Anda di halaman 1dari 27

Posts RSS

Comments RSS

Cikgu Nurul's Blog


Blog Pembelajaran Sains PMR

Translate
Select Language

Contributors

Cikgu Nurul

ilina

Content

Home

Selamat Datang!
Blog ini menyediakan pelbagai bahan untuk pembelajaran sains
terutamanya di peringkat PMR. Sama ada anda seorang pelajar mahupun
seorang
guru,
pasti
ada
yang
sesuai
untuk
anda.
Terokai blog ini sepenuhnya dan kunjungilah segala pautan yang
disediakan di ruangan sidebar ini.

Adakah komputer anda dilengkapi dengan PDF reader dan Flashplayer?


Anda akan memerlukannya di sini. Oleh itu, dapatkannya di ruangan Free
Software. Mudah sahaja.

Hubungi saya jika anda menghadapi sebarang masalah tentang


penggunaan bahan di sini. Kerana melalui andalah saya dapat
memperbaiki
kekurangan
yang
ada
dalam
blog
ini.
Terima

kasih

kerana

mengunjungi

blog

ini!

E-mail / YM:
abiat07@yahoo.com
Mulaikan dengan " BLOG - " pada tajuk email anda agar saya tidak menganggapnya
sebagai junkmail.

Menu Utama

Forum Cikgu Nurul

Home

Galeri Sains
Flashvideo Sains

Bank Soalan PMR 2008

HSP & SP Science Menengah Rendah

Teknik Menjawab Kertas 2 - Bhg 1

Teknik Menjawab Kertas 2 - Bhg 2

Teknik Menjawab Kertas 2 - Bhg 3

Free Software

Bank Soalan 2009

TRIAL PMR - Melaka

TRIAL PMR - PERAK

TRIAL PMR - SABAH

Laman SBP SMS Muzaffar Shah

Latih-tubi BAK dari JAPIM

Latih-tubi BAK dari JAPIM - Bhg 2

Nota & Info Sains

Struktur jantung - Cara mengingat

Inhalation and Exhalation

The Transport of Oxygen in Human Body

Ujian Kehadiran Air

Warna dan Pemindahan Haba (ringkas)

F1:5.1 - The Composition of Air

Lever

F3:1.1 - Human Breath'g Mechnm

F3: C2 - Jantung Manusia dan Peredaran Darah

F3:C6.1 - Minerals (Part 1)

F3:C6.1 - Minerals (Part 2)

F3:C6.1 - Minerals (Part 3)

F3:C6.2 - Metal & Non-metal

Pautan Ilmiah

EDUWEBTV.COM - Menu

Dakwah2U
Cikgu Malaysia

Roket Air

Berry Berry Easy - for SPM & STPM

Pendidikan Islam PMR - Us Ariffin


Bahasa Arab Tinggi - Us Asta Zawawi

Wakuba Today

Denail's Blog - PMR/SPM...

Flashvideo CD Kementerian

Respiration - Chp1 F3

Blood Circulation - Chp 2 F3

Kenal blog ini melalui...


Ruangan sembang
Click <a href=http://oggix.com>oggix.com for free Tagboard Shoutbox Guestbook.</a>

Followers
Blog Archive

2012 (1)

2010 (9)
o August (1)
o May (4)

o April (1)
o March (1)
o February (2)

F3: C2 - Jantung Manusia dan Peredaran Darah

Dah lama tak posting artikel

2009 (23)

2008 (23)

Siapa anda?

Myspace Lover Letter

Feb
23

F3: C2 - Jantung Manusia dan Peredaran Darah


Kata kunci: heart, jantung
Salam sejahtera semua,

Hari ini, cikgu nak ketengahkan topik peredaran darah dalam badan kita (the pathway of
blood flow). Ada yang mengatakan tajuk ini senang, ada yang mengatakan tajuk ini susah.
Jika anda tanya saya, saya fikir ianya senang cuma terlalu banyak perkara yang perlu diingati
tentangnya, sebab itulah ianya menjadi sukar pada orang-orang yang gagal memahaminya
pada tahap yang diperlukan.

Kenapa cikgu gunakan frasa pada tahap yang diperlukan? Ini kerana di peringkat PMR,
bukan semua perkara tentang jantung dan peredaran darahnya perlu diketahui. Contohnya,
anda tidak perlu memahami tentang sistol dan diastol dua istilah yang biasanya dikaitkan
dengan tekanan darah.

So, sebagai pelajar PMR, apakah perkara-perkara yang perlu difahami? Lihat senarai di
bawah. Ini adalah perkara-perkara yang perlu anda beri penekanan.

1. Nama-nama tempat laluan darah mengikut susunan yang betul


2. Jenis darah yang melalui tempat-tempat tersebut
3. Ciri-ciri fizikal salur darah yang dilalui. Seperti:

Saiz lumen

Ketebalan dinding salur darah (thickness of the mascular wall)

Tahap tekanan darah yang dilalui (blood pressure)

Kelajuan darah yang mengalir

Kewujudan injap (valve)

4. Nama bilik jantung (heart chamber) yang berdinding sangat tebal. Kenapa?
5. Nama salur darah utama. Kenapa ia menjadi salur darah utama?
6. Kenapa arteri mempunyai dinding yang tebal (thicker muscle) dan kenyal (elastic)
berbanding vena (vein)?
7. Kenapa vena (vein) ada injap di sepanjang laluannya, kenapa arteri tidak ada?

InsyaALLAH, jika anda dapat memahami dan mengingati perkara-perkara ini, anda sudahpun
bersedia untuk menjawab soalan peperiksaan berkaitan perkara di atas.

Struktur Jantung Manusia (Human Heart)

Sebagai permulaan, anda perlulah mengingati struktur-struktur dalam jantung. Lihat


gambarajah di bawah. Cuba hafal gambarajah ini, kemudian lukis dan label semula struktur
jantung tersebut.

Mungkin ada yang merasa cukup tersiksa untuk melukis gambarajah jantung yang sangat
rumit itu. Tak mengapa, klik SINI untuk mendapatkan gambarajah jantung yang kosong.
Kemudian, cetak untuk kemudahan anda.

Mulakan dengan melabel tanpa merujuk gambarajah asal. Setelah siap, dengan menggunakan
gambarajah di atas, kenalpasti bahagian yang tidak dapat diingati. Seterusnya, label sekali
lagi dengan menggunakan struktur jantung kosong yang lain. Ulang beberapa kali sehingga
anda berjaya melabel kesemua bahagian jantung ini tanpa merujuk gambarajah asal.

Mungkin ada yang berasa hairan kerana terdapat satu bahagian pada struktur jantung di atas
tidak sama seperti yang ada dalam buku teks. Bahagian mana ya?...

Cuba perhatikan kedudukan Pulmonary artery dan Aorta. Sebenarnya, pada kedudukan asal,
kedua-dua bahagian ini memang bersimpul (sila lihat gambarajah di bawah). Namun, untuk
memudahkan anda melihat laluan darah, saya telah menggunakan lukisan yang membetulkan
simpulan kedua-dua salur darah supaya tidak kelihatan bertindan antara satu sama lain.

Satu perkara lagi, adakalanya Pulmonary artery dilukis bercabang dua, adakalanya tidak.
Yang manakah benar?

Sebenarnya, salur darah (blood vessel) Pulmonary artery mempunyai dua cabang utama.
Salah satunya membawa darah ke paru-paru kanan dan yang satu lagi akan ke paru-paru kiri.
Walaubagaimanapun, tidak menjadi masalah untuk melukisnya tanpa cabang di atasnya.

Selain daripada itu, mungkin ada yang keliru apabila terdapat buku yang melukis dua jenis
Vena cava, ada yang hanya melukis satu sahaja. Vena cava memang mempunyai dua salur
utama, satu di atas dan satu di bawah. Vena cava atas dikenali sebagai Superior vena cava,
manakala Vena cava bawah dipanggil Inferior vena cava.

Sebenarnya, tidak menjadi masalah di peringkat PMR ini, sekiranya dua salur vena cava ini
dilukis satu sahaja. Begitu juga pada salur-salur darah yang lain seperti Pulmonary vein dan
Pulmonary artery. Dengan kata lain, anda boleh menganggapnya sebagai satu salur sahaja. Ini
kerana kedua-duanya memainkan peranan yang sama. Yang membezakannya ialah dari mana
salur darah itu mengalir atau disalurkan. Sebagai contoh: Superior vena cava membawa darah
dari anggota atas badan iaitu dari tangan dan kepala. Manakala, Inferior vena cava membawa
darah dari bahagian bawah badan seperti kaki, perut, usus, hati dan sebagainya.

Sudahkah anda menguasai kesemua nama struktur dalam jantung manusia? Ingat! Bahagian
ini mudah keluar sebagai soalan kertas 2 sains PMR. Soalan yang ditanya mungkin meminta
anda melabel gambarajah atau menentukan struktur tertentu berdasarkan ciri-ciri atau
fungsinya.

Seperkara lagi, dalam buku teks, anda mungkin tidak menemui istilah Pulmonary valve and
Aortic valve. Sebenarnya, dalam buku teks kita di sekolah-sekolah, kedua-dua valves (injap)
ini dinamakan sebagai Semilunar valve . Istilah ini digunakan untuk mewakili (nama umum)
kedua-dua Pulmonary valve and Aortic valve. Saya tidak menggunakan nama umum di sini

kerana ia akan menyukarkan pelajar untuk memahami perjalanan darah yang akan
dibincangkan nanti. Walaubagaimanapun, istilah Pulmonary valve and Aortic valve hanya
merupakan nama pendek sahaja. Nama penuh mereka adalah Pulmonary Semilunar Valve and
Aortic Semilunar Valve.

(Hhehhh dalam jantung pun ada nama pendek, nama panjang. :-D )

Masih sukar untuk mengingati struktur-struktur dalam jantung?... ok, cuba pula formula ini:
. Apakah yang dimaksudkan dengan 4 kuasa 3?

1. Jantung mempunyai 4 bilik di dalamnya (4 chambers of heart)


2. Jantung mempunyai 4 salur darah bagi setiap satu bilik jantung (4 blood vessels)
3. Jantung mempunyai 4 injap (4 valves) di mana dua terletak antara bilik jantung atas dan
bawah. Manakala, dua lagi di pangkal dua salur darah.

Sila lihat rajah di bawah untuk memahami cara mengingatnya dengan lebih baik: (klik pada
gambarajah untuk membesarkannya)

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, Pulmonary artery dan Aorta merupakan dua salur
darah yang bersilangan antara satu sama lain. Oleh itu, bagaimanakah caranya agar anda
tidak tersilap dalam mengenalpasti salur-salur darah ini?...

Sebenarnya, ada caranya. Yang penting, anda dapat mengenali kedudukan keempat-empat
bilik jantung: Right atrium, Right ventricle, Left atrium and Left ventricle. Setiap bilik-bilik
jantung mempunyai salur darahnya sendiri. Oleh itu, jika anda ingin mengenalpasti salur
Aorta, sila lihat di manakah pangkal salur ini? Jika benar ia adalah Aorta, salur ini mestilah
berasal dari Left ventricle.

Bagi Pulmonary artery pula, salur ini bermula dari Right ventricle.

Vena cava merupakan salur darah yang bersambung dengan Right atrium.

Dan Pulmonary vein disambungkan kepada Left atrium.

Oleh itu, jika keluar soalan seperti di bawah, bolehkah anda mengenalpasti apakah nama
salur X?

Jawapannya adalah Pulmonary vein kerana ia bersambung dengan tempat yang bernama Left
atrium.

Peredaran Darah dalam Badan (The pathway of blood flow)

Jika ada yang bertanya, dari manakah darah mula mengalir? Saya akan jawab: Hanya
ALLAH sahaja yang tahu. Kenapa? ini kerana ia umpama bertanyakan yang mana dulu.
Ayam atau telur ayam?

Dalam tubuh badan kita, darah akan sentiasa mengalir tanpa henti selagi kita masih
bernyawa. Laluan darah ini pula akan sentiasa berpusing-pusing pada tempat yang sama
seperti suatu kitaran. Oleh itu, kita tidak dapat menentukan dari mana darah mula mengalir
atau akan berhenti. Walaubagaimanapun, rasanya lebih baik kita mulakan dari paru-paru iaitu
tempat di mana darah mula mengambil oksigen untuk dihantar ke seluruh badan.

Dari paru-paru ke Left atrium

Di paru-paru, oksigen akan memasuki kapilari darah. Kapilari darah ini pula akan bergabung
sesama sendiri untuk membentuk salur darah yang lebih besar yang dikenali sebagai
Pulmonary vein. Sila klik sini untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana proses oksigen
berpindah dari alveolus ke kapilari darah).

Dari Pulmonary vein, darah yang beroksigen ini akan menuju ke Left atrium iaitu bilik
jantung yang pertama menerima darah beroksigen. Darah yang berada di Left atrium akan
ditahan oleh Bicuspid valve sehinggalah Left atrium penuh dengan darah.

Darah beroksigen (oxygenated blood) merentasi Bicuspid valve

Apabila dinding Left atrium dirangsang untuk mengecut oleh


impulse dari sistem saraf badan (nervous system), Bicuspid valve juga akan terbuka untuk
membolehkan darah turun ke Left ventricle. Injap ini (valve) akan bertindak seperti pintu
yang hanya membenarkan darah mengalir sehala iaitu dari Left atrium ke Left ventricle
sahaja.

Darah beroksigen berkumpul di Left ventricle

Apabila semua darah telah turun ke Left ventricle, dinding Left ventricle pula yang akan
mengecut. Keadaan ini akan menyebabkan darah di dalamnya tertolak ke atas. Cuba
bayangkan anda sebagai sel darah merah yang berada di situ, ada berapakah lubang laluan
darah dari Left ventricle ini?...

Untuk membantu imaginasi anda, sila lihat semula gambarajah jantung manusia. Dalam
mempelajari sains, adakalanya, kita mesti menggunakan daya imaginasi untuk memahami
sesuatu fakta. Malah ahli sains semuanya mempunyai daya imaginasi yang tinggi sehingga
mereka mampu mencipta sesuatu dan membuat jangkaan tentang sesuatu perkara.

Laluan dari Left ventricle ini ada dua, satu menuju ke Aorta dan satu lagi bersambung dengan
Left atrium yang dibatasi oleh Bicuspid valve sebagai pintu laluannya.

Dengan mengecutnya dinding Left ventricle, ini akan menyebabkan darah boleh mengalir ke
Aorta atau ke Left atrium. Aorta adalah laluan penting untuk menghantar darah beroksigen ke
seluruh badan, namun jika darah di hantar ke Left atrium, ia akan menuju kembali ke paruparu. Keadaan ini tidak sepatutnya berlaku kerana darah itu sudahpun beroksigen dan ia akan
melambatkan lagi sel-sel badan menerima oksigen dari darah.

Oleh itu, semasa dinding Left ventricle mengecut, Bicuspid valve akan tertutup bagi
mengelakkan darah berpatah balik ke Left atrium. Dengan itu juga, dapatlah darah dari Left
ventricle menuju ke Aorta dan ke seluruh badan.

Seperkara lagi yang perlu anda fahami tentang keadaan di Left ventricle ialah, ia mempunyai
otot dinding yang paling tebal berbanding otot dinding bilik jantung yang lain (the muscular
wall of left ventricle is the thickest and the strongest wall among the others). Otot yang
sangat tebal dan kuat ini penting bagi membolehkan darah dipam kuat ke seluruh badan
sehingga ke tempat yang paling jauh dari jantung. Jika tidak, darah mungkin tidak dapat
sampai ke hujung-hujung kaki.

Keadaan semasa melalui Aortic Semilunar Valve

Apabila darah dipam keluar dari Left ventricle, ia akan menuju ke salur darah utama dalam
badan manusia iaitu Aorta. Walaubagaimanapun, sebelum itu, ia mesti melalui satu lagi pintu
utama iaitu Aortic semilunar valve (atau juga dikenali sebagai Aortic valve). Pintu injap ini
(valve) akan menghalang darah yang mengalir ke Aorta untuk berpatah balik ke Left
ventricle.

Gambarfoto di atas menunjukkan rupa sebenar Aortic valve dari pandangan atas (iaitu dari
salur Aorta). Cuba bayangkan, yang mana lebih mudah? Darah mengalir dari bawah ke atas
salur darah ini atau darah cuba turun semula ke bawah? Sudah pasti darah lebih sukar turun
ke bawah kerana bentuk pintu injapnya (valve) akan menyebabkan darah terkumpul di situ
dan menghalang ianya daripada terbuka.

Dari Aorta ke seluruh badan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Aorta (disebut dalam bahasa


inggeris: Eekor yo ta) merupakan salur darah terpenting dalam tubuh manusia. Ia juga
merupakan salur darah paling besar dan lumennya paling senang dilihat. Jika anda membantu
ibu membasuh jantung ayam, cuba cari salur Aorta ini. Pada jantung ayam, anda akan jumpa
satu lubang di bahagian atas yang muat-muat untuk memasukkan kepala mancis. Itulah salur
Aorta.

Ia juga merupakan sejenis artery (salur darah yang bawa darah keluar jantung) paling tebal
dindingnya. Oleh itu, ia juga merupakan salur darah paling kuat berbanding salur-salur darah
yang lain. Dinding Aorta paling tebal kerana ia dilingkungi oleh tisu-tisu otot yang paling
banyak.

Semua ciri-ciri yang saya nyatakan ini amat penting kerana Aorta merupakan salur darah
pertama yang menerima darah pada tekanan yang sangat tinggi (ini kerana ia baru sahaja
dipam dengan kuat oleh Left ventricle). Tekanan yang tinggi ini boleh menyebabkan salur
darah pecah jika tidak dilindungi oleh tisu-tisu otot yang kuat dan kenyal.

Keadaan ini juga menunjukkan bahawa darah beroksigen yang melalui Aorta bergerak
dengan sangat laju dan bertekanan tinggi. Keadaan ini tidak memungkinkan darah-darah itu
berpatah balik ke jantung semula. Oleh itu, tiada injap (valve) diperlukan sepanjang salur
artery ini.

Sekali lagi cikgu minta anda bayangkan (berimaginasi) akan keadaan yang penuh sesak di
dalam salur Aorta. Malah, semua darah sedang berpusu-pusu menuju ke sel-sel badan dalam
keadaan satu arah sahaja (seperti keadaan sesak di pintu tol lebuh raya). Sekiranya, ada satusatu darah (umpama kereta di pintu tol tadi) yang cuba berpatah balik, mudahkah agaknya?
Sudah tentu saaaangat susah.

Sebelum sampai ke organ-organ badan tertentu, Aorta akan bercabang-cabang membentuk


salur artery yang lebih kecil. Semakin jauh dari Aorta, semakin kecil salur artery ini sehingga

ia membentuk arteriol. Arteriol inilah yang akan bercabang-cabang lagi membentuk blood
capilary yang hanya setebal satu sel sahaja.

Cikgu kurang pasti sama ada, anda perlu kenal dan faham atau tidak tentang arteriol. Setahu
cikgu, perkataan ini tidak dijumpai dalam mana-mana kertas soalan PMR sebelum ini.
wALLAHualam. Jika ada, harap dapat bagitau saya.

Pertemuan di sel-sel badan

Darah beroksigen yang sampai di kapilari darah, kini bergerak semakin perlahan. Ini kerana
salur kapilari darah terlalu kecil sehingga ada yang sekadar dapat memuatkan satu sel darah
merah sahaja dalam satu salur (umpama beberapa orang pelajar yang berjalan dalam satu
barisan).

Perpindahan oksigen dari sel darah merah ke sel-sel badan berlaku disebabkan oleh
perbezaan dari segi kepekatan oksigen antara dua tempat tersebut. Oleh kerana sel darah
merah mengangkut oksigen, maka ia mempunyai kandungan oksigen paling tinggi
berbanding sel badan. Sedangkan sel badan pula, walaupun sering menerima gas oksigen, ia
akan segera menukarkan gas ini ke bentuk yang lain (iaitu proses respirasi yang menukarkan
oksigen dan glukosa kepada gas karbon dioksida, air dan tenaga).

Oleh itu, gas oksigen akan meresap keluar dari sel darah merah dan masuk pula ke dalam selsel badan. Keadaan ini berlaku di sekitar kapilari darah yang mengelilingi sel-sel badan.
Tekanan darah di sini pula sangat rendah berbanding di dalam Aorta mahupun artery.

Apabila darah telah kehilangan oksigen, warnanya berubah menjadi agak pucat dan ia
mengalir pula melalui kapilari darah yang menuju salur darah vein (atau spesifiknya venul).
Venul adalah salur darah vein yang lebih kecil. Beberapa venul akan bergabung membentuk
vein.

Untuk pengetahuan semua, bukan semua sel darah merah akan kehilangan oksigen. Cuma,
jumlah sel darah merah yang mempunyai oksigen mungkin terlalu kecil.

Seterusnya, ia akan diangkut ke jantung semula melalui vena cava.

Perjalanan di sepanjang Vena cava

Seperti yang diterangkan sebelum ini, darah yang telah kehilangan oksigen ini (deoxygenated
blood) akan melalui venul dan seterusnya ke vein. Beberapa vein ini pula akan bergabung
membentuk salur darah Vena cava.

Vena cava adalah salur darah yang penting kerana ia salur pertama yang membawa darah
kurang oksigen (deoxygenated blood) ke jantung. Berdasarkan namanya, vena cava
merupakan salah satu contoh vein. Ia mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan artery.

Sebagai contoh, vein mempunyai saiz lumen yang lebih besar dan berdinding otot yang agak
nipis. Namun, ia tidaklah senipis kapilari darah. Selain daripada itu, ia juga mempunyai injap
(valve) di sepanjang salurnya sehingga menuju ke jantung. Ia boleh ditemui di kawasankawasan nadi seperti di bawah rahang berhampiran dengan leher dan telinga. Ia juga terdapat
di pergeralangan bawah tangan dan belakang lutut.

Dinding vein lebih nipis dan kurang kenyal berbanding artery kerana darah yang melaluinya
bergerak agak perlahan dan bertekanan rendah. Dengan kata lain, darah terdeoksigen
(deoxygenated blood) yang melaluinya berupaya untuk berpatah balik ke sel-sel badan. Ini
ditambah pula, kebanyakan vein membawa darah ke atas iaitu melawan arah tarikan graviti
bumi. Keadaan ini memungkinkan darah untuk berpatah balik ke bawah. Bagi mengelakkan
perkara ini daripada berlaku sehingga mengurangkan darah yang pergi ke jantung dan paruparu, injap (valve) wujud di sepanjang salur darah ini.

Akhirnya, darah terdeoksigen (deoxygenated blood) ini akan sampai ke jantung iaitu Right
atrium. Kerana itulah, Right atrium dikatakan tempat pertama dalam jantung yang menerima
darah terdeoksigen (deoxygenated blood).

Dari Right atrium ke Right ventricle

Di dalam Right atrium, darah akan dipenuhkan dulu sama seperti yang berlaku di dalam Left
atrium sebelum ini. Malah, untuk pengetahuan anda, peristiwa darah berkumpul di Left
atrium dan darah berkumpul di Right atrium adalah hampir sama. Oleh itu, apabila bilik Left
atrium mengecut, bilik Right atrium juga mengecut.

Dalam perjalanannya ke Right ventricle, darah terdeoksigen (deoxygenated blood) ini akan
melalui injap yang bernama Tricuspid valve terlebih dahulu. Sama seperti fungsi mana-mana
injap sebelum ini, ia bertindak untuk menghalang darah dari berpatah balik ke laluan
sebelumnya. Dalam kes ini, Tricuspid berfungsi untuk menghalang darah dari Right ventricle
daripada masuk semula ke Right atrium.

Di dalam Right ventricle

Apabila darah telah berkumpul di Right ventricle, sekali lagi, darah ini akan dipam keluar ke
Pulmonary artery melalui injap Pulmonary Semilunar Valve. Sebagaimana yang berlaku pada
Right atrium, dinding Right ventricle juga mengecut hampir serentak dengan pengecutan
dinding Left ventricle. Pulmonary valve ini juga akan tertutup untuk menghalang darah
terdeoksigen mengalir semula ke bawah (Right ventricle).

Perjalanan darah ke paru-paru (lungs)

Sesiapa yang telahpun mempelajari Chapter 3 Science Form 3, anda pasti menjumpai
perkataan renal artery dan renal vein. Perkataan renal bermaksud buah pinggang. Oleh itu,
renal artery ialah salur darah yang membawa darah dari jantung ke buah pinggang. Manakala,
renal vein bermaksud salur darah yang membawa darah dari buah pinggang kembali ke
jantung.

Keadaan yang sama juga berlaku pada sel-sel, tisu-tisu, organ-organ dan sistem-sistem lain
dalam tubuh manusia. Contohnya, hati dalam istilah sains disebut hepar. Oleh itu, salur
darah yang membawa darah dari jantung ke hati dikenali sebagai hepar artery. Bagaimana
pula dengan salur darah yang membawa darah dari hati kembali semula ke jantung?

Imbas kembali:

Artery = salur darah yang membawa darah keluar dari jantung


Vein = salur darah yang membawa darah masuk ke jantung

Renal = buah pinggang/ ginjal (kidney)


renal artery = salur darah yang membawa darah dari jantung ke buah pinggang
renal vein = salur darah yang membawa darah dari buah pinggang ke jantung

hepar = hati (liver) jangan keliru ya, hati tak sama dengan jantung. Hati terletak di sebelah
perut dan di bawah paru-paru kanan
hepar artery = salur darah yang membawa darah dari jantung ke hati
??? = salur darah yang membawa darah dari hati ke jantung

Jawapannya ialah hepar vein

Ok, cikgu nak uji sekali lagi, apakah yang dimaksudkan dengan pulmonary artery dan
pulmonary vein? Untuk pengetahuan anda, pulmonary bermaksud paru-paru (lungs).
Fikirkan jawapannya anda akan dapat lihat di bawah gambar ini. Tetapi, fikirkan dahulu
jawapannya sebelum anda melihat keputusannya.

Adakah anda seperti ini setiap kali belajar di sekolah atau di rumah?? Hhehhh.

Kalau anda comel macam arnab ni mase tido, takpe la jugak. Hahahahaha

Pulmonary artery bermaksud salur darah yang membawa darah keluar dari jantung dan
menuju ke paru-paru. Manakala, pulmonary vein ialah salur darah yang membawa darah dari
paru-paru ke jantung semula.

Berdasarkan pernyataan di atas, kita dapati salur Pulmonary artery adalah salur darah yang
membawa darah dari jantung (iaitu Right ventricle) ke paru-paru. Oleh kerana paru-paru kita
ada dua iaitu di kanan dan kiri, salur darah ini mempunyai dua cabang utama yang boleh
dilihat berhampiran dengan Aorta. Kebanyakan buku akan mewarnakannya biru. Sebenarnya,
salur ini tidaklah berwarna biru. Ia sengaja diwarnakan biru sekadar untuk menunjukkan
darah di dalamnya adalah dari jenis terdioksigen (deoxygenated blood).

Apabila, darah sampai ke dalam paru-paru, ia akan melalui salur-salur yang lebih halus
(blood capillary) yang mengelilingi alveolus untuk mengambil semula oksigen dari sana dan
menghantarnya semula ke seluruh badan. Dan kitar ini akan terus berulang semula di mana
dari kapilari darah, ia akan bercantum membentuk Pulmonary vein seperti yang diterangkan
di peringkat awal subtajuk ini (iaitu tajuk Dari paru-paru ke Left atrium).

Ringkasan kepada pengaliran darah manusia

Jika anda sekadar membaca teks di atas, anda mungkin masih tidak nampak bagaimana darah
mengalir di seluruh badan secara lebih jelas. Oleh itu, saya senaraikan ia mengikut turutan
seperti berikut:

1. Paru-paru (lungs) darah menjadi beroksigen (oxygenated


blood)
2. Pulmonary vein salur darah yang mengandungi darah beroksigen
3. Left atrium bilik jantung pertama terima darah beroksigen
4. Bicuspid valve injap yang memastikan darah hanya bergerak dari Left atrium ke Left
ventricle
5. Left ventricle bilik jantung kedua terima darah beroksigen, berdinding sangat tebal.
Berfungsi mengepam darah dengan kuat ke seluruh badan. Bilik jantung paling penting
6. Aortic valve injap yang memastikan darah hanya bergerak dari Left ventricle ke Aorta
7. Aorta salur darah artery paling penting. Paling besar, berdinding paling tebal, paling
kenyal untuk menahan tekanan tinggi darah yang mengalir di dalamnya. Tiada injap.

8. Sel-sel badan terima oksigen dari darah. Tempat berlakunya respirasi sel (cell respiration)
yang membebaskan karbon dioksida, air dan tenaga
9. Vena cava salur darah pertama terima darah terdeoksigen (deoxygenated blood). Ada
valve, berdinding agak nipis, lumen besar. Oleh itu, darah mengalir agak perlahan dan
bertekanan rendah
10. Right atrium bilik jantung pertama terima darah terdeoksigen
11. Tricuspid valve injap yang memastikan darah mengalir dari Right atrium ke Right
ventricle
12. Right ventricle bilik kedua terima darah terdeoksigen. Berdinding tebal sedikit
berbanding Right atrium tetapi tidaklah setebal Left ventricle. Mengepam darah ke paru-paru
13. Pulmonary valve memastikan darah hanya mengalir dari Right ventricle ke Pulmonary
artery
14. Pulmonary artery salur darah yang membawa darah terdeoksigen kembalik ke paru-paru
untuk mengambil oksigen semula

Jika anda perhatikan betul-betul, cikgu beberapa kali menggunakan perkataan salur darah
di pangkal Pulmonary artery, Aorta, Vena cava dan Pulmonary vein. Ini bagi mengingatkan
para pelajar bahawa keempat-empat struktur ini adalah sejenis salur darah. Mereka tidak
seperti Right atrium, Right ventricle, Left atrium dan Left ventricle yang merupakan sejenis
bilik jantung (heart chamber). Pening? Pening sebab cikgu ulang banyak kali??... hahaha

Saje je, sebab dah banyak kali cikgu jumpa pelajar yang masih tidak dapat membezakan 4
bilik jantung, 4 salur darah dan 4 injap (valve). Ish ish ish bagi mereka yang dah
faham, AlhamduliLLAH cikgu ucapkan kerana dipermudahkan ALLAH untuk
memahaminya.

Untuk ulangkaji, lebih baik anda hanya menumpukan pada senarai ringkasan pengaliran
darah di atas, bukannya keseluruhan teks seperti yang dinyatakan panjang lebar sebelumnya.
Tujuan cikgu menyediakan teks yang begitu panjang lebar dan terlalu detail ini adalah
sekadar untuk memahamkan para pelajar. Once, anda sudah faham apa yang berlaku pada
satu-satu kawasan, anda hanya perlu menajamkan ingatan untuk mengingati perjalanan darah
dari paru-paru ke seluruh badan.

17 Komen/ Pandangan:
misyu said...
5/25/2010 10:11:00 PM
thnks cegu..sgt mmbntu sy..
Anonymous said...
9/06/2010 10:40:00 AM
ya Allah..susahnye nk phm..
Anonymous said...
8/16/2012 05:43:00 PM
nak bolehlah
hareethra sugumaran said...
8/16/2012 05:45:00 PM
cikgu ni belaga sangat lah...macam kerbau hutan u know?
lalitha gatal said...
8/16/2012 05:47:00 PM
nama saya lalitha...saya seorang yg gatal dan ada byk boyfriend..saya smk seri
garing...4 jasper
Cikgu Nurul said...
8/25/2012 01:37:00 PM
hheh... mcm2 pesen manusie ade... XD
tina rio said...
12/07/2012 08:09:00 PM
hi cikgu,, blh x cikgu bagi penerangan tentang kelemahan antara filem darah tebal dan
filem darah nipis...???
Muliati Termizi said...
12/11/2012 08:35:00 AM
thanks..sgt membantu saya utk memudahkan student saya lebih memahami...postkan
lagi topik2 lain utk sc form 3.tq

Anonymous said...
1/26/2013 10:08:00 AM
saya tngh cuba nk fhm ni
Cikgu Nurul said...
2/01/2013 06:28:00 AM
tanyer jer kat mane bahagian yang tak faham. Insya ALLAH, saya cuba tolong.
Anonymous said...
2/10/2013 07:44:00 AM
Assalamualaikum cikgu. Nak tnya, cikgu ada idea tak ttg macam mana nak buat
model jantung manusia? Ini projek kelas.
Cikgu Nurul said...
2/11/2013 07:23:00 AM
Wa'alaikum salam,
Antara cadangannya:
1. guna plasticine (keratan rentas shj)
2. guna simen (buat kat kwsn taman sekolah. klu besar, lagi bagus sebab pelajar2 blh
pusing2 dlm tu seolah-olah dia adalah darah yg sedang berjalan di dalam jantung
tersebut)
3. guna kertas surat khabar yg dihancurkn/ dilumat untuk membentuk model jantung
(susah sket nak buat) jenis 3D yg boleh dibuka-tutup
4. guna buah yg boleh diukir membentuk jantung
5. guna makanan pelbagai warna yg disusun menjadi bentuk jantung - jenis 2D (lps tu
blh dimakan hheh... XD )
Sekadar cadangan
Anonymous said...
3/10/2013 12:05:00 AM
4 injap jantung ni jika dipelajari lebih lanjut boleh diagnos tahap penyakit. imun,
antibodi, hormon & enzim... dgn applied kineosolgy & dominasi atom (energi warna)
sgt menarik! lbh2 lagi pelajar blh uruskan pembelajaran sgn optimumkan dominasi
atom - visual, audio, kinestetik & digital...
Anonymous said...
3/12/2013 12:15:00 AM
Warna darah beroksigen dan warna darah terdeoksigen.adakah berbeza merahnya?
Anonymous said...
4/13/2013 09:46:00 PM

ya ALLAH mle2 fhm lps msuk bab jantung tros pening bb byk sgt nme y plik kte kne
igt..haaa tension and stres..
Cikgu Nurul said...
5/02/2013 05:21:00 AM
Dont be stress, try your best!
Nor azli mohamad yusof said...
11/07/2013 11:26:00 AM
terima kasih cikgu...sayang cikgu...
Post a Comment
Links to this post
Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Copyright @ 2009 - Cikgu Nurul's Blog
Dark Forest Theme by HostingITrust.com and brought you by Ray Creations

Anda mungkin juga menyukai