI GURU.
DIPERSILAKAN.
KEPADA SAUDARI AMIRA
AQILAH BT MOHD YAZID ATAS UCAPAN SEBENTAR
TADI.
TERIMA

KASIH

DIUCAPKAN

Guru,
Engkau bak mentari menyinari siang,
Engkau bak bulan menerangi malam,
Cahayamu menerangi jiwa anak-anak merdeka!

Cahaya kejayaan seorang pendidik berwibawa,


Engkau insan gemilang.

UCAPAN YDP PIBG


PARA HADIRIN SEKALIAN, MAJLIS MENJEMPUT PULA EN
ABDUL RAHIM YUNUS YANG DIPERTUA PIBG MEWAKILI IBU
BAPA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN. DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA EN ABDUL RAHIM
YUNUS ATAS UCAPAN ITU TADI.
UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA
TAK MOLEK JIKA ADA ALU TIADA LESUNGNYA
TAK BERGUNA JIKA ADA DAYUNG TIADA PERAHUNYA
TAK LENGKAPLAH MAJLIS JIKA SUARANYA TANPA
BERBICARA.
HADIRIN SEKALIAN MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SEGALA
HORMATNYA MEMPERSILAKAN PN HJH SHARMIZAN BT
SHAFFIE, PENGETUA SMK HANG JEBAT BAGI
MENYAMPAIKAN UCAPAN DAN SETERUSNYA MERASMIKAN
PERAYAAN HARI GURU SMK HANG JEBAT. DIPERSILAKAN.
TERBANG MELAYANG SI ANAK KEDIDI, TERIMA KASIH DI
UCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA ATAS UCAPAN ITU TADI.
ACARA PEMOTONGAN KEK
SEKARANG KITA TELAH SAMPAI KE ACARA MEMOTONG KEK
OLEH TN PENGETUA DAN PEN-PEN KANAN, MOHON PARA
GURU BERSAMA-SAMA BAGI MENGIRINGI PENGETUA

UNTUK ACARA PEMOTONGAN KEK.


MAJLIS MENGUCAPKAN SETINGGI PENGHARGAAN KEPADA
PARA GURU ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
BACAAN IKRAR GURU/NYAYIAN HARI GURU
BERALIH KITA KE ACARA SETERUSNYA DENGAN
MENJEMPUT SEMUA GURU KE PENTAS UNTUK BACAAN
IKRAR YANG AKAN DIKETUAI OLEH TN HAJI SUPARDI
MOHD SANI. MOHON PARA GURU NAIK KE PENTASDAN
SELEPAS ITU, KITA AKAN DIPERDENGARKAN DENGAN
KELUNAKAN SUARA OLEH PARA GURU DENGAN NYANYIAN
LAGU KAMI GURU MALAYSIA, DAN BIARKU MENJADI
LILIN.
DEMIKIANLAH TADI NYANYIAN BEBERAPA BUAH LAGU
DARIPADA GURU-GURU YANG KITA SAYANGI.

PERSEMBAHAN A (MURID)
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR SEKALIAN.
BAGI MEMERIAHKAN LAGI MAJLIS KITA PADA PAGI INI, KITA
TAMPILKAN SATU PERSEMBAHAN DARIPADA PELAJAR
ORANG ASLI SEBAGAI KENANGAN DI HALWA TELINGA
KHUSUSNYA UNTUK GURU-GURU YANG DIRAIKAN PADA
HARI INI. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN
PERSEMBAHAN JURAGAN.
UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN, PERSEMBAHAN ITU
TADI DI BAWAH PIMPINAN MOKNIK ROSNITA.
SEKALUNG PENGHARGAAN DIUCAPKAN.

PERSEMBAHAN B (MURID)
SETERUSNYA PULA MARILAH KITA SAMA-SAMA SAKSIKAN
PERSEMBAHAN ____________________ DI BAWAH PIMPINAN
____________________.
BEGITULAH SANTAPAN MATA YANG DIHADIAHKAN OLEH
PELAJAR BUAT GURU-GURU YANG TERSAYANG.. SEKALUNG
PENGHARGAAN TERMA KASIH ATAS PERSEMBAHAN
ISTMEWA ITU TADI..
PERSEMBAHAN BADAN PENGAWAS
MAJLIS AKAN DISERIKAN LAGI DENGAN PERSEMBAHAN
PERTUNJUKAN PAKAIAN BERAGAM DARIPADA BADAN
PENGAWAS. SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERTUNJUKAN
BERAGAM INI.
DEMIKIANLAH TADI PERSEMBAHAN PERTUNJUKAN PAKAIAN
BERAGAM OLEH BADAN PENGAWAS.

PERSEMBAHAN GURU
MAJLIS TIDAK AKAN MERIAH JIKALAU TIDAK DISERIKAN
DENGAN PERSEMBAHAN OLEH GURU.. DIJEMPUT
CIKGU .................................UNTUK MENYAMPAIKAN SEBUAH
LAGU YANG BERTAJUK ...............................................
DENGAN INI DIPERSILAKAN
TERIMA KASIH DIUCAPKAN

PERSEMBAHAN __________

Guru
Tiada hadiah dapat ku beri
Hanya sebuah puisi pengganti diri
Semoga dirimu dirahmati..
PERSEMBAHAN SETERUSNYA PULA _____________ DARIPADA
BEBERAPA ORANG PELAJAR SMK HANG JEBAT.
DIPERSILAKAN.
TERIMA KASIH KEPADA KUMPULAN ___________ ITU TADI.
PENYAMPAIAN ANUGERAH KHAS SUMBANGAN PIBG
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN PENYAMPAIAN
ANUGERAH KEPADA BEBERAPA ORANG GURU YANG TELAH
BERJAYA MENAMBAT HATI MURID-MURID SMK HANG JEBAT.
UNTUK MAKLUMAN, PENCALONAN TELAH DIBUKA SEJAK
SEBULAN YANG LALU. SEMUA GURU TELAH DICALONKAN
DAN PEMILIHAN TELAH DILAKUKAN OLEH SEMUA PELAJAR
DARI SEMUA TINGKATAN. UNDI TERTINGGI TELAH TERPILIH
DIANGGAP PEMENANG.
DIMULAKAN DENGAN
* Anugerah Guru Paling Rajin.
* Anugerah Guru Paling Berdedikasi
* Anugerah Guru Paling Berketrampilan
* Anugerah Guru Paling Periang
* Anugerah Guru Paling Prihatin
*Anugerah Guru Paling Penyayang
*Anugerah Guru Paling Popular
PENYAMPAIAN ANUGERAH GURU INOVATIF
Bersenjatakan pena keramat
Berbekalkan ilmu di dada penuh sarat

Melangkah sang guru penuh semangat


Ke gelanggang pendidikan untuk berkhidmat
Dengan satu misi satu matlamat
Semoga jasa guru mendapat rahmat
Demikian sifat guru sejati
Kerana sememangnya

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


ANUGERAH SETERUSNYA ADALAH JULUNG KALI DIADAKAN
BERSESUAIAN DENGAN TEMA PERAYAAN SAMBUTAN HARI
GURU PADA TAHUN INI IAITU GURU PEMBINA NEGARA
BANGSA.
PIHAK SEKOLAH DAN PIBG BERSEPAKAT DAN BERSETUJU
UNTUK MENGANUGERAHKAN ANUGERAH INI KEPADA PN
HJH HASLIZA MANAP KERANA KEPRIHATINAN SERTA
SEMANGAT BELIAU KEPADA SMK HANG JEBAT DENGAN
MENCETUSKAN IDEA-IDEA, KREATIVITI SERTA TENAGA DEMI
MEMPERTINGKATKAN PENCAPAIAN MURID-MURID DI SMK
HANG JEBAT.
BERIKAN TEPUKAN YANG GEMURUH KEPADA PN HJH
HASLIZA MANAP ATAS JASA BELIAU SELAMA INI.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA TUAN PENGETUA ATAS
PENYAMPAIAN ANUGERAH ITU TADI.
PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU
TINGKATAN.
Guru
Mencurahkan ilmu dengan motivasi
Mengajar dengan penuh dedikasi
Bersabar menabur jasa dan bakti
Mengisi minda yang masih kosong ini

Pengorbananmu ku sanjungi
Menjadi penggerak jati diri
Terimalah sedikit cenderahati
Sebagai tanda kenangan budi
SETERUSNYA PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA GURU-GURU
TINGKATAN. DIJEMPUT KETUA-KETUA KELAS SEMUA
TINGKATAN MEWAKILI KELAS MASING-MASING UNTUK
MENYAMPAIKAN CENDERAMATA ATAU TANDA HATI KEPADA
GURU KELAS MASING-MASING.
TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR SMK
HANG JEBAT ATAS TANDA INGATAN ITU TADI.
SESUNGGUHNYA, BUDI YANG DTABURKAN OLEH GURU
SELAMA INI TAK TERMAMPU UNTUK DIBALAS.. UCAPAN
TERIMA KASIH KAMI BUAT CIKGU.. WALAUPUN SEBENARNYA
UCAPAN ITU TERLALU KECIL JIKA DIBANDINGKAN DENGAN
PENGORBANAN YANG DICURAHKAN OLEH GURU SELAMA
INI.
Sekuntum terima kasih kami berikan,
Sebagai mengharumkan hatimu yang suci,
Setelah mendidik kami dengan sepenuh hati,
Menjadi insan bijak bestari,
Engkau pencetus evolusi kami,
Terima kasih cikgu yang telah memberi kami sebuah
pelajaran kehidupan yang bererti untuk hari depan
Terima kasih cikgu yang telah membantu kami memahami
sebuah realiti kehidupan.
Terima kasih cikgu yang telah mengajarkan kami ilmu-ilmu
penerang hidup dalam kegelapan
Terima kasih cikgu yang selalu menerima kami dengan
lapang dada

Terima kasih cikgu yang tak kenal lelah membimbing kami


menjadi manusia-manusia tangguh
Terima kasih cikgu terima kasih atas pengorbanan yang
telah cikgu berikan
Kami mengharapkan para guru akan terus dirahmati Allah
dengan tubuh badan yang sihat. Malah kami berharap agar
para guru tidak jemu untuk mendidik kami agar menjadi
insan yang berguna. Kami berjanji akan belajar bersungguhsungguh, seterusnya memperoleh keputusan yang
cemerlang
MARILAH SAMA-SAMA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH
CIKGU KEPADA BARISAN GURU YANG KITA
SEMUA SAYANGI INI.
NYANYIAN LAGU SEKOLAH
PARA GURU DAN RAKAN PELAJAR YANG BUDIMAN.
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah.
Kalau terjun, sudah sampai ke tanah,
Kalau berenang, sudah sampai ke pantai.
Kalau belayar sudah sampai ke pulau,
Kalau berjalan sudah sampai ke batas.
Kalau mudik, sudah sampai ke hulu,
Kalau hanyut sudah sampai ke kuala.
KITA SEMAKIN HAMPIR KE PENGHUJUNG MAJLIS, SEBELUM
KITA BERSURAI MARILAH SAMA-SAMA KITA BERDIRI DAN
BERSAMA-SAMA MENYAYIKAN LAGU _______________

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA ATAS NYANYIAN ITU TADI.


PENUTUP
Kami minta ampun,
Kami minta maaf ...
Kalau wajah ada yang tersalah pandang,
Kalau nama ada yang tersalah sebut,
Kalau gelar ada yang tersalah ucap,
Kalau duduk ada yang di salah tempat.
AKHIR KATA TAMATLAH SUDAH MAJLIS KITA PADA PAGI INI.
SEKALI LAGI SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA WARGA SMK
HANG JEBAT KERANA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM
SAMBUTAN HARI GURU BAGI TAHUN INI.
SEMOGA ALLAH MENGANUGERAHKAN ILHAM KEPADA
SEMUA GURU UNTUK MENJADI PENDIDIK YANG GEMILANG.
SEMOGA BENIH-BENIH KEIKHLASAN BERJAYA DITANAM
DALAM SETIAP BATAS HATI PARA GURU, KERANA DENGAN
KEIKHLASAN, AKAN TERPANCAR KEJERNIHAN DAN
KEJAYAAAN ANAK DIDIK YANG MUTLAK. MUDAHMUDAHANAMIN.
AYUH BERSAMA KITA UCAPKAN SELAMAT HARI GURU
MAJLIS MENJEMPUT SEMUA GURU DAN DIF-DIF JEMPUTAN
UNTUK MENIKMATI SEDIKIT JAMUAN RINGAN DI
________________.
KEPADA SEMUA PELAJAR JAMUAN DI ADAKAN DI
______________.
TERIMA KASH DAUN KELADI
PANJANG UMUR KITA SAMBUT LAGI

BUAT GURU KAMI SUDAHI


SELAMAT HARI GURU BUATMU DIKASIHI
JASA GURU TERPAHAT DIHATI
SEKIAN. SALAM SEJAHTERA
WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM
WBT
(Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA.
Andalah GURU yang bisa melonjakkan pendidikan negara.
Galaslah tanggungjawab dan amanah ini dengan ikhlas dan
penuh dedikasi agar kita dapat melahirkan generasi
cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiahnya)