Anda di halaman 1dari 20

TAJUK : DETAIL DRAWING

siling

JENIS-JENIS SILING
Pada amnya, dua sistem pembinaan siling yang sering diamalkan ialah:
1. siling tetap
2. siling gantung

Siling tetap
. Dibina secara mendatar atau mengikut curam bumbung.
. Gelegar dan penjarak siling disokong oleh tembok atau tiang.
. Pembinaannya adalah kukuh dan papan siling dipaku pada gelegar daripada bawah.
. Sambungan-sambungan di antara papan siling ini ditutup dan dikemaskan dengan menggunakan
papan jalur siling ataupun kepingan aluminium.

Siling gantung
. Siling gantung adalah siling yang dibuat dengan sistem penggantungan menggunakan dawai dan
sebagainya.
. Siling ini tidak menerima sokongan daripada dinding. Ia juga dikenali sebagai siling palsu.

Fungsi siling gantung adalah:


I. Mewujudkan ruang antara siling dan lantai (bagi bangunan yang bertingkat-tingkat seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2. Ruang ini boleh digunakan untuk menyalurkan paip air, pendawaian,
sistem pencegah kebakaran, pemasangan hawa dingin dan sebagainya. Setiap siling gantung perlu
diadakan sekurang-kurangnya satu panel yang boleh dibuka bertujuan memberi kemudahan untuk
kerja penyelenggaraan. Sekiranya terdapat banyak panel yang dibuka, rekabentuknya menjadi tidak
ekonomi.
II. Oleh kerana siling ini digantung daripada struktur utama, maka berat binaan hendaklah dihadkan
kepada berat minimum. Tetapi pembinaannya mestilah kuat dan berdaya menaggung beban daripada
alat-alat dan kemudahan-kemudahan yang dipasang pada siling itu.
III. Siling gantung boleh dijadikan permukaan penyerapan bunyi jika permukaannya kasar. Siling ini tidak
mempunyai penebatan bunyi yang tinggi.
IV. Dalam pembinaan siling, bahan yang digunakan hendaklah berdaya memberi rintangan api supaya
apabila bangunan terbakar, ia tidak membantu.
merebak kebakaran.
V. Memberi
kemudahan bagi pemasangan lampu-lampu peresap, hawa dingin, sistem pencegah
kebakaran pemercik dan lain-lain lagi.
VI. Dapat menentukan tinggi ruang bangunan dengan merendahkan atau meninggikan siling
gantung ini

CONTOH SILING TETAP

CONTOH SILING CURAM

CONTOH SILING MENDATAR

CONTOH SILING GANTUNG

a) Kerangka Kerangka dari besi hollow 4 x 4 cm


x 4 cm, ketebalan plat besi hollow minimun 0.3
mm dan juga pengunaaan kayu bersaiz 50 mm
50mm atau 50mm x 100mm.

KOMPONEN SILING TETAP

RAJAH 5 : JENIS-JENIS
KERANGKA SILING
TETAP

KERATAN MELINTANG BAR T UTAMA