Anda di halaman 1dari 2

DOA PERHIMPUNAN

Ya Allah, Tuhan yang pengasih lagi maha penyayang,


Sesungguhnya kami bersyukur pada pagi ini kerana dengan izin dan
limpah rahmatmu, maka dapatlah kami berkumpul dalam majlis
perhimpunan pada minggu ini.
Ya Allah, Tuhan yang maha pengampun,
Dengan penuh khusyuk dan merendah diri kami menadah tangan dan
memohon keampunan dan rahmat daripadaMu ya Allah. Ampunilah dosadosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa guru-guru kami dan sekalian
muslimin dan muslimat samada yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia. Ampunilah segala kesalahan kami samada yang kami
sedara atau tidak kami sedari.
Ya Allah, tuhan yang maha member petunjuk,
Kurniakanlah kepada kami taufik serta hidayahmu, restuilah perancangan
kami, pimpinlah kami ke jalan yang Engkau redhai dan bimbinglah kami
dengan petunjuk-Mu yang berterusan. Bukakanlah hati kami,
lapangkanlah dada kami untuk mudah menimba ilmu pengetahuan.
Mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan
mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu sepanjang
zaman. Jauhkanlah kami daripada sifat-sifat yang keji dan akhlak yang
tidak baik.
Ya allah,
Kurniakanlah kejayaan kepada murid-murid sekolah kebangsaan taman
cendana dengan kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang yang
kami ceburi samada dalam bidang kurikulum dan kokurikulum, dalam
bidang akademik dan sukan. Jadikanlah kami dan murid-murid sekolah
kebangsaan taman cendana golongan hambaMu yang mendapat
kemuliaanMu dunia dan akhirat. Panjangkanlah usia kami dengan amalan
taat kepadaMu dan suka berbakti kepada agamaMu serta berjasa kepada
bangsa dan negara.
Ya Allah ya tuhan kami,
Jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat
dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai